Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Diet Tetap Gemuk Kerana Rendah BMR


Seringkali mereka yang mengidap obesiti terpaksa berpura-pura gembira dengan keadaan diri mereka. Adakalanya golongan itu cuba menunjukkan obesiti adalah jalan hidup pilihan mereka. Cepat-cepat mereka memberi alasan mengapa jadi begitu sambil di hati berazam untuk menjaga diet dan cuba kembali kurus. Namun azam dan diet sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak diikuti dengan usaha gigih dan kaedah yang betul untuk merealisasikan impian.

Tak kurang juga yang sudah enggan melakukan sebarang usaha untuk kurus. Antara alasan yang sering kedengaran :


* Lepas bersalin badan naik dan susah nak turun.

* Badan memang tak boleh kurus sebab keturunan.

* Tiada masa untuk bersenam.

* Suami tidak kisah gemuk.

Kitaran menahan makan diikuti dengan patah azam dan gelojoh makan membawa kesan yang tidak baik kepada badan dari segi kesihatan.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Kitaran Lapar dan Kenyang

Pada otak kita terdapat saraf pusat yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Badan seseorang yang menahan lapar akan mengeluarkan hormon dan transmitter dari otak sebagai tindak balas terhadap pengurangan makan. Dengan kata lain otak kita seolah-olah menuntut kembali kesedapan yang biasa diperolehi oleh tubuh kita. Ia mahukan jumlah kalori dan gula yang tinggi untuk berasa sedap dan selesa. Ini adalah sistem tubuh yang cuba menghalang lemak daripada digunakan.

Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan akan memberontak dan mengeluarkan enzim dan hormon tertentu. Ini menyebabkan berlakunya keinginan tidak terkawal atau craving terhadap sesuatu makanan. Keinginan tersebut bukan disebabkan oleh nafsu makan tetapi merupakan signal dari otak kita yang tidak mampu dikawal oleh kita sendiri.

Badan akan memberontak dan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu menyebabkan seseorang itu menjadi ghairah untuk makan. Ia ibarat seekor harimau ganas yang sukar untuk dikalahkan. Berperang dengan nafsu makan boleh menjadikan seseorang resah dan lemah.


Akhirnya dia mengikut kehendak nafsunya. Dia makan tanpa sedar bahawa makanan itu sudah berlebihan. Jadi pusingan berlapar yang diikuti dengan keghairahan untuk makan berterusan sehingga akhirnya menyebabkan seseorang tersepit dan tidak berdaya untuk keluar daripada belenggu obesiti.

Kurus Demi Kesihatan

Umum mengetahui adalah sangat perlu untuk mengekalkan berat badan yang sepatutnya bukan saja supaya agar kelihatan cantik tetapi juga demi kesihatan. Kesihatan merupakan sebab yang terpenting agar seseorang memperolehi berat badan yang sesuai dengan ukuran rangka badan iaitu berat badan unggul.

Kebanyakan teknik yang ditawarkan oleh pusat pelangsingan memperlihatkan kejayaan sementara.


Banyak kajian telah membuktikan prinsip-prinsip bagi mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukan hanya dengan berdiet semata mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan anda.

Anda perlu menyayangi diri anda dan mendengar bisikan hati nurani anda. Jika anda memberi tubuh anda apa yang ia perlukan ia akan selesa dan anda akan merasa gembira melalui hari-hari berdiet dengan penuh nikmat.

Apakah BMR?

BMR adalah Basal Metabolic Rate, iaitu penggunaan tenaga bagi tubuh semasa kita berehat. Tenaga tetap diguna meskipun kita berehat atau tidur kerana pergerakan jantung, usus dan lain-lain tetap mengguna tenaga. Namun BMR yang rendah membuatkan banyak tenaga dikumpul menjadi lemak.

Mereka yang mempunyai kadar BMR yang rendah perlu menyedari hakikat ini dan mengambil langkah-langkah meningkatkannya. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan senaman, mengambil makanan beralkali tinggi dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang mempunyai nilai glysemic rendah dan rendah kalori.


Sila perhatikan keadaan berikut. Jika anda mengalaminya, maka anda mengalami masalah BMR yang rendah.

* Apabila berdiet, berat tidak turun

* Berat naik mendadak apabila makan lebih

* Sukar senaman kerana berasa terlalu letih bila bersenam

* Gemarkan makanan berkarbohidrat dan manis

* Mudah lapar

* Makan sedikit tetapi cepat gemuk

* Tekak inginkan makanan yang manis

* Lapar pada waktu malam


Punca BMR rendah

# Tidak cukup senaman. Senaman yang dimaksudkan adalah senaman ringkas merenggangkan tubuh badan.

# Hypothyroid. Fenomena ini melanda hampir separuh penduduk dunia. Apabila hypothyroid menyerang, seseorang akan mengalami peningkatan berat badan, berasa malas, keletihan, berat badan tidak turun meskipun berdiet, setiap pergerakan menjadi lambat, rambut juga mudah berkelemumur dan fungus mula menyerang.

# Kekurangan insulin. Insulin merupakan hormon paling penting dalam penukaran gula kepada tenaga. Dalam kes ini lemak yang terhasil cenderung berkumpul pada perut dan belakang badan.

# Kesilapan memilih makanan dengan glycemic indeks tinggi menyebabkan kadar metabolisme menjadi rendah.


Lagi info tentang BASAL METABOLIC RATE di sini.

Read more...

Gigi Rongak Akibat Rhinitis


oleh Hafizah Iszahanid

Ramai ibu bapa yang sering tertanya mengapakah gigi si kecil mula mereput dan rongak biarpun kerap memberus gigi? Jawapannya, ia tiada kaitan dengan tabiat menggosok gigi, sebaliknya berkait rapat dengan gejala rhinitis atau alahan seakan resdung yang dialaminya.


Namun, timbul persoalan lain - anak anda cuma berusia 3 tahun dan bukankah alahan sebegitu adalah masalah orang dewasa? Malah, gejala rhinitis atau radang lapisan hidung bukanlah asing bagi si kecil malah boleh dialami bayi seawal 6 bulan.


Gejala rhinitis adalah masalah radang pada laluan pernafasan yang lazimnya dikaitkan dengan hingus selain kegatalan hidung dan mata. Ia sangat biasa dialami kita tetapi tidak begitu dipedulikan kerana tahap ketahanan badan individu yang berbeza.

Bagi individu yang memiliki ketahanan tubuh yang tinggi, gejala rhinitis tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun, sesetengah orang terganggu dengan gejala rhinitis menyebabkan fungsi hidung terganggu.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Bernafas Melalui Mulut

Di kalangan kanak-kanak pula, apabila hidung tersumbat, mereka akan bernafas melalui mulut. Ia menyebabkan air liur yang mengandungi enzim menjadi kering. Justeru, kuman dengan mudahnya membiak dalam mulut dan menyebabkan gigi mereput.

Lama-kelamaan gigi mula rongak. Keadaan ini tidak dapat diatasi walaupun kanak-kanak itu kerap menggosok gigi.


Gejala rhinitis di kalangan kanak-kanak mudah dikesan. Kanak-kanak yang mengalaminya akan kerap demam dan menggaru hidungnya. Malah, hidungnya kerap tersumbat, berhingus, bersin dan jika tidur pada waktu malam dia kerap berdengkur.

Tidur Tidak Nyenyak

Kanak-kanak yang mengalami gejala rhinitis juga selalunya gagal tidur dengan nyenyak dan letih keesokan harinya. Justeru, langkah untuk mengelak gejala rhinitis bermula dengan memastikan anak anda tidur di atas katil.


Tidur di atas lantai menyebabkan anak-anak mudah terhidu habuk. Malah, pastikan pendingin hawa tidak dipasang dan elakkan juga mengambil makanan ringan. Pada masa sama, pastikan anak-anak mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan.

Ibu bapa juga diingatkan agar tidak memandang remeh masalah rhinitis kerana tanpa rawatan, alahan rhinitis mungkin boleh menjadi masalah yang lebih teruk seperti sinusitis, ketumbuhan atau polip dalam rongga hidung selain sakit kepala di bahagian depan serta muka.


Faktor Risiko

Keturunan
Alahan cenderung diwarisi daripada keluarga. Seperti juga lelah dan ekzema, gejala rhinitis juga diwarisi daripada keluarga.

Persekitaran
Ada kala gejala rhinitis berlaku sebagai respon kepada persekitaran. Terdedah kepada alergen (pencetus alahan) seperti debunga atau habuk tidak kiralah di dalam atau di luar rumah menyebabkan mereka mudah diserang gejala rhinitis.

Menyusu badan
Penyusuan eksklusif untuk 4 bulan pertama kehidupan bayi dipercayai mengurangkan risiko alahan.


Rawatan

* Menjauhkan alahan atau sumber alahan
* Pemberian ubat-ubatan
* Pengambilan air yang cukup selain mengehadkan penggunaan pendingin hawa. Ini kerana suhu yang sejuk dan kering juga menyebabkan hidung juga kekeringan.


Lagi info tentang GIGI RONGAK di sini.

Read more...

Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak

Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.


Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit.

Punca Kematian Kelima Tertinggi Dunia

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu :

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetis yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong.

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki).

Pecahan komplikasi kencing manis :

** 55% kematian kerana komplikasi jantung
** 13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
** 13% kes kematian kerana kanser
** 19% kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).




Dapatkan Kacip Emas
penawar diabetes mujarab di

Kedai Maya SihatSelalu!!



Lagi info tentang KENCING MANIS :

Read more...

Bayi Jantung Berlubang (Congenital)


oleh Bintu Rasyada A. Rahman

Biasa disebut jantung berlubang, CHD (Congenital Heart Disease) berlaku apabila terdapat kerosakan pada struktur jantung dan saluran utama sejak bayi dalam kandungan lagi. Banyak jenis kerosakan jantung berlaku, kebanyakannya sama ada menghalang aliran darah dalam jantung atau saluran berhampiran dengannya atau menyebabkan darah mengalir dalam jantung pada arah yang berlawanan.


Menurut Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, satu dalam setiap 100 bayi yang lahir di negara ini berkemungkinan mengalami masalah jantung. Dengan purata 500,000 kelahiran setiap tahun, dianggarkan 5,000 bayi di Malaysia berisiko menderita sakit jantung kongenital setiap tahun.

Secara global pula, insiden penyakit jantung kongenital di kalangan bayi yang baru dilahirkan berlaku antara 4 hingga 9 bagi setiap 1,000 kelahiran. Justeru setiap tahun, terdapat hingga 1.5 juta kes seluruh dunia.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Genetik

CHD merupakan penyakit yang disebabkan warisan (genetik) dan juga persekitaran. Jika ibu atau bapa mempunyai penyakit ini, bayi yang dilahirkan mempunyai risiko 10% mengalaminya.

Selain itu, faktor persekitaran antenatal termasuk jangkitan ketika mengandung (rubella), pengambilan alkohol atau dadah tertentu dan penyakit seperti kencing manis dan SLE turut menyumbang kepada permasalahan.

Bagaimana Ia Dikesan?

Bayi yang mengalami kecacatan jantung boleh dikesan ketika di dalam kandungan (bagi kes major) dan juga ketika dilahirkan (kes minor). Ujian ultrasound ketika ibu sedang mengandung mampu mengesan sebarang keganjilan pada denyutan jantung. Ia boleh dikesan seawal usia 4 bulan.

Rentak normal jantung adalah 'lup dup' dan jika ia berlainan seperti 'lup cup', bererti terdapat kecacatan pada jantung tersebut.


Biru dan Tidak Biru

Bayi CHD dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bayi biru dan tidak biru (blue dan non-blue baby).

Bayi tidak biru menghadapi masalah lubang pada jantung atau masalah dengan injap atrial. Jenis yang paling banyak ditemui adalah kecacatan septal ventrikular (VSD) dan atrial septal defect (ASD).

Bayi biru pula mempunyai masalah halangan yang menyekat pengaliran darah ke paru-paru (tersumbat).

Simptom

Antara simptom yang biasa ditemui dalam kes kecacatan jantung kongenital adalah :

* jantung berbunyi (murmur)
* cyanosis (biru di badan atau muka)
* kesukaran menyusu
* nafas kencang
* berat badan tidak bertambah secara normal
* pendarahan

Jika ibu bapa mendapati anak mereka mempunyai simptom yang dinyatakan, dinasihatkan membawa ke klinik berhampiran dengan segera untuk pemeriksaan. Jika terdapat kemungkinan masalah jantung major, bayi tersebut memerlukan pembedahan segera.


Ujian

Terdapat beberapa ujian yang dapat dijalankan untuk menentukan jika bayi atau kanak-kanak mempunyai masalah jantung.

Ujian ECG (electrocardiogram) akan dijalankan untuk memantau denyut jantung dan menentukan sama ada ia normal atau sebaliknya.

Imbasan sinar-X dada juga mungkin dilakukan untuk melihat jika jantung membesar (bengkak) atau mempunyai masalah paru-paru. Ujian echocardiogram (ultrasound jantung) pula dapat mengesan beberapa kecacatan struktur jantung.



Lagi info tentang JANTUNG BERLUBANG di sini.

Read more...

Taun, Jangkitan Vibrio Cholera

oleh Dr. Mohd. Isa Abdul Majid

Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit yang tertumpu pada saluran penghadaman akibat daripada jangkitan bakteria vibrio cholera. Ia berlaku apabila kuman taun dari pesakit atau pembawa menjangkiti individu sihat melalui mulut.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus. Ini termasuk makanan yang dicemari kuman taun, tidak dimasak dan dimakan sejuk. Selain itu, lalat dan air minuman yang dicemari najis boleh menyebarkan kuman taun kepada individu sihat lain.

Tempoh bagi kuman taun merebak dalam badan sehingga menunjukkan tanda penyakit adalah dalam masa 5 hingga 6 hari.

Tanda-tanda Jangkitan

1. Cirit-birit berterusan serta muntah yang teruk. Najis cair dan berwarna. Kejadian cirit-birit adalah disebabkan oleh pengeluaran racun atau toksin oleh vibro cholera semasa di usus yang menyebabkan air badan keluar memasuki saluran usus. Selepas beberapa jam, otot penghidap akan mengalami kekejangan terutama di pergelangan kaki dan perut kerana kehilangan garam sodium.

2. Penghidap akan mengalami kejutan dan boleh pengsan. Tekanan darah menurun, nadi lemah, lidah kering dan mata cengkung di samping masalah membuang air kerana kehilangan air yang banyak.

3. Suhu badan meningkat secara mendadak mungkin berlaku dan penghidap akan koma dan mungkin maut. Namun jika cirit-birit dan muntah berhenti, tekanan darah akan meningkat kepada biasa dan penghidap pulih.

Rawatan Penyakit Taun

Dalam jangkitan taun, pesakit akan diberikan gantian bendalir dan elektrolit (garam) yang hilang.

Dalam kes tidak serius, kedua-dua bendalir dan elektrolit diberikan melalui saluran mulut sedangkan pemberian secara suntikan akan dilakukan ke atas pesakit yang mengalami muntah-muntah dan cirit-birit yang serius atau dehidrasi ataupun yang kehilangan air badan sehingga berat badan susut 10%.

Selain menggantikan bendalir dan elektrolit badan yang hilang, ubat antibiotik atau antimikrob diginakan untuk merawat pesakit taun. Antibiotik yang seringkali digunakan dalam merawat jangkitan ialah kumpulan tetrasiklin sebagai pilihan utama manakala trimetofrim-sulfametokasazol, eritromisin, kloramfenikol dan furazolidon juga digunakan sebagai alternatif dalam kes-kes kuman penyakit telah 'lali' kepada antibiotik pilihan utama.

Dalam kumpulan tetrasiklin, doksisiklin merupakan ubat yang seringkali digunakan untuk merawat jangkitan taun. Ubat kumpulan tetrasiklin tidak boleh diambil bersama dengan susu dan hasilan tenusu lain disebabkan bahan tersebut akan mengurangkan tindakan ubat.

Pantang larang yang perlu dipatuhi ialah pesakit tidak mempunyai sejarah tindakbalas alahan kepada ubat ini. Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 8 tahun. Bagi pesakit wanita dan ibu pula, mereka mestilah tidak mengandung dan tidak menyusukan anak.

Dalam kes ibu mengandung atau sedang menyusukan bayi serta kanak-kanak, kumpulan tetrasiklin cenderung terkumpul di dalam tulang dan berupaya menyebabkan gigi bayi dan kanak-kanak berubah warna kepada kekuningan serta pertumbuhan tulang dan gigi kanak-kanak menjadi lambat.

Sebagai langkah berhati-hati untuk mengatasi sebarang kemungkinan kerana menggunakan ubat ini, pesakit hendaklah sentiasa meneliti kesan-kesan sampingan yang sering kali terjadi seperti di bawah :

# Kulit menjadi lebih sensitif apabila terkena sinaran matahari. Pendedahan kepada sinaran matahari walaupun sekejap boleh menghasilkan kerengsaan kulit, kegatalan, kulit menjadi merah dan mengelupas.

# Kekejangan otot perut, cirit-birit, rasa mual dan muntah.

# Kesakitan pada bahagian perut, ubun-ubun bengkak pada bayi, sakit kepala, hilang selera makan, warna kulit kekuningan dan perubahan deria penglihatan.

Kesan sampingan yang sering diperhatikan untuk ubat ini ialah cirit-birit, sakit kepala, hilang selera makan, gatal kulit, sakit pada sendi otot, kesusahan menelan makanan, sakit tekak dan demam di samping pengguna akan merasa letih.

Oleh sebab tetrasiklin tidak boleh diberikan kepada kanan-kanak di bawah 8 tahun, maka pesakit kanak-kanak akan diberikan kombinasi 5 mg/kg trimetofrim dan 25 mg/kg sulfametoksazol 2 kali sehari selama 3 hari.

Panduan Elak Jangkitan

* Minum air yang dimasak. Suhu air mendidih akan membunuh bakteria. Gunakan air bersih seperti air paip atau telaga yang dibubuh klorin untuk kegunaan harian seperti membasuh pinggan mangkuk, makanan segar, meggosok gigi dan mengambil wuduk

* Makan makanan panas dan elakkan makanan sejuk seperti ais, aiskrim, air batu campur kerana bakteria taun mudah membiak dalam keadaan sejuk

* Pastikan persekitaran rumah bersih. Musnahkan semua tempat pembiakan lalat dan makanan ditutup

* Sayuran dan buah-buahan segar hendaklah dicuci dengan sempurna menggunakan air bersih

* Hendaklah sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas

* Jika ingin makan di gerai, pastikan gerai itu bersih. Bagaimanapun, langkah lebih bijak dengan menghentikan makan di gerai buat sementara waktu

* Jika ada ahli keluarga telah mendapat taun, pastikan ahli keluarga lain diberitahu tentang kebersihan semasa buang air besar bagi mengelakkan ahli keluarga lain daripada dijangkiti penyakit tersebut.

* Pakaian pesakit harus dicuci dengan sabun dan larutan pemutih Clorox untuk membasmi kuman taun

* Dapatkan ubat antibiotik yang diberi oleh pihak hospital atau Jabatan Kesihatan untuk dimakan oleh ahli keluarga yang sihat

* Bawa pesakit yang muntah dan cirit-birit ke hospital dengan segera


Lagi info tentang TAUN di sini.

Read more...

Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung/Darah Tinggi


Lebih 17.2 juta manusia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit kardiovaskular, dengan itu menjadikannya penyebab utama kematian di seluruh dunia.


Meningkat di Malaysia

Penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat di Malaysia sepanjang 10 tahun kebelakangan ini dan kini membabitkan kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia. Kira-kira 43% rakyat Malaysia yang berumur melebihi 30 tahun menderita penyakit kronik ini, iaitu peningkatan daripada 33% yang direkodkan pada tahun 1996.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Di Malaysia, penyakit jantung dan penyakit yang berkaitan peredaran pulmonari merupakan penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan. Negara ini kehilangan beribu-ribu orang yang masih dalam lingkungan umur produktif setiap tahun akibat diserang oleh penyakit-penyakit kardiovaskular.

Bagaimana Mengawal Tekanan Darah

Pemeriksaan tekanan darah secara kerap di rumah untuk sentiasa mengamati paras tekanan darah kita.

Mereka yang mengambil ubat anti hipertensi hendaklah terus mengambilnya setiap hari dan jangan lupakan ia atau berhenti mengambilnya tanpa terlebih dahulu meminta nasihat doktor.


Cara Mengelak Serangan Darah Tinggi

* Jangan merokok

* Kekalkan berat badan yang sihat

* Bersenam secara kerap

* Semua orang dewasa yang sihat dalam lingkungan umur 18-65 tahun seharusnya mendapat sekurang-kurangnya 30 minit kegiatan senaman yang sederhana 5 hari seminggu

* Makan makanan yang sihat

* Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar

* Kurangkan pengambilan garam

* Kurangkan makanan bergoreng; pilihlah makanan yang dikukus, panggang atau dibakar

* Kurangkan pengambilan makanan yang sarat dengan kolesterol

* Ambillah suplemen Koenzim Q10 (CoQ10)

Apa Itu CoQ10?

Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. CoQ10 adalah perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Para saintis mendapati jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja sebab ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Tidak ada satu degupan pun boleh berlaku tanpa wujudnya tenaga.

Menjana tenaga yang banyak tidak menjadi masalah semasa kita masih muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung, tetapi apabila kita semakin tua, badan akan mengeluarkan semakin sedikit CoQ10. Pada peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. Sebaik sahaja keadaan ini berlaku, jantung tidak lagi mampu bekerja dengan cekap serta tidak berupaya untuk menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan. Akibatnya, kita akan berasa letih dan tidak bermaya.


Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung

Banyak penyelidikan telah dilakukan terhadap CoQ10 tetapi hasil yang paling menarik ialah yang dicapai dalam bidang kardiologi.

Pada tahun 1972, Dr. Karl Folkers (dikenali sebagai 'Bapa CoQ10' kerana kajian mendalam beliau mengenai CoQ10) dan Dr. Gian Paolo Littarru membuktikan mereka yang menghidapi penyakit jantung seringkali adalah mereka yang juga kekurangan CoQ10. Paras kekurangan CoQ10 telah pun dimantapkan dengan amat jelas dalam kes-kes kegagalan jantung kongestif dan kardiomayopati (otot jantung yang berpenyakit) yang merupakan penyakit yang melibatkan otot jantung itu sendiri.

Apabila otot jantung lemah, ia tidak dapat mengepam semua darah yang diterima daripada badan. Juga, apabila otot jantung itu lemah, ia memerlukan lebih banyak jumlah nutrien yang mesti disalurkan ke sel-sel jantung supaya ia dapat mencipta tenaga. Salah satu nutrien yang paling penting ialah CoQ10. Dengan mengambil suplemen CoQ10, maka otot jantung yang lemah itu dengan mudahnya dapat menambah semula simpanan CoQ10-nya. Ini membolehkan otot jantung menjana lebih banyak tenaga dengan itu memperbaiki keadaannya yang lemah itu.


Rawatan Berkesan

Koenzim CoQ10 merupakan suatu rawatan yang berkesan bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, menurut satu ujian klinikal yang diterbitkan dalam majalah Southern Medical Journal (2001; 94:112-7).

Mengikut kata Dr. Peter H Langsjoen, M.D., F.A.C.C. (doktor, ahli biokimia dan penyelidik), "Dari pengalaman klinikal saya, kekurangan CoQ10 adalah penyebab kepada kekakuan otot jantung, yang akan menyebabkan badan bertindak balas dengan adrenalin. Dan seterusnya akan menyebabkan tekanan darah tinggi".

Terdapat beberapa penyelidikan berkaitan CoQ10 dan semuanya menunjukkan peningkatan fungsi otot jantung dan lama kelamaan menurunkan tekanan darah.

Manfaat daripada CoQ10 untuk jantung kini merupakan suatu fakta yang telah pun diterima ramai di kalangan para doktor pada hari ini. Banyak kajian menunjukkan kebaikan yang konsisten dalam kefungsian jantung di kalangan para pesakit yang mengambil CoQ10. Adalah penting kita menyedari bahawa CoQ10 itu digunakan untuk menyokong rawatan-rawatan tradisi dan bukan sebagai penggantinya.


Bukan Semua Suplemen CoQ10 Adalah Sama

Bentuk tradisi suplemen CoQ10 adalah tidak mudah diserap oleh badan (serbuk CoQ10 yang diampaikan dalam minyak soya - kapsul gel lembut, tablet yang berasaskan serbuk, kapsul gelatin keras yang diisikan dengan serbuk). Masalahnya ialah saiz zarah CoQ10 adalah sangat besar, lagipun ia tidak larut dalam air dan juga susah hendak larut dalam lipid, dengan itu membuatkannya sukar untuk badan menyerapnya.

Bagaimanapun, kini terdapat suatu bentuk CoQ10 yang 'larut air' (hydrosoluble) diperbuat dengan menggunakan teknologi 'BioSolv' yang telah dipatenkan. Proses ini dapat mengecilkan saiz zarah daripada 25-70 mikron menjadi hanya 0.3 mikron - iaitu lebih kecil daripada seekor bakteria! Kebiasaannya, lagi kecil saiz sebutir zarah maka lagi baik penyerapannya. Apa yang tidak diserapi ke dalam aliran darah tidak dapat digunakan oleh badan.


Lagi info tentang CoQ10 di sini.

Read more...

BAYI JANTUNG BERLUBANG


oleh Bintu Rasyada A. Rahman

Biasa disebut jantung berlubang, CHD (Congenital Heart Disease) berlaku apabila terdapat kerosakan pada struktur jantung dan saluran utama sejak bayi dalam kandungan lagi. Banyak jenis kerosakan jantung berlaku, kebanyakannya sama ada menghalang aliran darah dalam jantung atau saluran berhampiran dengannya atau menyebabkan darah mengalir dalam jantung pada arah yang berlawanan.


Menurut Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, satu dalam setiap 100 bayi yang lahir di negara ini berkemungkinan mengalami masalah jantung. Dengan purata 500,000 kelahiran setiap tahun, dianggarkan 5,000 bayi di Malaysia berisiko menderita sakit jantung kongenital setiap tahun.

Secara global pula, insiden penyakit jantung kongenital di kalangan bayi yang baru dilahirkan berlaku antara 4 hingga 9 bagi setiap 1,000 kelahiran. Justeru setiap tahun, terdapat hingga 1.5 juta kes seluruh dunia.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Genetik

CHD merupakan penyakit yang disebabkan warisan (genetik) dan juga persekitaran. Jika ibu atau bapa mempunyai penyakit ini, bayi yang dilahirkan mempunyai risiko 10% mengalaminya.

Selain itu, faktor persekitaran antenatal termasuk jangkitan ketika mengandung (rubella), pengambilan alkohol atau dadah tertentu dan penyakit seperti kencing manis dan SLE turut menyumbang kepada permasalahan.

Bagaimana Ia Dikesan?

Bayi yang mengalami kecacatan jantung boleh dikesan ketika di dalam kandungan (bagi kes major) dan juga ketika dilahirkan (kes minor). Ujian ultrasound ketika ibu sedang mengandung mampu mengesan sebarang keganjilan pada denyutan jantung. Ia boleh dikesan seawal usia 4 bulan.

Rentak normal jantung adalah 'lup dup' dan jika ia berlainan seperti 'lup cup', bererti terdapat kecacatan pada jantung tersebut.


Biru dan Tidak Biru

Bayi CHD dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bayi biru dan tidak biru (blue dan non-blue baby).

Bayi tidak biru menghadapi masalah lubang pada jantung atau masalah dengan injap atrial. Jenis yang paling banyak ditemui adalah kecacatan septal ventrikular (VSD) dan atrial septal defect (ASD).

Bayi biru pula mempunyai masalah halangan yang menyekat pengaliran darah ke paru-paru (tersumbat).

Simptom

Antara simptom yang biasa ditemui dalam kes kecacatan jantung kongenital adalah :

* jantung berbunyi (murmur)
* cyanosis (biru di badan atau muka)
* kesukaran menyusu
* nafas kencang
* berat badan tidak bertambah secara normal
* pendarahan

Jika ibu bapa mendapati anak mereka mempunyai simptom yang dinyatakan, dinasihatkan membawa ke klinik berhampiran dengan segera untuk pemeriksaan. Jika terdapat kemungkinan masalah jantung major, bayi tersebut memerlukan pembedahan segera.


Ujian

Terdapat beberapa ujian yang dapat dijalankan untuk menentukan jika bayi atau kanak-kanak mempunyai masalah jantung.

Ujian ECG (electrocardiogram) akan dijalankan untuk memantau denyut jantung dan menentukan sama ada ia normal atau sebaliknya.

Imbasan sinar-X dada juga mungkin dilakukan untuk melihat jika jantung membesar (bengkak) atau mempunyai masalah paru-paru. Ujian echocardiogram (ultrasound jantung) pula dapat mengesan beberapa kecacatan struktur jantung.



Lagi info tentang JANTUNG BERLUBANG di sini.

Read more...

Implan Koklea Bantu Pertuturan


Belajar bercakap sebenarnya proses panjang dan bayi baru lahir mengambil masa sekurang-kurangnya 12 bulan untuk merakam pelbagai jenis bunyi didengarnya sebelum boleh menuturkan kata pertama, yang ada kalanya sukar difahami.

Bahkan, kebolehan bercakap juga dipengaruhi kemampuan setiap individu untuk mendengar. Semakin rendah kualiti pendengaran, semakin sukar seseorang itu menyebut perkataan dengan jelas dan betul.


Inilah fenomena biasa yang dihadapi individu bermasalah pendengaran dan proses pertuturan menjadi semakin payah apabila meningkat dewasa; terutama jika mereka tidak diberikan rawatan sewajarnya.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Untuk membolehkan mereka belajar bercakap dengan berjaya, individu yang ada masalah pendengaran perlu menggunakan alat bantuan pendengaran sesuai. Lebih awal alat ini digunakan, lebih baik bagi membolehkan individu berkenaan belajar bercakap seperti rakan sebaya lain.

Antara kaedah lain untuk mengatasi masalah pendengaran adalah pacakan koklea (juga dipanggil implan koklea) yang berfungsi sebagai alat meningkatkan pendengaran melalui rangsangan elektrik pada sel saraf dalam telinga.

Namun perlu diingat, bukan semua orang mendapat faedah daripada pacakan koklea kerana ia sesuai bagi individu yang mengalami masalah pendengaran teruk di kedua-dua belah telinga dan tidak memperolehi faedah daripada alat bantu pendengaran biasa.

Kumpulan ini biasanya sukar berinteraksi melalui pertuturan. Bagaimanapun, individu yang berminat dengan implan koklea perlu menjalani penilaian klinikal, termasuk ujian tahap pendengaran dan perubatan, kebolehan pertuturan dan penilaian faedah yang bakal diterimanya.

Peranan Pakar Audiologis

Kebiasaannya selepas dua atau tiga minggu pembedahan pacakan koklea, pemulihan intensif membabitkan proses pemetaan bunyi (dikendalikan Pakar Audiologis) dan terapi pertuturan (dikendalikan oleh Terapis Pertuturan-Bahasa) dijalankan.

Bagaimanapun, ramai ibu bapa salah faham dan menganggap anak mereka akan boleh terus bercakap secara normal selepas menerima implan koklea. Sebenarnya ini tidak berlaku kerana setiap individu memerlukan masa untuk belajar mendengar bunyi dulu sebelum bercakap.

Jika disyaki anak ada masalah pendengaran, ibu bapa dinasihatkan menghantarnya untuk penilaian pendengaran dengan Pakar Audiologis. Usah bertangguh memberi rawatan pendengaran kepada anak.

Lebih lambat anak dikesan dengan masalah pendengaran atau diberikan alat bantu pendengaran sesuai, bermakna proses belajar bercakap juga menjadi lewat. Mereka berisiko tinggi jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya.

Kesilapan yang biasa dilakukan kebanyakan ibu bapa apabila menyedari anak mereka menghadapi masalah pendengaran ialah menganggap anak mereka bisu.

Oleh itu, mereka menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dan melengahkan memberi anak alat bantu pendengaran sesuai serta mendapatkan terapi pertuturan.

Peranan Ibu Bapa

Sesudah masalah pendengaran ditentukan dan alat bantu pendengaran sesuai dipasang, pembabitan ibu bapa penting dalam tempoh pemulihan anak yang ada masalah pendengaran.

Ibu bapa adalah ‘guru’ dan pemantau utama bagi meningkatkan kebolehan anak bercakap. Pencapaian setiap individu juga berbeza bergantung kepada minat dan kesungguhan mereka.

Ibu bapa perlu menarik minat anak untuk belajar mendengar. Kesabaran dan kesungguhan ibu bapa penting kerana ketika ini anak mereka yang baru memakai alat bantu pendengaran boleh dianggap seperti bayi baru belajar mendengar. Jadi mulakan dengan bunyi awal yang mudah untuk mengajar mereka. Aktiviti harian dan persekitaran rumah merupakan antara bahan pendidikan berguna.

Paling penting, kurangkan penggunaan isyarat tangan, sebaliknya gantikan dengan menyebut perkataan bagi merangsang proses pembelajaran mendengar.

Bagi merangsang kebolehan anak bertutur, ibu bapa perlu terbabit secara aktif dan digalakkan banyak bercakap dengan anak yang baru menerima alat bantu pendengaran atau implan koklea. Penting juga untuk ibu bapa terbabit langsung dengan proses terapi pertuturan.

Jika sudah dipasangkan dengan alat bantu pendengaran yang sesuai, kanak-kanak bermasalah pendengaran akan diajar mengikut perkembangan pendengaran dan pertuturan kanak-kanak dengan pendengaran normal.

Oleh itu, mereka dijangka boleh mencapai peringkat perkembangan seperti berikut:

- Selepas 3 hingga 6 bulan : memalingkan muka dan mengesan objek yang mengeluarkan bunyi, mula menyebut bunyi ‘oo, ga, ba’

- 6 hingga 9 bulan : memberi gerak balas apabila namanya dipanggil, menuturkan suku kata berulang seperti ‘ma ma, pa pa, ba ba’.

- Sembilan hingga 12 bulan : boleh mengulang perkataan mudah.

- 12 hingga 18 bulan : boleh menggunakan 10 perkataan atau lebih.

- 18 hingga 24 bulan : guna 20 atau lebih perkataan dan mula gunakan dua perkataan atau lebih pada satu masa.

- 2 hingga 3 tahun: mula membuat ayat sendiri. Pada usia ini, sebahagian besar ayat mereka boleh difahami.

- 3 hingga 4 tahun : boleh mendengar seperti orang dewasa dan boleh menjawab pertanyaan yang mudah.

- 4 hingga 5 tahun: Memberi perhatian dan faham cerita pendek. Mula menggunakan ayat kompleks.

Bagaimanapun, pencapaian individu juga bergantung kepada tiga faktor iaitu kekerapan penggunaan alat bantu pendengaran atau implan koklea, kesungguhan menjalani terapi dan pembabitan aktif ibu bapa.

Luangkan lebih masa bercakap dan bermain dengan anak. Babitkan aktiviti menyeronokkan kerana ia secara tidak langsung mendorong anak untuk mendengar dan bercakap.

Lagi info tentang IMPLAN KOKLEA di SINI.

Read more...

RISIKO MAKAN BANYAK DI HARI RAYA


Siapa mampu menolak juadah pagi raya apabila lemang, ketupat dan rendang yang penuh menyelerakan terhidang di atas meja makan menunggu untuk dijamah. Sementara menanti makan tengah hari, mulut mengunyah biskut raya dan kerepek sambil menonton rancangan menarik sempena raya di kaca televisyen.

Hampir semua hidangan mengandungi kadar lemak, gula, garam serta kolesterol yang tinggi. Itu belum dengan pelbagai jenis minuman manis yang sentiasa tersedia di dalam bekas air.


Begitulah lumrah pemakanan bagi kebanyakan individu setiap kali menjelang 1 Syawal. Puasa sebulan terus dibalas dengan makan dalam sehari.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Risiko Terkejut

Namun apakah risiko yang mungkin terjadi pada sistem perut dan penghadaman yang tiba-tiba dikejutkan dengan pemakanan mendadak ini?

Dalam keadaan berpuasa, kadar metabolik turun kerana tidak banyak makanan untuk diproses. Namun apabila hari raya, individu yang makan terlalu banyak boleh mengakibatkan kadar metabolik mereka semakin tidak stabil.

Kerana keadaan ini, individu yang makan berterusan akan mengalami penambahan berat badan secara mendadak, segala makanan yang masuk secara banyak itu tidak boleh dibakar oleh sistem metabolisme kerana keadaannya yang lemah selepas sebulan berpuasa.

Makan Alas Perut

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh individu pada pagi raya ialah makan alas perut seperti buah-buahan dan sayuran sebelum menikmati juadah sinonim pada hari raya seperti lemang dan rendang.

Alas perut memang penting kerana apabila kita mengambil buah dan sayur yang kaya dengan serat, akan memberi lapisan kepada usus supaya lemak tidak diserap dengan banyak ke dalam darah. Antara buah yang baik dimakan ialah buah limau, epal hijau, kiwi dan salad.

Elak Kafein

Seperkara lagi yang perlu dielak pada musim raya ialah pengambilan minuman yang mengandungi kafein. Bukan kopi dan teh sahaja yang mengandungi kafein, air bikarbonat juga mengandungi kafein.

Pengambilan minuman berkafein bersama lemang, rendang dan sebagainya memang memudaratkan usus. Sebaiknya, apabila kita makan makanan berlemak, minumlah air suam dan jus buah sebagai alternatif.

Salah satu cara penyerapan lemak terbaik untuk tubuh ialah pengambilan soy lecithin sebelum makan makanan berlemak. Makanan tambahan ini berfungsi sebagai penyerap lemak yang akan dikeluarkan melalui najis ketika membuang air besar.

Elak Kerepek

Kerepek adalah makanan yang perlu dielak kerana ia mengandungi oksida yang tinggi.

Bahan makanan bergoreng dan mengandungi oksida tinggi ini boleh menyebabkan badan dipenuhi dengan toksin dan sebagai penyelesaiannya mereka disarankan mengambil bahan anti-oksida seperti vitamin A, C dan E.

Jika mahu makan kerepek, pilihlah kerepek daripada jenis dipanggang seperti emping jagung. Jika suka makan kekacang pula pilihlah kacang parang atau kacang kuda yang mempunyai kandungan lemak baik atau omega yang tinggi.

Jangan makan makanan mengandungi protein sekali gus. Sebagai contoh, makan ayam, daging, sotong dan ikan dalam satu masa, ini kerana usus hanya akan menghadamkan protein yang paling ringkas sahaja seperti ikan.

Protein lain seperti daging dan sotong akan terus menjadi toksin yang sekiranya tidak dibuang akan menjadi penyebab penyakit seperti migrain dan masalah-masalah lain.

Risiko Makan Banyak

Antara risiko yang boleh terjadi pada individu yang tidak mengawal pemakanan mereka pada musim raya ialah sembelit.

Apabila sembelit berlaku, masalah seperti buasir akan timbul. Selain itu, usus juga boleh mengalami kecederaan dan sekali gus mengakibatkan sistem penghadaman kacau bilau.

Ketika bulan puasa, pesakit darah tinggi atau kencing manis akan turun kadar glukos dan kolesterol tetapi naik mendadak pada musim raya. Kita tidak mahu bulan raya diserang penyakit berbahaya, sebab itu kena kawal makan.

Buang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Selain menikmati makanan yang sedap pada hari raya, pastikan juga minum air kosong 8 gelas sehari demi kesihatan yang optimum.


Lagi info tentang HARI RAYA di sini.

Read more...

Demam Campak Berjangkit


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan demam campak masih menjadi antara pembunuh utama kanak-kanak kecil, walaupun vaksin pencegahan yang berkesan sudah lama ada.

Tahun lalu (2008) saja 197,000 kes kematian akibat demam campak di seluruh dunia atau hampir 540 kematian sehari atau 22 kematian setiap jam.


Lebih 95% kematian akibat demam campak berlaku di negara miskin yang kekurangan infrastruktur kesihatan. Vaksin demam campak dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat secara keseluruhan dengan pengurangan 74% kematian di seluruh dunia dari tahun 2000 hingga 2007.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Pada 2007, kira-kira 82% kanak-kanak di seluruh dunia menerima satu dos vaksin campak sebelum berumur setahun melalui rutin perkhidmatan kesihatan — peningkatan 10% berbanding pada 2000.

Untuk mendapat imuniti (perlindungan sepenuhnya) terhadap penyakit, setiap kanak-kanak memerlukan 2 dos vaksin kerana hampir 15% tubuh kanak-kanak gagal membentuk imuniti daripada dos pertama.

Dalam sejarah, demam campak pernah dipanggil pembunuh utama kanak-kanak. Walaupun vaksin campak ada sejak 30 tahun lalu, virus campak masih menjangkiti 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia.

Tanda dan Gejala

Virus demam campak mengambil masa 7 hingga 14 hari (purata 10 hingga 11 hari) untuk membiak dalam badan sebaik ia menjangkiti seseorang.

Tempoh pembiakan ini dipanggil tempoh inkubasi dan ia boleh menjangkiti orang lain sebelum pesakit pertama mengalami gejala awal seperti ruam.

Gejala awal ini bagaimanapun boleh timbul daripada hari pertama selepas tempoh inkubasi. Gejala awal yang juga dikenal sebagai gejala 3C iaitu batuk (cough), koriza atau selesema dalam kepala (coryza) dan sakit mata (conjunctivitis).

Pesakit juga akan mengalami demam dan menjadi sensitif terhadap cahaya (fotofobia). Kebanyakan gejala biasanya menjadi lebih teruk selama 3 hingga 4 hari sebelum kemunculan bintik-bintik merah campak.

Jika anda perhatikan, bintik merah ini mempunyai pusat berwarna putih kebiruan (juga dipanggil bintik Koplik) biasanya muncul dalam masa 24 hingga 48 jam dan berlanjutan sehingga 2 hingga 4 hari.

Bintik merah ini yang mempunyai garis pusat 0.1 hingga 1 sentimeter, biasanya akan muncul bermula dari muka dan belakang telinga. Dalam masa 24 hingga 36 jam dari kemunculan ruam, ia merebak ke seluruh badan dan hujung tangan serta kaki.

Pada peringkat awal, bintik ini berwarna merah gelap dan menjadi semakin terang dan jelas dalam masa 3 hari. Kemudian ia menjadi pudar perlahan-lahan daripada keunguan kepada kuning kecoklatan selepas 5 hingga 10 hari.

Aturan gejala campak adalah dalam turutan:

Hari 0 hingga 1 : Ruam

Hari 2 hingga 3 : Bintik merah (koplik)

Hari 4 hingga 5 : Ruam campak (timbul)

Hari 6 : Bintik koplik mula pudar

Hari 7 hingga 8 : Ruam menjadi sangat ketara

Hari 10 : Ruam mulai menghilang

Siapa Yang Berisiko Mendapat Campak?

Kanak-kanak kecil yang tidak diberi vaksin campak mempunyai risiko paling tinggi. Mereka juga berdepan komplikasi campak yang teruk, termasuk kematian.

Mana-mana individu yang tidak imun (sama ada tidak pernah mendapat vaksin atau baru sembuh daripada demam campak) juga boleh dijangkiti.

Penyakit ini boleh menjadi wabak yang membunuh di negara yang mengalami bencana alam atau peperangan. Kemusnahan infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan akan mengendalakan rutin imunisasi; meningkatkan risiko jangkitan kepada penduduk yang terpaksa tinggal bersesak di kem perlindungan.

Jangkitan

Virus demam campak sangat mudah berjangkit melalui batuk, bersin dan sentuhan, terutama pada cecair hidung atau mulut individu yang dijangkiti. Virus ini akan kekal aktif dan boleh berjangkit walaupun terapung-apung di udara atau ada di atas mana-mana permukaan selama 2 jam.

Virus ini boleh dipindahkan kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit mengalami gejala pertama atau 4 hari selepas ruam muncul. Jika berlaku wabak, demam campak boleh menyebabkan banyak kematian, khususnya di kalangan kanak-kanak kecil dan tidak cukup zat.

Di negara yang dapat mengatasi penyakit ini, kes demam campak biasanya kes 'import' iaitu dibawa oleh penduduk negara lain yang menjadi punca jangkitan di sana.

Sesetengah kajian menunjukkan vaksin ini hanya boleh memberi perlindungan kepada individu yang mudah dijangkiti jika vaksin itu diberi 72 jam selepas terdedah kepada jangkitan.

Komplikasi

Antara komplikasi yang dialami pesakit akibat demam campak ialah:

* Cirit-birit
* Jangkitan telinga
* Pneumonia (radang paru-paru)
* Keradangan otak
* Sawan
* Kematian

Kira-kira 20% daripada kes demam campak yang dilaporkan mempunyai satu atau lebih komplikasi. Komplikasi ini lebih lazim pada pesakit kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun atau orang dewasa melebihi 20 tahun.

Ia menyebabkan jangkitan telinga pada satu daripada 10 kanak-kanak yang menghidap demam campak. Satu daripada 20 kanak-kanak yang demam campak mengalami radang paru-paru dan satu daripada 1,000 kes mengalami keradangan otak.

Keradangan otak ini boleh menyebabkan sawan dan kanak-kanak boleh menjadi pekak atau terencat akal. Lebih menyedihkan, satu atau dua daripada 1,000 kanak-kanak yang mengalami demam campak meninggal dunia.

Rawatan

Komplikasi serius boleh dielak melalui penjagaan rapi dengan mendapat makanan berzat, cukup air dan rawatan dehidrasi (bagi menggantikan cecair serta garam galian yang hilang daripada cirit-birit dan muntah).

Doktor akan memberi antibiotik untuk merawat jangkitan mata, telinga dan paru-paru — yang mesti dihabiskan semuanya.

Pencegahan

Demam campak boleh dicegah dengan suntikan vaksin kepada kanak-kanak, terutama di negara yang banyak kes dan tinggi kadar kematian akibat penyakit ini.

Vaksinasi kanak-kanak menjadi kunci kesihatan masyarakat kerana ia secara tidak langsung boleh mengurangkan kematian kanak-kanak dan orang dewasa. Vaksin campak adalah murah, selamat dan berkesan.

Ada ibu bapa bimbang apabila tercetus kontroversi kononnya vaksin MMR (campak, beguk dan rubela) boleh menyebabkan masalah autisme pada kanak-kanak.

Sebenarnya ia tiada kaitan langsung. Kajian di United Kingdom mengesahkan, virus atau tahap antibodi campak yang dikesan pada kanak-kanak autisme dan normal (kumpulan kawalan) tidak berbeza, sama ada mereka mendapat satu atau dua dos vaksin MMR.

Jadi jangan perjudikan kesihatan anak anda hanya kerana kebimbangan tidak berasas ini.


Lagi info tentang DEMAM CAMPAK di sini.

Read more...

Awasi Tanda-Tanda Strok


Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri membekal darah ke otak

Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar.

Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Tanda-Tanda Amaran Strok

Strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.

Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.

Di Malaysia, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung. Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.

Jenis Serangan Strok

Terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah.

Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya.

Strok iskemia mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah.

Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

Strok berdarah pula terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.

Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.

Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid.

Faktor Risiko

Menurut pakar, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok.

Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak. Mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok.

Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres.

Bagaimana Strok Didiagnosis?

Doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.

Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.

Kesan Strok

Kesan strok kepada pesakit adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku.

Otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu. Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang.

Pemulihan

Pemulihan segera adalah amat penting yangn mana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.

Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling.

Pencegahan

Risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

Jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.

Lagi info tentang STROK di SINI.

Read more...

Khasiat Tomato

Tomato buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?


Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :

* Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
* Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah


Lagi info tentang TOMATO di sini.

Read more...

Keracunan

oleh Haslina Hashim, Pusat Racun Negara

Keracunan boleh berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa. Kanak-kanak merupakan golongan yang sering terdedah kepada keracunan sama ada di rumah mahu pun di luar rumah.

Di Pusat Racun Negara, laporan menunjukkan lebih 26% daripada kes-kes keracunan yang dirujuk dari tahun 1995 sehingga Jun 2001 adalah melibatkan kanak-kanak. Kebanyakan daripada kes-kes tersebut juga didapati melibatkan golongan yang berusia antara 1 hingga 6 tahun. Golongan ini biasanya suka mencuba sesuatu yang baru dan menarik tanpa mengetahui bahayanya hal ini kepada mereka.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Apakah keracunan ubat-ubatan?

Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis. Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan. Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan.

Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.

Apakah ubat-ubatan yang sering menyebabkan keracunan kepada kanak-kanak?

Terdapat banyak jenis ubat-ubatan yang sering diberikan kepada kanak-kanak untuk merawat pelbagai penyakit. Ubat-ubatan ini mungkin diperoleh melalui preskripsi doktor atau dibeli dari farmasi atau kedai-kedai lain. Antara ubat-ubatan yang sering diberikan kepada kanak-kanak ialah ubat demam, ubat selesema dan batuk, zat besi dan pelbagai jenis ubat-ubatan untuk kegunaan luar.

Terdapat juga ubat-ubatan untuk orang dewasa yang dimakan oleh kanak-kanak secara tidak sengaja kerana menyangka ubat tersebut adalah makanan kegemaran mereka seperti gula-gula atau coklat.

Antara contoh ubat-ubatan yang sering diberikan kepada kanak-kanak dan biasanya terdapat di kebanyakan rumah ialah :

Ubat demam

Ubat demam adalah sinonim dengan parasetamol malah ia adalah ubat yang paling kerap digunakan untuk kanak-kanak. Selain demam, juga digunakan untuk meredakan atau menghilangkan kesakitan. Mudah dibeli di kedai-kedai tanpa memerlukan preskripsi doktor serta terdapat dalam pelbagai bentuk formulasi seperti ubat kunyah, cecair dan supositori.

Kebanyakan ibu bapa sering menganggap parasetamol adalah 'sangat selamat'. Tetapi kajian-kajian menunjukkan banyak kes keracunan berlaku kerana sebahagian ibu bapa atau penjaga memberikan dos-dos parasetamol yang tidak betul kepada kanak-kanak. Kesilapan yang paling ketara ialah memberi dos dewasa dalam bentuk ubat biji yang tidak sesuai untuk usia kanak-kanak tersebut. Dalam kes-kes lain pula, keracunan terjadi kerana kesilapan mengira dos yang betul serta kesalahan menyukat dos ubat cecair.

Paracetamol untuk kanak-kanak biasanya didapati dalam warna yang menarik serta mempunyai rasa yang enak. Oleh itu, kanak-kanak cenderung untuk memakannya sendiri sekiranya diletakkan di tempat yang mudah dijumpai oleh mereka. Lebihan dos parasetamol yang dimakan oleh kanak-kanak berkemungkinan menyebabkan kerosakan hati yang jika tidak menerima rawatan segara dan boleh membawa maut.

Ubat selesema dan ubat batuk

Ubat untuk rawatan selesema dan batuk biasanya mengandungi antihistamin di samping bahan-bahan lain. Contoh antihistamin konvensional adalah seperti klorfeniramin, prometazin, trimeprazin, defehidramin, triprolidin dan lain-lain lagi. Pada dos-dos yang selamat, antihistamin konvensional boleh menyebabkan rasa mengantuk akan tetapi jika dos berlebihan kanak-kanak akan mengalami tanda-tanda rangsangan sistem saraf pusat seperti pembesaran anak mata, muka merah, mulut kering, demam, dan ataksia (pergerakan otot yang tidak seragam). Selain itu, keracunan juga menyebabkan sawan, tekanan darah meningkat serta perubahan pada fungsi jantung. Sekiranya tidak diberi rawatan segera, maut mungkin menyusul.

Selain antihistamin konvensional, antihistamin generasi kedua seperti yang tidak menyebabkan rasa mengantuk banyak digunakan masa kini. Lebihan dos boleh menyebabkan kesan toksik kepada jantung dan sawan.

Di samping itu, bahan lain yang terkandung dalam ubat selesema dan ubat batuk ialah pseudoephedrine, dan jika diambil dalam dos berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, sakit kepala, halusinasi penglihatan (visual hallucination), kekeliruan, koma, kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung dan lain-lain kesan toksik pada jantung.

Zat besi (Iron)

Keracunan zat besi merupakan punca utama kematian kanak-kanak di bawah 6 tahun yang dilaporkan berlaku dari tahun 1988 sehingga tahun 1992 di Amerika Syarikat. Zat besi biasanya didapati dalam banyak sediaan ubat vitamin kanak-kanak dan ibu hamil. Zat besi merupakan zat yang penting untuk mencegah anemia atau keadaan kurang darah yang disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Kanak-kanak yang mengalami lebihan zat besi akan mengalami kesan keracunan segera dan kesan keracunan jangka panjang. Kesan segera biasanya berlaku beberapa minit atau beberapa jam selepas mereka menelan ubat tersebut. Antaranya ialah rasa loya, muntah, cirit-birit dan pendarahan perut-usus, yang boleh mengakibatkan kejutan, koma dan maut.

Dalam beberapa kes keracunan, kanak-kanak berkenaan kelihatan sembuh seperti sedia kala, akan tetapi pendarahan perut-usus yang teruk, keletihan berlebihan, kegagalan jantung dan koma boleh berlaku antara 12 jam sehingga 2 hari kemudiannya. Walaupun kanak-kanak tersebut selamat, mereka mungkin mengalami masalah-masalah lain seperti saluran perut-usus tersumbat dan kerosakan hati yang teruk dalam tempoh 3 hingga 6 minggu selepas tarikh keracunan.

Oleh itu, sekiranya anak anda tertelan lebihan ubat yang mengandungi zat besi, bawa dia ke hospital segera walaupun tiada kesan segera keracunan diperhatikan. Kadangkala tanda-tanda yang teruk tidak terjadi dalam tempoh yang singkat dan rawatan yang lambat diberi mungkin tidak lagi berkesan.

Bagaimana mencegah keracunan?

Keracunan pada kanak-kanak adalah sesuatu yang boleh dicegah. Usaha-usaha yang gigih untuk mengelakkan keracunan perlu mengambil kira peringkat umur kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun merupakan golongan yang paling berisiko untuk mengalami keracunan kerana mereka cenderung untuk memasukkan apa sahaja ke dalam mulut mereka. Kanak-kanak pada peringkat umur ini baru belajar merangkak dan berjalan dan terdedah kepada pelbagai barangan di dalam rumah. Langkah-langkah pencegahan keracunan di rumah paling baik dimulakan ketika kanak-kanak berusia 6 bulan atau sebelum kanak-kanak tersebut menyusur dan merangkak.

Kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun biasanya akan memakan sebarang ubat atau pil yang mereka temui. Kumpulan ini bersifat ingin mencuba dan mereka juga gemar meniru gelagat orang dewasa. Apabila usia mereka meningkat, usaha-usaha pencegahan akan lebih cenderung daripada melindungi kepada mendidik. Pada peringkat ini, ibu bapa hendaklah memberitahu anak-anak tentang bahaya keracunan ubat-ubatan.

Langkah Pencegahan

Keracunan ubat-ubatan pada kanak-kanak boleh berlaku secara tidak disedari atau tidak sengaja. Keracunan tanpa disedari biasanya terjadi kerana salah anggapan ibu bapa atau penjaga terhadap ubat. Kebanyakan kita menganggap bahawa ubat adalah 'sangat selamat' dan mengambil sikap sambil lewa semasa memberikan ubat tersebut kepada anak. Untuk mencegah, beberapa perkara berikut adalah disarankan :

1. Pastikan anda memahami betul-betul arahan yang tercatat pada label ubat contohnya dos atau sukatan ubat yang betul, masa penggunaan dan cara penggunaan ubat yang tepat. Selain itu, arahan tambahan yang diberikan oleh petugas di kaunter farmasi juga perlu difahami dengan baik.

2. Sukatan ubat cecair mesti tepat dan menggunakan penyukat yang betul.

3. Elakkan memberi formulasi ubat untuk orang dewasa kepada kanak-kanak.

4. Goncang botol ubat cecair dahulu sebelum menyukat untuk memastikan kandungannya dicampurkan dengan baik.

5. Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti :

i. Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.
ii. Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi 2 tahun dalam simpanan anda
iii. Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.
iv. Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.
v. Ubat titis mata yang tidak habis dipakai.

6. Elakkan mengambil ubat yang telah dipreskripsikan kepada orang lain walaupun anda mempunyai tanda-tanda sakit yang serupa.

Langkah penyimpanan

Keracunan tidak sengaja biasanya terjadi kerana kealpaan kita dalam memastikan ubat-ubatan itu disimpan dengan cara dan di tempat yang selamat. Berikut adalah berapa garis panduan keselamatan yang boleh dipraktikkan.

1. Semua ubat hendaklah disimpan di tempat yang tinggi jauh daripada di lihat dan dicapai oleh kanak-kanak. Kabinet berkunci adalah tempat paling selamat.

2. Jangan tinggal ubat dimerata-rata tempat seperti di atas meja atau katil walaupun hanya untuk seketika sahaja kerana kelalaian kita akan mengundang bahaya.

3. Elakkan daripada memindahkan ubat bekas asal ubat ke bekas lain yang serupa dengan bekas menyimpan makanan. Selain itu, boleh menyebabkan ubat tersebut sukar dikenali dengan segera sekiranya berlaku keracunan, cara ini juga akan mengelirukan kanak-kanak.

4. Tutup bekas ubat dengan kemas. Sekiranya ada, guna penutup yang sukar dibuka oleh kanak-kanak (child-resistant cap).

5. Elakkan meletak atau menyimpan bekas ubat berhampiran dengan bekas makanan kerana ini mungkin mengelirukan kanak-kanak.

6. Buangkan semua ubat-ubatan yang luput atau tidak diperlukan lagi ke dalam tandas.

7. Didik anak-anak tentang bahaya ubat. Elakkan daripada memujuk anak makan ubat dengan mengatakan ubat itu gula-gula.

8. Baca label ubat beberapa kali dengan teliti sebelum memberikan ubat kepada anak terutama pada waktu tengah malam.

9. Jika anda menyimpan ubat di dalam tas tangan anda, simpan hanya untuk kegunaan sehari sahaja. Jauhkan tas tangan tersebut daripada kanak-kanak.

Simpan nombor telefon Unit Kecemasan hospital yang berdekatan atau Pusat Racun Negara. Pastikan nombor ini mudah di lihat apabila diperlukan segera. Beri juga nombor telefon ini kepada penjaga kanak-kanak tersebut.

Apakah tanda-tanda yang boleh membantu anda mengesyaki keracunan telah berlaku kepada seseorang kanak-kanak?

Tanda-tanda berikut boleh dijalankan panduan :

* Kanak-kanak tersebut pernah mengalami keracunan sebelum itu.

* Kanak-kanak tersebut berusia antara 1 hingga 6 tahun kerana kumpulan ini biasanya menunjukkan tanda-tanda sawan tanpa mengalami demam, atau tidak sedar diri tanpa sebab-sebab yang nyata.

* Kanak-kanak tersebut muntah tiba-tiba tanpa sebab.

* Kesakitan yang dialami melibatkan beberapa bahagian badan tanpa sebab yang pasti.

* Nafas kanak-kanak tersebut berbau aneh atau terdapat kesan-kesan kekotoran, luka atau pecah-pecah disekitar kawasan mulut dan bibir mulut.

Apakah yang perlu anda lakukan apabila berlaku keracunan?

Sebahagian tanda-tanda keracunan berlaku dengan segera. Antaranya ialah rasa mengantuk, keletihan, pening, loya, muntah, sakit perut, susah bernafas, kegelisahan, dan hiperaktiviti.

Sekiranya anda mengesyaki anak anda termakan ubat-ubatan berlebihan, tenangkan fikiran dan jangan panik. Cari bekas ubat berkenaan untuk memudahkan ubat dikenal pasti daripada label yang tertulis. Jangan beri makan atau minum sesuatu sebelum mendapatkan nasihat atau arahan dari doktor anda atau Pusat Racun Negara.

Telefon doktor anda atau Pusat Racun Negara di 04-6570099 atau talian kecemasan 911 dengan segera. Sebelum menelefon, pastikan anda bersedia dengan maklumat-maklumat berikut :

# Berat badan, umur dan sebarang penyakit yang dihadapi oleh anak anda.
# Nama ubat berkenaan yang boleh dibaca dari label bekas ubat.
# Jumlah ubat yang diambil oleh anak anda
# Masa ubat ditelan
# Tanda-tanda yang dialami
# Bantuan kecemasan yang telah diberikan.

Maklumat-maklumat ini penting untuk membantu mengenal pasti jenis racun yang terlibat, risiko yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak tersebut serta mempengaruhi kaedah perawatan yang akan dicadangkan.

Melindungi kanak-kanak daripada terdedah kepada keracunan ubat-ubatan, dan lain-lain bahan beracun di rumah merupakan satu tanggungjawap yang penting bagi ibu bapa dan penjaga.

Panduan mengelakkan keracunan perlu diberi perhatian serius dan dipraktikkan supaya kanak-kanak yang masih mentah sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat untuk mereka membesar dan berkembang dengan baik. Setelah semua usaha pencegahan dan langkah keselamatan dilaksanakan, pastikan juga anda mengetahui bagaimana, siapa, dan di mana boleh hubungi untuk memdapatkan bantuan sekiranya berlaku kes keracunan.


Lagi info tentang KERACUNAN di sini.

Read more...