Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Gejala Menopaus

Suami, anak dan ahli keluarga perlu faham perubahan dialami wanita di ambang menopaus, termasuk emosi yang kadangkala tidak menentu kerana ia di luar kawalan yang berlaku akibat perubahan hormon.

Walaupun wanita hanya dikatakan mengalami menopaus apabila haidnya berhenti selama sekurang-kurangnya 6 bulan (biasanya pada umur 50 atau 51 tahun), perubahan ini boleh berlaku beberapa tahun sebelum itu secara perlahan-lahan dan berperingkat.


Janganlah ada sesiapa yang menyindir dengan kata-kata 'dah nak menopauslah tu' kepada mana-mana wanita kerana ia bagai belati yang menusuk perasaan. Menopaus bermakna berakhirnya zaman kesuburan wanita. Ovari tidak lagi mengeluarkan telur dan berhenti menghasilkan hormon estrogen.

Walaupun secara puratanya kitaran haid terhenti pada umur 50 atau 51 tahun, kajian menunjukkan 1% wanita menopaus awal iaitu sebelum 40 tahun. Bahkan ada juga yang lebih malang apabila putus haid ketika berumur 25 tahun!



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Punca Menopaus Awal

Antara punca yang boleh menyebabkan menopaus awal ialah pembedahan pembuangan ovari (akibat masalah kesihatan), ovari gagal berfungsi dan menerima rawatan kemo atau radioterapi (untuk rawatan kanser).

Jadi berhati-hati mengeluarkan kata-kata kerana sindiran berkenaan tidak hanya melukakan perasaan wanita veteran, malah turut dirasai golongan muda terutama yang ada masalah sama.

Perubahan

Penurunan paras hormon estrogen ketika menopaus memberi kesan menyeluruh pada wanita iaitu daripada rambut hingga hujung kaki kerana ia membabitkan perubahan pada otak, rambut, mata, gigi, jantung, tulang, payu dara, kulit dan vagina.=

Antara perubahan yang dialami wanita ialah :

Simptom Vasomotor

* Serangan kepanasan (dari dada ke atas). Dianggarkan 20 hingga 40% mengalami masalah kepanasan yang teruk
* Banyak berpeluh pada waktu malam
* Berasa resah
* Sukar tidur
* Sakit kepala
* Dada berdebar-debar

Kajian menunjukkan jika lebih kerap mengalami gejala ini, maka risiko untuk mendapat penyakit Alzheimer (nyanyuk) lebih tinggi. Justeru, ia tidak boleh dibiarkan dan wanita perlu mendapat rawatan sewajarnya.

Perubahan Psikologi

* Kelesuan yang tidak normal
* Mudah menangis
* Terasa dirinya tidak lagi disayangi
* Perasaan mudah terganggu
* Resah
* Sentiasa berasa takut

Kulit hilang seri — akibat peredaran darah yang semakin perlahan. Kulit nampak kusam, menjadi kering, nipis, tahap kolagen menurun dan menyebabkan kulit hilang keanjalan.

Rambut — Mengalami keguguran rambut di kepala, sebaliknya tumbuh bulu di bahagian lain seperti muka.

Mata — Pandangan menjadi kabur atau terganggu.

Gigi — Mudah tertanggal

Buah dada — mengendur dan ‘jatuh’

Vagina — pendarahan (haid) yang tidak teratur, vagina kering, tisu faraj menjadi nipis dan ramai mengalami jangkitan. Gejala ini menyebabkan wanita tidak lagi berkeinginan untuk mengadakan hubungan seks. Malangnya, suami tidak faham dan berdasarkan statistik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pasangan yang berumur 50 tahun mencatat kadar perceraian paling tinggi.

Masalah pundi kencing — Otot pundi kencing hilang keanjalan dan mengecut. Ini menyebabkan ia jatuh menghimpit vagina dan kadang kala terkeluar dari vagina.

Osteoporosis — Wanita kehilangan 20% jisim tulang dalam masa lima hingga tujuh tahun selepas menopaus.

Serangan jantung — Risiko serangan jantung sama seperti lelaki dan kematian akibat serangan jantung adalah 10 kali lebih tinggi berbanding kanser payu dara.

Otak — Tumpuan menjadi lemah, mudah lupa atau hilang ingatan yang boleh menjurus kepada Alzheimer

Usus — risiko mendapat kanser usus juga meningkat

Tahap gangguan gejala berbeza antara individu mengikut daya ketahanan masing-masing. Namun, gangguan akibat menopaus tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana satu pertiga hidup wanita adalah selepas menopaus.

Ini sebabnya sokongan keluarga, terutama suami, penting supaya wanita dapat menjalani kehidupan sebaik mungkin.

Kaedah Mengatasi Gejala Menopaus

Banyak kaedah boleh digunakan untuk mengatasi gejala ini seperti:

* Mengekalkan diet seimbang dengan mengurangkan garam dan lemak
* Bersenam
* Mengelak pengambilan terlalu banyak kafein dan alkohol
* Mendapat tidur yang cukup
* Mengekalkan berat badan seimbang
* Berhenti merokok (perokok wanita akan menopaus 2 tahun lebih cepat berbanding wanita tidak merokok)
* Mengambil pil kalsium dan vitamin D untuk kesihatan tulang
* Mendapatkan pemeriksaan kesihatan (contohnya mamogram, pap-smear, ujian tekanan dan tulang) secara berkala.
* Belajar menangani tekanan dan mengambil sikap positif terhadap kehidupan

Selain itu, wanita boleh menjalani rawatan penggantian hormon (HRT) atau mengambil produk yang terbukti secara klinikal mampu menangani gejala vasomotor seperti herba kohosh hitam.

Ekstrak herba ini tidak mengandungi hormon, selamat digunakan dan berkesan. Malah, ia diperakui pakar perubatan sejak berpuluh tahun lalu.


Lagi info tentang MENOPAUS di SINI.

Read more...

Jangkitan Cacing Ganggu Tumbesaran


Telur cacing masuk ke tubuh menerusi tangan, makanan kotor.

Protozoa dan cacing adalah dua punca utama penyakit manusia di kebanyakan negara tropika. Ia bukan saja menjejaskan kesihatan berbilion orang malah membunuh jutaan yang lain setiap tahun.

Jangkitan cacing misalnya, boleh berlaku pada semua kumpulan usia masyarakat. Bagaimanapun, ia lebih kerap terjadi pada kanak-kanak. Pada 2006, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan jangkitan cacing di seluruh dunia melebihi 1.5 bilion.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Komplikasi Masalah Cacing

Masalah cacing yang tidak dirawat menyebabkan pelbagai komplikasi, antaranya masalah kekurangan darah kerana cacing boleh menghisap darah dalam usus.

Cacing kerawit sebagai contoh, paling kerap menyebabkan kekurangan darah kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus. Masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Masalah jangkitan cacing bagaimanapun, tidak terhad pada sejenis cacing saja. Jangkitan cacing lain yang kerap berlaku adalah cacing gelang dan cemeti.

Menurut WHO, jangkitan cacing gelang (ascaris lumbricoides) adalah jangkitan yang paling kerap berlaku iaitu membabitkan 1.22 bilion jangkitan, cacing cemeti (triciuris trichiura) pula 795 juta jangkitan manakala cacing kerawit (amcylostoma duodenale, necator americanus dan ancylostoma ceylanicum) 740 juta jangkitan.

Daripada jumlah itu, 400 juta kes membabitkan kanak-kanak yang kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cergas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran.

Kalau dilihat kajian tempatan yang dilakukan pada masyarakat luar bandar pula, ada antara 40 hingga 60 peratus kanak-kanak dijangkiti cacing. Jangkitan cacing gelang adalah jangkitan yang paling kerap berlaku (50%), diikuti cacing cemeti (40%) dan 10% lagi jangkitan disebabkan cacing kerawit.

Semua Peringkat Usia

Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua.

Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara 6 hingga 7 tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan seperti yang disarankan WHO pada 2006 ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap dijangkiti.

Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu.


Cacing dan Jangkitan

Cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.

Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan.

Larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.

Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.

Berbanding cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, yang selalu terjadi pada kanak-kanak sekolah, jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.

Komplikasi Jangkitan Cacing

Cacing gelang

Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A – kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.

Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.

Cacing cemeti

Masalah usus tersumbat menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan 'prolaps rectum' atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.

Cacing kerawit

Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Simptom Jangkitan Cacing

* Kurang selera makan
* Tumbesaran terganggu
* Kerap muntah
* Sakit perut
* Kerap cirit-birit
* Pucat
* Gatal pada dubur

Lagi info tentang CACING di SINI.

Read more...

Dengkur Jejas Kualiti Tidur


Posisi tidur dan keletihan boleh menyebabkan seseorang berdengkur.

Anda cukup tidur? Bagaimana dengan pasangan atau ahli keluarga anda? Mungkin anda lesu walaupun selepas berjam-jam tidur akibat apnea (aliran udara terhalang), sementara pasangan anda pula lesu kerana melayan alunan dengkur anda sepanjang malam.


Dianggarkan hampir 5.55 juta penduduk Malaysia, tidak mengira jantina dan umur, menghasilkan orkestra dengkur setiap malam, sama ada 'berdengkur tetap' ataupun 'berdengkur sambilan'.

Masalah dengkur bukan sahaja mengganggu penghidap malahan orang di sekitarnya, dan mungkin menjejaskan kualiti tidur lebih 1/3 penduduk negara ini setiap malam.

Dengkur juga mengganggu ketenangan percutian dan perjalanan jauh di dalam bas, kereta api mahupun kapal terbang. Ada juga pasangan yang terpaksa tidur berasingan kerana tidak tahan dengan ‘dengungan’ berpanjangan setiap malam.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Dengkur Bukan Apnea

Masalah struktur sekitar salur pernafasan biasanya akan menyebabkan dengkur berpanjangan sementara masalah hidung tersumbat, keletihan dan penggunaan ubat tertentu menyebabkan ‘dengkur sambilan’.

Gangguan tempoh dan kualiti tidur penghidap dengkur dan orang di sekelilingnya dalam jangka panjang dikhuatiri membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Tidur tidak cukup atau kurang kualiti mungkin membawa kepada diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok serta gangguan fungsi dan ketahanan badan.

Dengkur adalah sesuatu yang hanya berlaku ketika tidur dan ia berbeza berbanding apnea. Penyempitan salur udara menyebabkan pergolakan tekanan udara dan getaran palet lembut (lelangit) serta dinding farinks. Getaran ini seterusnya menghasilkan bunyi khusus dengkur.

Apnea pula merupakan halangan penuh salur pernafasan (hidung atau mulut) sehinggakan penghidap berhenti bernafas sekurang-kurangnya 10 saat, berulang kali semasa tidur. Dengkur dan apnea mungkin hadir bersama atau hanya salah satu sahaja.

Bahaya utama adalah apabila penghidap dengkur mempunyai Apnea Tidur Halangan (OSA) yang teruk, menyebabkannya berhenti bernafas lebih 30 saat, berulang kali semasa tidur.

Boleh Menjejaskan Kesihatan

Oleh itu, individu yang berdengkur perlu menjalani ujian tertentu bagi menentukan klasifikasi dengkur biasa, sehinggalah ke tahap OSA yang teruk.

Individu yang mengalami dengkur biasa tidak menghadapi banyak masalah selain bunyi dan keselesaan tidur (penghidap dan ahli keluarga). Namun, individu yang berdengkur dengan kuat dan mengalami OSA yang teruk mungkin terjejas kesihatannya dalam jangka panjang.

Tahap teruknya apnea ditentukan melalui kiraan setiap jam, rendah (10 apnea sejam), sederhana (20 hingga 30) atau teruk (lebih 40 apnea sejam).

Dengkur dan apnea boleh menyebabkan kekurangan oksigen ke otak dan jantung, menjejaskan fungsi otak dan tekanan kepada jantung (jantung makin besar, denyut jantung dan pernafasan makin laju).

Gangguan tidur pesakit jelas kelihatan jika mereka masih mengantuk di waktu pagi sementara kanak-kanak kelihatan sukar memberi tumpuan.

Populasi Pendengkur

20% populasi penduduk Malaysia mempunyai masalah dengkur. Ia lebih kerap berlaku di kalangan lelaki dan individu berumur lebih 40 tahun. Namun terdapat juga peratusan kecil penghidap dengkur di bawah umur 30 tahun.

Mereka yang kuat minum minuman beralkohol dan mempunyai berat badan berlebihan juga lebih mudah berdengkur,” Kanak-kanak juga mungkin berdengkur, selalunya berpunca daripada masalah tonsil.

Gangguan Kepada Keluarga

Masalah dengkur turut menjejaskan tidur pasangan serta keluarga penghidap, dan selalunya merekalah yang mengenal pasti masalah tersebut.

Sering kali pasangan penghidap yang mengadu tentang masalah dengkur tersebut sedangkan penghidap sendiri tidak mengakui atau tidak mengaitkan kelesuan serta sering rasa mengantuk dengan masalah dengkur.

Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang memalukan kerana dengkur juga boleh berlaku jika seseorang itu terlalu letih dan juga dengan peningkatan usia. Ini kerana otot dan tisu lembut di sekitar salur pernafasan akan semakin kendur, seterusnya bergetar atau menghalang aliran udara.

Orang kurus juga boleh berdengkur. Bunyi dengkur yang kuat pula tidak bererti masalah dengkur yang teruk, sebaliknya kehadiran apnea yang menentukan bahaya kepada penghidap.

Rawatan

Terdapat bermacam kaedah rawatan ditawarkan untuk mereka yang berdengkur atau mengalami apnea.

Kajian waktu tidur boleh dijalankan di rumah atau hospital, sementara kaedah rawatan mungkin semudah membetulkan posisi tidur dan mengurangkan berat badan, atau mungkin memerlukan pembedahan jika ia teruk atau membahayakan kesihatan.

Rawatan untuk mengurangkan atau menghentikan dengkur juga dapat meningkatkan kualiti tidur pasangan dan keluarga, mengurangkan bilangan ‘muka-muka lesu’ di sekolah dan pejabat.

Dengkur sememangnya bukan sesuatu yang perlu dimalukan, terutamanya dengan satu daripada lima rakyat negara ini berdengkur. Namun, rawatan perlu dipertimbangkan jika ia mengganggu rehat anda dan keluarga, terutamanya jika dengkur anda diiringi masalah apnea.

Dapatkan maklumat terkini mengenai cara menguji dan merawat masalah dengkur anda melalui internet atau doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT). Kembalikan kesunyian malam keluarga dan tingkatkan kecergasan pagi anda.


Lagi info tentang DENGKUR di sini.

Read more...

Keburukan Pil Tidur

Pengambilan pil tidur yang kronik boleh menjejaskan refleks ketika sedar, upaya penilaian, upaya ingatan dan kecerdasan keseluruhannya. Ironinya, pengguna pil tidur menyangka ia membantu membetulkan rutin malam mereka sedangkan ia sebenarnya menambahkan kesan buruk.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Pil tidur hanya membantu sedikit atau langsung tidak memperbaiki masalah tidur yang kronik sebaliknya menyebabkan kebergantungan kimia untuk jangka masa panjang. Selain mengurangkan aktiviti sel otak pada siang hari, ia juga merosakkan memori jangka pendek dan mengakibatkan rasa pening dan mabuk.

Seseorang yang terlebih dos pil tidur untuk jangka masa yang lama bukan sahaja merosakkan mekanisme saraf dalam tubuh, malah berisiko mendapat asfiksia (lemas akibat oksigen tidak dapat disampaikan ke tisu tubuh) dan juga maut.

Mereka yang berusia lebih daripada 40 tahun perlu berhati-hati dengan pengambilan pil tidur, manakala mereka yang berumur lebih daripada 65 tahun tidak patut mengambilnya. Sama seperti kesan alkohol atau barbiturat, pil tidur mencetus kesan hipnotik dan ketagihan yang berpanjangan.

Seterusnya ia merendahkan tahap kesedaran seseorang terhadap rasa sakit atau kemungkinan buruk. Sebab itulah pengguna pil tidur menyumbang kepada statistik kemalangan lalu lintas dan kes jatuh dari tempat tinggi kerana tidak berasa bimbang atau mahu menjaga diri mereka.

Lagi info tentang PIL TIDUR di SINI.

Read more...

Dahaga Petanda Kekurangan Air

"Mengantuknya! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak," rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Dahaga

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira 2 cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.


Unsur Penting

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65% air dan 55% bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70% berat otak, 75% berat jantung, 90% berat paru-paru dan 82% kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80% sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau 2 gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa Banyak Air Diperlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah Jika Kurang Air

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Read more...

Cara Merawat Buasir

Canggih : Sebahagian daripada peralatan yang digunakan
untuk merawat buasir.

Anda biasa membuang air besar dan ada daging membengkak yang akan keluar bersama najis? Walaupun ia sedikit aneh tetapi daging bengkak itu tidak sakit dan akan termasuk semula ke dalam dubur.

Adakah anda tahu benda itu dinamakan buasir? Buasir terjadi di dalam dubur. Ia tidak normal dan memang pesakitnya tidak akan merasa sakit bila membuang air besar. Buasir adalah masalah kesihatan yang biasa dan dikatakan setiap seorang dari tiga orang pernah mengalami pendarahan akibat buasir dalam hidupnya.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Apa penyebab buasir? Di dalam dubur manusia, ada struktur yang dikenali sebagai 'vaskular endocushions' yang menyebabkan otot-otot dubur kenyal. Biasanya, struktur ini kecil dan tidak ketara. Walau bagaimanapun, apabila seseorang itu mengalami sembelit ataupun meneran ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Selepas beberapa lama, ia akan hilang lalu terkeluar dari dubur. Kadangkala ia akan beriringan dengan darah. Pakar perubatan berpendapat, buasir adalah implikasi kepada postur manusia yang berdiri.

Tahap Buasir

1. Buasir tahap satu; pesakit biasanya mengalami pendarahan.

2. Buasir tahap dua; buasir sudah terjulur keluar tetapi masuk dengan sendiri selepas membuang air besar.

3. Buasir tahap tiga; buasir sudah terjulur keluar dan tidak masuk kembali selepas membuang air besar melainkan ditekan ke dalam dubur.

4. Buasir tahap empat; ia kekal di luar dubur. Buasir tahap ini boleh mengalami pendarahan dalam, luka dan bernanah. Ia boleh mengakibatkan sakit yang serius.

Buasir boleh diubati tetapi ia harus dipastikan terlebih dulu kerana pendarahan yang terjadi ketika membuang air besar boleh juga dikaitkan dengan kanser anorektal. Buasir tahap satu biasanya akan diberikan ubat vasotopik dan dinasihatkan mengubah pengambilan diet. Biasanya diet tinggi serat seperti buah-buahan, sayuran dan bijiran dicadangkan.

Buasir tahap dua akan dirawat cara yang sama dengan tahap satu tetapi kerana sudah ada jisim yang terunjur keluar dari anus, langkah tambahan dibuat dengan 'rubber ligation', suntikan fenol dan 'photocoagulation' dipertimbangkan.

Buasir tahap tiga dan empat, memerlukan rawatan pembedahan. Kaedah yang biasa digunakan adalah 'haemorrhoidetomy' sama ada cara terbuka atau tertutup. Tetapi pesakit berhadapan dengan kesan selepas pembedahan yang sangat menyakitkan dan proses penyembuhan lambat dan mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk pulih sepenuhnya.

Tetapi ada berita baik untuk pesakit buasir. Inovasi terbaru dalam rawatan buasir dikenali sebagai 'procedure for prolapse and haemorrhoid' (PPH) dijangka memberi kesan yang lebih baik. Teknik ini mengikat dan memotong buasir menggunakan alat seperti stapler yang berbentuk bulat. Melalui kaedah ini, pesakit mengalami sakit yang sedikit atau tiada sakit langsung serta tidak meninggalkan luka yang perlu dirawat. Malah pesakit boleh kembali bertugas seperti biasa seminggu selepas itu.

FAKTA:
- Darah ketika membuang air besar
- Biasanya darah itu berwarna merah cerah yang keluar sebelum atau selepas meneran.
- Darah mungkin menitis, menyembur atau tercalit pada tisu tandas yang digunakan
- Ada buasir terjadi tanpa darah
- Jenis ini terbentuk dalam alur dubur dan keluar semasa membuang air.
- Ia tidak sakit tetapi gatal-gatal.

Punca buasir
- Sembelit.
- Cirit-birit yang kronik.
- Kekurangan serat dalam pengambilan makanan.
- Hamil dan melahirkan anak.



Lagi info tentang BUASIR :

Read more...

Sembelit : Kesukaran Membuang Air Besar


Sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Tanda dan Gejala

Setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Antara gejala-gejala sembelit :

* Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering
* Perut kembung, kejang atau sakit
* Kurang selera makan
* Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan
* Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak


Sebab-sebab

Ketika makanan bergerak menerusi kolon (usus besar), kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan/najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering.


Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah :

# Kurang serat dalam diet
# Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua)
# Pengubatan
# Susu
# Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (irritable bowel syndrome)
# Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan
# Penyalahgunaan julap
# Menahan untuk membuang air besar
# Kekurangan air
# Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok
# Masalah dengan kolon dan rektum
# Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab

Komplikasi


Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan fecal impaction yang biasa berlaku di kalangan anak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.


Rawatan

Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

Berjumpalah dengan doktor sekiranya :

* Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda
* Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih
* Anda dalam kesakitan
* Anda mendapati najis anda berdarah


Pencegahan

Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu :

# Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran
# Minum banyak air
# Lakukan senaman secara berkala
# Jangan menahan untuk membuang air besar
# Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu
# Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda


Lagi info tentang SEMBELIT di sini.

Read more...

Punca dan Rawatan Buasir


Mengikut pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia.


Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari.

Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).


Bagaimana Buasir Terjadi

Buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir.

Di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.


Jumpa Doktor Segera

Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik terus berjumpa doktor. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal.

Kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki peringkat teruk. Pada ketika itu, pilihan rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.

Punca-punca Buasir

* Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.

* Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.

* Obesiti, kehamilan dan melahirkan anak.

Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.


Rawatan

Rawatan buasir melibatkan langkah-langkah yang boleh dilakukan sendiri berdasarkan nasihat daripada doktor anda. Rawatan yang paling baik adalah pencegahan. Diet makanan yang tinggi dengan serat dan sebahagian besar dapat mengelakkan sembelit dan meneran berlebihan. Kadangkala ubat-ubatan atau prosedur pembedahan juga diperlukan untuk tujuan rawatan.

Krim/Salap

Jika buasir anda hanya wujud dengan ketidakselesaan yang sedikit, doktor anda boleh mencadangkan krim dari kaunter farmasi atau salap yang selalunya mengandungi anestetik sederhana atau agen melegakan kesakitan atau steroid. Bentuk rawatan perubatan ini, dengan gabungan nasihat untuk perubahan diet dan pembukaan usus yang betul, dilengkapkan dengan mandian air panas setiap hari yang dapat melegakan simptom tersebut.


Walau bagaimanapun, salap telah dikenal pasti menyebabkan tahap sensitif kulit yang tinggi dengan penggunaan jangka panjang. Pesakit dinasihatkan untuk mengelak penggunaan bagi tempoh yang lama.

Daflon

Daflon adalah sejenis ubat yang diestrak daripada sejenis kulit oren khas yang selalunya digunakan dalam merawat buasir. Ubat ini bertindak melindungi dan memperkuat saluran pembuluh darah di dalam tisu buasir dan mengurangkan pengembangan saluran tersebut. Ini adalah lebih sesuai bagi pesakit buasir dengan tahap pertama atau kedua dan tidak sesuai untuk merawat buasir yang di tahap seterusnya serta buasir luaran.

Ligasi Pita Getah

Satu atau dua pita getah yang kecil akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedarnya. Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tanggal sendiri tanpa rasa sakit.

Hemorhoidektomi

Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau bius umum.


Pembedahan eksisi

Ia dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih tinggi kerana bahagian bawah kulit dan saluran anus yang kaya dengan saraf fiber akan dieksisi ketika pembedahan.

Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler)

Lazimnya sesuai untuk buasir berdarah termasuk buasir tahap ketiga. Sejenis alat ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengenal pasti arteri buasir yang akan diligasi. Ini mengurangkan pengaliran darah kepada buasir dan mengecutkan sebahagian besar longgokan dan perhentian pendarahan.

Ia adalah prosedur sehari yang tidak sakit dan dilakukan di bawah anestetik umum atau spina, memberi hasil yang baik dan harapan yang cerah.



Lagi info tentang BUASIR :

Read more...

Talassemia Diwarisi


oleh Dr Syed Nazir Syed Kadir

Talassemia adalah penyakit darah yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Ia juga dikenali sebagai anemia hemolitik yang bermaksud kemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya.


Sel darah merah mengandungi hemoglobin yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh anggota badan. Apabila tidak cukup hemoglobin dalam sel darah merah, oksigen tidak dapat diagihkan ke seluruh badan dan menyebabkan organ 'kehausan' oksigen serta tidak boleh berfungsi dengan baik.

Kekurangan hemoglobin boleh mengakibatkan anemia iaitu satu masalah kesihatan yang membuatkan seseorang menjadi lemah dan cepat penat. Dalam kes serius, anemia boleh merosakkan organ dan menyebabkan kematian.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Talassemia lebih banyak dilaporkan di kalangan orang Arab, individu yang berasal dari Meditterranean dan penduduk Asia. Dianggarkan lebih sejuta rakyat Malaysia menjadi pembawa genetik talassemia yang mengakibatkan talassemia-beta terutama di kalangan kaum Melayu dan Cina.

Di negara kita sebanyak 120 hingga 240 kes talassemia baru dilaporkan setiap tahun. Jumlahnya mungkin lebih tinggi kerana ramai pesakit mendapatkan rawatan di hospital swasta dan di luar negara.

Jumlah pesakit baru Cypruss dan Greece dapat dikurangkan sebanyak 90% apabila kerajaan kedua-dua negara mewajibkan saringan talassemia sebelum kahwin. Ujian prenatal (sebelum kelahiran) juga boleh mengesan sama ada bayi dalam kandungan menghidap talassemia major.

Siapa Yang Boleh Mengidap Talassemia?

Penyakit ini diturunkan kepada anak daripada ibu bapa yang membawa genetik talassemia termutasi (berubah bentuk). Anak yang mewarisi satu gen akan menjadi pembawa (juga dipanggil talassemia trait). Kebanyakan pembawa boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat tanpa sebarang masalah.

Anak yang mewarisi 2 gen talassemia trait (satu daripada ibu dan satu daripada ayah) akan menjadi pesakit talassemia.

Manakala anak yang mewarisi 2 salinan gen termutasi akan mendapat talassemia beta. Anak anda boleh mengalami talassemia kecil (dikenali sebagai talassemia intermedia) yang menyebabkan gejala anemia tetapi jarang memerlukan pemindahan darah.

Talassemia Trait

Ia juga dipanggil talassemia minor. Individu yang ada talassemia minor adalah sihat dan normal tetapi sesetengahnya boleh mengalami sedikit gejala anemia. Kumpulan ini juga dikategorikan sebagai pembawa talassemia yang sihat.

Talassemia trait tidak dianggap satu penyakit dan tidak akan mengganggu kesihatan anak. Bagaimanapun ia mungkin boleh menjejaskan kesihatan generasi seterusnya kerana mereka boleh 'menurunkan' talassemia major kepada anak.

Kebanyakan individu talassemia minor tidak sedar mengenainya. Talassemia hanya boleh dikesan melalui ujian darah khas. Sel darah merah individu talassemia minor biasanya lebih kecil berbanding saiz normal.

Talassemia ini sudah ada ketika lahir dan keadaannya kekal sepanjang hayat serta boleh diwariskan kepada anak. Justeru itu, jika anak anda adalah salah seorang daripada individu talassemia minor, simpan keputusan ujian darah bersama dokumen peribadinya yang lain.

Jika pasangan anak anda tiada gen talassemia minor, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun anak-anak mereka mungkin menjadi pembawa. Mereka juga perlu menjalani ujian darah sebelum mempunyai anak sendiri.

Jika kedua-duanya (anak anda dan pasangan) sama-sama mempunyai gen talassemia minor, ia boleh mendatangkan bahaya kepada anak mereka. Masalah ini boleh dicegah melalui pelan perancangan keluarga dengan bantuan doktor.

Talassemia Major dan Intermedia

Ini adalah jenis talassemia yang lebih teruk dan dianggap penyakit serius kerana pesakit memerlukan pemindahan darah secara tetap serta perlu mendapat penjagaan perubatan yang rapi.

Gejala

Talassemia minor tiada gejala. Gejala hanya dialami pesakit talassemia major seperti :

* Anemia
* Letih
* Lemah
* Kulit nampak pucat daripada biasa
* Jaundis (kulit dan mata putih menjadi kekuningan)
* Air kencing menjadi pekat dan gelap
* Selera makan berkurang dan berat badan menurun
* Pembesaran kanak-kanak terbantut atau sangat perlahan
* Degupan jantung menjadi cepat
* Tercungap-cungap apabila bersenam

Diagnosis

Langkah pertama biasanya membabitkan pemeriksaan fizikal dan sejarah keluarga. Untuk pengesahan, ujian berikut boleh dilakukan iaitu :

* Ujian darah - untuk mengukur perbezaan jenis hemoglobin bagi menentukan jenis talassemia pesakit.

* Ujian kiraan - kiraan darah lengkap juga perlu dilakukan ke atas ahli keluarga pesakit (ibu bapa dan adik beradik) untuk memastikan sama ada mereka juga mengalami talassemia.

Rawatan

Jenis rawatan bergantung kepada gejala yang dialami. Bagi talassemia minor, biasanya tidak memerlukan sebarang rawatan. Manakala talassemia sederhana boleh dirawat dengan memberikan pil tambahan asid folik dan pemindahan darah.

Talassemia major pula boleh dirawat dengan melakukan pemindahan darah, memberi pil asid folik, pembedahan pembuangan hempedu (splenektomi) atau pemindahan sumsum tulang bagi sesetengah kes serius.

Sehingga kini tiada penawar untuk talassemia major dan rawatan perlu diteruskan sepanjang hayat. Pemindahan darah secara tetap bertujuan untuk meningkatkan tahap hemoglobin dalam darah.

Bagaimanapun kaedah ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang boleh memberi kesan sampingan serius termasuklah kencing manis, kegagalan jantung dan hati. Justeru itu pesakit yang menjalani pemindahan darah akan diberikan ubat desferrioxamine atau Desferal bagi menyingkirkan zat besi berlebihan.

Ubat ini akan melekat dengan zat besi untuk membolehkan buah pinggang membuang zat besi daripada badan melalui air kencing. Desferal dimasukkan ke dalam badan menggunakan pam infusi khas yang mengambil masa lapan hingga 12 jam setiap malam.

Akhir sekali, usah bimbang jika keluarga anda mempunyai masalah ini kerana apa yang penting ialah pendidikan.


Lagi info tentang TALASSEMIA di sini.

Read more...

Pendarahan Saluran Gastrousus


oleh Dr. Tan Huck Joo

Adalah mudah untuk mengenal satu pukulan atau luka pada badan anda kerana anda dapat melihat darah mengalir keluar. Tetapi bagaimana anda tahu jika anda ada pendarahan dalaman? Jawapannya adalah dalam najis anda. Sebagai contoh, pesakit dengan pendarahan gastrousus aktif daripada perut atau duodenum umumnya akan mengeluarkan najis yang seakan-akan berwarna hitam. Pesakit yang berdarah dari usus besar akan mengeluar najis bercampur dengan darah.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Tetapi apakah akan berlaku jika anda tidak boleh melihat darah? Dengan peralatan 'immonuchemical kit', ia akan membantu seseorang yang mengalami pendarahan dalaman atau najis hitam yang kita tak dapat melihat dengan mata kasar.

Apa Itu Pendarahan Gastrousus?

Saluran gastrousus (Gastrointestinal Bleeding - GI) kita adalah esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur. Pendarahan boleh dari mana-mana bahagian. Mengenali puncanya adalah langkah pertama untuk mengatasi perkara ini.


Dari Mana Pendarahan?

Pendarahan bahagian atas gastrosus

Esofagus, perut dan duodenum adalah dari bahagian atas. Jika anda berdarah dari bahagian ini, anda akan mengeluarkan najis yang berwarna hitam.

Ini menandakan darah dalam najis. Anda mungkin muntah darah yang berwarna merah menyala, darah beku yang berwarna gelap atau muntah seperti serbuk kopi. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan banyak dari bahagian atas saluran gastrousus, anda mungkin mengeluarkan darah yang berwarna merah menyala yang keluar dari dubur anda.

Pendarahan bahagian bawah GI

Usus besar, rektum, dan dubur adalah dari bahagian bawah gastrousus. Jika anda mengalami pendarahan dari bahagian bawah gastrousus, anda akan mengeluarkan darah yang berwarna merah menyala (darah baru) atau merah pulasan (darah lama).

Lagi jauh punca pendarahan dari dubur lebih gelap warna darahnya. Jika anda mengalami pendarahan dari sebelah kanan kolon iaitu sekum atau kolon menaik (ascending colon) atau kolon melintang (transverse colon), anda akan mengeluarkan najis berwarna merah menyala.

Bagaimana Doktor Mengesan Pendarahan?

Endoskopi - Kaedah ini digunakan untuk diagnosis dan merawat keadaan yang melibatkan esofagus, perut dan duodenum. Ia dilakukan dengan menguna kamera kecil pada hujung tiub fleksibel panjang iaitu endoskop. Kaedah ini biasa digunakan jika najis anda berwarna hitam atau anda muntah darah. Penggunaan kaedah ini membolehkan pemeriksaan bahagian esofagus, perut dan duodenum. Melalui kaedah ini, doktor pakar anda boleh menghentikan punca pendarahan.


Kolonoskopi - Kaedah ini digunakan untuk memeriksa bahagian dalam kolon dan rektum. Pemeriksaan ini dilakukan dengan menggunakan kolonskop, iaitu dengan mengunakan kamera kecil yang dipasang pada tiub fleksibel. Kaedah ini digunakan jika anda mengalami pendarahan bahagian bawah saluran gastrousus. Kolonoskopi membolehkan pemeriksaan dan rawatan bagi pendarahan dari usus besar.

Angiogram Mesenterik - Kaedah ini menggunakan kontras ataupun dipanggil dye dan disuntik ke dalam urat pesakit agar saluran darah boleh dilihat dalam pemeriksaan x-ray. Ini membolehkan doktor mengesan punca pendarahan dengan mengenal pasti lokasi saluran darah di mana dye itu aktif. Pendarahan ini boleh dikenal pasti semasa angiogram. Kaedah ini digunakan jika endoskopi dan kolonoskopi tidak dapat mengesan punca pendarahan atau tidak dapat menghentikan darah.

Endoskopi kapsul - Kaedah ini menglibatkan penggunaan kamera video menggunakan bateri sebesar kapsul. Alat ini digunakan untuk memeriksa usus kecil, bergerak mengikut pergerakan peristalsis. Teknik tidak invasif ini membolehkan doktor mengenal pasti punca pendarahan, terutamanya dalam usus kecil dan pesakit ini tidak perlu ubat penenang. Endoskopi kapsul hanya merupakan alat diagnosis. Pesakit masih perlu ujian selanjutnya untuk merawat pendarahan.

Enteroskopi - Kaedah ini membabitkan penggunaan skop optik yang panjang untuk memeriksa dan merawat bahagian usus kecil. Pemeriksaan usus kecil agak rumit dan membabitkan prosedur yang panjang. Dengan ini, kaedah ini tidak disyorkan oleh doktor pakar.

Cara Menghentikan Pendarahan

Suntikan - Untuk peptik ulser yang berdarah, adrenalin mungkin disuntik untuk menghentikan pendarahan dengan mengurangkan diameter arteri (vasokonstriksi). Kaedah ini murah, mudah dilakukan dan boleh didapati. Untuk pendarahan penyakit variks, suntikan histoacryl glu atau terapi ikatan atau ikatan variks adalah paling sesuai. Suntikan glu akan membolehkan glu menutup punca pendarahan.

Alat pemanas - Alat ini mengeluarkan haba dan tekanan secukupnya dan kemudian dikenakan ke atas saluran darah untuk melapik dan seterusnya menyebabkan darah membeku. Ini digunakan secara kombinasi dengan terapi suntikan. Kaedah ini sangat berkesan.


Hemoklip - Logam digunakan semasa endoskopi untuk menutup dua permukaan tanpa memerlukan pembedahan atau jahitan. Kaedah ini boleh digunakan untuk merawat pendarahan bahagian atas dan bahagian bawahan gastrousus dengan syaratnya punca pendarahan boleh dikenal pasti. Hemoklip ini digunakan jika saluran darah dapat dilihat. Klip logam ini adalah alat yang sangat berkesan untuk merawat atau menghentikan pemancutan darah.

Penggumpalan plasma argon (APC) - Arus elektrik frekuensi tinggi dialirkan melalui pancutan gas argon, yang boleh membeku darah bahagian yang luka. Kaedah ini bagus tetapi mahal dan belum didapati di sini.

Infusi perencat pam proton intravena - Perencat pam proton (PPI) merangkumi sekumpulan ubat yang menyekat pengeluaran asid gastrik. Infusi pam proton menurunkan pH persekitaran asid dalam perut. Dengan ini boleh membekukan darah dan mengurangkan perbelanjaan untuk pembedahan. Kaedah rawatan ini sering digunakan untuk merawat penyakit ulser dan dimulakan selepas terapi endoskopi.

Apa Yang Menyebabkan Pendarahan

Terdapat pelbagai keadaan yang boleh menyebabkan pendarahan dalam saluran penghadaman. Punca pendarahan di bahagian atas dan bahagian bawah saluran penghadaman termasuk:

Variks - Variks adalah saluran darah mengembang yang terdapat dalam esofagus atau perut. Ini akan berlaku apabila perjalanan darah ke hati terhalang. Darah ini kemudian mengundur naik ke dalam saluran darah yang lebih kecil dan lebih mudah pecah dalam esofagus. Ini menyebabkan saluran darah ini mengembang ataupun bengkak. Esofagus dan perut variks boleh pecah dan boleh mengancam nyawa. Biasanya komplikasi sirosis hati adalah masalah serius yang menyebabkan keadaan dan fungsi merosot secara perlahan-lahan dan mengakibatkan penyakit hati yang kronik.


Ulser peptik - Ulser peptik adalah hakisan dari duodenum atau lapik perut. Ini boleh menyebabkan pendarahan jika ulser itu dalam dan saluran darah terdedah. Pengambilan NSAID, aspirin dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori adalah antara punca ulser peptik.

Dinding esofagus terkoyak - Ini disebabkan muntah atau menjeluak yang keterlaluan dan berulang-ulang. Dinding esofagus juga boleh koyak selepas serangan penyakit secara mengejut, batuk atau ketawa terlalu kuat, mengangkat benda berat, mengalami tekanan, melahirkan anak atau mengambil terlalu banyak alkohol.

Angiodisplasia - Ini adalah disebabkan saluran darah tidak normal dan saluran darah yang mengembang dalam gastrousus. Angiodisplasia banyak dikesan dalam pendarahan usus kecil dan boleh berlaku di mana-mana dalam saluran gastrousus. Pendarahan dari angiodisplasia mungkin, boleh menyebabkan anemia, atau pengaliran darah merah.

Kanser atau polip - Semua kanser gastrousus boleh menyebabkan pendarahan. Polip adalah ketumbuhan bukan kanser dalam saluran gastrousus, yang mungkin berdarah. Sesetengah polip boleh bertukar menjadi kanser.

Penyakit divertikulum - Ini adalah penyakit yang paling kerap. Ia tidak menyebabkan pendarahan merah dan banyak banyak. Pesakit mungkin akan pengsan kerana kehilangan banyak darah.


Lagi info tentang PENDARAHAN GASTROUSUS di sini.

Read more...

Soal Jawab Tentang Kentut

Dari mana asal kentut?

Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

Apakah komposisi kentut?


Pelbagai. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen.

Komposisi gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar kandungan nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.
 
Kenapa kentut berbau busuk?

Bau kentut busuk kerana kandungan hidrogen sulfida yang mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan makin busuklah kentut anda.

Telur dan daging mempunyai peranan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam menghasilkan isipadu kentut, bukan dalam kebusukannya.

Kenapa kentut menimbulkan bunyi?

Kerana adanya getaran lubang dubur pada masa kentut dikeluarkan. Kekuatan bunyi bergantung pada kelajuan gas.

Kenapa kentut yang busuk itu hangat dan tidak berbunyi?

Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan haba, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil isipadunya,tapi SBD ('Silent But Deadly').

Berapa banyak kentut dihasilkan sehari?

Lebih kurang setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?

Bukankah sepatutnya gas kentut bergerak ke atas disebabkan ketumpatannya lebih ringan? Tidak demikian. Gerakan peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar lubang dubur lebih rendah. Gerakan peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gasnya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar lubang dubur.

Dalam perjalanan ke arah lubang dubur, gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerakan peristaltik, gelembung gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit dan berbelit-belit.

Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?

Bergantung kepada keadaan udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan dan arah angin, berat molekul gas kentut dan jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Selepas meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar dan konsentrasinya berkurang.

Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa saat, bererti ianya mengalami 'peleraian' di udara dan hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lif, kereta, kepekatannya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

Apakah setiap orang kentut?

Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?

Tidak ada kaitannya dengan jantina. Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, dan apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yang dikeluarkan.

Bilakah biasanya orang kentut?

Pagi hari di tandas, yang disebut 'morning thunder'. Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?

Kekacang mengandung zat gula yang tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus akan 'berpesta' dan membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?

Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum 'soft drink', naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami pengembangan & muncul sebagai kentut).

Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lubang lain?

Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung lebih banyak udara, kentut mengandung lebih banyak gas yang dihasilkan oleh bakteria.

Ke mana perginya gas kentut kalau ditahan/tidak dikeluarkan?

Ia akan diserap oleh darah, berpindah ke bahagian atas menuju usus. Namun pada akhirnya akan keluar juga. Jadi ia bukan lenyap, tapi hanya mengalami penangguhan.

Mungkinkah kentut terbakar?

Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yang boleh terbakar (gas asli mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyalaannya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.


Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?

Jangan mengada-ada. Suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?

Kerana anjing dan kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Berbeza dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang menghasilkan kentut yang lebih banyak, lebih lama dan lebih kuat bunyinya, tetapi relatifnya tidak berbau.

Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?

Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

Apakah warna kentut?

Tidak berwarna. Kalau warnanya oren seperti gas nitrogen oksida, akan tahulah siapa yang kentut..hehehe

Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbon dioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?

Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.


Lagi info tentang KENTUT di sini.

Read more...

Pemakanan Untuk Tulang Sihat


Makan, satu nikmat kehidupan bagi kebanyakan daripada kita tetapi makanan juga penting dan menjadi keperluan hidup. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa tulang kita juga merupakan tisu hidup yang perlukan makanannya tersendiri untuk terus 'hidup'!


Sambil kita berjalan, melompat dan berlari, tulang kita turut melalui kitaran terhakis dan terbina semula dengan sendirinya.

Seperti mana kita memerlukan makanan untuk terus hidup, tulang juga perlu diberikan nutrien yang diperlukannya untuk menggantikan tulang yang terhakis.

Tahukah anda apa hidangan hebat untuk tulang? Kalsium dan vitamin D.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Pentingnya Vitamin D

Vitamin D membantu dalam penyerapan kalsium. Badan kita menghasilkan Vitamin D apabila didedahkan kepada cahaya matahari.

Jadi janganlah takut untuk menghabiskan sedikit masa di bawah matahari kerana ianya baik untuk tulang anda!

Kalsium

Kalsium bukan sahaja penting untuk pembentukan tulang tetapi turut digunakan dalam fungsi badan lain seperti penyenggaraan saraf dan otot. Badan kita juga akan mengambil kalsium dari tulang apabila berlaku kekurangan bekalan kalsium.

Pengambilan kalsium perlu menepati cadangan pengambilan harian anda. Tahap umur yang berbeza memerlukan jumlah kalsium yang berlainan.

Berapa banyak yang anda perlukan setiap hari? Bagi orang dewasa, anda memerlukan kira-kira 800 miligram (mg) hingga 1,000 mg kalsium setiap hari.

Macam susah, bukan? Tetapi meminum segelas susu sehari (240 ml) sudah menyumbang kira-kira 250 ke 500 mg pengambilan kalsium harian anda. Dan susu bukan satu-satunya sumber kalsium yang sedia ada!

Anda juga boleh mendapat kalsium dari makanan seperti sayuran hijau dan berdaun seperti kai lan dan pak choy Cina, produk berasaskan soya seperti taufu fah dan ikan bertulang lembut yang boleh dimakan seperti sardin dalam tin dan ikan bilis.

Kini, banyak minuman jus oren, malt dan yogurt, dan tidak lupa juga bijirin sarapan, biskut dan roti yang diperkaya dengan kalsium.

Jadi memang terdapat banyak pilihan sewaktu memilih makanan yang kaya dengan kalsium. Tetapi ingat, bukan kalsium saja yang kita perlukan.

Nutrien Lain

Nutrien lain turut menyumbang kepada kesihatan tulang. Malah, mengambil cuma sejenis hidangan saja amat membosankan. Jadi, tambah selera anda dengan hidangan seimbang setiap hari dengan merujuk kepada piramid makanan.

Bijirin perlu membentuk asas diet anda. Ambil dari sumber seperti nasi, roti dan bijirin dan pilihlah yang diperkaya dengan kalsium yang baik untuk tulang. Dan teruskan dengan mengambil 5 hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari.

Tulang kita sentiasa terhapus dan terbina dengan sendirinya dalam proses yang dipanggil pembentukan semula tulang. Tetapi, apabila mencapai umur 50 tahun, kemerosotan tulang atau penghapusan berlaku lebih cepat dari pembentukannya.

Kajian menunjukkan individu yang mengambil banyak buah-buahan dan sayuran dalam diet mereka mempunyai kadar kehilangan tulang yang lebih perlahan dan kurang keretakan akibat osteoporosis.

Kumpulan seterusnya dalam menu piramid makanan adalah makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, ayam itik dan legum.

Dua hingga tiga sajian sehari cukup untuk keperluan harian anda.

Dan sudah tentu, lengkapkan hidangan sihat dengan satu hingga dua sajian produk berasaskan susu seperti susu dan keju setiap hari untuk tambahan kalsium.

Tabiat Pemakanan

Cuba kekalkan pengambilan gula, garam, lemak dan minyak pada tahap minimum. Pengambilan garam dan kafein yang berlebihan meningkatkan kehilangan kalsium dalam air kencing, dan akan digantikan dengan pengambilan kalsium dari 'tabung simpanan badan' - tulang anda sendiri!

Berat badan juga turut memainkan peranan dalam penjagaan tulang. Kekalkan berat badan yang ideal kerana malnutrisi bukan saja menjejaskan kesihatan tetapi tulang juga.

Elakkan tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti anoreksia, bulimia dan makan mengikut perasaan. Ianya tidak sihat dan merampas semua nikmat makanan yang dari lidah anda.

Siapa sangka menjaga tulang boleh juga memberikan nikmat hidup, bukan? Anda makan makanan yang enak dan berkhasiat dan pada masa yang sama menjaga tulang anda! Semuanya bermula dengan kesedaran bahawa tulang juga perlu makan, sama seperti semua benda hidup yang lain.


Lagi info tentang TULANG di sini.

Read more...

7 Tip Jantung Sihat

1. Ketahui Sejarah Keluarga Anda

Ketahui sejarah perubatan keluarga anda dan beritahu doktor anda tentang sebarang risiko-risiko keturunan.


Jika salah seorang daripada datuk nenek, ibu bapa atau adik-beradik anda pernah mengalami penyakit jantung sebelum berusia 55 tahun, maka anda turut cenderung untuk turut mendapatnya.

Mengetahui maklumat sedemikian akan membantu anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mencegahnya daripada berlaku.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!



2. Di Meja Makan


Makan diet yang seimbang yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak. Amalkan masa makan yang tetap pada setiap hari dan elakkan dari terlebih makan.


Kesemua lemak mempunyai kalori yang tinggi dan akan meletakkan anda berisiko untuk mendapat kolesterol dan darah tinggi, jadi anda perlu mengehadkan pengambilannya. Jika anda mesti mengambil lemak, maka pilihlah lemak-lemak tidak tepu. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu, asid lemak trans dan kolesterol.


3. Serat Larut : Senjata Rahsia Anda


Serat larut (terutama sekali beta-glukan) adalah karbohidrat kompleks yang sangat bermanfaat terutama sekali untuk kesihatan jantung. Ia telah terbukti secara klinikal akan menurunkan kolesterol darah dengan menggabungkan asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam saluran pencernaan anda.


Ia kemudiannya akan dikeluarkan bersama bahan buangan badan anda dan ini bermakna kolesterol akan diserap dengan lebih sedikit ke dalam aliran darah anda. Ini akan membawa kepada paras kolesterol darah yang lebih rendah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.


Oleh kerana serat larut (seperti beta-glukan) merupakan makanan rendah GI (Indeks Glisemik), maka ia juga berkesan untuk menstabilkan paras glukosa darah anda. Ini dilakukan dengan memperlahankan pencernaan serta penyerapan agar glukosa (gula) akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki aliran darah anda.


Ini akan mengelakkan paras glukosa darah naik secara mendadak.


Oleh yang demikian, memasukkan lebih banyak serat larut serta makanan karbohidrat rendah GI ke dalam makanan seharian anda adalah suatu langkah yang bijak. Sesetengah contoh makanan rendah GI termasuklah barli, beras perang, muesli dan roti rendah GI yang telah dirumus khas.


4. Mengawal Tekanan Darah


Tahukah anda bahawa hanya 6 daripada setiap 100 rakyat Malaysia dapat mengawal tekanan darah mereka? Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang daripada 94 orang tersebut!


Periksa tekanan darah anda sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan pastikan anda mengekalkannya pada paras yang rendah (130/80 mmHg atau lebih rendah) tanpa mengira usia anda.


5. Awasi Berat Badan


Lakukan senaman selama sekurang-kurangnya 45 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu (atau lebih baik lagi, lakukannya pada setiap hari).


Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, maka anda perlu lebih kerap melakukan senaman (dan dalam tempoh yang lebih lama) untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.


Secara amnya, anda perlu mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada lebih kurang 18-23 kg/m2. Bagi orang Asia, ukur lilit pinggang yang kurang dari 90sm bagi lelaki dan kurang dari 80sm bagi wanita adalah ideal.


6. Berhenti Merokok


Tembakau dalam rokok akan mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit serta mengurangkan bekalan darah ke jantung dan organ-organ penting anda yang lain. Jadi, hentikannya sekarang demi kebaikan jantung anda.


7. Jangan Lupa Berjumpa Doktor!


Dan akhir sekali, jangan terlepas daripada menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan anda. Pemeriksaan yang kerap akan dapat mengesan serta merawat kes-kes awal penyakit jantung dan juga diabetes.




Lagi info tentang JANTUNG di sini.

Read more...