Showing posts with label PELIK TAPI BENAR. Show all posts
Showing posts with label PELIK TAPI BENAR. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Ratusan Lelaki Menghantar Sperma Mereka Dalam Botol Untuk Gadis Ini (3 Gambar)

Ratusan Lelaki Menghantar Sperma Mereka Dalam Botol Untuk Gadis Ini.

Seorang pelakon filem orang dewasa telah minta sumbangan sperma dari peminatnya untuk filem terbarunya. Sangat mengejutkan, ratusan lelaki telah membuat apa yang disuruh iaitu masukkan sperma dalam botol dan tulis nama mereka untuk Credit filem tersebut. 



Read more...

Thursday, July 18, 2013

HARAM SYURGA BAGI LELAKI DAYUS



Di malam yang sunyi tenang ini lagi damai tanpa bunyi riuh kesibukan bandar aku nyatakan hasratku malam ini sememangnya salah satu malam yang sangat tenang bagiku untuk mengabdikan diri kepadaNya lalu memohon doa petunjuk kepadaNya ALLAH S.W.T supaya aku lebih bersabar dengan dugaan yang kuhadapi sekarang ini akan tetapi apakan dayaku dugaan ini diluar dari kemampuanku atau mungkin aku terlepas pandang sesungguhnya ALLAH S.W.T tidak akan menguji hambanya diluar kemampuannya, kelemahanku kerana itu .






Kata-katamu bagaikan ribut taufan yang menggegarkan tiang2x masjid yang hendak kudirikan dengan niat ingin kecapi kebahagiaan dunia akhirat bersama mu kelak , tapi kenapa kebenaran kau nafikan dengan mengatakan aku sudah mulai kurang ajar,memandai2x berkata kebenaran dan mengongkong anak perempuanmu dengan hanya menyuruhnya menutup aurat walaupun dengan kerelaan hatinya sendiri menurut tanpa terpaksa atau kupaksa sedikitpun akan hal ini tidak terfikirkah olehmu bahawa semua ini demi kesenangan dan kebahagiaanmu jua supaya bebananmu sedikit sebanyak dapat dikurangkan sekaligus menarik dirimu agar tidak tergolong dalam kategori Lelaki Dayus yang langsung tidak menghiraukan hukum ALLAH S.W.T iaitu tidak menjaga aurat isteri dan anak perempuanmu, tahukah olehmu bahawa Lelaki Dayus itu salah satu kategori yang ALLAH S.W.T haramkan syurga baginya selain menderhaka kepada ibubapa dan syirik menduakan ALLAH S.W.T , nauzubillahminzalik .






Kau itu lelaki yang bergelar Suami dan Bapa punyai bapa seorang Haji dan Imam sepatutnya lebih faham akan hal seumpama ini lebih2x lagi pasal hukum dan tanggungjawap sebagai seorang Bapa terhadap Isteri dan anak2x . Sayu akan hati ini jika benar akan utusan yang bakal ingin kau sampaikan suatu hari kelak dengan berkata jika kau tahu beginilah caraku juga keadaanku takkan kau terima aku dan takkan ingin menjadi wali kepada anak perempuanmu itu namun ketahuilah olehmu air yang dicincang takkan putus begitu sahaja melainkan suami takut isteri ?, semoga kau sedar dan terus berusaha supaya memahami serta mendalami hakikat berumahtangga apa yang wajib dilaksanakan bukan untuk memuaskan nafsu buas lagi rakus semata-mata ,mentang2lah matamu itu besar dariku bolehlah takutkan aku tapi jangan pula terlepas pandang badanku ini lebih besar dan tinggi berbandingmu jangankan badanku cukup lah hanya kakiku saja yang panjang ini yang akan lari pecut lebih laju bila dikejar olehmu bila kau meradang mahu menempeleng aku , hehehe gurauan semata-mata !

ALLAH S.W.T telah menetapkan hukum hakam dan panduan hidup didalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah S.A.W untuk kita jadikan pedoman dan panduan dalam hidup kita didunia ini untuk menuju kejayaan didunia akhirat kelak, memadailah bagiku untuk menegurmu secara halus dan lembut sebagai tanda hormatku padamu dan kasih sayangku , semoga diakhirat kelak kau tidak akan menuntutku dengan menyatakan kenapa didunia aku tidak sampaikan kebenaran ,sebenarnya aku tidak akan berputus asa selagi hayat dikandung badan,selagi masih mampu kuberdiri dan bergerak dan selagi ALLAH S.W.T belum mencabut nyawaku selagi itulah aku tidak akan berhenti untuk terus berdakwah dan didakwah untuk menerima ilmu yang ada pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Semoga kau sedar akan kebenaran ini,sesungguhnya syurga seorang isteri itu terletak pada suaminya dan syurga seorang suami pula tetap dibawah telapak kaki ibunya meskipun dia sudah berkahwin mahupun belum,bukan dibawah telapak kaki isteri atau ketiaknya !.

Read more...

Saturday, July 13, 2013

Patutkah Perempuan Memandu Kereta?



Seorang lelaki sedang memandu sebuah kereta di jalan raya..
Kelajuan kereta yang dipandunya adalah 80km/jam..
Jika pemanduannya tiba-tiba tergangu dek sebuah kereta yang berada dihadapannya yang bergerak dalam kelajuan 40km/jam..
Secara spontan dalam hatinya akan berkata, "ah, ini mesti perempuan yang bawa kereta ni"

Ataupun, jika dia memandu dan di dalam keretanya terdapat beberapa orang kawan.
"ini mesti perempuan yang bawa, kalau tak percaya korang tengok la"
Apabila memotong, mereka akan lihat pada pemandu kereta tersebut samada perempuan atau lelaki.
Dan jika betul, jawapannya adalah "Tengok, kan aku dah kata perempuan yang bawa"
Jika salah, " apa la bawa perlahan, macam perempuan "


Begitulah pandangan lelaki(walaupun bukan semua) terhadap golongan perempuan. Tidak kira dimana, di Malaysia atau di tempat-tempat lain, prasangka rterhadap pemandu perempuan adalah tinggi.
Nampak sahaja perkara yang kurang menyenangkan kaum lelaki di jalan raya, maka perempuan akan terlebih dahulu di salah anggap. Betul atau tidak nombor dua. Anggapan bahawa pemandu yang membawa ketidakselesaan kepada pemandu lain adalah pemandu perempuan berada di tempat pertama.

Sebelum aku nyatakan dahulu pendapat dan pandangan aku berkaitan patutkah perempuan memandu, apa kata kalau baca dahulu senarai kelemahan-kelemahan perempuan dan juga kehebatan-kehebatan lelaki dalam pemanduan. Senarai-senarai yang aku buat ini berdasarkan apa yang aku tahu dari sekeliling aku. Jika ada yang rasa kurang betul dengan senarai kelemahan perempuan dan kehebatan lelaki ini, boleh bagitahu aku ye..:)

Kelemahan-Kelemahan Pemanduan Seorang Perempuan .
  • Bawa kereta dengan keadaan yang sangat perlahan - Perlahan tidak salah, tetapi cuba bayangkan pada had laju 80km/jam tetapi bawa 40km/jam.Sehinggakan kenderaan di belakangnya sudah begitu banyak, tetapi masih lagi maintain dengan kelajuan yang sama.
  • Kekal di lorong kanan - Bagi jalan yang mempunyai lebih dari satu lorong, adalah biasa lorong kanan untuk memotong. Ada pemandu perempuan yang dengan muka selamba terus berada dilorong kanan walaupun dia sedar banyak kereta telah memotong dia dari kiri.
  • Tertekan - Perempuan juga ada mengalami masalah ini. Samada hendak tekan brek, kemudian tertekan minyak ataupun dalam keadaan berhenti apabila hendak buat kerja lain, kaki tertekan pedal minyak. Akibatnya.? Berlakulah kereta masuk longkang, kereta langgar divider dan macam-macam lagi.
  • Cepat mengelabah - Ini antara kelemahan perempuan yang 'bahaya'. Apabila dalam keadaan mengelabah sikit, terus tekan brek secara mengejut. So kalau macam ni, biasalah orang belakang akan marah. Kalau sempat brek ok lah, kalau orang belakang tidak sempat brek.?
  • Tukar lorong secara tiba-tiba - Tanpa signal, terus tukar lorong. Tidak dapat dipastikan samada dia sudah tengok side mirror atau tidak. Terkejut orang belakang yang sudah dekat.
  • Anggar kelajuan - Masalah anggar kelajuan bagi perempuan biasanya berlaku dalam dua keadaan, iaitu samada hendak memotong atau tidak, dan juga kelajuan semasa diselekoh, ada yang terlalu laju, ada yang selekoh tidak tajam pun tetapi tekan brek macam selekoh 90darjah je. (Ini pengalaman masa aku pergi Kedah 2 hari lepas.:)
  • Anggar jarak - Perempuan sukar menganggar jarak kenderaan mereka terutamanya pada sebelah kiri. Jika membelok ke kanan, mereka akan berasa was-was samada sebelah kiri kereta lepas atau tidak. dan tidak pelik jika perempuan mengambil masa yang lama untuk memotong sebuah motosikal.
  • Jika jalan condong - Ada sesetengah jalan yang mempunyai sudut kecondongan yang agak tinggi. Biasa jika kenderaan yang dibawa oleh perempuan akan berundur ke belakang dahulu sebelum bergerak ke hadapan. so, orang yang berada dibelakang sila pastikan jarak selamat.:)
  • Parking - Ini aku rasa antara masalah paling utama bagi perempuan. Parking dari depan mungkin tiada masalah, tetapi cuba tanya berapa ramai perempuan yang pernah parking masuk belakang dahulu.? (Aku sebenarnya respect juga la jika tengok perempuan parking masuk belakang dahulu.:)Hal ini juga berkaitan dengan kesukaran mengganggar jarak.

Kehebatan Pemanduan Seorang Lelaki.
  • Mampu membawa kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan - Mungkin juga terlupa kata-kata 'Kelajuan Membunuh'. Dan memandu secara laju juga adalah penyebab utama kemalangan jalan raya. Mangsa.? bukan pemandu itu sahaja, tetapi juga penumpang(jika ada) dan pemandu lain.
  • Keupayaan memotong kenderaan lain - Jika anda tengok kenderaan yang memotong secara membabi buta, tengoklah pada pemandunya. Aku yakin 96% kebarangkalian adalah lelaki. Antara kes paling senang meninggal di jalan raya - memotong tetapi tidak lepas. Lebih malang, penumpang dalam kenderaan yang dibawanya meninggal dan juga penumpang dalam kenderaan yang bertembung dengannya juga meninggal.
  • Memotong dari sebelah kiri - Kalau ada kes kecemasan tidak la kisah sangat. Tetapi bagi yang selalu tidak sabar, inilah jalan singkatnya. Memotong dari sebelah kiri. Tidak kira la semasa trafik jam atau ketika di atas jalan raya biasa.
  • Berlumba di jalan raya - Selalu juga baca akhbar kereta terbabas atau bertembung dengan kenderaan lain kerana berlumba di jalan raya. Kalau orang yang berlumba tu ditimpa masalah, boleh terima. Ini kasihan kepada orang lain yang tidak bersalah. Pelumba.? Mestilah lelaki kan.
  • Cilok - Aku rasa korang tiada masalah untuk memahami perkataan cilok ini. Ada juga pemandu lelaki yang memang suka cilok. Apabila dapat cilok, mereka dapat merasai kepuasan dalam pemanduan. Terasa hebat,terasa gah. Apabila berlaku kemalangan baru termenung tepi jalan.
  • Mampu mengekori kenderaan hadapan dengan jarak yang sangat dekat. Tidak dinafikan lelaki dapat mengagak dan mengekori kenderaan hadapan dengan rapat sekali. dalam satu meter pun boleh agak lagi. Jika tidak, bagaimana istilah 'cucuk angin' boleh ada dalam kamus pemanduan. Apa masalah jika mengekori terlalu rapat.? Tentu ada pernah nampak kemalangan jalan raya disebabkan kenderaan belakang melanggar kenderaan depan kan. Sebab.? Memandu terlalu dekat.
Itulah senarai kelemahan perempuan dan kehebatan lelaki dalam bab memandu yang mampu aku pikir setakat ini.
Kalau ada sesiapa yang ada idea lain, boleh bagitahu aku.:)
Sekali imbas, nampak sangat kelemahan perempuan, dan nampak juga kehebatan lelaki.
Bolehkah lelaki berbangga dengan kehebatan yang mereka ada.?
Oleh itu, cuba baca balik, dan pikir kesan pemanduan dari dari pemandu lelaki dan juga pemandu perempuan.
Kesan daripada kelemahan perempuan biasanya menyebabkan 'kemalangan kecil'.
Manakala kesan daripada kehebatan lelaki boleh menyebabkan 'kemalangan besar'. Dan biasa jika kemalangan maut berlaku adalah disebabkan sikap pemandu lelaki.

*Lau jumpa pemandu perempuan cam ni dah lama aku cabut kot...haha

Berbalik kepada persoalan di atas.,
Patutkah perempuan memandu.?
Dari pandangan aku , YA, SEMESTINYA.. 
Kerana aku tidak melihat masalah yang dibawa oleh pemandu perempuan sebagai 'besar', tetapi aku melihat kehebatan yang dibawa oleh pemandu lelaki akan menyebabkan kesan yang lebih besar dan teruk kepada pengguna jalan raya yang lain.

Tetapi seperti biasalah, dunia dikuasai oleh lelaki, apabila perempuan buat salah sikit, terus nampak.
cuba kalau lelaki buat salah, kalau boleh hendak pejam sebelah mata sahaja.
Mana boleh mengaku kalah beb, jatuh la ego seorang lelaki.
Ada apa dengan ego kalau nyawa boleh terancam..:)

Kenapa Perempuan Juga Perlu Memandu.
  • Penyebab utama kemalangan jalan raya bukanlah disebabkan 'kelemahan' perempuan, tetapi disebabkan 'kehebatan' lelaki.
  • 'Kelemahan' perempuan mungkin akan menyebabkan pengguna lain marah, tetapi 'kehebatan' lelaki mengundang risiko kemalangan yang lebih teruk. Malah juga menggadaikan nyawa orang lain yang tidak bersalah.
  • Bagi suami-isteri yang berkerja, isteri juga perlu memandu untuk memudahkan urusan keduanya. Cuba bayangkan jika suami kena ambil isteri dari tempat kerja, kena hantar anak, kena ambil anak, beli barang-barang dapur. Nanti suami juga yang mengeluh, sebab itulah isteri(perempuan) pun patut dibenarkan memandu.
  • Bagi perempuan yang pergi kerja berseorangan (bujang), takkan la setiap kali hendak pergi kerja hendak guna teksi atau bas. Kalau asyik tumpang orang lelaki ke tempat kerja kan skandal pula jadinya.:)
  • Perempuan juga hendak bersiar-siar bersama kawan-kawan perempuan. So mereka kena la memandu. Kan jika lelaki jadi pemandu dan perempuan hendak pergi shopping, baru tahu bosan menunggu.:)
  • Perempuan sekarang mampu untuk beli kereta sendiri, kenapa hendak halang mereka guna apa yang mereka beli.?:)
Jika ada yang memperlekehkan perempuan yang memandu, senang sahaja jawapannya.
Kekurangan perempuan mungkin akan membuat pengguna jalan raya lain marah, tetapi kehebatan lelaki akan meningkatkan risiko kehilangan nyawa di jalan raya.
Kemudian tanya kepada yang bertanya. Anda hendak jadi mangsa kelemahan perempuan atau anda hendak jadi mangsa kehebatan lelaki.?..:)

Senarai Boleh Percaya atau Tidak.?
1. Kebanyakan lelaki yang tidak menyukai perempuan yang memandu adalah lelaki bujang.
2. Ada juga perempuan juga tidak suka perempuan yang memandu, sedangkan dia juga memandu.
3. Perempuan juga ada ketikanya memandu dengan sangat laju, terutamanya apabila jalan lurus.
4. Lelaki dan perempuan boleh menjawab panggilan telefon ketika memandu, tetapi lelaki juga boleh membalas sms ketika memandu, perempuan jarang sangat aku rasa.

Walau bagaimanapun, ada perkara yang tidak dapat disangkal.
Secara keseluruhannya, pemandu lelaki adalah lebih cekap berbanding perempuan.
Lelaki lebih cekap kerana lelaki lebih praktikal. Kerana ini boleh dikatakan 'bidang' lelaki.
Perempuan kurang cekap kerana mereka lebih kepada 'bidang' lain.
Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membenarkan perempuan memandu.

p/s: Terpikir juga aku, kalaulah lelaki tidak dibenarkan memandu, dan di Malaysia ini perempuan sahaja yang memandu.
Aku rasa kehilangan nyawa disebabkan kemalangan jalan raya akan turun mendadak.
cuma yang berlaku adalah kereta akan mengalami calar balar yang teruk..:)




Read more...

Thursday, July 11, 2013

VIDEO INI SANGAT KEJAM






JANGAN DI TONTON KALAU ANDA LEMAH SEMANGAT


Read more...

PELIK!!PENYUSUAN YANG ANEH

 

WEIRD BREASTFEEDING











Read more...

FAKTA: Apabila Mencecah Umur 30, Kita Sebenarnya 31 Tahun!

Bismillah,
FAKTA: Apabila Mencecah Umur 30, Kita Sebenarnya 31 Tahun! | Apa yang penulis maksudkan dengan “Apabila Mencecah Umur 30, Kita Sebenarnya 31 Tahun”?
Sebenarnya apabila kita berumur 30 tahun jika dikira mengikut tahun Masehi, kita telah hampir mencecah usia 31 tahun mengikut tahun Hijrah. Jom buat matematik sikit:
Kalendar Masehi vs Kalendar Hijrah
Kalendar Hijrah dikira berdasarkan bulan (qomariyah), dan mempunyai 12 bulan dalam setahun. Dengan menggunakan perkiraan pusingan bulan, bilangan hari dalam satu tahun adalah (12 x 29,53059 hari = 354,36708 hari). Ini bermaksud 1 tahun Kalendar Hijrah lebih pendek sekitar 11 hari berbanding dengan 1 tahun Kalendar Masehi.
Perbezaan 11 hari ini jika dikalikan dengan 30 = 11 x 30 = 330 hari (lebih kurang setahun dah tu)
Oleh itu, jika dikira mengikut tahun Hijrah, kita lebih tua daripada apa yang kita sangka :)

Read more...

Luar Biasa! Penglihatan Mata Gadis Ini Seperti Xray

Seorang gadis terkejut apabila mengalami perubahan penglihatan mata secara tiba-tiba. Mata gadis ini sungguh luar biasa apabila penglihatannya mampu menembusi apa sahaja benda seperti dinding.
Jika kita menonton filem superhero, ada yang dikurniakan kelebihan penglihatan mata untuk menembusi sesuatu benda. Namun itu cerita fantasi. Tetapi yang realitinya ia benar-benar wujud apabila seorang remaja yang berusia 14 tahunLaura Castro yang dilahirkan normal seperti orang lain telah dikejutkan dengan perubahan pada matanya. Pada usia 10 tahun matanya menjadi putih semuanya dan bahagian hitam sudah tidak kelihatan. Hal ini juga pernah terjadi kepada seorang kanak-kanak kecil yang memiliki mata seperti kucing. Doktor masih tidak dapat memberi penjelasan mengenai penyakit ini.
Menurut ibunya, anaknya dapat melihat semua di kawasan terang mahupun gelap tanpa ada masalah. Selain itu lebih menakjubkan adalah anaknya boleh Tembus Pandangannya pada benda yang padat seperti dinding, melihat dalam kereta dari jauh macam seorang superhero.
Dia boleh tahu apa yang berlaku disebalik dinding atau bahan yang digunakan untuk membuat dinding tersebut seperti bata dan kayu. Semuanya berlaku pada satu pagi apabila dia bangun , dia terkejut kerana dia dapat tembus pandang tubuhnya sendiri dan melihat jantung serta bahagian bahagian lain.

Read more...

Gempar! Kanak-Kanak Ini Menangis Keluar Air Mata Darah

“Kalau kau menangis keluar air mata darahsekalipun, aku tidak akan menerima kau lagi” itulah antara dialog yang sering diungkapkan dalamdrama-drama Melayu pada masa kini. Apakah benar air mata itu boleh mengeluarkan darah? Mungkin kes ini jarang ditemui namun ketahuilah bahawa ia pernah berlaku. Apa yang ingin dikongsikan bersama anda pada kali ini adalah tentang nasib seorang kanak-kanak kecil yang menangis sambil keluar air mata darah.
Seorang kanak-kanak di Kabupaten Majalengka ‘indonesia’ menderita penyakit aneh sejak kecil. Cila selalumengeluarkan darah dari mata hingga liang tangannya jika menangis.
Ketika ditemui di kediamannya di RT05/04 Dusun 2, Desa Bojong, Kecamatan Dawuan, Majalengka, Ika Rosita (20) ibu dari Cila Meylina Putri, 20 bulan mengaku keadaan tersebut sudah terjadi sejak 17 bulan lalu, ketika anaknya masih berusia 3 bulan. Keanehan tersebut semakin menjadi, sejak kira-kira lima bulan tekahir,
“Awalnya darah keluar dari matanya saja. Namun lama-kelamaan setiap kali menangis, selain dari lubang hidung, darah juga keluar dari liang tangan Cila, “kata Ika.
Ika menjelaskan, secara umum, keadaan Cila nampak tidak ada keanehan dengan anak seusianya. Namun demikian, sebagai seorang ibu, Ika mengaku bimbang setiap kali anaknya menangis dan selalu mengeluarkan darah.
Setelah nangis, seperti biasa ia bermain-main. Tapi, bagaimanapun juga saya merasa bimbang, kerana setiap hari menangis boleh sampai lima kali dan selalu mengeluarkan darah, “jelas dia.
Sebagai orang tua, Ika yang berasal dari Kabupaten Sumedang tersebut mengaku khuatir dengan keadaan anaknya tersebut. Diakui dia, sejak ada keanehan pada Cila, dirinya sempat membawa anaknya ke RS.
“ketika mula-mula mengalami hal seperti ini, saya sempat membawa Cila ke RS di Sumedang. Terkini, sekitar dua minggu yang lalu, Cila dibawa ke RSUD Cideres. Dan katanya harus dibawa ke poly mata, ke Bandung, “jelas dia.
Namun, kerana kekurangan wang, Ika akhirnya membawa pulang Cila kembali  ke rumah. Ketika dirujuk ke RSUD Cideres,
“Jangankan untuk berubat, untuk makan saja sukar. Suami saya juga hanya sebagai buruh kasar di kilang jubin, “jelas dia.

Read more...

Subhanallah! Cano Crystals, Sungai 5 Warna di Colombia (7 Foto)

Cano Crystals (Caño Cristales) yang terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia diiktiraf sebagai sungai yang tercantik di dunia. Keunikkan sungai ini ialah air sungai ini akan berubah kepada 5 warna untuk satu tempoh antara musim hujan dan musim kemarau. Ia dikenali sebagai River of five colours.
Sebab utama warna air berubah ialah kerana sungai ini dipenuhi pelbagai alga tetapi air sungai ini tetap jernih. Untuk datang ke sini, anda perlu mahir menunggang kuda kerana ia satu-satunya jalan untuk kesini. Wah, hebat sekali kan ciptaan Allah S.W.T
Fakta ringkas:
* Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana, ia merupakan negara jiran kepada Venezuela.
* Biasanya, Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna.
* Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.
* Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau sahaja.

Read more...

Unik! Rumah Dibina Di Tengah-Tengah Sungai

KREATIF : RUMAH TERBIAR DI TENGAH-TENGAH SUNGAI | Sebuah rumah terbiar di tengah-tengah sungai Drina, Serbia telah menarik perhatian ramai pelancong dari seluruh dunia. Gambar rumah ini pada mulanya telah disiarkan oleh National Geographic pada Ogos tahun lepas.
Rumah kecil ini terletak di atas batu di tengah-tengah sungai Drina, berdekatan bandar Bajina Basta, Serbia. Rumah yang menjadi sensasi di internet ini baru sahaja dikenali, tapi ia telah terletak di situ selama 40 tahun.
#Macam mana rumah tu berada di atas batu? bincangkan
rumah terbiar

Read more...

Subhanallah, Air Sungai Berwarna Hijau Di Kanada (9 Foto)

Jangan terkejut jika anda berkunjung ke sungai yang terletak di Goldstream Park, Kanada ini. AIr sungai ini kelihatan berwarna hijau. Namun apakah punca sebenar ia bertukar warna?
Apakah reaksi kita apabial sampai ke sebuah sungai yang airnya kelihatan berwarna hijau. Memang terkejutlah kerana ia lari jauh dari fitrah kejadian air itu sendiri. Sungai ini sebenarnya terletak di Goldstream Park, Kanada. Menurut Kementerian Alam Sekitar tempatan, terdapat satu tindak balas kimia di dalam air yang dikenali sebagai “Fluorescein”menyebabkan air sungai tersebut kelihatan berwarna hijau, namunbahan kimia tersebut tidak mengandungi toksik dan tidak menjejaskan habitat semula jadi di kawasan sungai tersebut. Jom lihat gambar di bawah ini.

Read more...

Pelik! Mengapa Rumah Ini Berada Di Tengah Lebuhraya (4 Foto)



Pelik! Mengapa Rumah Ini Berada Di Tengah Lebuhraya (4 Foto)  | Mungkin anda tertanya-tanya, mengapakah sebuah rumah besar ini boleh berada di kawasan tengah lebuhraya. Secara uniknya yang kita lihat, ada rumah yang dibina di atas pokok dan sebagainya. Namun apa yang kita lihat ini, ia berada dilebuhraya. Pada mulanya, admin berpendapat, rumah ini berpuaka sehingga ia tidak boleh diruntuhkan, namun ia berlaku sebaliknya.
Sebuah bangunan lima tingkat yang terasing ini tetap teguh berdiri di tengah-tengah lebuh raya yang baru di buka. Lebuh raya tersebut terletak di Wenling, Wilayah Zheijang, China.
Sebuah keluarga dari kampung Xiazhangyang berkeras untuk tetap tinggal di bangunan tersebut kerana mereka tidak berpuas hati dengan kadar pampasan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.
Seperti yang dilaporkan oleh China Daily yang dikutip oleh AsiaOne, Jumaat (23/11/2012), bangunan yang berada tepat di atas lebuh raya tidak diruntuhkan kerana keluarga berkenaan tidak mahu menerima pampasan dari pihak kerajaan.
Sedangkan, jiran-jiran mereka yang lainnya yang tinggal bersama di dalam bangunan tersebut telah pun berpindah keluar ke tempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu di Stesen Wenling.
Sumber : Sochai

Read more...