Showing posts with label PERKAHWINAN. Show all posts
Showing posts with label PERKAHWINAN. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Rahsia Mekah dan nombor 1.618

Rahsia Mekah dan nombor 1.618





Rahsia Mekah dan nombor 1.618, subhanAllah .......

1) Nisbah 1.618 ni memang sudah diakui nisbah yang ajaib dalam rekabentuk kerana rekabentuk yang menggunakan nisbah ni akan jadi cantik di mata manusia. Itulah sebabnya nisbah 1.618 ini dipanggil Nisbah Emasatau Purata Emas.

2)Yang lagi ajaib rupa-rupanya bila diukur, kota Mekah bukan sahaja terletak dengan cantiknya pada nisbah 1.618 di bumi, malah juga berada dalam nisbah ini di Arab Saudi. Kaabah juga ajaib sebab terletak dengan nisbah ini dalam Kota Mekah.

3)Tambah-tambah ajaib lagi bila ayat 96 surah al imran, ada terselit perkataan Mekah di tengah-tengah ayat tu. Ayat ini relevan kerana menyebut tentang Mekah sebagai petunjuk keimanan manusia. Bila di kira huruf sebelum dan selepas perkataan Mekah, ternyatalah perkataan Mekah dalam ayat tu pun terletak dalam Nisbah Emas 1.618....


Mekah adalah pusat Bumi




Para angkasawan NASA telah menemui bahawa Bumi seperti mengeluarkan seakan radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut hilang, seperti ada suatu yang tidak kena.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, secara tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat 'infinite' ( tidak berhujung ), perkara ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Marikh, radiasi tersebut masih berlanjutan terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Baitul Makmur  (masjid para malaikat) di langit. 

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, ertinya apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicaj ulang oleh suatu tenaga misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di atas air. Di sebuah muzium di negara Britain, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Kaabah ) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem matahari kita.

Hadith dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:  “Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.


“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” Surah Fushshilat : Ayat 53

Read more...

Thursday, February 24, 2011

Hukum Suami Gemar Menghisap PayuDara Isteri


Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.



Detail Berita
JAWAPAN:

Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.


Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.


Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.


Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.
Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.
Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.


Bentuk PayudaraAllah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.


Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.


Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.
Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.


Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.


Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.

Read more...

11 Cara Untuk Bakal Pengantin Lebih Sihat


























Tinggal beberapa bulan lagi unuk anda melangkah ke alam rumah tangga. Tentu sekali hati berdegup kencang menanti hari bahagia. Tiada selera makan, badan merasa penat atau tidak cukup tidur kerana menyiapkan persiapan akhir dan sebagainya. Jadi, mengapa anda mendera diri anda semata-mata perkara ini. Anda boleh melakukan persiapan ini tetapi badan juga harus di jaga. Oleh itu, beberapa langkah untuk anda sihat dari segi fizikal, mental dan emosi.

1. Tidur Yang Cukup
• Berdasarkan kajian, sebahagian wanita hanya tidur enam jam sahaja sehari. Ini menyebabkan terdapat lebam-lebam hitam di keliling mata. Kekurangan tidur membuatkan kekuatan badan akan menurun dan mengalami keletihan. Jadi, untuk anda merasa badan lebih segar dan sihat, anda hendaklah tidur yang cukup sekurang-kurangnya lapan jam sehari.

2. Ketawa
• Ketawa merupakan satu senaman ringan yang bermanfaat untuk menurunkan berat badan serta melancarkan saluran pernafasan. Selain itu, ia dapat menyingkirkan sel-sel penyakit dalam tubuh. Jadi, anda tidak perlu gusar memikirkan hari-hari bahagia nanti. Tempuhlah dengan gembira bersama keluarga dan rakan-rakan.

3. Jangan Pendam Emosi
• Perasaan anda tentunya bertambah celaru, apatah lagi hanya tinggal beberapa hari dalam membuat persiapan perkahwinan. Mungkin baju pengantin, hantaran atau bunga telur belum siap sepenuhnya. Jadi, jangan anda bermuram dan memendam perasaan yang boleh menjejaskan emosi anda. Minta bantuan daripada keluarga dan sanak-saudara. Sentiasa berfikiran positif kerana ia membantu meningkatkan kekuatan diri.

4. Optimis
• Sikap ini mempengaruhi ketahanan diri terhadap penyakit. Cenderung untuk memiliki dan berkongsi hidup bersama pasangan anda. Jangan bersikap pesimistis dengan menganggap perkahwinan satu yang membebankan.

5. Elakkan Stress
• Stress yang berpanjangan membuatkan diri anda tidak menentu dan secara tidak langsung, mengganggu emosi anda. Jangan biarkan diri anda kelihatan tidak berseri di hari persandingan.

6. Ambil Vitamin
• Kesibukan anda tentu membuatkan anda tidak cukup makan, jangan biarkan diri anda tidak terurus. Vitamin A, C, E dan mineral dapat menstabilkan tubuh anda dan menggantikan supplement makanan.



7. Minum air masak
• Sesibuk manapun, jangan dilupa perihal minum. Sekurangnya ambil 8 gelas sehari untuk menampung dan menjaga selaput lendir di hidung dan kerongkong.
8. Senaman
• Amalkan senaman setiap pagi untuk menjadikan badan lebih sihat. Jika anda abaikan tentunya akan melemahkan system pertahanan diri. Pastinya anda tidak mahu kelihatan lemah pada hari keraian anda itu.

9. Kurangkan Makanan Manis
• Jangan biarkan diri anda mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan baju pengantin yang anda tempah tidak padan. Ia bukan sahaja mendatangkan penyakit tetapi boleh mempengaruhi fungsi badan.

10. Pengambilan Sumber Makanan
• Ambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, kacang dan jus yang boleh mengatasi gangguan kesihatan anda.

11. Terapi
• Perkara penting sebelum hari perkahwinan adalah dengan melakukan terapi seluruh badan untuk memastikan badan anda lebih segar, sihat dan menghilangkan tekanan.

Read more...