Showing posts with label PETUA PIAN MAGIC. Show all posts
Showing posts with label PETUA PIAN MAGIC. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?

Orang tua tua pernah berkata, rupa paras bukan ukuran. Yang penting keikhlasan, kejujuran serta nilai kasih sayang dalam sesuatu perhubungan mestilah ada sebelum kita memilih seseorang menjadi teman hidup kita.
Tetapi lain pula dengan kajian terbaru ini. Khabarnya gadis cantik mampu memberikan tahap kesihatan yang baik untuk seorang lelaki. Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik mampu meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.
Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan juga bertindak untuk memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan akan berkurang seiring dengan pertambahan usia dan tempoh hubungan. Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.
24 Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?
Kajian yang diketuai oleh Dr. James Roney itu telah melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 hingga 24 tahun yang di temukan dengan wanita cantik dan yang mampu memikat hati. Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.
Di sini satu fakta menarik dapat di kenal pasti. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik, tahap testosteron lelaki akan meningkat hingga 14% manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 %. Berbeza pula apabila responden responden tersebut bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya di dapati menurun sehingga 7%.
Kesimpulannya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan memberi  kesegeran yang nyata kepada tubuh badan.
Mungkin selepas adanya artikel ini ramai lelaki yang menggunakan alasan untuk berkahwin dengan perempuan cantik demi menjaga kesihatan mereka.


Sumber: http://selangor2u.com/blog/isu-cinta/gadis-cantik-jamin-kesihatan-yang-baik-untuk-lelaki/#ixzz1SnTUCTqS 
www.s2u.my 

Read more...

Wednesday, March 30, 2011

Menangani Sikap Suka Bertangguh

Menangani Sikap Suka Bertangguh

Menangani Sikap Suka Bertangguh. Merungkai 8 Punca dan Penyelesaian.
Suka bertangguh, tabiat menangguhkan atau menunda suatu kerja atau tugasan sehingga saat-saat akhir, boleh menjadi satu masalah besar dalam kerjaya dan hidup anda. Kesan sampingan sikap ini adalah anda mungkin terlepas sesuatu atau banyak peluang, waktu kerja jadi tidak menentu, tekanan atau stres, rasa kecewa dan bersalah. Tulisan ini akan meneliti punca-punca sikap suka bertangguh dan memberi anda beberapa kaedah praktikal untuk mengatasinya.

Pola perlakuan sikap suka bertangguh boleh tercetus dalam banyak cara, jadi anda tidak akan selalu bertangguh kerana sebab-sebab yang sama. Adakalanya anda bertangguh kerana anda terlalu banyak tugasan yang perlu dilaksanakan, dan penangguhan memberi anda ruang untuk melarikan diri. Adakalanya pula anda bertangguh kerana rasa penat dan malas, dan anda sudah tidak boleh lakukan kerja lagi.

Jadi mari kita lihat pelbagai sebab sikap bertangguh dan cuba mencari jalan yang bijaksana untuk bertindak balas ke atasnya.

1. Stres atau Tekanan

Apabila anda rasa stres, tertekan, runsing, atau risau, adalah memang sukar untuk bekerja dengan produktif. Dalam situasi-situasi tertentu, bertangguh menjadi satu mekanisma untuk mengekalkan tahap stres atau tekanan anda berada dalam kawalan. Penyelesaian yang bijaksana adalah dengan mengurangkan tekanan dalam hidup anda apabila mungkin, agar anda boleh memberi masa bekerja kerana anda mahu, bukan kerana anda terpaksa. Satu daripada cara yang paling mudah untuk mengurangkan stres ialah dengan mengambil lebih sedikit masa untuk bermain.

Dr. Neil Fiore, dalam bukunya The Now Habit mencadangkan memberi masa untuk keseronokan yang dijamin boleh menjadi satu cara yang efektif untuk mengatasi sikap suka bertangguh. Tentukan terlebih dahulu blok masa yang anda akan peruntukkan setiap minggu untuk masa keluarga, hiburan, senaman, aktiviti sosial dan hobi anda. Kemudian jadualkan masa kerja anda menggunakan blok masa yang masih ada. Ini akan mengurangkan rasa untuk bertangguh kerana kerja anda tidak akan menceroboh masa lapang anda, jadi anda tidak perlu untuk menangguhkan kerja demi untuk rehat, relaks dan menikmati hidup. Kerja anda sepatutnya memberi kepuasan dan keseronokan kepada anda, jika anda selalu bertangguh kerana tidak seronok dengan kerja anda, sehingga menjejaskan masa depan anda, mungkin anda pertukaran kerjaya boleh menangani masalah anda, namun berhati-hatilah.

Ilmuwan Islam memberikan cadangan membahagikan hari kita kepada tiga bahagian; iaitu satu pertiga untuk bekerja, satu pertiga untuk beriadah dan rehat dan satu pertiga lagi untuk beribadah. Ini serupa dengan saranan Benjamin Franklin; beliau menasihatkan bahawa strategi optima untuk produktiviti yang tinggi ialah dengan membahagikan hari anda kepada tiga bahagian; satu pertiga untuk bekerja, satu pertiga untuk bermain dan satu pertiga lagi untuk rehat. Berpeganglah bahawa masa kerja dan masa bermain anda adalah sama pentingnya, agar satu tidak menceroboh yang lain. Ini akan menjamin masa lapang anda.

Saya sendiri pun menyedari bahawa diri saya adalah paling produktif dan berkesan apabila saya memberi masa untuk bermain dan beriadah. Ia membantu saya meluahkan tekanan/stres yang berlebihan dan lebih lagi menikmati hidup, dan hasil kerja saya lebih baik apabila saya rasa gembira. Tempat kerja saya juga memberi suasana yang mendamaikan, oleh kerana saya suka berada di situ, saya boleh bekerja sepanjang hari tanpa rasa terlalu tertekan (tekanan memang sentiasa wujud). Anda pun mesti pernah rasa begini bukan?

2. Terlampau Banyak Kerja

Adakalanya anda ada terlampau banyak tugasan atau kerja yang perlu anda selesaikan daripada apa yang anda boleh buat. Ini akan menyebabkan anda rasa terlalu banyak kerja, terlampau banyak sehingga melimpah-limpah, dan yang peliknya anda akan lebih berkemungkinan untuk bertangguh apabila anda rasa sudah tidak mampu melakukannya. Bayangkannya ianya seperti otak anda menolak untuk bekerjasama dengan kerja-kerja anda yang ternanti yang anda tahu memang tidak munasabah. Dalam kes ini, anda perlu berhenti, menilai semula keutamaan-keutamaan anda, dan permudahkan segala tugasan.

Alternatif yang ada untuk mengurangkan jadual yang terlampau padat dan melimpah-limpah seperti ini adalah penghapusan tugasan-tugasan tertentu, delegasi dan bekerjasama. Pertama, lihat semula senarai kerja untuk dibuat dan buang sebanyak mungkin tugasan-tugasan. Buang semuanya yang tidak benar-benar penting. Ini sebenarnya tidak susah, tetapi ramai orang tidak melakukannya dengan baik. Ramai yang membuang perkara-perkara seperti bersenam dan bermain tetapi pada masa yang sama mereka memberi banyak masa untuk menonton TV, walaupun bersenam menyegarkan mereka dan menonton TV mengeringkan tenaga mereka.

Apabila anda membuang tugasan-tugasan tertentu, anda perlu berlaku jujur dengan membuang yang paling tidak berharga atau tidak bermakna terlebih dahulu, dan kekalkan yang memberi anda nilai yang nyata dan berharga. Kedua, lakukan delegasi iaitu perturunkan atau serahkan atau bahagikan tugas-tugas kepada mereka yang lain sebanyak mungkin. Minta lebih bantuan jika anda memerlukannya.

Dan ketiga, bekerjasama dan berbincang dengan mereka yang lain untuk membebaskan lagi masa anda untuk apa yang benar-benar penting. Jika anda mempunyai kerja yang terlampau melimpah-limpah banyaknya daripada apa yang anda rasa boleh terima, terserahlah kepada anda untuk memutuskan sama ada ianya berbaloi untuk terus berada dalam keadaan tersebut. Saya secara peribadinya tidak bertolak ansur dengan kerja yang terus menerus memaksa saya bekerja berlebihan sehingga saya rasa melampau, ianya sudah menjadi tidak produktif untuk kedua-dua majikan dan pekerja.

Anda perlu tahu dan sedar bahawa mereka yang berprestasi tinggi dalam sebarang bidang mengambil banyak masa bercuti dan masa bekerja mereka lebih pendek dari mereka yang kaki kerja. Pekerja prestasi tinggi ini menyiapkan lebih tugasan dalam masa yang lebih singkat dengan mengekalkan diri mereka segar, tenang dan kreatif. Dengan meletakkan masa bekerja anda sebagai satu sumber yang terhad berbanding sebagai hantu yang sentiasa mengejar dan mengacau anda dalam setiap ruang hidup anda, anda akan jadi lebih seimbang, fokus dan efektif.

Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan, telah terbukti jumlah masa bekerja optima bagi kebanyakan orang ialah 40 hingga 45 jam seminggu. Bekerja lebih dari masa ini sebenarnya mempunyai kesan buruk terhadap produktiviti dan motivasi dan menyebabkan kurang kerja sebenar yang disiapkan. Ini amat benar terutamanya bagi kerja-kerja alaf teknologi maklumat dan memerlukan kreativiti.

Anda cubalah konsep ini untuk diri anda, untuk mengetahui sama ada ianya berkesan atau tidak. Jangan terima sahaja bulat-bulat apa yang ditulis. Terokailahnya sendiri.

3. Rasa Malas

Kerap kali kita bertangguh kerana kita merasakan kita terlalu penat secara emosinya atau fizikalnya untuk membuat sesuatu kerja. Apabila kita terjatuh ke dalam keadaan ini, ianya senang untuk kita terus begini kerana tiadanya lonjakan atau inertia. Mengikut ilmu fizik, inertia adalah sifat satu jisim untuk mengekalkan gerakannya, jika objek itu bergerak ia akan terus bergerak dan jika ia pegun, ia akan terus mahu mengekalkan kedudukannya. Apabila anda rasa malas, tugas yang mudah pun seakan menjadi kerja yang berat kerana tenaga anda terlalu sedikit berbanding dengan tenaga yang diperlukan oleh tugas itu. Jika anda menyalahkan tugas itu kerana ia terlalu payah atau sukar, anda akan bertangguh untuk menyimpan tenaga anda.

Akan tetapi lebih lama anda berbuat begini, lebih lemah jadi kemahuan anda, dan tabiat bertangguh anda mungkin mula menjadikan diri anda menuju ke arah kemurungan. Berasa lemah dan tidak bersemangat tidak sepatutnya menjadi kebiasaan diri anda, jadi adalah penting untuk menghentikan corak atau pola ini sebaik sahaja anda menyedarinya.

Penyelesaiannya mudah: bangun dan gerakkan tubuh anda. Bersenam membantu meningkatkan tahap tenaga anda. Apabila tenaga anda tinggi, tugas-tugas tampak lebih mudah, dan anda menjadi kurang menolak untuk melakukannya. Seorang yang cergas boleh mengendalikan lebih aktiviti daripada mereka yang tidak cergas, walaupun tahap kesukaran tugas tersebut adalah sama.

Melalui percubaan, anda akan dapati apabila anda makan dan bersenam dengan baik, anda rasa lebih betenaga sepanjang hari. Anda jarang bertangguh kerana rasa malas kerana anda bertenaga dan mempunyai kejelasan mental untuk berhadapan dengan apa sahaja yang datang pada anda. Tugas-tugas rasa lebih mudah untuk disiapkan berbanding dengan semasa tabiat pemakanan dan senaman anda tidak baik. Tugas-tugasnya sama sahaja, tetapi anda yang jadi lebih kuat. Kesan lain yang mungkin anda rasa menakjubkan ialah tidur anda jadi tidak banyak. Enam atau tujuh jam tidur sudah buat anda tidak mampu tidur lagi kerana ia sudah cukup. Anda juga rasa lebih mudah untuk tidur. Itulah yang saya rasa. Sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Anda bersenamlah, memang seronok dan menyegarkan. Tenaga pun bertambah, dan anda jadi lebih rajin.

4. Kurang Motivasi

Kita semua pernah rasa malas (malas sekejap, bukan malas seorang yang pemalas) kadang-kadang, tetapi jika anda rasa amat kurang bersemangat dan tidak boleh melakukan apa-apa, maka mungkin inilah masa untuk anda melepaskan corak berfikir yang tidak matang, menerima kehidupan sebagai seorang dewasa yang matang, dan untuk meneroka matlamat hidup anda yang sebenar. Selagi anda tidak menemui tujuan hidup anda yang memberikan inspirasi, anda tidak akan mencapai potensi diri anda yang sebenar, dan motivasi dan semangat anda akan sentiasa lemah.

Sebagai contohnya seorang doktor atau jururawat, jika beliau memang gemar membantu mereka yang sakit mendapat hidup yang lebih baik, segala kepenatan dan kekangan masa yang beliau hadapi tidak akan melemahkan mereka, sebaliknya mereka akan jadi begitu menikmati kerja itu, kerana ianya memberi mereka kepuasan dan inspirasi buat mereka. Selain ganjaran berbentuk kebendaan, mereka rasa puas memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan dan rasa diri mereka berharga. Begitulah juga dengan ahli bomba, polis, guru, tentera dan apa saja kerja. Andai suatu kerja itu memberi inspirasi dan memenuhi matlamat hidup, peluangnya anda akan terus memajukan diri dalam pekerjaan itu.

Tumpukan kerja anda terhadap apa yang memberi anda matlamat, dan anda akan menjauhkan diri anda dari tabiat suka bertangguh. Anda akan rasa lebih bersemangat dan tidak sabar untuk terus melakukan kerja anda. Mencari matlamat anda adalah cara yang sangat berkuasa untuk mengalahkan tabiat suka bertangguh kerana anda tidak akan bertangguh untuk melakukan perkara yang anda suka lakukan. Jika anda bertangguh kerana tiada motivasi langsung, ianya isyarat besar yang anda mungkin telah memilih jalan yang salah. Carilah matlamat sebenar diri anda, perkara yang anda suka, yang anda akan terus buat dan buat tanpa jemu.

5. Kurang Disiplin

Walau ketika semangat anda sedang tinggi, anda mungkin masih berdepan dengan tugas yang anda tidak mahu lakukan. Dalam situasi ini disiplin diri bertindak sebagai sistem sokongan hidup motivasi. Apabila anda rasa bersemangat, anda tidak memerlukan sangat disiplin, tetapi disiplin diri menjadi berguna apabila anda perlu menyiapkan sesuatu tetapi tidak mahu atau tidak suka kerja tersebut. Jika disiplin diri anda lemah, sebaliknya, menangguhkan kerja itu menjadi sesuatu yang sukar untuk ditolak.

Anda perlu meningkatkan disiplin diri anda. Anda perlu ada peraturan yang perlu anda ikuti agar diri anda sentiasa berdisiplin dalam menjalankan tugas atau menbuat apa saja kerja. Anda perlu ada kemahuan yang tinggi. Sebagaimana seorang atlit yang ingin menjadi juara, atlet tersebut akan terus berlatih hari demi hari membina kekuatan, walaupun keletihan dan rasa malas, atlet tetap terus mengikut peraturan dan disiplin diri untuk terus bertahan untuk membawa dirinya ke satu tahap yang lebih tinggi.

Membina disiplin diri memerlukan latihan. Pengulangan dan pemahaman tentang peri pentingnya tugas tersebut terhadap diri dan orang lain akan membantu anda membina disiplin diri.

6. Tabiat Pengurusan Masa Yang Tidak Baik

Pernahkah anda terasa ketinggalan kerana anda selalu terlajak tidur, kerana anda begitu tidak terurus, atau kerana tugas-tugas tertentu yang tidak terlaksana dan terbiar begitu sahaja? Tabiat-tabiat buruk seperti ini biasanya akan menjurus ke arah sikap bertangguh, biasanya tanpa sengaja.

Penyelesaiannya dalam kes ini ialah untuk mengenalpasti tabiat yang menjejaskan anda dan menggantikannya dengan satu tabiat baru. Contohnya, jika anda bermasalah selalu terlajak tidur, sahutlah cabaran untuk menjadi orang yang bangun awal. Untuk menyahkan tabiat lama anda dan memasukkan yang baru, anda perlukan lakukan tabiat baru menggantikan tabiat lama itu selama sebulan. Pakar menyarankan melakukannya selama 40 hari untuk menjadikannya satu tabiat yang melekat dalam diri.

Untuk tugas yang sudah lama anda tangguhkan (atas pelbagai sebab, contohnya sukar, atau anda tidak suka), anda dicadangkan gunakan kaedah kotak masa sebagai permulaan. Begini caranya: Pertama, pilih sebahagian kecil dari tugas tersebut yang boleh anda kerjakan untuk hanya 30 minit. Kemudian pilih satu ganjaran yang anda akan berikan pada diri anda sejurus sahaja selepas itu. Ganjaran tersebut adalah dijamin dan diberi jika anda lakukannya hanya selama 30 minit; dan ia tidak bergantung kepada setakat mana hasil atau pencapaian kerja itu.

Contoh yang anda boleh beri sebagai ganjaran buat diri anda ialah menonton rancangan TV kegemaran anda, menonton wayang, makan makanan kegemaran, keluar bersama rakan, bersiar-siar, atau apa sahaja yang anda rasa menyeronokkan. Oleh kerana jumlah masa yang anda gunakan untuk bekerja bagi tugasan itu adalah begitu singkat, tumpuan anda akan beralih kepada mahukan ganjaran yang ternanti berbanding dengan kesukaran tugas tersebut. Tidak kira betapa tidak menyeronokkan kerja itu, hampir tiada yang tidak boleh anda tempuhi untuk hanya tempoh 30 minit jika anda ada ganjaran yang cukup besar menanti anda.

Jika anda masukkan tugas anda dalam kotak masa, anda akan dapati sesuatu yang amat menarik berlaku. Anda mungkin mendapati bahawa anda boleh terus bekerja dengan lebih lama dari setengah jam. Anda akan jadi begitu terlibat dan tertumpu dengan suatu tugasan itu, walaupun sukar, sehinggakan anda mahu terus mengerjakannya. Tanpa anda sedari, anda sudah melakukannya sejam atau lebih. Kepastian ganjaran anda masih ada menanti anda dan anda tahu anda boleh menikmatinya bila-bila sahaja anda bersedia berhenti melakukannya. Apabila anda mula bertindak, tumpuan anda beralih daripada risau tentang kesukaran tugasan itu kepada menyudahkan cebisan dari tugasan yang anda ambil tadi, yang kini mendapat tumpuan penuh anda.

Apabila anda sudah membuat keputusan mahu berhenti bekerja, dapatkan dan nikmatilah ganjaran anda. Kemudian jadualkan lagi tempoh 30 minit untuk mengerjakan tugas tersebut dengan satu lagi ganjaran. Ini akan membantu anda menghubungkan lebih dan lebih lagi keseronokan dengan tugasan itu, dengan mengetahui bahawa anda akan sentiasa mendapat segera ganjaran untuk usaha anda. Bekerja untuk ganjaran yang jauh jangka masanya dan tidak pasti tidak memberi semangat sebagai mana ganjaran jangka pendek. Dengan memberi ganjaran kepada diri anda hanya untuk memberi masa untuk mengerjakannya, berbanding kerana sebarang pencapaian khusus, anda akan berasa teruja untuk kembali mengerjakan tugas anda itu lagi dan lagi, sehingga akhirnya anda menyudahkannya.

7. Kurang Kemahiran

Jika anda kurang kemahiran untuk menyiapkan suatu tugas pada tahap kualiti tertentu, anda mungkin bertangguh untuk mengelakkan diri dari mengalami kegagalan. Anda ada tiga pilihan yang mungkin untuk mengatasi masalah ini: belajar, membuat delegasi, atau hapuskan tugas tersebut.

Pertama, anda boleh mendapatkan tahap kemahiran yang diperlukan dengan latihan. Hanya kerana anda tidak boleh buat sesuatu hari tidak bermakna anda tidak akan mampu melakukannya. Suatu hari nanti anda mungkin malah menguasai kemahiran tersebut. Contohnya dalam pembinaan laman web. Anda mungkin tidak tahu apa-apa tentang bahasa HTML, php, javascript dan sebagainya. Tetapi melalui eksperimentasi, lama kelamaan anda akan memahaminya dan mungkin menguasainya. Lama kelamaan anda sudah mampu membina laman web yang berfungsi dengan baik. Teruslah belajar dan tingkatkan kemahiran. Jika anda tidak boleh melakukan sesuatu, jangan mengeluh tentangnya. Ajar diri anda untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran itu sehinggalah anda menjadi cekap.

Pilihan kedua yang ada ialah untuk menurunkan atau menyerahkan tugas-tugas yang anda kurang mahir. Terdapat terlalu banyak kemahiran-kemahiran yang menarik hari ini untuk anda kuasai, jadi hendak atau tidak anda mestilah bergantung kepada bantuan orang lain. Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi anda sudahpun menguasai konsep penyerahan tugas ini. Ada tidak anda tanam sendiri semua makanan anda? Ada tidak anda menjahit sendiri pakaian anda? Ada anda bina rumah anda sendiri? Jawapannya tidak, kita memang bergantung kepada orang lain untuk keterusan hidup kita. Jika anda mahu suatu hasil tetapi tidak mahu mendapatkan sesuatu kemahiran (mungkin kerana anda terlalu sibuk dan tidak cukup masa), anda boleh mengambil orang untuk membantu anda. Contohnya jika anda tidak mahu menghabiskan masa cuba memahami perincian dalam boring cukai pendapatan anda atau syarikat anda, anda boleh dapatkan khidmat seorang akauntan. Ini mengosongkan masa anda dan boleh anda gunakannya untuk perkara lain.

Ketiganya, anda mendapat kesimpulan bahawa suatu hasil tidaklah diperlukan sangat sehinggakan anda terpaksa belajar suatu kemahiran atau membuat delegasi tugas tersebut. Dalam hal ini pilihan yang bijak adalah menghapuskan sahaja tugas itu. Adakalanya bertangguh itu adalah suatu petanda bahawa suatu tugasan itu tidak diperlukan pun.

Sebagai contoh, seorang pelajar memang banyak tugasan dan tutorial yang perlu disiapkan. Adakala tutorial dan tugasan ini penting dan adakalanya ianya tidaklah begitu penting. Anda boleh bezakannya semasa pensyarah anda menyuruh anda membuatnya. Sekiranya beliau menyatakan ia akan dimasukkan ke dalam markah akhir anda, maka anda mesti siapkannya. Andai beliau kata ia menjadi pembantu meningkatkan markah anda, mungkin anda boleh tidak membuat tugasan tersebut, andai anda terlalu sibuk dengan tugasan yang lebih penting. Ini seakan menjadi satu kesibukan yang tidak perlu. Jika kesannya pada PNG anda tidak terlalu besar, anda tidak buat pun tutorial atau kertas kerja tersebut. Tiada siapa pun yang peduli yang anda dapat A- dari A kerana satu kertas kerja yang anda tidak buat. Jika bakal majikan cukup endah untuk bertanya pun, anda boleh gunakan keadaan ini untuk menunjukkan bahawa anda boleh memberi keutamaan. Tetapi jika anda tidak buat kerana anda malas, dan mahu berpoya-poya, anda sendirilah yang tanggung akibatnya.

8. Terlalu Mahukan Kesempurnaan

Satu bentuk biasa kesilapan pemikiran yang membawa kepada sikap suka bertangguh ialah terlalu mahukan kesempurnaan. Percaya bahawa anda perlu membuat sesuatu dengan sempurna adalah satu resepi untuk tekanan, dan anda akan mengaitkan tekanan dengan tugas itu dan ini membuatkan diri anda mengelak dari melakukannya. Maka anda pun tangguhkan dulu tugasan itu sehinggalah ke saat-saat akhir sehingga anda akhirnya mendapat cara yang sesuai untuk melakukan tugas ini. Anda pun buat tugas tersebut tetapi anda sudah tidak cukup masa pula untuk membuatnya dengan sempurna. Anda kemudian melepaskan diri dengan menyatakan pada diri anda bahawa anda boleh melakukan tugas itu dengan sempurna andai anda ada cukup masa. Akan tetapi jika anda tiada tarikh akhir khusus bagi menyiapkan sesuatu tugasan, sikap terlalu mementingkan kesempurnaan boleh menyebabkan anda bertangguh dengan selama lamanya.

Penyelesaian bagi sikap terlalu mahukan kesempurnaan ini adalah dengan mengizinkan diri anda menjadi manusia. Pernahkah anda menggunakan perisian atau peralatan atau komputer yang anda boleh katakan sempurna dari setiap sudut? Saya tidak pernah. Itu mesin, inikan pula kita manusia. Menyedari bahawa suatu tugas atau kerja yang tidak sempurna tetapi siap adalah sentiasa lebih hebat dari kerja sempurna (kononnya) yang ditangguhkan tanpa tahu bila akan siap, boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

Sikap terlalu mahukan kesempurnaan ini juga timbul apabila anda menganggap suatu projek atau kerja itu secara keseluruhannya besar. Anda jadi kaku. Anda mahu semuanya berjalan dengan lancar. Cara mengatasinya ialah gantikan projek ‘mesti sempurna’ dalam minda anda ini dengan satu langkah kecil yang tidak begitu sempurna. Anda boleh buat satu lakaran kasar. Anda sentiasa boleh mengubahsuainya kemudian nanti mengikut kehendak dan kesesuaian. Contohnya dalam pembinaan rumah dan sebagainya.


Sebahagian dari penyelesaian-penyelesaian ini adalah sememangnya mencabar untuk dilakukan, tetapi ianya berkesan. Jika anda benar-benar mahu menjinakkan sikap suka bertangguh ini, anda memerlukan sesuatu yang lebih kuat dari sekadar menyertai seminar motivasi. Masalah ini tidak akan pergi dengan sendirinya. Anda perlu berbuat sesuatu.

Kelebihan mengatasi masalah ini ialah ia akan menghasilkan satu pengembangan dan pembinaan diri yang hebat. Anda akan menjadi lebih kuat, berani, lebih berdisiplin, lebih terarah dan lebih fokus. Manfaatnya akan menjadi semakin jelas sepanjang perjalanan hidup anda, jadi ketahuilah cabaran untuk mengatasi sikap suka bertangguh ini adalah satu perkara yang amat baik. Matlamat keseluruhannya ialah agar kita berkembang menjadi orang yang lebih hebat.

Read more...

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Read more...

Ayat Bismillah(6)

Ayat bismillah enam(6) ini sangat banyak faedahnya, jika diamalkan selalu akan berkhasiat untuk menjadi selusuh kepada perempuan yang akan bersalin, menjadi penawar racun dan bisa-bisa badan, menjadi jampi untuk menghalau jin dan syaitan, terpelihara daripada segala merbahaya, seteru dan musuh, boleh dibaca ketika berperang agar mendapat kemenangan dan mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah akan nampak benda-benda yang pelin dan ajaib.

Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan ayat bismillah enam pada tiap-tiap selepas solat fardhu kerana banyak sekali fadilat dan khasiatnya.

* Makbul segala hajat dan cita-cita.
* Luas rezkinya.
* Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
* Menang dalam peperangan.
* Penerang hati.
* Diajuhkan dari segala penyakit.
* Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
* Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
* Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
* Aman daripada binatang2 buas.
* Air laut menjadi tawar.
* Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
* Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
* Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
* Terselamat dari karam dilaut.
* Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
* Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
* Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
* Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
* Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
* Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
* Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

dan juga boleh amalkan

Bismillahirrahmanirrahim

Bismillaahissami’ilbasyirillaz i laisa kamithlihi syai un wahuwa bikulli syai’in ‘alim

Bismillaahilkhallaqil ‘alimillazi laisa kamithlihi syai un wahuwal fattaahul‘alim

Bismillaahillazi laisa kamithlihi syai un wahuwal ‘alimulkhabiir

Bismillaahillazi laisa kamithlihi syai un wahuwal ‘alimulqadiir

Bismillaahil ’azizilkarimillazi laisa kamithlihi syaiun wahuwal’azizulkariim

Bismillaahil ghafuurirrahimmillazi laisa kamithlihi syaiun wahuwalghafururrahiim

Faullahu khairun hafizhan wa huwa arhamurrahimiin

Wasallallahu ‘ala saidina muhammadiwwa ‘ala aalihi washahbihi wasallam.

Dgn nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.
Dgn nama Allah Maha Mendengar, Maha Melihat yang tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA bagi segala sesuatu amat mengetahui.
Dgn nama Allah, Maha Pencipta, Maha Berilmu yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pembuka Maha Berilmu.
Dgn nama Allah yang tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Berilmu dan Maha Mengetaui.
Dgn nama Allah yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha berilmu dan Maha Berkuasa
Dgn nama Allah yang Maha Perkasa dan Maha Mulia yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Perkasa dan Maha Mulia.
Dgn nama Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pengampun dan Maha Penyayang
Maka Allah sebaik-baik Pemelihara dan DIA menyayangi orang-orang yang penyayang.
Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat Baginda dan keselamatan.
Dan biarkanlah mereka yg menafikannya. Semoga mereka mendapat hidayah Allah swt. Amin.

Read more...

Tiga Tip Atasi Rasa Takut dan Fobia Pada Kegagalan

Tiga Tip Atasi Rasa Takut dan Fobia Pada Kegagalan

Takutkan kegagalan? Tiga tip atasi rasa takut pada kegagalan.
Sememangnya memerlukan satu keberanian dan kemahuan yang tinggi untuk meningkatkan diri anda atau memulakan satu perniagaan milik anda. Ianya satu kerja yang sukar dan terdapat ruang yang cukup luas bagi kekecewaan dan kegagalan. Apatah lagi sekiranya anda sebelum ini pernah menempuh kegagalan. Tentu anda ada rasa takut dan fobia untuk cuba lagi bukan?

Selain dari perkataan ‘gila’, perkataan huruf ‘g’ ini agak kasar dan kurang sedap didengar berbanding dengan perkataan ‘g’ yang lain. Apakah igauan kita terhadap kegagalan? Ramai orang melihat kegagalan sebagai satu kesilapan yang sangat besar. Ianya bukan begitu. Apabila saya memulakan laman ini, saya merasakan yang saya tiada apa yang hendak dirugikan dan punya segala untuk diperoleh. Apa yang terjadi jika saya mulakan satu projek dan ianya gagal lalu saya berhenti? Cuba teka? Saya telah memulakan banyak projek dan projek-projek tersebut banyak yang gagal (aduh). Ah! Pedulikannya. Anda berlari ke arah pintu gol, meredah pertahanan, namun adakalanya anda tidak dapat menjaringkan sebarang gol. Namun setiap percubaan anda mendekatkan diri anda kepada jaringan gol.

Berikut adalah bagaimana anda boleh menjamin satu tahap kejayaan tanpa mengambil kira hasilnya:

Belajar

Lihat setiap usaha sebagai satu pengalaman pembelajaran. Satu kata-kata saya yang suka adalah "adakalanya kita berjaya dan adakalanya kita belajar". Memulakan perniagaan, usaha atau apa sahaja yang anda kerjakan adalah sama seperti mendapatkan segulung ijazah. Orang sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit dan masa bertahun-tahun untuk mendapatkan ilmu ini, tetapi anda berpeluang untuk mempelajarinya dalam dunia sebenar. Anda perlu melihat usaha anda dan dunia ini sebagai satu pengalaman pembelajaran. Anda perlu terbuka untuk belajar dan membina diri. Tanpa mengambil kira berjaya atau gagal usaha anda itu, anda boleh dapatkan apa yang anda telah pelajari darinya dan terapkan dan gunakannya dalam usaha dan percubaan baru dalam hidup anda.

Rangkaian

Rangkaian anda adalah nilai kekayaan anda. Setiap usaha yang anda mulakan akan membawa anda bertemu dengan orang-orang yang baru dikenali. Jangan bersahaja dengan hubungan yang anda bentuk – jadilah proaktif. Setiap orang yang anda temui memberi peluang untuk mengajar anda sesuatu. Kenalilah mereka. Belajarlah dari kejayaan dan kegagalan mereka. Setiap orang yang temui itu mempunyai kemungkinan untuk memperkenalkan anda dengan seseorang yang boleh membantu anda – mungkin bukan hari ini dan mungkin bukan dalam usaha yang sedang anda buat sekarang ini, tetapi mungkin setahun dari sekarang dalam perkara lain yang sangat tiada kaitannya dengan apa yang anda sedang buat sekarang. Jadi sedarilah perhubungan anda dan suburkanlah ia.

Jaga Perhubungan

Apa sahaja yang anda lakukan, layanilah orang yang dengan penuh rasa hormat. Jangan menipu atau ambil kesempatan terhadap orang lain atau terhadap situasi mereka. Kerja tidak menjadi mungkin adalah teruk, namun hubungan tidak boleh sekali-kali menjadi begitu. Lindungi reputasi anda. Dunia ini kecil dan sedang semakin mengecil. Hubungan yang buruk berkemungkinan datang semula menghantui anda. Jadilah insan yang mulia dan professional.

Sekiranya anda ada rasa takut terhadap kegagalan – sama ada untuk memulakan perniagaan sambilan, berucap di hadapan awam, menyertai kursus atau menerima tugasan tambahan semasa kerja – anda akan tidak ke mana. Memang lebih mudah untuk membaca novel, menonton televisyen, atau bermain Facebook berbanding dengan mencuba sesuatu yang baru tetapi pemikiran mengelak risiko ini akan, paling kurang menyebabkan anda tidak berganjak dari keadaan anda sekarang dan, lebih berkemungkinan menyebabkan anda perlahan-lahan ketinggalan dan semakin berada di belakang.

Tidak kiralah betapa pandainya diri anda, kuncinya adalah terus mencuba mendapatkan gol dan satu tendangan yang tidak menepati gol bukanlah satu kegagalan.

Read more...

Ayat Bismillah(6)


Ayat bismillah enam(6) ini sangat banyak faedahnya, jika diamalkan selalu akan berkhasiat untuk menjadi selusuh kepada perempuan yang akan bersalin, menjadi penawar racun dan bisa-bisa badan, menjadi jampi untuk menghalau jin dan syaitan, terpelihara daripada segala merbahaya, seteru dan musuh, boleh dibaca ketika berperang agar mendapat kemenangan dan mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah akan nampak benda-benda yang pelin dan ajaib.

Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan ayat bismillah enam pada tiap-tiap selepas solat fardhu kerana banyak sekali fadilat dan khasiatnya.

* Makbul segala hajat dan cita-cita.
* Luas rezkinya.
* Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
* Menang dalam peperangan.
* Penerang hati.
* Diajuhkan dari segala penyakit.
* Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
* Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
* Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
* Aman daripada binatang2 buas.
* Air laut menjadi tawar.
* Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
* Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
* Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
* Terselamat dari karam dilaut.
* Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
* Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
* Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
* Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
* Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
* Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
* Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

Read more...

Thursday, February 24, 2011

PERKARA ROMANTIK KETIKA BERCINTA

PERKARA ROMANTIK KETIKA BERCINTA


Di alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama. Jika diberi peluang, sesaat pun anda tidak mahu berenggang dengan pasangan anda. Apatah lagi jika anda masih di awal percintaan.

Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak bersama. Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan cinta yang terbina.

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.

2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.

3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.

4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.

5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.

6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.

7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.

8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.

Read more...

KATA KATA ROMANTIS

KATA_KATA ROMANTIS!!!!



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.

Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.
Crazy Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan

Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan...

Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...
Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...
Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.
Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...

Read more...

WAJIB KETIKA BERCINTA

WAJIB KETIKA BERCINTA

Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.

Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

Read more...

Tuesday, February 22, 2011

RAHSIA MENGENAL KEGADISAN SEORANG GADIS

Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak ngannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut.

Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal. Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda hanya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.

Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.
Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan. Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda.

Dipetik dari: http://www.aktechpage.com/

Read more...