Sunday, July 14, 2013

Pengalaman Ngeri Polis Trafik Yang Tidak Dapat Dilupakan

Pengalaman Ngeri Polis Trafik Yang Tidak Dapat Dilupakan

Salam guys, apa yang korang bakal baca dibawah ini adalah pengalaman ngeri seorang anggota polis trafik.
Nama beliau Saman bin Jalan (bukan nama sebenar).
[Amaran keras] ini kisah benar, jika korang yang lemah semangat sebaiknya jangan baca sebab ia mungkin menghantui korang selepas ini.
Bermula la kisah pengalaman ngeri yang tidak dapat dilupakan sampai sekarang.


polis trafik

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
Utara Selatan kelihatan sebuah kancil merah tersadai di sebelah line kerosakan.
Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak
ada sebuah kereta pun berhenti pada masa itu.
Tiba-tiba datangla sebuah kereta Evo7 berhenti di sebelah Kancil pakcik tua itu.

Kemudian pemandu Evo7 terus keluar dari kereta yang dipandunya dengan penuh stail (mancho).
Lebih kurang bergini la dialog mereka.
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an lagi hesem kacak bergaya."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evo7 nya.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah Ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat Evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yangg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak. Mamat Evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pula abang polis trafik ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate abang polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, dengar tak!? Ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah
Ferrari, sebuah Evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punya.........sebuah Kancil merah tengah cucuk angin Evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'



Read more...

Saturday, July 13, 2013

Patutkah Perempuan Memandu Kereta?



Seorang lelaki sedang memandu sebuah kereta di jalan raya..
Kelajuan kereta yang dipandunya adalah 80km/jam..
Jika pemanduannya tiba-tiba tergangu dek sebuah kereta yang berada dihadapannya yang bergerak dalam kelajuan 40km/jam..
Secara spontan dalam hatinya akan berkata, "ah, ini mesti perempuan yang bawa kereta ni"

Ataupun, jika dia memandu dan di dalam keretanya terdapat beberapa orang kawan.
"ini mesti perempuan yang bawa, kalau tak percaya korang tengok la"
Apabila memotong, mereka akan lihat pada pemandu kereta tersebut samada perempuan atau lelaki.
Dan jika betul, jawapannya adalah "Tengok, kan aku dah kata perempuan yang bawa"
Jika salah, " apa la bawa perlahan, macam perempuan "


Begitulah pandangan lelaki(walaupun bukan semua) terhadap golongan perempuan. Tidak kira dimana, di Malaysia atau di tempat-tempat lain, prasangka rterhadap pemandu perempuan adalah tinggi.
Nampak sahaja perkara yang kurang menyenangkan kaum lelaki di jalan raya, maka perempuan akan terlebih dahulu di salah anggap. Betul atau tidak nombor dua. Anggapan bahawa pemandu yang membawa ketidakselesaan kepada pemandu lain adalah pemandu perempuan berada di tempat pertama.

Sebelum aku nyatakan dahulu pendapat dan pandangan aku berkaitan patutkah perempuan memandu, apa kata kalau baca dahulu senarai kelemahan-kelemahan perempuan dan juga kehebatan-kehebatan lelaki dalam pemanduan. Senarai-senarai yang aku buat ini berdasarkan apa yang aku tahu dari sekeliling aku. Jika ada yang rasa kurang betul dengan senarai kelemahan perempuan dan kehebatan lelaki ini, boleh bagitahu aku ye..:)

Kelemahan-Kelemahan Pemanduan Seorang Perempuan .
  • Bawa kereta dengan keadaan yang sangat perlahan - Perlahan tidak salah, tetapi cuba bayangkan pada had laju 80km/jam tetapi bawa 40km/jam.Sehinggakan kenderaan di belakangnya sudah begitu banyak, tetapi masih lagi maintain dengan kelajuan yang sama.
  • Kekal di lorong kanan - Bagi jalan yang mempunyai lebih dari satu lorong, adalah biasa lorong kanan untuk memotong. Ada pemandu perempuan yang dengan muka selamba terus berada dilorong kanan walaupun dia sedar banyak kereta telah memotong dia dari kiri.
  • Tertekan - Perempuan juga ada mengalami masalah ini. Samada hendak tekan brek, kemudian tertekan minyak ataupun dalam keadaan berhenti apabila hendak buat kerja lain, kaki tertekan pedal minyak. Akibatnya.? Berlakulah kereta masuk longkang, kereta langgar divider dan macam-macam lagi.
  • Cepat mengelabah - Ini antara kelemahan perempuan yang 'bahaya'. Apabila dalam keadaan mengelabah sikit, terus tekan brek secara mengejut. So kalau macam ni, biasalah orang belakang akan marah. Kalau sempat brek ok lah, kalau orang belakang tidak sempat brek.?
  • Tukar lorong secara tiba-tiba - Tanpa signal, terus tukar lorong. Tidak dapat dipastikan samada dia sudah tengok side mirror atau tidak. Terkejut orang belakang yang sudah dekat.
  • Anggar kelajuan - Masalah anggar kelajuan bagi perempuan biasanya berlaku dalam dua keadaan, iaitu samada hendak memotong atau tidak, dan juga kelajuan semasa diselekoh, ada yang terlalu laju, ada yang selekoh tidak tajam pun tetapi tekan brek macam selekoh 90darjah je. (Ini pengalaman masa aku pergi Kedah 2 hari lepas.:)
  • Anggar jarak - Perempuan sukar menganggar jarak kenderaan mereka terutamanya pada sebelah kiri. Jika membelok ke kanan, mereka akan berasa was-was samada sebelah kiri kereta lepas atau tidak. dan tidak pelik jika perempuan mengambil masa yang lama untuk memotong sebuah motosikal.
  • Jika jalan condong - Ada sesetengah jalan yang mempunyai sudut kecondongan yang agak tinggi. Biasa jika kenderaan yang dibawa oleh perempuan akan berundur ke belakang dahulu sebelum bergerak ke hadapan. so, orang yang berada dibelakang sila pastikan jarak selamat.:)
  • Parking - Ini aku rasa antara masalah paling utama bagi perempuan. Parking dari depan mungkin tiada masalah, tetapi cuba tanya berapa ramai perempuan yang pernah parking masuk belakang dahulu.? (Aku sebenarnya respect juga la jika tengok perempuan parking masuk belakang dahulu.:)Hal ini juga berkaitan dengan kesukaran mengganggar jarak.

Kehebatan Pemanduan Seorang Lelaki.
  • Mampu membawa kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan - Mungkin juga terlupa kata-kata 'Kelajuan Membunuh'. Dan memandu secara laju juga adalah penyebab utama kemalangan jalan raya. Mangsa.? bukan pemandu itu sahaja, tetapi juga penumpang(jika ada) dan pemandu lain.
  • Keupayaan memotong kenderaan lain - Jika anda tengok kenderaan yang memotong secara membabi buta, tengoklah pada pemandunya. Aku yakin 96% kebarangkalian adalah lelaki. Antara kes paling senang meninggal di jalan raya - memotong tetapi tidak lepas. Lebih malang, penumpang dalam kenderaan yang dibawanya meninggal dan juga penumpang dalam kenderaan yang bertembung dengannya juga meninggal.
  • Memotong dari sebelah kiri - Kalau ada kes kecemasan tidak la kisah sangat. Tetapi bagi yang selalu tidak sabar, inilah jalan singkatnya. Memotong dari sebelah kiri. Tidak kira la semasa trafik jam atau ketika di atas jalan raya biasa.
  • Berlumba di jalan raya - Selalu juga baca akhbar kereta terbabas atau bertembung dengan kenderaan lain kerana berlumba di jalan raya. Kalau orang yang berlumba tu ditimpa masalah, boleh terima. Ini kasihan kepada orang lain yang tidak bersalah. Pelumba.? Mestilah lelaki kan.
  • Cilok - Aku rasa korang tiada masalah untuk memahami perkataan cilok ini. Ada juga pemandu lelaki yang memang suka cilok. Apabila dapat cilok, mereka dapat merasai kepuasan dalam pemanduan. Terasa hebat,terasa gah. Apabila berlaku kemalangan baru termenung tepi jalan.
  • Mampu mengekori kenderaan hadapan dengan jarak yang sangat dekat. Tidak dinafikan lelaki dapat mengagak dan mengekori kenderaan hadapan dengan rapat sekali. dalam satu meter pun boleh agak lagi. Jika tidak, bagaimana istilah 'cucuk angin' boleh ada dalam kamus pemanduan. Apa masalah jika mengekori terlalu rapat.? Tentu ada pernah nampak kemalangan jalan raya disebabkan kenderaan belakang melanggar kenderaan depan kan. Sebab.? Memandu terlalu dekat.
Itulah senarai kelemahan perempuan dan kehebatan lelaki dalam bab memandu yang mampu aku pikir setakat ini.
Kalau ada sesiapa yang ada idea lain, boleh bagitahu aku.:)
Sekali imbas, nampak sangat kelemahan perempuan, dan nampak juga kehebatan lelaki.
Bolehkah lelaki berbangga dengan kehebatan yang mereka ada.?
Oleh itu, cuba baca balik, dan pikir kesan pemanduan dari dari pemandu lelaki dan juga pemandu perempuan.
Kesan daripada kelemahan perempuan biasanya menyebabkan 'kemalangan kecil'.
Manakala kesan daripada kehebatan lelaki boleh menyebabkan 'kemalangan besar'. Dan biasa jika kemalangan maut berlaku adalah disebabkan sikap pemandu lelaki.

*Lau jumpa pemandu perempuan cam ni dah lama aku cabut kot...haha

Berbalik kepada persoalan di atas.,
Patutkah perempuan memandu.?
Dari pandangan aku , YA, SEMESTINYA.. 
Kerana aku tidak melihat masalah yang dibawa oleh pemandu perempuan sebagai 'besar', tetapi aku melihat kehebatan yang dibawa oleh pemandu lelaki akan menyebabkan kesan yang lebih besar dan teruk kepada pengguna jalan raya yang lain.

Tetapi seperti biasalah, dunia dikuasai oleh lelaki, apabila perempuan buat salah sikit, terus nampak.
cuba kalau lelaki buat salah, kalau boleh hendak pejam sebelah mata sahaja.
Mana boleh mengaku kalah beb, jatuh la ego seorang lelaki.
Ada apa dengan ego kalau nyawa boleh terancam..:)

Kenapa Perempuan Juga Perlu Memandu.
  • Penyebab utama kemalangan jalan raya bukanlah disebabkan 'kelemahan' perempuan, tetapi disebabkan 'kehebatan' lelaki.
  • 'Kelemahan' perempuan mungkin akan menyebabkan pengguna lain marah, tetapi 'kehebatan' lelaki mengundang risiko kemalangan yang lebih teruk. Malah juga menggadaikan nyawa orang lain yang tidak bersalah.
  • Bagi suami-isteri yang berkerja, isteri juga perlu memandu untuk memudahkan urusan keduanya. Cuba bayangkan jika suami kena ambil isteri dari tempat kerja, kena hantar anak, kena ambil anak, beli barang-barang dapur. Nanti suami juga yang mengeluh, sebab itulah isteri(perempuan) pun patut dibenarkan memandu.
  • Bagi perempuan yang pergi kerja berseorangan (bujang), takkan la setiap kali hendak pergi kerja hendak guna teksi atau bas. Kalau asyik tumpang orang lelaki ke tempat kerja kan skandal pula jadinya.:)
  • Perempuan juga hendak bersiar-siar bersama kawan-kawan perempuan. So mereka kena la memandu. Kan jika lelaki jadi pemandu dan perempuan hendak pergi shopping, baru tahu bosan menunggu.:)
  • Perempuan sekarang mampu untuk beli kereta sendiri, kenapa hendak halang mereka guna apa yang mereka beli.?:)
Jika ada yang memperlekehkan perempuan yang memandu, senang sahaja jawapannya.
Kekurangan perempuan mungkin akan membuat pengguna jalan raya lain marah, tetapi kehebatan lelaki akan meningkatkan risiko kehilangan nyawa di jalan raya.
Kemudian tanya kepada yang bertanya. Anda hendak jadi mangsa kelemahan perempuan atau anda hendak jadi mangsa kehebatan lelaki.?..:)

Senarai Boleh Percaya atau Tidak.?
1. Kebanyakan lelaki yang tidak menyukai perempuan yang memandu adalah lelaki bujang.
2. Ada juga perempuan juga tidak suka perempuan yang memandu, sedangkan dia juga memandu.
3. Perempuan juga ada ketikanya memandu dengan sangat laju, terutamanya apabila jalan lurus.
4. Lelaki dan perempuan boleh menjawab panggilan telefon ketika memandu, tetapi lelaki juga boleh membalas sms ketika memandu, perempuan jarang sangat aku rasa.

Walau bagaimanapun, ada perkara yang tidak dapat disangkal.
Secara keseluruhannya, pemandu lelaki adalah lebih cekap berbanding perempuan.
Lelaki lebih cekap kerana lelaki lebih praktikal. Kerana ini boleh dikatakan 'bidang' lelaki.
Perempuan kurang cekap kerana mereka lebih kepada 'bidang' lain.
Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membenarkan perempuan memandu.

p/s: Terpikir juga aku, kalaulah lelaki tidak dibenarkan memandu, dan di Malaysia ini perempuan sahaja yang memandu.
Aku rasa kehilangan nyawa disebabkan kemalangan jalan raya akan turun mendadak.
cuma yang berlaku adalah kereta akan mengalami calar balar yang teruk..:)




Read more...

Tanda-tanda seorang lelaki menyukai anda


Seingat aku, sudah ada artikel sebelum ni yang lebih kurang isi kandungannya seperti artikel kali ni. Tapi yang membezakannya mungkin, artikel terdahulu lebih kepada seseorang yang sudah menjadi seseorang yang istimewa kepada korang (buah hati, tunang, suami/isteri) manakala untuk artikel kali ni, lebih kepada seseorang yang menyukai korang & tiada apa-apa hubungan yang istimewa dengan korang. Ringkas kata, seorang kawan/kenalan yang menyukai korang.aishh

Kenalan korang itu mungkin seseorang yang sudah lama korang kenali, baik di alam realiti mahupun alam maya, pernah bersua atau sebaliknya. Artikel ini dihasilkan untuk korang yang rasa perlu, plus, ada readers yang bertanyakan perkara ini sebelum ini & juga keyword untuk tajuk artikel semacam ini seringkali tertuju ke blog ini. Alang-alang kan, baik aku buat je artikel yang direct ke keyword terbabit. Tak paham? Abaikan, teruskan dengan karutan di bawah.

1st

Dia akan menjadi diri sendiri bila berhadapan dengan korang. Berhadapan di sini bukan la bermaksud bersua muka dengan anda. Bukan & tidak semestinya. Tiada hipokrit, apa yang ditunjukkannya itulah dirinya.

2nd

Dia berminat untuk mengenali korang dengan lebih mendalam. Ya, dia mungkin tahu nama sebenar korang, kesukaan korang, apa yang korang tidak suka dan jangan hairan kalau dia tahu alamat rumah korang tanpa pengetahuan korang. Mungkin dia ingin menghantar hadiah sempena hari lahir korang, kad ucapan hari raya dan sebagainya. Mungkin ada antara korang (perempuan) takut dengan perkara sebegini, yela, tetiba je orang yang tak pernah ditemui atau tak pernah dibagi alamat rumah tetiba je tau alamat rumah kan. Jangan khuatir, cuma ambil langkah berhati-hati sudah. Err, mana la tau si dia tetiba je hantar rombongan merisik. Ah, lagi berderau darah korang kan? Couple tidak, apa tidak, tetiba je si kawan ni hantar rombongan merisik. Eh, aku mau tanya, perlukah couple sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Persoalan ni sampai sekarang maseh berlegar-legar dalam fikiran aku neh.

3rd

Suka berkias. Ya, dia MUNGKIN tidak akan menyatakan rasa sukanya terhadap korang secara terang-terangan. Jika dia pernah nyatakan sekalipun, mungkin kata-katanya sedikit kabur, kurang jelas, bersastera (hehehe) & mungkin juga dalam keadaan gelak suka suka dalam serius dalam suka. hehe. 



Kenapa begitu? Aku syak mungkin lelaki sedemikian ada impian yang lebih jauh dari nyatakan rasa sukanya yang mungkin korang akan reject dalam tempoh kurang satu minit setelah dia katakan rasa sukanya pada korang. Impian apakah itu? Mungkin dia tak mau couple dengan korang, kahwin itu jauh lebih bermakna. Simpan rasa suka dalam diam, berusaha mengukuhkan kewangan & bila tiba masa yang sesuai, masuk meminang korang sepertimana aku nyatakan dalam point #2 di atas.

Sebab lain berkias? Dia tidak yakin dengan diri sendiri, curiga dengan status korang (yela, kan zaman sekarang ni zaman orang couple, zaman buat status "in a realtionship") terutamanya bagi korang yang low profile. Jadi, kalau korang rasa dia berpeluang, jangan abaikan tanda-tanda ini. At least, alert yourself & let he know if he got any chance. Dan juga, bagi peluang kepada diri korang sendiri. 

4th

Menghargai korang walaupun korang tak minta, walaupun korang tak pernah/jarang pedulikan dia & dia juga jarang contact dengan korang. Bila tiba hari lahir korang, ramai kawan & kenalan mengucapkan ucapan hari lahir tapi bagi si dia, cara ucapan itu mungkin sedikit berlainan. Caranya mungkin ingin menyampaikan sesuatu yang tersirat & dalam masa yang sama ingin menyentuh hati korang (eh, macam takleh blah pule ayat ini.kihkih). Cara bagaimanakah itu? Mungkin dia nyanyikan satu lagu untuk korang, bagi hadiah yang di pos dengan pos laju Malaysia atau mungkin juga sebuah LUKISAN yang tak seberapa tapi ada makna? Well, who knows.

5th 

Ah, dia tak senang duduk bila nampak tanda-tanda yang korang macam tengah angau dengan seseorang ataupun ada lelaki lain yang masuk line. Lalu dia bagi video lagu dimana liriknya tersurat apa yang tersirat baginya sekian lama. Pandai-pandai la korang fahami. Contoh lagu? Tengok je la seperti dibawah. 





6th

Dia seringkali atau jarang-jarang sekali menegur korang (samada melalui telefon, sms, chat, emel dan bla bla bla) & kesempatan yang ada itu dia cuba untuk menyatakan sesuatu kepada korang tapi selalunya tidak berjaya. Eh, korang paham tak apa yang aku nak cakap sebenarnya ni? Hahaha. Begini, dia seolah-olah nak bagitau korang sesuatu tapi takut-takut & akhirnya apa pun tak dibagitahu ataupun dia tukar topik perbualan. Haaa lebih kurang begitulah maksudnya.

7th

Eh, rasa malas pulak nak tulis banyak-banyak. Ni point yang last la eh? Kalau aku rajin, aku update lagi di sini.Hehe. Ok, tanda yang terakhir, bila si dia tahu yang korang sudah berpunya, mestilah dia akan kecewa & pura-pura gembira, dan mungkin juga dia seolah-olah menjauhkan diri daripada korang. Jangan pula salah faham, dia menjauhkan diri daripada korang tu bukan bermakna dia tak sudi berkawan dengan korang, tapi..paham-paham la ye? Tapi menjauhkan diri bukanlah bermakna dia berhenti berharap. Korang pula jangan la rasa bersalah kalau korang tahu yang dia suka korang walaupun dia cuba semampu mungkin menyembunyikan rasa suka itu. Ok?

Ya, aku memang penakut.

Nasihat aku, kalau korang masih belum berkahwin, jangan lah korang terlalu pasti dengan perkara yang belum pasti lagi. Kalau niat itu sudah elok & korang sudah nekad, berdoa la selalu agar pengakhirannya menjadi yang halal. Semua insan akan tumpang gembira. =) 

Read more...

Thursday, July 11, 2013

Penjelasan Hukum Fizik Mengapa Lelaki Diharamkan Memakai Emas (Menarik!)

emas
Di sini saya sediakan sebab- sebab mengapa emas haram dipakai oleh lelaki berdasarkan kepada sifat unsur-unsur sains mengikut pandangan Islam terhadap emas itu.
1. Dari sudut metafizik sains, lelaki bersifat +ve dan unsur emas juga +ve. Maka ianya berlawan dari segi magnet dan gelombangnya. Tekanan ini menyebabkan tulang akan mudah membengkok dan rapuh.
2. Emas adalah berwarna kuning oren dalam sistem gelombang adalah berelektrik untuk fungsi adrenalin buah pinggang. Maka ianya memberi kesan buruk ketahanan sistem buah pinggang dan perkumuhan. Penyakit gout, sendi dan batu karang mudah berlaku.
3. Emas juga beresonans tinggi dan tarikannya kewangan mampu membiaskan sifat riak dan takabur bagi lelaki yang memakainya.
MORALNYA JIKA ISLAM MENGHARAMKAN MEMAKAI EMAS BAGI LELAKI ADALAH TEPAT DARI SUDUT SAINS DAN MEMBERI KEBAIKAN UMAT MANUSIA.
p/s: Wanita adalah -ve dan emas +ve maka berseri-serilah si pemakainya. :)

Read more...

CREATIVES BOTTLES OPENER

CREATIVES BOTTLES OPENER














Read more...

VIDEO INI SANGAT KEJAM






JANGAN DI TONTON KALAU ANDA LEMAH SEMANGAT


Read more...

PELIK!!PENYUSUAN YANG ANEH

 

WEIRD BREASTFEEDING











Read more...

FAKTA: Apabila Mencecah Umur 30, Kita Sebenarnya 31 Tahun!

Bismillah,
FAKTA: Apabila Mencecah Umur 30, Kita Sebenarnya 31 Tahun! | Apa yang penulis maksudkan dengan “Apabila Mencecah Umur 30, Kita Sebenarnya 31 Tahun”?
Sebenarnya apabila kita berumur 30 tahun jika dikira mengikut tahun Masehi, kita telah hampir mencecah usia 31 tahun mengikut tahun Hijrah. Jom buat matematik sikit:
Kalendar Masehi vs Kalendar Hijrah
Kalendar Hijrah dikira berdasarkan bulan (qomariyah), dan mempunyai 12 bulan dalam setahun. Dengan menggunakan perkiraan pusingan bulan, bilangan hari dalam satu tahun adalah (12 x 29,53059 hari = 354,36708 hari). Ini bermaksud 1 tahun Kalendar Hijrah lebih pendek sekitar 11 hari berbanding dengan 1 tahun Kalendar Masehi.
Perbezaan 11 hari ini jika dikalikan dengan 30 = 11 x 30 = 330 hari (lebih kurang setahun dah tu)
Oleh itu, jika dikira mengikut tahun Hijrah, kita lebih tua daripada apa yang kita sangka :)

Read more...

Luar Biasa! Penglihatan Mata Gadis Ini Seperti Xray

Seorang gadis terkejut apabila mengalami perubahan penglihatan mata secara tiba-tiba. Mata gadis ini sungguh luar biasa apabila penglihatannya mampu menembusi apa sahaja benda seperti dinding.
Jika kita menonton filem superhero, ada yang dikurniakan kelebihan penglihatan mata untuk menembusi sesuatu benda. Namun itu cerita fantasi. Tetapi yang realitinya ia benar-benar wujud apabila seorang remaja yang berusia 14 tahunLaura Castro yang dilahirkan normal seperti orang lain telah dikejutkan dengan perubahan pada matanya. Pada usia 10 tahun matanya menjadi putih semuanya dan bahagian hitam sudah tidak kelihatan. Hal ini juga pernah terjadi kepada seorang kanak-kanak kecil yang memiliki mata seperti kucing. Doktor masih tidak dapat memberi penjelasan mengenai penyakit ini.
Menurut ibunya, anaknya dapat melihat semua di kawasan terang mahupun gelap tanpa ada masalah. Selain itu lebih menakjubkan adalah anaknya boleh Tembus Pandangannya pada benda yang padat seperti dinding, melihat dalam kereta dari jauh macam seorang superhero.
Dia boleh tahu apa yang berlaku disebalik dinding atau bahan yang digunakan untuk membuat dinding tersebut seperti bata dan kayu. Semuanya berlaku pada satu pagi apabila dia bangun , dia terkejut kerana dia dapat tembus pandang tubuhnya sendiri dan melihat jantung serta bahagian bahagian lain.

Read more...

Gempar! Kanak-Kanak Ini Menangis Keluar Air Mata Darah

“Kalau kau menangis keluar air mata darahsekalipun, aku tidak akan menerima kau lagi” itulah antara dialog yang sering diungkapkan dalamdrama-drama Melayu pada masa kini. Apakah benar air mata itu boleh mengeluarkan darah? Mungkin kes ini jarang ditemui namun ketahuilah bahawa ia pernah berlaku. Apa yang ingin dikongsikan bersama anda pada kali ini adalah tentang nasib seorang kanak-kanak kecil yang menangis sambil keluar air mata darah.
Seorang kanak-kanak di Kabupaten Majalengka ‘indonesia’ menderita penyakit aneh sejak kecil. Cila selalumengeluarkan darah dari mata hingga liang tangannya jika menangis.
Ketika ditemui di kediamannya di RT05/04 Dusun 2, Desa Bojong, Kecamatan Dawuan, Majalengka, Ika Rosita (20) ibu dari Cila Meylina Putri, 20 bulan mengaku keadaan tersebut sudah terjadi sejak 17 bulan lalu, ketika anaknya masih berusia 3 bulan. Keanehan tersebut semakin menjadi, sejak kira-kira lima bulan tekahir,
“Awalnya darah keluar dari matanya saja. Namun lama-kelamaan setiap kali menangis, selain dari lubang hidung, darah juga keluar dari liang tangan Cila, “kata Ika.
Ika menjelaskan, secara umum, keadaan Cila nampak tidak ada keanehan dengan anak seusianya. Namun demikian, sebagai seorang ibu, Ika mengaku bimbang setiap kali anaknya menangis dan selalu mengeluarkan darah.
Setelah nangis, seperti biasa ia bermain-main. Tapi, bagaimanapun juga saya merasa bimbang, kerana setiap hari menangis boleh sampai lima kali dan selalu mengeluarkan darah, “jelas dia.
Sebagai orang tua, Ika yang berasal dari Kabupaten Sumedang tersebut mengaku khuatir dengan keadaan anaknya tersebut. Diakui dia, sejak ada keanehan pada Cila, dirinya sempat membawa anaknya ke RS.
“ketika mula-mula mengalami hal seperti ini, saya sempat membawa Cila ke RS di Sumedang. Terkini, sekitar dua minggu yang lalu, Cila dibawa ke RSUD Cideres. Dan katanya harus dibawa ke poly mata, ke Bandung, “jelas dia.
Namun, kerana kekurangan wang, Ika akhirnya membawa pulang Cila kembali  ke rumah. Ketika dirujuk ke RSUD Cideres,
“Jangankan untuk berubat, untuk makan saja sukar. Suami saya juga hanya sebagai buruh kasar di kilang jubin, “jelas dia.

Read more...

Asal-Usul Kalendar (Masehi / Hijrah / China / Julian)

Setiap tahun, apabila Disember ditinggalkan, muncul Januari yang menandakan bermulanya tahun baru. Semua ini sudah ditempuhi manusia sejak beratus-ratus tahun lalu iaitu apabila kalendar pertama wujud.
Namun, masih ramai yang tidak tahu sejarah dan perkembangan kalendar. Ini mungkin kerana topik ini bukanlah sesuatu yang penting untuk diambil tahu, lebih-lebih lagi penetapan tarikh adalah perkara rutin dalam kehidupan harian.
Namun, sebelum memahami mengenai kalendar atau takwim ini, definisi kalendar itu perlu diketahui. Secara umumnya, kalendar atau takwim adalah satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan.
Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek astronomi seperti matahari atau bulan. Takwim juga adalah satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.
Takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi Kalendar Suria (Solar), Kalendar Qamari atau Lunar (Bulan) serta Kalendar Lunisolar (bulan dan matahari).
Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya, Kalendar Gregorian dan Kalendar Julian.
Kalendar Lunar atau Qamari berpandukan bulan semata-mata iaitu mengikut fasa bulan. Contohnya ialah Takwim Hijrah manakala Kalendar Lunisolar pula mengikut kedua-dua bulan dan matahari – contohnya Kalendar Cina.
Dilaporkan, kalendar pertama yang wujud di dunia ini adalah kira-kira 4,000 tahun Sebelum Masihi oleh masyarakat Mesir purba. Orang-orang Mesir purba menggunakan kalendar dengan 12 bulan 30 hari, untuk jumlah 360 hari untuk setiap tahun dicampur lima hari tambahan pada akhir tahun. Manakala minggu bagi setiap bulan adalah tiga minggu sepuluh hari.
Penentuan kalendar Mesir ini berdasarkan kiraan tahun solar iaitu 3,651/4 hari, namun tidak mempunyai hari lompat setiap empat tahun untuk mengambil kira hari pecahan (cara yang kita lakukan sekarang dalam kalendar Gregorian), mereka membiarkan hari satu perempat terkumpul.
Bermaksud, ada tahun yang mempunyai hari yang lebih berbanding tahun yang lain mengikut pilihan mereka. Mereka tidak meletakkan Hari Lompat pada bulan tertentu, sebaliknya dipilih dalam mana-mana bulan yang disukai dengan syarat setiap empat tahun sekali.
Dalam sistem kalendar kini, hampir semua negara mengikut kaedah sama iaitu merujuk kepada kalendar Gregorian yang diubah berdasarkan kalendar Julian yang mana 97 tahun daripada setiap 400 tahun menyelitkan 29 hari pada Februari.
Jika ditanya kaedah atau kalendar mana paling sempurna, setiap satu mempunyai perbezaan mengikut saat, minit, jam atau hari. Malah dikatakan Gregorian yang digunakan secara meluas memerlukan perubahan dalam tempoh beberapa ratus tahun akan datang.
Kalendar Gregorian
Tahun Gregorian bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember. Tahun Gregorian ada 365 hari pada tahun biasa dan 366 hari dalam tahun lompat yang memberi panjang purata 365,2425 hari.
Ini adalah sangat dekat dengan purata 76 tahun kalendar Islam (berdasarkan masa purata antara ekuinoks musim bunga berturut-turut yang kini 365,2424 hari dan meningkat sedikit).
Kalendar Gregorian ini dicadangkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan kemudian mula digunakan Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582. Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, berikutan permulaan musim bunga lebih awal bukan lagi 21 Mac seperti yang dipraktikkan.
Pada awalnya, tidak semua negara mahu menggunakan kalendar ini. Britain mula menerima pakai kalendar ini pada 25 Mac 1752 manakala Russia menggunakannya pada 1918.
Kalendar Islam
Kalendar Islam atau dikenali sebagai takwim Hijrah atau Takwim Islam pula adalah Kalendar Lunar digunakan di kebanyakan negara Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam.
Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.
Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan (hilal) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan itu, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya di hadapan pemimpin negara.
Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Kab ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah SAW. Peristiwa ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan takwim hijrah yang mana Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.
Dalam perbincangan itu, pendapat ‘Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.
Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha’ dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang, menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.
Kalendar Cina
Kalendar Cina pula mengikut kalendar lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim Ibrani dan kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar.
Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu dan Perayaan Kuih Bulan.
Sesetengah masyarakat Cina di seluruh dunia percaya dalam bidang astrologi. Mereka menggunakan kalendar ini untuk memilih tarikh sesuai melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru.
Oleh kerana setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan. Di China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai ‘kalendar pertanian’ manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai ‘kalendar umum’ atau ‘kalendar Barat’.
Kalendar Julian
Kalendar Julian diperkenalkan pada tahun 46 SM oleh Julius Caesar dan mula digunakan pada tahun 45 SM. Kalendar ini dipilih selepas perundingan dengan ahli astronomi Sosigenes dari Iskandariah. Ia direka bentuk hampir menyamai tahun tropika yang digunakan sejak zaman Hipparchus lagi.
Tahun Julian merangkumi 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan satu hari lompat ditambah pada bulan Februari setiap empat tahun. Oleh itu, tahun Julian mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya.
Kalendar ini masih digunakan dalam abad ke-20 di sesetengah negara dan masih terus digunakan oleh kebanyakan gereja Ortodoks hingga hari ini. Kalendar ini digantikan dengan kalendar Gregorian kerana terlalu banyak tarikh lompat yang menyebabkan kekeliruan.

Read more...

Masih Ramai Pengguna Salah Faham Mengenai RON95

ron95
Sebelum ini setiap kali mengisi minyak petrol, Izzat Amir, hanya menumpukan perhatian pada nombor yang tertera di ruang harga.
Namun sejak pelarasan klasifikasi minyak petrol kepada dua jenis RON (Research Octane Number) — RON95 dan RON97 — September lalu, perhatian eksekutif muda ini lebih tertumpu kepada nombor RON yang tercatat.
Izzat berasakan minyak RON95 menjadikan enjin kereta Proton Waja Premium keluaran tahun 2003 miliknya kurang mantap dan mengeluarkan bunyi bising.
Berbeza pula dengan pengalaman P.Aravind yang mengatakan beliau menggunakan RON95 untuk kereta Peugeot 207cc dan berpuas hati dengan penggunaan petrol dan kecekapan enjinnya.
Walaupun berasa skeptikal pada mulanya, Aravind mencuba RON95 selepas melihat spesifikasi pada pelekat di penutup tangki minyak.
Tetapi yang mengecewakan beliau ialah terdapat pekerja di stesen minyak yang mengatakan tindakannya menggunakan petrol yang lebih ‘murah’ merosakkan enjin kereta.
Seperti Izzat dan Aravind, anda juga pasti pernah melihat minyak petrol yang diklasifikasi sebagai RON95 dan RON97 di stesen-stesen minyak, terbaca pelbagai isu berbangkit mengenainya dan mungkin juga sebagai pengguna, keliru dengan klasifikasi ini.
Kerajaan memperkenal minyak petrol RON95 bagi menggantikan RON92 yang dimansuh jualannya manakala RON97 menjadi petrol premium mulai 1 Sept lalu.
Meski pun telah dihebahkan dan diberi penerangan secara meluas, masih ramai yang salah faham mengenai keperluan klasifikasi RON ini.
APA ITU RON?
RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya ialah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.
Pada asasnya RON ialah gred bagi keupayaan petrol menentang pembakaran tidak normal dan menjana tenaga pada masa yang sepatutnya ketika proses pembakaran.
Penggunaan RON yang betul untuk enjin kenderaan, biasanya dinyatakan di dalam manual pemilik, dan kadang kala pada pelekat yang terdapat pada penutup tangki minyak.
Pengguna seharusnya tidak bimbang mengenai hal ini kerana kebanyakan kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa sebarang masalah atau kehilangan kuasa memecut.
Pakar kejuruteraan produk Chevron, Greg Engeler berkata ramai yang salah faham bahawa petrol dengan RON yang lebih tinggi akan menjadikan enjin lebih cekap sedangkan RON yang lebih tinggi daripada spesifikasi yang ditentukan tidak akan memberi kesan yang signifikan.
Katanya teknologi enjin, jenis kenderaan dan cara pemanduan memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan ekonomi petrol berbanding perbezaan nilai RON.
Tambahnya lagi kelebihan jangka panjang dengan penggunaan RON95 ialah bila Malaysia memenuhi spesifikasi Euro 2M, proses penerimaan teknologi baru yang lebih cekap dan mesra alam daripada Eropah akan menjadi lebih mudah.
Menurut portal majalah kereta.com.my, di Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu RON91, RON95 dan RON98.
Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin daripada pengeluar yang berlainan.
RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.
Di Eropah juga penggunaan RON95 ialah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.
CUBA SEMUA JENAMA
Jika anda masih tidak berpuas hati, pendekatan Herlina Ahmad mungkin patut dicontohi.
Pensyarah muda yang memandu Toyota Avanza 1.3 keluaran tahun 2006 ini mencuba pelbagai jenama petrol RON95 yang terdapat di pasaran dan merekodkan jumlah perjalanan dan kos secara terperinci.
Beliau mendapati walaupun perbezaan tidak begitu ketara, dua jenama kurang efisien dari segi ekonomi, satu kurang cekap dan beliau berpuas hati dengan dua lagi jenama yang lain.
“Pikap kereta normal, kadang-kadang saya memecut hingga 140km sejam. Keluar dari simpang pun macam biasa,” katanya.
Begitu juga dengan Noor Shafina Adullah yang menggunakan RON95 untuk kereta Kembara yang dipandunya sejak lapan tahun lalu.
“Setakat hari ini, tiada masalah. Saya rasa ia lebih kepada kesan psikologi. Kalau ada pun perbezaan saya rasakan ialah petrol RON95 syarikat A lebih menjimatkan atau efisyen dari syarikat B,” katanya yang menggunakan petrol berselang-seli dengan gas NGV.
JANGAN MEMBAZIR
Jadi, sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?
Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan.
Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik ialah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.
Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisien. Mereka memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat ‘mencuci’, mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.
Ramai yang salah faham bila menganggap RON97 menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding RON95, apatah lagi realitinya lebih tinggi nilai RON, lebih sukar bahan api dibakar. RON hanya merujuk kepada kemampuan bahan api untuk menahan ketukan semata-mata.
Enjin yang memerlukan nilai RON yang lebih tinggi lazimnya mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi seperti Satria GTI.
PERAKUAN PENGELUAR KERETA
Kesimpulannya, RON ialah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata.
Apatah lagi hampir semua pengedar dan pengeluar kereta di negara ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai kesesuaian model mereka dengan RON95.
Antaranya, kumpulan Automotif Naza menggalakkan pemilik kenderaan Naza, KIA dan Peugeot yang menggunakan bahan api petrol menggunakan RON95.
Syarikat itu berkata RON95 sesuai bagi kereta Naza Ria, Naza Citra, Naza Suria, Naza Citra II Rondo, Kia Sportage, Kia Carnival, Kia Carens, Kia Picanto, Kia Optima, Kia Spectra5, Kia Spectra, Kia Rondo, Naza 206 Bestari, Peugeot 206, Peugeot 407, Peugeot 308 Turbo, Peugeot 308Vti dan Naza Forza manakala Naza Sorento, Kia Sorento dan Kia Pregio menggunakan diesel.
UMW Toyota Motor juga mengeluarkan kenyataan petrol RON95 sesuai bagi kegunaan semua kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual oleh syarikat itu.
Pengedar eksklusif kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia itu berkata pemilik kereta-kereta ini, yang ketika ini menggunakan petrol RON97, boleh beralih kepada RON95 tanpa perlu bimbang akan masalah kerosakan enjin atau hilang prestasi.
Honda Malaysia juga mengumumkan bahawa semua model yang diedarkan oleh syarikat itu serasi dengan minyak petrol RON95.
Honda Malaysia memberikan jaminan kepada semua pemandu kenderaan Honda bahawa RON95 seharusnya tidak menjejaskan mana-mana model yang diedarkan oleh wakil jualan sahnya, kecuali model Civic Type R.
Civic Type R dicadangkan menggunakan RON97 kerana enjinnya yang berprestasi tinggi, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi.
– BERNAMA

Read more...