Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Belahan Payudara Asli Bikin Wanita Lebih Menggoda


gambar seksi michelle melodi tv3
Michelle Mempunyai Belahan Payudara
Asli membuatkan seseorang itu tergoda
BANYAK wanita rela melakukan implan payudara untuk mencuri perhatian kaum adam. Padahal, pria tergoda saat melihat wanita dengan belahan payudara asli.

Tak hanya faktor kebutuhan saja, pemasangan implan juga bisa disebabkan oleh beberapa faktor lainnya. Di antaranya pergeseran budaya, tren, serta pakaian yang semakin terbuka dan menonjolkan belahan dada. Sehingga setelah proses implan dilakukan, payudara akan menyembul dengan indah.

Meski terlihat lebih montok dan seksi, bukan berarti kaum adam menyukai wanita dengan payudara palsu. Satu dari empat pembaca memilih wanita dengan belahan payudara asli dibandingkan wanita dengan belahan implan payudara. Para pembaca juga percaya bahwa belahan payudara asli paling indah. Demikian berdasarkan poling yang dilakukan The Sun, Kamis (17/11/2010).

”Saya melihat wanita memilih implan payudara sebagai langkah terbaik,” kata Peta, salah satu pakar kecantikan di Inggris. 

”Pria memang lebih menyukai wanita berpayudara besar karena terlihat seksi. Namun realitanya, sebanyak 75 persen pemilih mengaku pemilik payudara palsu tidak menggairahkan,” ungkap Peta.

Menurut Peta, yang membuat wanita terlihat seksi adalah garis alami pada payudaranya, bukan di yang memiliki payudara palsu.

”Wanita dengan payudara palsu, secara seksual tidak bergerak dengan cara yang sama dengan wanita yang memiliki payudara alami. Bintang seperti Salma Hayek dan Kelly Brook cantik karena bentuk payudara mereka bukan plastik. Saya benar-benar tidak mendukung payudara palsu,” tutup Peta.

Read more...

Monday, February 21, 2011

Fahami Fakta Payudara Wanita

Fahami Fakta Payudara Wanita


Apa yang dipandang lelaki pada tubuh wanita selain wajahnya? Sudah bahagian dada bukan! Begitu juga ketika melakukan hubungan seks, selain yang di bawah sana, suami biasanya akan memfokuskan rangsangan pada bahagian payudara isterinya.


Sebab itulah payudara dikatakan sebagai aset kaum hawa. Kerana kepentingan ini maka wanita haruslah mengetahui dengan jelas informasi berkenaan bahagian tubuh ini.
Jangan terpengaruh dengan fakta salah tentangnya yang selalu beredar dari mulut ke mulut mahupun internet tentangnya. Kali ini menyenaraikan beberapa perkara penting tentang payudara yang wajib diketahui oleh wanita.





Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!



Ukuran Berbeza


Payudara hadir dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Tidak ada wanita yang bentuk dan ukuran payudaranya sama. Rata-rata berbeza ukuran payudara kiri dan kanan malah ada yang agak jauh bezanya. Walaupun ia merupakan perkara semula jadi namun anda tetap juga harus berwaspada. Perbezaan bentuk payudara juga boleh disebabkan oleh pertumbuhan tumor.


Boleh Diperbesarkan


Ukuran payudara setiap wanita ditentukan oleh faktor genetik dan hormon estrogen. Ia mula membesar pada usia 10 tahun dan terus berkembang hingga usia 20 tahun. Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi hormon estrogen seperti pil perancang atau krim boleh membuatkan payudara membesar terutama sekiranya digunakan secara berterusan, jaringan payudara ini memang akan bertambah dengan cepat.


Akan tetapi payudara tidak mempunyai jaringan otot, bermakna anda tidak boleh menambah ukurannya dengan bersenam. Namun khabar baiknya, senaman atau olahraga mampu mempengaruhi pembesaran otot dada. Sekiranya otot dada berkembang, secara automatik payudara akan kelihatan lebih besar padahal ukurannya tidak berubah.


Coli Berkawat Bahaya


Ada yang mengatakan bahawa pemakaian coli berkawat akan meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Kawat atau besi pada coli dikatakan akan menekan sistem limfatik pada payudara hingga membuatkan racun berkumpul dan meningkatkan risiko terkena kanser.


Sebenarnya tiada hubungan antara bentuk, jenis atau ukuran coli dengan kanser payudara. Hanya pemakaian coli dengan ukuran yang salah akan mempengaruhi bentuk payudara dan keselesaan pemakainya selain memakai coli berkawat semasa tidur akan menyebabkan payudara sukar bernafas.


Besar Lebih Seksi


Ada wanita yang berasa iri hati pada teman yang mempunyai payudara besar dan montok. Tapi sebenarnya wanita yang berpayudara besar sering kali berasa tidak selesa dengan keadaan mereka. Ramai yang merasakan bahawa lelaki cuma tertarik pada dada mereka saja dan bukan aspek lain.


Bayangkan setiap kali berbicara dengan teman lelaki, mereka asyik memandang ke arah situ saja. Selain itu ukuran payudara yang terlalu besar juga boleh menyebabkan sakit di bahagian belakang dan postur tubuh tidak lagi menarik. Jadi apa pun ukuran payudara yang ada terima saja dengan redha.


Silikon Sebabkan Kanser


Belum terbukti! Daya tolak reaksi jaringan tubuh terhadap silikon dikategorikan sangat rendah. Setakat ini ia tidak terbukti boleh menyebabkan kanser kecuali jika terjadi kebocoran pada lapisan yang membaluti silikon. Silikon hanya menyukarkan proses pemeriksaan payudara sendiri atau mamografi hingga perlu menambah sinar-X untuk mendapat hasil yang lebih tepat.


Tetap Tegang


Payudara boleh mengendur kerana kehamilan dan juga proses menyusui. Ketegangan payu dara juga mungkin berubah semasa menjelang haid. Akan tetapi faktor utamanya adalah akibat pertambahan usia. Sekalipun anda belum berumah tangga, anda akan semakin tua bukan!


Jadi payudara tetap akan menjadi kurang elastik apa lagi kalau anda jenis yang malas bersenam. Anda boleh mengurangkan kesan tersebut dengan memakai coli yang tepat ukurannya dan bagus kualitinya bagi mendukung payudara.

Read more...

Waktu Subur Wanita

Waktu Subur Wanita


Oleh : Dr. Azwan

Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Fahami Kitar Haid

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri - ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Waktu Terbaik

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara Lain Mengetahui Waktu Subur

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Read more...

IVF Harapan Baru Pasangan Mandul

Rasa sedih, rendah diri dan tertekan sering membelenggu pasangan yang masih belum mempunyai anak walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga. Masalah ini lebih sarat bersarang dalam jiwa wanita lantaran ia sering dijadikan alasan suami mencari orang baru.


Suami pula janganlah cepat menyalahkan isteri sebelum anda berdua menjalani pemeriksaan kesuburan; walaupun ramai lelaki agak berat hati untuk diperiksa — bimbang masalah itu berpunca daripada mereka.

Isu anak tidak seharusnya menjadi punca rasa rendah diri, tertekan atau keretakan rumah tangga kerana perkembangan teknologi perubatan kini mampu membantu anda mengatasi masalah ini.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Persenyawaan In-Vitro

Antaranya ialah Teknologi Reproduktif Bantuan (ART) iaitu kaedah alternatif yang boleh membantu pasangan mendapatkan zuriat. Teknik ART yang paling popular ialah persenyawaan in-vitro (IVF, iaitu persenyawaan luar rahim).

Desakan naluri untuk memiliki anak sendiri jugalah menyebabkan ada sesetengah pasangan sanggup membeli telur wanita lain untuk disenyawakan secara IVF sebelum dimasukkan ke dalam rahim isteri walaupun terpaksa membayar harga yang mahal.

Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana negara kita mempunyai pelbagai teknologi perubatan terkini yang mampu membantu pasangan mendapatkan anak sendiri dan lebih penting ia sah di sisi agama.

Pasangan yang ingin mempunyai anak hendaklah membuat perancangan rapi dan menjalani rawatan sewajarnya terutama bagi mereka yang berkahwin lewat.

Masalah anak bukan hanya terletak pada perempuan. Ada ramai lelaki yang tidak mempunyai sperma langsung dalam air mani mereka. Bagaimanapun, perkara ini masih boleh dibantu dengan menjalani biopsi testikular iaitu pengambilan sperma dari buah zakar kerana ada kes sperma terhalang di sini.

Sperma yang diambil dari buah zakar boleh menghasilkan anak yang sihat dan sempurna. Masalahnya, kebanyakan lelaki takut sakit dan ini menyebabkan ramai tidak mahu bekerjasama sedangkan wanita sanggup dibedah demi mendapatkan anak.

Syarat-syarat IVF

Pendermaan ovum hanya dibenarkan di kalangan pasangan bukan Islam (pasangan berkenaan mesti disahkan tidak ada benih langsung dan harus menjalani sesi kaunseling). Teknik IVF yang dibenarkan bagi pasangan Islam mestilah menggunakan sperma suami dan ovum (telur) isteri sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang Islam.

Pun begitu, bagi pasangan yang ingin menjalankan IVF juga tertakluk pada syarat tertentu seperti bilangan sperma suami terlalu sedikit (kurang 15 juta/ml), saluran tiub fallopia isteri tersumbat, ketidaksuburan yang tidak dapat dikesan (pada suami dan isteri), tiada anak selepas tiga hingga lima tahun berkahwin, isteri atau suami menghidap barah dan jalani rawatan kemoterapi serta rumah tangga bahagia.

Wanita juga perlu menjalani beberapa pemeriksaan dan jika didapati menghadapi masalah kualiti telur dan telur mempunyai kerak tebal dipanggil zona pellucida, maka teknik pengeraman bantuan (assisted hatching) akan digunakan bagi mengeluarkan kerak ini sebelum telur dimasukkan ke dalam uterus.

Bagi pasangan yang mempunyai simpanan embrio dalam bank embrio tetapi sudah bercerai, suami atau isteri meninggal juga wajib memaklumkan pusat kesuburan untuk embrio berkenaan dimusnahkan kerana mengandung selepas bercerai atau kematian pasangan adalah melanggar etika. Bahkan embrio pasangan Muslim juga tidak boleh didermakan atau dipindahmilik.

Pre-Implantation Genetic Diagnosis (PGD)

Saintis telah memperkenalkan teknologi IVF terkini yang dipanggil Pre-Implantation Genetic Diagnosis (PGD), iaitu teknik yang membolehkan analisis genetik dilakukan ke atas sel embrio sebelum dipindahkan ke dalam uterus wanita. Tujuannya untuk membuat penyaringan kecacatan kromosom ke atas wanita yang menghidapi penyakit keturunan, memilih embrio yang normal dan mengelakkan penyakit genetik seperti Sindrom Down, Patau, Edward atau Klinefelter.

Kaedah PGD lebih cepat dan selamat yang membolehkan proses pemeriksaan sel embrio dilakukan menggunakan pancaran laser bagi menggantikan penggunaan asid Tyroid dalam teknik IVF.

Bagaimana IVF dan PGD Dilakukan?

Secara ringkasnya, IVF bermakna persenyawaan telur (yang diambil daripada isteri) dan sperma dilakukan di dalam makmal membentuk embrio. Embrio ini kemudiannya akan disuntik masuk ke dalam rahim isteri untuk membesar sebagai janin.

Peratusan kejayaan mendapat anak melalui kaedah IVF adalah lebih tinggi berbanding hubungan kelamin terancang atau IUI. Pasangan melebihi umur 35 tahun lazimnya disaran menjalani rawatan IVF kerana wanita kehilangan beribu-ribu biji telur secara mendadak setiap bulan.

Pakar akan mengambil 8 hingga 20 biji telur (atau sebanyak mungkin telur yang dihasilkan ovari dalam bulan berkenaan dengan bantuan hormon) untuk disenyawakan. Lebih banyak telur, kemungkinan untuk ada simpanan embrio bagi kegunaan di masa depan lebih tinggi. Ini dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu melalui proses IVF lagi.

Untuk proses PGD, pakar akan mengambil satu sel daripada embrio dipanggil blastomere untuk dianalisa. Ada beberapa faktor yang menyukarkan proses PGD tetapi masalah utama biasanya membabitkan lapisan kulit embrio yang terlalu tebal untuk pakar embrio mengambil sel blastomere berkenaan.

Biasanya, dinding embrio yang mempunyai enam atau lapan sel dinipiskan (secara melarutkan) menggunakan larutan asid Tyroid. Dalam teknik PGD, ia digantikan dengan cahaya laser. Penggunaan cahaya laser kurang risiko berbanding asid Tyroid kerana embrio tidak terdedah terlalu lama dalam persekitaran berasid yang boleh menjejaskan kualiti embrio. Malah, proses pengambilan sel blastomere juga dianggarkan 80% lebih cepat berbanding penggunaan asid.

Embrio akan dipegang menggunakan pipet khas dan diperiksa menggunakan micromanipulator. Lapisan zona pellucida (kulit luar embrio) yang sudah dinipiskan akan ditebuk dengan pipet khas dan satu sel diambil untuk pemeriksaan mikroskopik atau biopsi. Pengambilan sel ini tidak merosakkan embrio. Embrio kemudiannya akan dicuci dan dimasukkan segera ke dalam inkubator. Melalui sel blastomere inilah pakar embrio boleh menentukan embrio berkenaan benar-benar berkualiti dan mempunyai kromosom yang normal.

Malah, melalui biopsi ini juga pakar boleh memilih jantina anak serta mengenal pasti sebarang ketidaknormalan genetik (untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai penyakit genetik atau keturunan). Proses yang sama akan diulang kepada beberapa embrio lain.

Selepas keputusan diperolehi (dalam tempoh empat hingga enam jam), embrio yang paling sihat akan dipilih dan disuntik ke dalam uterus ibu untuk perkembangan janin seterusnya. Embrio lain akan disimpan sehinggalah ia diperlukan kelak.

Bagaimanapun, tidak semua negara bersetuju menggunakan teknik ini, malah Australia contohnya mengenakan syarat ketat kepada pasangan kerana ada sesetengah saintis berpendapat kaedah ini melanggar etika perubatan lantaran pakar embrio boleh memilih jantina anak sedangkan ia jelas bertentangan dengan pegangan semua agama.

Oleh kerana prosesnya yang rumit, maka kos untuk menjalankan PGD jauh lebih mahal berbanding kaedah IVF konvensional yang menelan belanja sekitar RM10,000 hingga RM15,000. Justeru PGD hanya disyorkan kepada pesakit yang mempunyai masalah genetik saja.

Biar apapun alasannya, pasangan yang tidak mempunyai anak kini mempunyai pilihan yang lebih baik untuk menyambung zuriat dan menceriakan kehidupan mereka. Soalnya, pasangan haruslah bersedia bekerjasama dan paling penting, biarlah kaedah yang diambil berpadanan dengan kehendak agama.

Jalani ujian kesuburan apabila :

** Masih tidak dapat anak selepas setahun berkahwin bagi pasangan berumur di bawah 35 tahun.

** Isteri masih tidak mengandung selepas enam bulan berkahwin (pasangan melebihi 35 tahun).

** Lelaki berpoligami tetapi tiada anak dengan isteri kedua.

Lagi info tentang IVF di SINI.

Read more...

Remaja Diberi Pelali Cegah Kanser Serviks


KUALA LUMPUR, 26 Sept : Mulai tahun depan, remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberikan pelalian 'human papillomavirus' (HPV) bagi melindungi mereka daripada penyakit kanser serviks.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkannya hari ini berkata program itu akan menelan belanja RM150 juta setahun meliputi 300,000 remaja perempuan yang akan divaksin setiap tahun.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Program itu berkemungkinan dijalankan di sekolah-sekolah menengah dan bukannya di hospital atau klinik kerajaan bagi memudahkan pelajar mendapatkan vaksin tersebut yang diambil sekali seumur hidup sebanyak 3 dos dalam tempoh 6 bulan, katanya.

"Perkara ini kita belum muktamadkan butirannya tetapi besar kemungkinan kita buat di sekolah-sekolah sebab sekolah-sekolah tempat terbaik untuk beri vaksin," katanya kepada pemberita.

Liow berkata melalui program itu, kementerian yakin penyakit kanser serviks di negara ini dapat diatasi dengan jayanya pada masa depan.

"Vaksin HPV dilaporkan 98% berkesan dalam memberi perlindungan terhadap HPV jenis 16 dan 18... ada banyak jenis HPV. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, vaksin ini akan mengurangkan kekerapan berlaku kanser serviks sekurang-kurangnya 70%," katanya.

Liow berkata vaksin itu sudah berada di pasaran negara ini dan boleh diperoleh di sektor swasta pada harga sekitar RM1200 bagi 3 dos yang diberikan.

"Bagaimanapun, kita akan terus berunding dengan penyedia vaksin bagi mengurangkan harganya kepada RM500 seorang supaya orang ramai akan mendapat vaksin yang lebih murah," katanya.

Di Malaysia, kanser serviks merupakan kanser kedua kerap berlaku di kalangan wanita selepas kanser payudara dan hampir 2000 kes baru didiagnos di negara ini setiap tahun.

"Wanita Cina di negara ini mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita kaum lain iaitu 23.2% berbanding India (16.4%) dan Melayu (8.7%).

"Jadi saya ingin menyeru para penyelidik kita untuk mengkaji fenomena yang aneh ini dan mencari sebabnya," katanya.

Liow juga menggalakkan semua wanita agar melakukan pemeriksaan 'pap smear' secara berkala dan melakukan rawatan dengan awal jika dikesan menghadapi kanser tersebut.

"Menurut pakar perubatan, jika kanser ini dikesan dan dirawat dengan awal, kadar sembuhnya adalah lebih tinggi iaitu lebih daripada 90% pesakit masih hidup selepas 5 tahun, manakala jika pesakit datang lewat untuk rawatan, kurang daripada 15% masih hidup selepas 5 tahun," katanya. (BERNAMA)


Lagi info tentang KANSER SERVIKS di sini.

Read more...

Laser Lipolisis Tegangkan Wajah


Pendek kata segalanya mengecut. Pemakaian tudung yang ketat turut menyebabkan bentuk wajah berubah dan bertumpu ke depan. Wajah menjadi sangat bulat dan pipi pula menonjol ke depan. Apabila tersenyum mata pun seakan tertutup kerana pipi yang terlalu bulat. Oleh itu wanita dinasihatkan agar memakai tudung yang sederhana dan tidak terlalu ketat bagi mengelak perubahan pada bentuk wajah.


Bentuk wajah juga penting bagi menyerlahkan penampilan seseorang. Apabila usia meningkat tidak dapat dinafikan bentuk wajah berubah menjadi lebar tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Masalah ini dapat dipulihkan semula dengan kaedah rawatan yang betul.


Acuan Tulang

Muka kita terbentuk daripada tulang-tulang tengkorak yang menjadi acuan kepada pembentukannya. Tulang-tulang utama yang menjadi asas pembentukan muka adalah tulang mandible iaitu rahang. Jika tulang rahang terlalu besar muka akan tampak empat segi.

Tulang lain adalah tulang mastoid yang bersambung pada tulang mandible. Tulang mastoid dapat dirasa jika kita menyentuh belakang telinga akan terasa seperti satu benjol di situ. Di dalam tulang mastoid inilah terdapatnya sebahagian daripada organ telinga yang penting.

Tulang-tulang maxilla yang membentuk pipi adalah mustahak bagi menentukan pembentukan pipi kita. Jika ia terlalu kecil pipi akan tampak kecut. Sebahagian daripada tulang cranium pula membentuk dahi. Pada kawasan orbit mata pula terdapat percantuman antara tulang-tulang kecil. Tulang pada hidung terdiri daripada tulang rawan yang lembut.


Otot Muka

Bagi melengkapkan struktur muka, terdapat juga otot-otot muka yang membantu kita memberi reaksi dan riak wajah. Seseorang yang marah, sedih, gembira dan mengantuk misalnya dapat di kesan melalui riak wajahnya. Begitu juga wajah seseorang yang meminta simpati. Garis-garis muka yang tertentu memberi raksi wajah tertentu. Reaksi sebeginilah yang digunakan oleh para pelakon bagi mempamerkan mutu lakonan yang mempersonakan.

Ekspresi wajah amat penting dalam kehidupan seharian. Kerlingan mata sahaja sudah cukup untuk memberitahu maksud yang tersirat di dalam hati tanpa perlu kita bersuara. Jelaslah bahawa ekspresi wajah adalah salah satu cara komunikasi yang berkesan sesama manusia.

Apabila seseorang itu gembira otot-otot pada pipi dan mulut akan bekerja bagi mempamerkan senyuman. Bila bersiul otot buccinators akan bekerja. Jika mengerutkan dahi pula kita menggunakan otot frontalis. Bila kita makan otot mengunyah yang bernama maseter akan mengerakkan rahang. Seseorang yang mengalami kelumpuhan otot sebagaimana yang dilihat pada pesakit strok atau angin ahmar sudah tentulah gagal melakukan semua pergerakan ini kerana otot-otot muka menjadi lumpuh.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Lapisan Lemak

Di atas lapisan otot terdapat lapisan lemak yang membalut muka, selepas itu barulah dilapik pula kulit.

Muka seolah-olah tergantung pada tulang tengkorak kita. Apabila kita meningkat usia ia akan semakin melendut disebabkan tarikan graviti. Pada masa ini kulit akan lebih kendur dan turun di kawasan dagu dan pipi kiri kanan dagu. Lemak-lemak pula akan mengisi ruang kosong tersebut lalu wajah mula kelihatan lebar dan dagu mula berlapis. Masalah ini terjadi disebabkan oleh kejatuhan lemak muka. Lemak pada muka yang berlebihan akan turun dan mengisi ruang pada bawah dagu dan juga pipi menyebabkan bentuk muka menjadi besar kerana berlemak.

Bagi mereka yang berwajah bujur atau sangat kurus, masalah ini tidak ketara. Namun bagi mereka yang berisi dan wajah pula berbentuk bulat maka ia menjadi satu fenomena yang menghodohkan wajah. Kehadiran lemak yang terlalu banyak menjadikan wajah tampak bengkak dan bentuknya tidak menarik. Tambahan pula apabila usia meningkat 40-an kesan pengurangan hormon membuatkan air berkumpul dalam kulit dan kelihatan lebih bengkak.

Teknologi

Namun teknologi baru boleh mengatasinya. Wajah yang bulat boleh dibentuk semula menjadi bujur dan dagu yang berlapis boleh dibuang lemaknya. Begitu juga pipi yang menonjol boleh dicantikkan semula. Kedudukan pipi juga boleh diangkat semula dengan teknik serdev.

Laser lipolisis adalah kaedah yang baik bagi pembentukan wajah. Laser jenis ini akan menghancurkan lemak dan merangsang sel-sel kulit longgar menjadi ketat semula.


Bagaimana Laser Lipolisis Bertindak?

Laser merupakan satu jalur cahaya dengan jarak gelombang yang tertentu. Jarak gelombang ini membolehkan pancaran laser menembusi sel-sel lemak dan menukarkannya menjadi cair.

Tenaga laser yang kuat bertindak dengan sangat selektif. Ia hanya memecah lemak tanpa mengganggu sel-sel lain. Justeru ia selamat digunakan dan akan menyebabkan pengecutan dalam jalinan kolagen. Ini menjadikan kulit ketat dan tegang semula. Penggunaan laser seperti ini adalah selamat, cepat dan hasilnya dapat dilihat dalam jangkamasa yang singkat.

Perubahan pada wajah menjadi lebih ketara selepas seminggu. Selepas sebulan wajah menunjukkan perubahan yang menakjubkan. Dalam tempoh 3 hingga 5 bulan pula seseorang kelihatan lebih muda dan berseri-seri.


Proses Laser

* Wajah akan dibersihkan dengan povidone iodine dan disapu dengan krim bius. Selepas satu jam krim akan mula bertindak. Doktor akan menandakan kawasan yang akan dirawat.

* Suntikan ubat bius dibuat.

* Laser dimasukkan ke bawah kulit dan dipancarkan, lemak akan bertukar menjadi air.

* Selepas seminggu wajah akan menjadi lebih baik

Perubahan akan dilihat beransur-ansur dan dalam masa 2 minggu wajah kelihatan menarik dan terbentuk semula.


Kelebihan Rawatan

* Tidak menyakitkan

* Tidak perlu masuk ke hospital untuk menjalani rawatan

* Hasil yang baik

* Tiada parut yang merosakkan kulit

* Boleh pergi bekerja seperti biasa sejurus menjalani rawatan

* Satu rawatan sahaja sudah berkesan tidak perlu berkali-kali melakukannya

* Selepas rawatan tiada kesan bengkak yang ketara


Lagi info tentang LASER LIPOLISIS di sini.

Read more...

Isteri Berleter 6 Hari Setahun


2010/06/20

LONDON : Satu kajian terbaru mendapati isteri tidak merasa bersalah berleter terhadap suami mereka manakala si suami secara rahsia merasakan bahawa mereka sentiasa betul.


Golongan isteri juga dianggarkan menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun untuk berleter kepada suaminya mengenai rutin rumah tangga, tabiat minum dan kesihatan mereka. Ia bersamaan dengan 2 jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir 6 hari setahun.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Mengemas Rumah

Satu kajian membabitkan lebih 3,000 orang dijalankan kumpulan kempen kesihatan Everyman merumuskan, perkara biasa yang dileteri wanita mengenai pasangan mereka adalah tidak membantu mengemas rumah. Aduan lain termasuk tidak membantu membersihkan pinggan mangkuk, terlalu banyak minum dan tidak mendapatkan rawatan doktor.


Majoriti wanita tidak berasa malu suka berleter dengan 87% mengakui sukar untuk memastikan pasangan melakukan sesuatu.

Manakala lelaki berkata, mereka tidak mengakui perkara itu dengan 83% merasakan mereka sentiasa betul.


Strategi

Walaupun berleter adalah satu perkara yang tidak disukai dalam satu perhubungan, strategi berleter kadangkala dilihat lebih efektif.


Lagi info tentang BERLETER di sini.


Read more...

PENDARAHAN ABNORMAL WANITA


Masalah ketumbuhan, mengandung, keguguran dan juga usia (kitaran haid remaja) mungkin menyebabkan pendarahan di luar kitaran haid biasa.

Ramai wanita yang mengalami keganjilan pendarahan yang bukan berkaitan dengan darah haid bulanan. Ada yang serius dan ada juga yang sembuh tanpa memerlukan apa-apa rawatan. Walau apa pun cara persembahan pendarahan tersebut, wanita haruslah mengetahui penyebab-penyebab pendarahan tersebut, bagaimana ia didiagnosis dan kaedah rawatan yang mungkin diberikan.


Kitaran Haid

Ovari yang berada di kedua-dua belah rahim wanita mengeluarkan 2 jenis hormon yang penting untuk wanita iaitu estrogen dan progesteron.

Hormon-hormon tersebut berganding dalam fungsi menyediakan benih serta penebalan dinding dalaman rahim untuk kemungkinan penanaman selepas persenyawaan sperma dan telur. Ovulasi berlaku sekitar 12 hingga 14 hari sebelum datangnya kitaran haid yang berikutnya.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Benih yang dikeluarkan akan melalui tiub fallopian di mana persenyawaan mungkin (atau tidak) berlaku dengan sperma. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, paras hormon akan jatuh dan memberi isyarat pada dinding dalaman rahim untuk gugur sebagai darah haid. Kebanyakan kitaran berlangsung selama 28 hari dan kitaran yang sedikit pendek atau panjang sehingga 35 hari adalah normal.

Pendarahan Abnormal

Pendarahan abnormal mungkin melibatkan :

* pendarahan di antara kitaran haid (iaitu di peringkat antara 2 kitaran haid)
* pendarahan selepas hubungan kelamin
* pendarahan tidak menentu harinya dalam kitaran haid
* pendarahan yang banyak serta bilangan harinya panjang dari hari-hari sebelum ini
* pendarahan yang berlaku selepas menopaus

Segeralah dapatkan rawatan sekiranya kitaran haid anda melebihi 35 hari ataupun pendek kurang dari 21 hari. Tidak hadirnya haid selama tiga hingga enam bulan juga abnormal dan memerlukan pemeriksaan kesihatan lanjut.

Jika keganjilan kitaran haid hanya berlaku sekali atau kadang kala, anda tidak perlu berasa cemas kerana mungkin itu adalah normal. Juga sesuatu yang normal jika jadual haid gadis yang baru akil baligh (antara 9 hingga 16 tahun) tidak dapat diramalkan di awal kehadiran haid dalam hidup mereka.

Apabila wanita menghampiri umur 35 tahun, kitaran haid mungkin menjadi pendek dan makin pendek apabila menghampiri usia menopaus. Haid juga mungkin menjadi lebih sedikit (atau lebih banyak) dan kadangkala haid pada bulan tertentu tidak langsung tiada.

Punca

Pendarahan abnormal mempunyai banyak punca dan lazimnya doktor akan menumpukan pemeriksaan pada penyebab yang biasa mengikut umur. Sejarah kesihatan dan pengambilan ubat juga akan direkodkan. Untuk ramai wanita, ketidakseimbangan paras hormon mungkin menyebabkan keganjilan kitaran haid.

Di antara penyebab-penyebab yang akan disiasat termasuklah mengandung, keguguran, mengandung di luar rahim atau masalah berkaitan penggunaan alat dalam rahim dan pil perancang keluarga. Selain itu, jangkitan pada rahim atau pangkal rahim, fibroid, polip, masalah dengan sistem pembekuan darah, kanser wanita (rahim, ovari, pangkal rahim, faraj) atau masalah kesihatan kronik seperti penyakit tiroid dan kencing manis mungkin menjadi puncanya.

Semasa di klinik, doktor akan merekodkan sejarah kesihatan serta keluarga. Penggunaan ubat-ubatan, sama ada tradisional ataupun yang dipreskripsikan, penggunaan pil perancang keluarga, tabiat pemakanan, senaman, berat dan tinggi juga direkodkan. Ketegangan dan kestabilan emosi juga perlu diamati. Pesakit juga akan diberikan carta bagi menandakan hari-hari berlakunya keabnormalan kitaran haid.

Pemeriksaan lanjutan yang lazim disyorkan, berdasarkan pada simptom dan tanda-tanda yang dipersembahkan termasuklah;

+ Pemeriksaan ultrasound untuk meneliti keadaan di dalam kawasan pinggul

+ Biopsi dinding dalam rahim dengan menggunakan kaedah aspirasi vakum (ujian ini dilakukan di klinik)

+ Sonohisterografi pula merupakan kaedah ultrasound di mana sebelum dijalankan, cecair steril dimasukkan ke dalam rahim melalui bukaan pangkal rahim untuk menjelaskan lagi pengimejan dalaman rahim apabila ultrasound digunakan

+ Histeroskopi pula seperti kaedah binokular untuk melihat secara langsung keadaan dalaman rahim

+ Histerosalfingografi pula kaedah sinar-X, di mana bahan pewarna dimasukkan ke dalam rahim dan kedua-dua tiub falopian untuk tujuan visualisasi dengan kaedah sinar-X

+ Dilatasi serta pengkuretan adalah kaedah pembedahan kecil di mana pensampelan tisu diambil dari bahagian dalam rahim untuk diperiksa di bawah mikroskop

+ Laporoskopi adalah kaedah visualisasi langsung anatomi di bahagian pinggul, sejenis alat visual dimasukkan ke bahagian pusat dan rongga abdomen dikembangkan supaya visualisasi tidak terhalang (prosedur ini dijalankan di bawah bius keseluruhan)

Rawatan

Rawatan yang diberikan bergantung kepada apakah punca pendarahan yang dialami. Lazimnya terdapat 3 pilihan kaedah perawatan -

* Rawatan menggunakan hormon. Ianya mengambil masa untuk menormalkan kembali kitaran haid. Hormon ini mungkin diberikan secara oral, suntikan, krim yang diletakkan di dalam faraj dan juga alat dalam rahim yang mengandungi hormon (IUS). Pesakit mungkin akan mengalami hiperplasia dinding rahim, namun keadaan ini boleh dirawat dengan hormon progesteron.

* Ubat-ubat lain seperti NSAID (NonSteroidal AntiInflammatory) dapat mengurangkan jumlah pendarahan. Ubat ini juga berkesan sekiranya pesakit mengalami senggugut. Antibiotik diberikan sekiranya pesakit mengalami jangkitan kuman.

* Pembedahan disyorkan apabila pendarahan berpunca daripada ketumbuhan seperti polip dan fibroid. Mungkin pembedahan ini dilakukan secara histeroskopi. Kaedah ablasi dinding dalam rahim juga digunakan untuk mengawal pendarahan. Lazimnya kaedah ini berbentuk kekal dan pesakit mungkin tidak dapat mengandung selepas menjalani prosedur ablasi ini. Pembedahan membuang rahim iaitu histerektomi disyorkan apabila kaedah lain mengalami kegagalan. Pembedahan ini merupakan satu pembedahan besar dan puan tidak lagi mengalami kitaran haid selepas itu.

Jangan takut serta segan untuk berbincang dengan doktor apabila anda mengalami masalah pendarahan. Berbincanglah dengan doktor mengenai kaedah rawatan yang terbaik dan terkini untuk memulihkan keadaan.




Dapatkan Tungku Elektrik
untuk meredakan senggugut di

Kedai Maya SihatSelalu!!



Lagi info tentang PENDARAHAN ABNORMAL di sini.

Read more...