Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Ngeri! Adegan Bomba Potong Cincin Yang Terlekat Di Jari Mangsa (4 Foto)



Ngeri! Adegan Bomba Potong Cincin Yang Terlekat Di Jari Mangsa (4 Foto) | Tugas sebagai anggotabomba bukan sahaja memadamkan kebakaran, tetapi tugas-tugas menyelamat turut melibatkan badan berkuasa ini. Kita sepatutnya memberikan penghargaan kepada mereka di atas kesungguhan membantu dalam apa jua kemalangan mahupun bencana yang menimpa. Artikel kali ini adalah menyentuh tentangadegan anggota bomba dalam berusaha memotong cincin yang telah terlekat di jari mangsa. Agak ngeri sebenarnya.
Pada jam 6.23 petang semalam, Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Raja, Shah Alam telah menerima panggilan kecemasan daripada Balai Bomba Sri Andalas memotong cincin yang melekat di jari dua mangsa di hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.
Tiga orang anggota diketuai oleh Mohd Faizal Samsudin bersama dua anggota lain, Mohd Zainal Hashim dan Muhamad Hafiz Hussin telah bergegas ketempat kejadian. Mangsa pertama seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tiga tahun dan mangsa kedua seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an.
Kecekapan dan ketelitian anggota-anggota bomba terbabit berjaya memisahkan cincin tersebut dari jari kedua-dua orang mangsa, syabas!
bomba4
bomba1
bomba2
bomba3

Read more...

Saturday, July 6, 2013

Makna Disebalik Lagu Tanya Sama Itu Hud - Hud



Sumber

makna disebalik lagu tanya itu hud hud

Tanya Sama Itu Hud-hud

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Lagu ni dimulakan dengan sebuah petikan hadis.Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Hurairah, artinya: "Bangsa Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan, kaum Nasrani telah terpecah menjadi 72 golongan, dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk neraka, kecuali satu". Kemudian para sahabat pun bertanya: "Siapa mereka ya Rasulullah?".
Rasullah menjawab: "Mereka yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku".

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud harus melalui tujuh lembah.
Ribuan burung sedunia pun berangkat. Namun yang berhasil bertemu dengan sang raja hanyalah 30 ekor saja. Tujuh lembah yang dikisahkan dalam cerita itu melambangkan tingkatan-tingkatan keruhanian yang telah dilalui Attar selama berkelana mencari hakikat hidup.
Ketujuh lembah yang harus ditempuh untuk dapat bertemu dengan Sang Khalik itu adalah lembah pencarian, lembah cinta, lembah keinsyafan, lembah kebebasan dan kelepasan, lembah keesaan murni, lembah keheranan, lembah ketiadaan

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Algojo ni maksudnya tukang pancung kepala.

Fariduddin Attar dipenjara oleh tentara Mongol. Lalu seseorang datang dan mencoba menebusnya dengan ribuan batang perak. Namun, Fariduddin Attar menyarankan agar tentera Mongol tak melepaskannya. Tentara Mongol mengira penolakan itu dilakukan agar tebusan yang diberikan lebih besar. Setelah itu datang lagi orang lain yang membawa sekarung jerami untuk menebus Fariduddin Attar. Kali ini Fariduddin Attar meminta agar tentera Mongol melepaskannya. Tentara Mongol pun marah besar dan lalu memotong kepala Fariduddin Attar.
Ini la dimaksudkan dalam kalut ada peraturan,peraturan mencipta kekalutan..Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

"Lang mensilang, Kui mengsikui" bermaksud Orang tak macam orang, hantu tak macam hantu

Read more...

Tuesday, May 14, 2013

Pantun Empat Kerat – Lawak

BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN
KENAPA KAU NAK JOLOK PAKAI GALAH
SEBAB CEMPEDAK TU DAH JATUH KAT LUAR PAGAR .

KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEHLAH HAMBA MENUMPANG MANDI
PATUTLAH BAU BADAN KAU BUSUK SEMACAM
BILIK AIR ADA, BUAT APA KAU MANDI KAT LADANG..

PISANG EMAS DIBAWA BERLAYAR
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI
KAT PASARAYA TAK ADA HUTANG HUTANG
KALAU NAK, BAYAR, CASH ON DELIVERY

KALAU ADA JARUM YANGPATAH
JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI
KESIAN BETUL DENGAN KAU NI
JARUM PATAH PUN KAU SIMPAN DALAM PETI.

DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG
KALAU KAU BERANI KEJARLAH KUCING TU
MESTI KAU KENA CAKAR SAMPAI BERBELANG-BELANG GAK..

KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT
KAJANG HAMBA MENGKUANG LAYU
KAIN PAK MALAU, MAK LIMAH YANG LIPAT
KAIN AKU, SI PENCURI YANG SAPU

RUMAH PAK MAMAT DI TEPI SAWAH
PAKAI LANGSIR BERWARNA BIRU
OOI PAK MAT, LANGSIR WARNA BIRU TAK LAWA LAH
PAKAILAH WARNA KUNING KE, HIJAU KE, KELABU ASAP KE.

AIR PASANG DALAM SURUT PUKUL LIMA
NYONYA BANGUN PAGI SIRAM POKOK BUNGA
HALOO NYONYA, MAU TANYA SIKIT
SIRAM POKOK BUNGA AJE, TAK JUAL SAYUR KA?

TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
KALAU PADI TU BELUMLAH MASAK
JANGANLAH TUAI, TAKLAH LAYU-LAYUAN. .

LIMAU PURUT MASAK DI DAHAN
BATANG SELASIH CONDONG URATNYA
LIMAU PURUT TAK BOLEH MAKAN
NANTI SAKIT PERUT APA UBATNYA.

PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
BUAT APA NAK KE PULAU PANDAN YANG JAUH TU
PERGI AJE KE KAMPUNG PANDAN

SORONG PAPAN TARIK PADAN
BUAH KERANJI DALAM PERAHU
TOLONGLAH JANGAN MAKAN BUAH KERANJI TU
NANTI BADAN KAU ORANG BERBAU.

HAYYA CIK SITI, PEREMPUAN BANYAK MUDA
ANA BANYAK TAKUT JALAN TUTUP MATA
MEMANGLAH TAKUT KALAU JALAN TUTUP MATA
SEBAB TAKUT TERPIJAK LUBANG INDAH WATER

ENCIK BABA JATUH DALAM PARIT
CIK AMINAH KETAWA JERIT JERIT
SAMPAI HATI CIK AMINAH KETAWAKAN SAYA JERIT-JERIT
MENTANG-MENTANGLAH SAYA JATUH DALAM PARIT

BUAI LAJU LAJU
SAMPAI POKOK SENA
WOII, JANGAN BUAI LAJU-LAJU
NANTI KANG TERCAMPAK KAT POKOK SENA

TIMANG TINGGI-TINGGI
SAMPAI CUCUR ATAP
CUCUR ATAP TAK SEDAP
CUCUK PISANG, CUCUR UDANG, HAAA TU SEDAP


Sumber http://hafizamri.com/pantun-empat-kerat-lawak/

Read more...

Sunday, August 5, 2012

Fakta Mengenai Orang Yang Menggunakan Tangan Kiri vs Tangan Kanan (Mesti Baca)



Secara umumnya , perbezaan antara orang yang menggunakan tangan kiri atautangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara lebih dalam, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong oleh cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar.

Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.

Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.

Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan..

Read more...

Taman Diinspirasi Oleh Sains Dan Matematik

The Garden of Cosmic Speculation terletak di Portrack House, berhampiran Dumfries di Scotland Barat bahagian Selatan. Taman ini dibina dengan menggunakan ilmu Matematik dan Sains sebagai sumber inspirasi.

Taman peribadi yang diciptakan pada tahun 1989 oleh Charles Jencks dengan mendiang isterinya, Maggie Keswick.

Taman ini dibuka untuk orang awam hanya satu hari setahun, biasanya dibuka untuk mengumpul dana untuk kos rawatan kanser Maggie Keswick Jencks.

Cuma ada satu taman seperti ini di dunia.

Panorama yang mengagumkan


Illusion seperti ada tangga di hadapan


Jangan terpedaya dengan reka bentuk


Ilutrasi atas dan bawah


Corak batik yang memukaukan pelancong


Pandangan dari helicopter 


Pengunjung yang bertuah dapat melihat keunikan taman ini



Taman bunga


Corak bukit-bukau yang menarik


Illutrasi yang sangat memeningkan


Gelagat pengunjung 

Kalau tidak silap taman ini hampir dicalonkan untuk 10 tempat paling menakjubkan di dunia

Read more...

Syiling Baru Malaysia Yang Sangat Cool

Kepada yang rajin tengok berita pasti tahu tentang kewujudan duit syiling baru Malaysia siri ketiga. Bermula pada tahun hadapan, 2012 Malaysia akan mula mengeluarkan duit syiling baru Malaysia siri ketiga bagi menggantikan duit syiling yang sebelum ini. Kenapa perlu tukar? Kerana bertujuan untuk menggantikan duit syiling yang telah digunakan hampir 20 tahun sekarang ini. Wang syiling baru ini lebih kecil, ringan dan mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri selamat dan didatangkan dalam 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Berikut adalah beberapa fakta menarik dan informasi tentang duit syiling yang baru ini.


Coin for sell

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga Spesifikasi Teknikal Duit Syiling Baru Malaysia

Nilai Muka50 sen20 sen10 sen5 sen
LogamNikel Loyang Bersalut KuprumNikel LoyangKeluli Tahan KaratKeluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)22.6520.6018.8017.78
Berat (gram)5.664.182.981.72


Ciri-ciri Am Duit Syiling Baru MalaysiaBahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’. (sumber dari Bank Negara Malaysia)
Siri duit syiling yang bertemakan Keunikan Malaysia ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit-duit syling berkenaan.

                                    50 sen – Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk ciri-ciri keselamatan.



                                     20 sen – Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling baru Malaysia 20 sen ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.



                                                                    10 sen – Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.



                              5 sen – Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.


Sempena pengeluaran wang syiling baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan syiling peringatan yang dijual bermula pada 26 Julai 2011 di tempat-tempat yang terpilih. Untuk keterangan lanjut tentang wang syiling baru ini sila rujuk sumber kami. Berikut adalah video pelancaran duit syiling Malaysia siri ketiga.




sumber: Duit Syiling Baru Malaysia di Bank Negara Malaysia

Read more...

Otak Anda 18 SX Atau Normal



Menurut Kajian, Kanak-kanak tidak nampak gambar seseorang berintim sebaliknya
menampakkan 9 Dolphin, ini menunjukkan mereka tidak pernah melihat atau membayangi apa-apa berkaitan 18sx dan hanya menampakkan binatang disebalik gambar tersebut.
Jika anda nampak gambar seseorang sedang berintim, maknanya anda perlu mencucikan fikiran anda. hehe..

Read more...

Saturday, January 7, 2012

Kerja Polis paling stres di Malaysia

Kerja Polis paling stres di Malaysia
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) 2007 hingga 2009 mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus. 



Penyumbang Utama Stress Dikalangan Anggota Polis: 
  • Lambakan beban kerja 
  • Kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call 
  • Kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi. 
  •  Dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman 
  • Menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan. 

Sebab Berlaku Stress:
Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu:
  • Profesion kepolisan 
  • Peraturan atau polisi dalam organisasi 
  • Masalah individu. 
Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga.



Kesan
Anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah.

Namun, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka. Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil.
Pengiktirafan 
Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini.

Walaupun tidak dinafikan masih ada jenayah kecil berlaku di negara ini, keseluruhannya masih terkawal, mungkin disebabkan banyak rondaan polis di kebanyakan lokasi, termasuk yang menjadi tumpuan penjenayah.

- Berita Harian 

Read more...

Super X-Ray untuk kaji teras bumi

Super X-Ray untuk kaji teras bumi


Super X-Ray untuk kaji teras bumi
Ahli-ahli sains telah lama membuat spekulasi dengan tepat apa yang boleh tinggal di tengah-tengah teras Bumi dan kini penyelidik diEuropean Synchrotron Radiation Facilitymerancang untuk mengetahui melalui penggunaan pancaransuper X-Ray.

ESRF baru-baru ini mengkonfigurasikan untuk menggunakan pemecut zarah yang besar yang boleh membuat pelbagai pancaran X-Ray kuat yang menyediakan ahli-ahli sains dengan melihat pada subjek di peringkat atom.

Dipanggil mesin ID24, ia akan membolehkan saintis mensubjekkan logam tertakluk kepada tekanan yang sangat tinggi dan suhu yang biasanya hanya dilihat di dalam teras bumi, sudah tentu mereka akan memerhatikan apa yang berlaku kepada objek tersebut untuk lebih memahami teras planet kita.

Menurut Popular Science, ID24 tidak akan memulakan uji kaji sehingga musim bunga 2012 tetapi apabila ia akhirnya masuk ke dalam pengeluaran, penyelidik berharap untuk menerima 1 juta ukuran sesaat yang seterusnya akan memperlihatkan kepada mereka dengan tepat apa yang berlaku apabila unsur-unsur seperti Besi dipanaskan hingga 10,000 darjah.

Dengan memeriksa bagaimana logam dikaji pada kedalaman ekstrim, saintis juga berharap agar lebih memahami medan magnet Bumi.


[The Inquisitr]

Read more...