Bangun je dari tidur, apa benda pertama yang melekat dalam kepala anda? Jangan tipu, mesti facebook kan? Tak bukak facebook satu hari mesti rasa tak lengkap hidup..hahah. Tapi sekarang ni aku tak berapa layan dah dengan facebook..fokus dekat blog pulak. Ok, malas nak cakap banyak, straight to the point. Peringatan kepada kaum perempuan,wanita,awek,makwe dan girlfriend yang ada facebook, anda diingatkan supaya berhati-hati semasa meng-upload gambar anda di facebook.
Tadi masa tengah blogwalking, terjumpa satu blog ni yang bagitahu pasal satu group yang kerjanya mengumpul gambar awek melayu untuk dijadikan sebagai koleksi di facebook. So, aku bukak la link yang dibagi dan memang betul page tersebut wujud dan penuh dengan gambar awek melayu yang cun, ada yang bertudung dan ada yang freehair. Tak tahulah manusia mana yang tak bertanggungjawab mempergunakan gambar-gambar perempuan tersebut.
"Bukan salah kami, orang tu yang curi dari fb kami." Itu kata anda. Tapi admin page tu kata macam ni "bukan salah admin yang upload gambar ni, tapi salah awek tu sendiri la yang upload kat fb. takkan la admin yang paksa awek-awek ni amik gambar kan?" Tak percaya, korang masuk dan tengok sendiri page tu. Ya, saya tahu anda cantik, anda comel, anda lawa..tapi kena ingat, kecantikan dan kecomelan anda itu satu anugerah untuk tontonan pada yang berhak sahaja. Sanggupkah anda tengok gambar anda menjadi pencuci mata dan pemuas nafsu lelaki? Apatah lagi kalau gambar tersebut anda berpakaian ketat dan seksi. Selagi gambar tersebut 'dijamu' oleh kaum lelaki diluar sana selagi itulah bebanan dosa bertambah.
Kepada wanita-wanita yang ada facebook, delete gambar-gambar anda yang tidak menutup aurat kalau anda sayangkan maruah anda. Kalau tuan punya badan sendri tak malu, orang yang bagi nasihat pun tak boleh nak kata apa. Kepada lelaki yang ada girlfriend, kalau anda sayang pada awek anda, nasihatlah mereka supaya tidak meletakkan gambar yang yang boleh mengundang macam-macam masalah. Aku bukan nak jaga tepi kain korang tapi disebabkan anda itu saudara sesama islam, so tak salahkan nak bagi nasihat. Terpulanglah pada diri masing-masing. Peace :)
Allah swt berfirman: إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ �Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui� (An-Nur:19)
Kata-kata hikmah berpesan : “Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.”
Rasulullah ...juga ada berpesan dalam hadisnya mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud : “Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. (Riwayat ABU NAIM )
يا معشر من قد أسلم بلسانه ولم يفض الإيمان إلى قلبه لا تؤذوا المسلمين ولا تعيروهم ولا تتبعوا عوراتهم فإنه من تتبع عورة أخيه المسلم تتبع الله عورته ومن تتبع الله عورته يفضحه ولو في جوف رحلة “Wahai orang yang Islam dengan lidahnya sedangkan Iman belum sampai ke hatinya! Jangan kamu menyakiti orang-orang Islam, jangan kamu memalukan mereka, dan jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban saudara seIslamnya, Allah akan mencari-cari (membuka) keaibannya. Sesiapa yang Allah membuka mencari-cari (membuka) keaibannya, Dia akan mendedahkannya walaupun orang itu berada di dalam rumahnya”. (Hadis riwayat Tirmizi no 2032).
Diriwayatkan Syadad bin Ausin r.a, daripada Nabi SAW bersabda:
"Orang yang bijak, hanyalah orang yang melihat pada kekurangan diri, dan dia bersedia (atau menyediakan) amalan-amalan untuk menolong dia selepas dia mati".
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Juzuk : 18
Surah :AN-NUR
No. Surah : 24
Ayat :31
HENTIKAN SERANGAN SEKSUAL TERHADAP KAUM LELAKI!!
Antaranya:- 1. Pemakaian yang ketat, sendat dan singkat 2. Pemakaian yang mendedahkan sebahagiaan tubuh badan 3. Pemakaian dari jenis kain yang jarang
ATAU ANDA BAKAL BERDEPAN GANGGUAN SEXSUAL DARIPADA LELAKI!
-_-Sistem Alam Maya 24 jam!Remaja sekarang semakin menjadi-jadi,apa nak jadi?apa kejadah semua ni?sejadah sekarang pun mahal..tetapi bukanlah pasal sejadah.Pasal dosa yang seseorang itu buat tapi tak sedar secara langsung.Tak kira tua atau muda,cun atau hensem,cute ke tak...Tak kiralah kaum Adam atau Hawa.,Mejoritinya kaum Hawa.kadang-kadang nak Log In Facebook pun rasa sedih,sebab ada segelintir kaum Hawa yang buat dosa yang nyata lagi jelas di fb.Bila ditegur cara elok,dikatakan buzybody plak dah?Yang dasyatnya ada yang remove dan block terus -_- ..hello girl??come on?y u all think negative?kita orang tegur sebab benda tu perkara mungkar kesalahan terhadap Allah.adakah kami marah?kami tegur sebab sayang la,kalau tak tegur.Dosa kamu semakin bertambah la,Sekurangya bila dh "delete" kesalahan tu di dalam maya,kuranglah dosanya.
antara sistem melabur dosa di Alam Maya:
Facebook: mendedahkan aurat
menipu
fitnah orang lain
share berita palsu
menggunakan ayat penipu contoh:click link di www.@#$%^&*.com utk lihat Justin Bieber Dibunuh oleh Peminat Fanatik,Gila,Tak betul dan pelbagai lg ayat lain.
menyertai contest gambar paling byk "like menang" di facebook,sanggup mendedah aurat tunjuk seksi semata-mata nak menang contest tu cuma RM 100?wtf semua ni?lain la kalau syarat menyertai tu "menutup aurat" dll la...sapa la penganjur pertandingan tu?
Blog:sama mcm facebook jg..kalau nak menegak kebenaran pastikan ada bukti yang kukuh. gosip artis paling murahan,low class.jangan nak bg stats naik tinggi sanggup letak gambar seksi utk menarik perhatian pengunjung.contoh: "download wallpaper Maria Ozawa Terbogel". janganlah letak perkara yang menaikkan nafsu orang..k
Youtube:jangan la upload video yang menaikkan nafsu!,ingatlah mencegah lebih baik!jangan buat video penipu juga. contoh :Justin Bieber Dirogol oleh Peminat Perempuan Fanatik bila click,cuma gambar saja?
ATAUPUN LEBIH MUDAH UNTUK FAHAM: KALAU ISLAM BUAT CARA ISLAM,apa yang dilarang dalam Islam Jangan Buat!kalau mau buat juga,tanggung la dosa 24 jam!sambil tidur dosa berjalan ibarat menyelam sambil minum racun. membinasakan diri kamu sahaja!Bertaubatlah sebaiknya!
dunia akhir zaman
Dalam masa 60 saat / 1 minit, inilah perkara-perkara yang berlaku di internet;
- Search engine Google menyajikan lebih bahawa 694,445 pertanyaan
- 6,600 + gambar dimuat-naik ke Flickr
- 600 video telah dimuat naik ke video YouTube, berjumlah 25 jam + kandungan
- 695,000 update status, 79,364 posts dinding dan 510,040 komen diterbitkan pada laman Social Networking, Facebook
- 70 domain baru berdaftar
- 168,000,000 + emel dihantar
- 320 akaun baru dan 98,000 tweets dijana pada laman Social Networking, Twitter
- Aplikasi iPhone dimuat turun lebih dari 13, 000 kali
- 20,000 post baru diterbitkan pada platform Micro-blogging, Tumbler
- FireFox pelayar web popular dimuat turun lebih daripada 1,700 kali
- Platform blog popular iaitu Wordpress dimuat turun lebih daripada 50 kali
- Plugins WordPress dimuat turun lebih daripada 125 kali
- 100 akaun dicipta pada laman rangkaian profesional LinkedIn
- 40 soalan baru ditanya di YahooAnswers.com
- 100 + soalan ditanya di Answers.com
- 1 artikel baru diterbitkan di Associated Content, sumber terbesar di dunia bagi kandungan yang dihasilkan oleh komuniti
- 1 takrif baru ditambah di UrbanDictionary.com
- 1,200 + iklan baru dicipta di Craigslist
- 370,000 + minit panggilan suara yang dilakukan oleh pengguna Skype
- 13,000 + jam aliran muzik dilakukan oleh penyedia radio internet peribadi, Pandora
- 1600 + bacaan di Scribd, syarikat penerbitan bacaan sosial terbesar
[go-gulf.com]
sorry post serabut -_-''
tulun la jgn share perkara yang tak pasti,pernah terjadi di fb byk kali...kadang-kadang berbentuk fitnah atau perkara tu tak betul,apatah lg kalau fan page pengaruh kuat,bila update,ramai akan share..kalau ter-SHARE perkara palsu di fb..ibarat ...mcm mn mau kata??mcm 1 orgisasi la,...contoh ketuanya A , ..BCD share...dalam BCD ada lg anak-anak dia..(freind dia dlm fb) kemudian kpd anak-anak tu,depa pulak share..lama-kelamaan akan bercanggah..IBARAT tanam sebiji anggur,dlm anggur tu kan ada biji nya?dlm biji tu boleh buat tanam lg dan berbuah byk ada ranting,..bla..bla...sekian-sekian....
dah jadi seperti 1 konspirasi??...pengaruh kuat di fan page mmg bahaya.sapa-sapa kena berhati-hati sekiranya nk update sesuatu perkara tersebut...kadang-kadang benda yang tak pasti tu sebenarnya betul atau tidak betul,,.kalau tak betul ,mcm mana?sama la macam sebarkan berita palsu.
fb pun boleh terjadinya,pergaduhan,dari kawan jadi lawan.kadang jadi tempat perdebatan,
Sabda Rasulullah saw.
"Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun dia bergurau dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya"
[HR Abu Dawud]
justin bibir mesti marah aq kan o.O
tengok blogger melayu sekarang
tudia ar,lagu tu,sanggup letak pasal lucah semata-mata nak bagi page views banyak.tak heran la kalau dah mencecah 1juta pelawat,selagi blog tu masih ada,selagi tu dia dapat dosa.
ADAKAH DENGAN MELETAK 18 TAHUN KE ATAS budak-budak sekolah rendah tak click benda-benda macam tu?lagi dia nak click ada ar, sebab usia muda adanya perasaan ingin tahu macam-macam.asal tak letak terus BLOG UNTUK ORANG TAK BERIMAN DAN KAFIR?o.O.maaf kalau terkasar sepanjang post ini....
Dalam sehari berapa lama korang online Facebook? Mesti lama kan, ye la
kat sini la tempat korang update status apa yg korang tgh buat. Kalo
blogger2 pulak, kat Facebook la tempat utk update entry2 baru untuk
dikongsikan dgn orang ramai. X kisah la apa kegunaan Facebook bagi
korang, jom kita belajar shorcut2 yg ada dalam Facebook tue..
Alt+1 : Return to Home
Alt+2 : To view the Wall tab
Alt+3 : To pull down the Friends Requests list
Alt+4 : To retrieve the Messages list
Alt+5 : To call out the Notification list
Alt+6 : Account setting page
Alt+7 : Account privacy configuration.
Alt+8 : Facebook fans group page
Alt+9 : Facebook’s Statement of Rights and Responsibilities
Alt+0 : Facebook Help Center
Alt+m : Create new message
Alt+? : Cursor in the Search Box
Shorcut yg kat atas nie adalah utk pengguna Google Chrome ye. Utk browser2 lain jom kita tgk kat bawah...
Google Chrome : Alt + #
Internet Explorer : Alt + #, then Enter
Firefox : Shift + Alt + #
Mac OS : Ctrl + Opt + #
# tu adalah nombor 1,2,3 macam kat atas tue. He3, bila dh belajar
nie, korang dh secara automatik dh naik pangkat jadi pengguna Facebook
yg professional la. Harap dpt la membantu korang ye. Sekian TQ...
P/s: Nak guna mouse ke nk guna keyboard, terpulanglah pd korang, he3. Bdk Botak suka yg create new message tue.
Facebook, mustahil la korang x kenal sebab ia adalah laman sosial yang
paling popular kat dunia pada masa nie. Xtau la kot masa depan ada laman
sosial yg lagi gempak, mana kita nak tau kan. Facebook pertama kali
dilancarkan pada tahun 2004 dimiliki oleh Facebook Inc. Pada Januari
2011, jumlah pengguna Facebook telah mencecah lebih 600 juta orang,
wooooww banyak tue.
Facebook dicipta oleh Mark Zuckerberg dan rakan2 kolej jurusan Sains
Komputer yg lain seperti Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris
Hughes. Pada mulanya Facebook dikhususkan kepada pelajar2 Universiti
Harvard tetapi dikembangkan kpd kolej lain sekitar Boston, Ivy League
dan juga Universiti Stanford. Facebook sekarang semakin dikenali dan
dibuka kepada orang ramai yg berumur 13 tahun ke atas.
Ok jom kita tengok rupa Facebook dari pertama kali dilancarkan sampai ke hari nie...
Pada tahun 2004 - dikenali dgn nama thefacebook
Pada tahun 2005
Pada tahun 2006
Pada tahun 2007
Pada tahun 2010
Dan yg paling terbaru 2011
He3, mcm mana la pulak wajah Facebook nie zaman anak2 kita, cucu2 kita?
He3, tu pon kalo Facebook ada lagi la ye. Tah2 zaman tu lagi canggih
dari sekarang. Sekian, harap korang enjoy entry nie.
Korang nak cari status lama di Facebook/Twitter ?Mudah je :) Korang "just" ikut step ni :
1.Korang pergi kat website ni : http://socialsearching.info 2.Nanti akan keluar 2 pilihan (Facebook atau Twitter) lepas tu tekan Login 3."Pop-up"(Permission)akan keluar dan korang hanya perlu klik "Allow" 4.Dan ia akan keluar seperti dibawah ni
5.Di
kotak pertama tulis nama anda atau nama rakan anda,kotak kedua pula
tulis apa sahaja yang berkaitan dengan status yang anda ingin
cari,kemudian klik "Search"
Anda pengguna Facebook tegar? Sehari tak buka macam tak sah! Sudah seperti orang ketagihan candu (saya juga tak terkecuali). Seperti yang anda tahu di FB kalau kita isi status pekerjaan dan sekolah di ruangan info FB, automatik menjadi fan page dan kalau ada yang menulis status yang sama dengan fan page itu secara automatik masuk ke dalam wall fan page tersebut.
Apa yang ingin dikongsikan di sini bukannya status anda( itu akan dibincangkan kemudian kerana ada sesuatu yang tidak eloknya tentang pengisian ruangan status ini). Saya ingin berkongsi sesuatu yang anda masih tidak sedar (mungkin ada yang sudah tahu). Anda buka Fan page ini ( FB ) pasti masuk terus. Oleh itu kalau mahu menulis atau memaki hamun status "Israel" harap berhati-hatilahlah. Kenapa? Kerana setiap 'word' bangsa bangsat itu dari anda pengguna facebook akan masuk ke wall sebuah fan page kepunyaan Israel secara automatik
baik berupa status maupun komentar di wall orang lain.
status pengguna facebook memuatkan perkataan 'Israel'
untuk paparan jelas klik gambar di atas
Saya sendiri kurang pasti tujuannya untuk apa dan sebagai langkah berjaga-jaga saya juga perlu berhati-hati apabila memberi komentar rakan-rakan... tetapi nasi menjadi bubur sebelum tahu tentang ini saya juga telah terjebak di awal-awal berjinak dgn FB tahun sudah.
Pesan saya, berhati-hati apabila menulis perkataan I5R43L di FB kerana kerana secara automatik post anda tersebut akan terpapar di page I5R43L . Kemungkinan juga kita secara automatik telah ‘LIKE’ page I5R43L.
Alternatifnya kita boleh gunakan perkataan I5R43L sebagai ganti sekiranya menulis di FB. Ataupun JANGAN langsung. Kita tidak tahu tentang misi perisikan mereka ataupun mereka sekadar suka-suka mempermainkan 'client' mereka. Setakat ini ahli yang 'LIKE' page tersebut seramai 20,884 orang.
note: sebar-sebarkankanlah kepada rakan-rakan kita di peti mesej FB (rasanya ini jalan paling selamat!!) Harus diingat usah sekali-kali menulis di wall kerana akibatnya terlajak perahu boleh diundur terlajak kata..sendiri mau ingat!!