Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Faktor Utama Lelaki Dan Wanita Tidak Berkahwin


Hari ini pertambahan jumlah penduduk di Malaysia semakin hari bertambah sehingga mencecah 28 juta orang. Namun pertambahan ini tidak banyak kerana terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum lagi berkahwin. Antara faktor utama mereka tidak berkahwin adalah seperti masalah kewangan, tiada calon yang sesuai, kemajuan kerjaya, selesa hidup membujang dan sebagainya. Perkahwinan ini mempunyai 4 hukum seperti yang dijelaskan artikel sebelum ini iaitu Hukum Tidak Berkahwin

Bilangan rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 juta orang atau 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah tersebut, 60.4 peratus adalah lelaki dan 39.6 peratus lagi wanita.

Jelasnya, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki telah menurun daripada 28.6 peratus pada 2000 kepada 28 peratus (2010). “Selain itu, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.

“Daripada jumlah itu, 56.6 peratus daripada mereka ialah lelaki dan 44.4 peratus wanita,” katanya pada sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Senator Datuk Boon Som Inong yang meminta kementerian tersebut menyatakan jumlah wanita dan lelaki di negara ini yang belum berkahwin sertaadakah kerajaan bercadang mewujudkan pusat temu jodoh bagi membantu golongan tersebut.

Seai Kie memberitahu, hasil kajian yang sama juga mendapati faktor-faktor utama lelaki tidak berkahwin adalah masalah kewangan (44.7 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus), kemajuan kerjaya (12.8 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).

Katanya, bagi golongan wanita, punca utama adalah tiada calon sesuai (40 peratus), masalah kewangan (14 peratus), kemajuan kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).

Jelasnya, buat masa ini, kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh secara online.

“Ini kerana perkhidmatan tersebut telah disediakan oleh pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik,” katanya.

Read more...

Thursday, July 18, 2013

JIKA BENAR BICARA MU



Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka. 

Di mana-mana selalu nampak ayat ini. Betulkah begitu? Apa maksudnya? Kenapa pula? Kenapa pula orang lain yang buat dosa, orang lain pula yang perlu tanggung? Kita perlu kritikal membaca.

Di akhirat, 1 lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. Ibunya
2. Isterinya
3. Anak Perempuannya
4. Saudara Perempuannya

Manakala 1 wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki :

1. Suaminya
2. Ayahnya
3. Anak lelakinya
4. Saudara lelakinya

Perlu faham.

Dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak perempuan ditanggung sendiri. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidikisteri dan anak ke jalan yang benar iaitu Islam seperti ayat 164, surah Al-An’am.

“Katakanlah: “(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; 

dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.”

Dahsyatnya seorang wanita ciptaan Allah SWT yang Maha Hebat. Tangan yang menghayun buaian mampu menjadi tiket kepada lelaki sama ada ke neraka atau syurga.

TIKET KE SYURGA 

Wanita solehah tidak keluar rumah melainkan keizinan suami dan urusan mustahak. Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya sebagai langkah berhati-hati. Para sahabiyah RA tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan-jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah.

Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas. Dengan berjihad dan syahid di jalan Allah.

TIKET KE NERAKA

Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka kepada pandangan umum. Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj (berhias diri) kecuali untuk suaminya sendiri.

Firman Allah SWT : “Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah”.(surah al-Ahzab : 33) 

Ya. Memang benar. Islam itu mudah, tetapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam.

Kalau kita sayang ayah atau suami. Berubahlah. Berhijrahlah ke arah lebih baik.

Wahai para suami, peringatkan isterimu. Sekiranya diri mereka terlupa untuk berhijrah ke arah jalan yang lebih baik.

Read more...

Saturday, July 13, 2013

Tanda-tanda seorang lelaki menyukai anda


Seingat aku, sudah ada artikel sebelum ni yang lebih kurang isi kandungannya seperti artikel kali ni. Tapi yang membezakannya mungkin, artikel terdahulu lebih kepada seseorang yang sudah menjadi seseorang yang istimewa kepada korang (buah hati, tunang, suami/isteri) manakala untuk artikel kali ni, lebih kepada seseorang yang menyukai korang & tiada apa-apa hubungan yang istimewa dengan korang. Ringkas kata, seorang kawan/kenalan yang menyukai korang.aishh

Kenalan korang itu mungkin seseorang yang sudah lama korang kenali, baik di alam realiti mahupun alam maya, pernah bersua atau sebaliknya. Artikel ini dihasilkan untuk korang yang rasa perlu, plus, ada readers yang bertanyakan perkara ini sebelum ini & juga keyword untuk tajuk artikel semacam ini seringkali tertuju ke blog ini. Alang-alang kan, baik aku buat je artikel yang direct ke keyword terbabit. Tak paham? Abaikan, teruskan dengan karutan di bawah.

1st

Dia akan menjadi diri sendiri bila berhadapan dengan korang. Berhadapan di sini bukan la bermaksud bersua muka dengan anda. Bukan & tidak semestinya. Tiada hipokrit, apa yang ditunjukkannya itulah dirinya.

2nd

Dia berminat untuk mengenali korang dengan lebih mendalam. Ya, dia mungkin tahu nama sebenar korang, kesukaan korang, apa yang korang tidak suka dan jangan hairan kalau dia tahu alamat rumah korang tanpa pengetahuan korang. Mungkin dia ingin menghantar hadiah sempena hari lahir korang, kad ucapan hari raya dan sebagainya. Mungkin ada antara korang (perempuan) takut dengan perkara sebegini, yela, tetiba je orang yang tak pernah ditemui atau tak pernah dibagi alamat rumah tetiba je tau alamat rumah kan. Jangan khuatir, cuma ambil langkah berhati-hati sudah. Err, mana la tau si dia tetiba je hantar rombongan merisik. Ah, lagi berderau darah korang kan? Couple tidak, apa tidak, tetiba je si kawan ni hantar rombongan merisik. Eh, aku mau tanya, perlukah couple sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Persoalan ni sampai sekarang maseh berlegar-legar dalam fikiran aku neh.

3rd

Suka berkias. Ya, dia MUNGKIN tidak akan menyatakan rasa sukanya terhadap korang secara terang-terangan. Jika dia pernah nyatakan sekalipun, mungkin kata-katanya sedikit kabur, kurang jelas, bersastera (hehehe) & mungkin juga dalam keadaan gelak suka suka dalam serius dalam suka. hehe. 



Kenapa begitu? Aku syak mungkin lelaki sedemikian ada impian yang lebih jauh dari nyatakan rasa sukanya yang mungkin korang akan reject dalam tempoh kurang satu minit setelah dia katakan rasa sukanya pada korang. Impian apakah itu? Mungkin dia tak mau couple dengan korang, kahwin itu jauh lebih bermakna. Simpan rasa suka dalam diam, berusaha mengukuhkan kewangan & bila tiba masa yang sesuai, masuk meminang korang sepertimana aku nyatakan dalam point #2 di atas.

Sebab lain berkias? Dia tidak yakin dengan diri sendiri, curiga dengan status korang (yela, kan zaman sekarang ni zaman orang couple, zaman buat status "in a realtionship") terutamanya bagi korang yang low profile. Jadi, kalau korang rasa dia berpeluang, jangan abaikan tanda-tanda ini. At least, alert yourself & let he know if he got any chance. Dan juga, bagi peluang kepada diri korang sendiri. 

4th

Menghargai korang walaupun korang tak minta, walaupun korang tak pernah/jarang pedulikan dia & dia juga jarang contact dengan korang. Bila tiba hari lahir korang, ramai kawan & kenalan mengucapkan ucapan hari lahir tapi bagi si dia, cara ucapan itu mungkin sedikit berlainan. Caranya mungkin ingin menyampaikan sesuatu yang tersirat & dalam masa yang sama ingin menyentuh hati korang (eh, macam takleh blah pule ayat ini.kihkih). Cara bagaimanakah itu? Mungkin dia nyanyikan satu lagu untuk korang, bagi hadiah yang di pos dengan pos laju Malaysia atau mungkin juga sebuah LUKISAN yang tak seberapa tapi ada makna? Well, who knows.

5th 

Ah, dia tak senang duduk bila nampak tanda-tanda yang korang macam tengah angau dengan seseorang ataupun ada lelaki lain yang masuk line. Lalu dia bagi video lagu dimana liriknya tersurat apa yang tersirat baginya sekian lama. Pandai-pandai la korang fahami. Contoh lagu? Tengok je la seperti dibawah. 





6th

Dia seringkali atau jarang-jarang sekali menegur korang (samada melalui telefon, sms, chat, emel dan bla bla bla) & kesempatan yang ada itu dia cuba untuk menyatakan sesuatu kepada korang tapi selalunya tidak berjaya. Eh, korang paham tak apa yang aku nak cakap sebenarnya ni? Hahaha. Begini, dia seolah-olah nak bagitau korang sesuatu tapi takut-takut & akhirnya apa pun tak dibagitahu ataupun dia tukar topik perbualan. Haaa lebih kurang begitulah maksudnya.

7th

Eh, rasa malas pulak nak tulis banyak-banyak. Ni point yang last la eh? Kalau aku rajin, aku update lagi di sini.Hehe. Ok, tanda yang terakhir, bila si dia tahu yang korang sudah berpunya, mestilah dia akan kecewa & pura-pura gembira, dan mungkin juga dia seolah-olah menjauhkan diri daripada korang. Jangan pula salah faham, dia menjauhkan diri daripada korang tu bukan bermakna dia tak sudi berkawan dengan korang, tapi..paham-paham la ye? Tapi menjauhkan diri bukanlah bermakna dia berhenti berharap. Korang pula jangan la rasa bersalah kalau korang tahu yang dia suka korang walaupun dia cuba semampu mungkin menyembunyikan rasa suka itu. Ok?

Ya, aku memang penakut.

Nasihat aku, kalau korang masih belum berkahwin, jangan lah korang terlalu pasti dengan perkara yang belum pasti lagi. Kalau niat itu sudah elok & korang sudah nekad, berdoa la selalu agar pengakhirannya menjadi yang halal. Semua insan akan tumpang gembira. =) 

Read more...

Saturday, March 17, 2012

Awas ! Kamera Skodeng Ada Dimana-mana (45 Gambar)



Awas ! Kamera Skodeng Ada Dimana-mana (45 Gambar)
dibawah ini rahsia kamera yang telah terbongkar... jom lihat



































Read more: http://www.xlupa.com/2012/03/awas-kamera-skodeng-ada-dimana-mana-45.html#ixzz1pRju75dw

Read more...

Wednesday, March 14, 2012

Petua Untuk Mencantikkan Perut




Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.

Mengempiskan Perut

  • Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
  • Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  • Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
  • Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini.
  • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.
Masalah Kulit Perut Berkedut – Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa 2 minggu.

Read more...

DARA: Fakta Dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Dara




APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.


ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.


APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.


jenis-jenis selaput dara

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?


Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.



APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?


Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan jimak buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan jimak buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan jimak untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

Read more...

Friday, January 6, 2012

Aurat dari Perspektif Fizik

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat 
Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:
J = mc x tetha
J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.
m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.
c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.
tetha ialah perubahan suhu.
Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan
Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.
Tujuan


Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.
Hipotesis


Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.
Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.
Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar
m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.
tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).
Pembolehubah bergerakbalas
J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.
Kaedah


1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

Pemerhatian
1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.
2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika.
3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

Kesimpulan
Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:
J = mc x tetha. Oleh itu, hipotesis diterima.
GRAVITI
Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).”
Al-Anbiyaa’ ayat 33
Ayat diatas menjelaskan bagaimana matahari dan bulan beredar di atas paksinya menghasilkan malam dan siang. Mengikut teori sains pergerakkan ini disebabkan oleh daya graviti.
Kebanyakkan kita sedia maklum tentang kisah bagaimana Sir Issac Newton mendapat ilham mengenai graviti. Apabila sebiji apel jatuh di atas kepalanya. Daipada idea inilah dan diinsipirasikan oleh pergerakkan bulan matahari, Newton menerbitkan Principia pada tahun 1687. Boleh dikatakan daripada penerbitan Principia inilah fizik moden mula berkembang, yang diasaskan oleh mekanik newton.
Di dalam penerbitan ini jugalah teori graviti newton diterbitkan. Idea newton ini dibuktikkan betul apabila dapat memberikan aturcara pergerakkan planet-planet di dalam cakerawala ini secara tepat. Kesemua planet kecuali merkuri,
Namun, setelah beratus-ratus tahun ahli fizik menggunakan persamaan graviti, samada graviti newton atau einstien, sebenarnya ahli fizik masih tidak tahu apakah itu sebenarnya graviti. Graviti masih hanya seperti satu manifestasi matematik yang tidak dapat ditunjukkan seadanya tanpa melihat interaksinya dengan objek lain.
Ini kerana zarah yang membawa daya graviti itu masih belum dijumpai. Kesemua daya di dalam dunia ini (daya geseran, daya bunyi, daya magnet dll) berasal daripada 4 daya asas iaitu daya elektromagnet, daya nuklear lemah, daya nuklear kuat dan secara teorinya daya graviti.
Namun sehingga sekaranga, daya graviti yang secara teorinya dibawa oleh zarah graviton belum dijumpai. Kegagalan ini kerana teorinya graviti masih belum lengkap, atau di dalam istilah fizik teori graviti masih belum dikuantakan. Oleh itu ahli fizik masih tidak paham dan tidak tahu dengan mendalam mengenai graviti. Apakah sebenarnya itu gravti, ahli fizik tidak mengetahui.
Firman Allah:
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin” (Surah Luqman Ayat 20)
Tokoh fizik Islam dan sumbangan mereka
1.Ibn Haitham (965-1040 M)
Nama sebenar beliau ialah Abu All Muhammad Hasan Ibn Al-Haitham.Beliau dikenali di Barat sebagai Alhazen Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah dan dianggap sebagai Bapa Optik Moden. Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.Beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan, dan falsafah.
2. Al-Biruni (973-1048M)
Nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Ketika hidupnya beliau banyak membincangkan dan menganalisis dengan mendalam akan konsep asas fizik seperti graviti , jirim dan ruang dan gerakan bumi dimana manafaatnya dapat kita kecapi hari ini.
3. Suhrahwadi
Beliau telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau menyatakan alam dan planet adalah tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing dari hukum graviti semesta. Eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena penting dalam optik. Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai ritis fizik

sumber dari   justnaim.wordpress.com

Read more...

Thursday, January 5, 2012

Legging / Seluar ketat boleh membuat anda bertambah gemuk


'Legging' atau seluar ketat tidak hanya ramai digemari dan dikenakan oleh wanita tetapi juga lelaki. Kononnya agar nampak lebih kurus dan bentuk badan slim.

Tapi hati-hati, hobi memakai 'legging' (seluar ketat) boleh membuat anda lebih gemuk. Hajat untuk  nampak kurus dan slim, tetapi bertambah gemuk.

Para pakar telah memberi amaran bahawa legging boleh membuat otot-otot peha dan kaki menjadi 'malas', juga menyebabkan perut kaki goyah dan lembik. Semua hal ini dapat membuat anda menambah berat badan.

"Orang-orang yang memakai legging boleh merasa baik dan nampak hebat dan saya kecanduan memakainya seperti ramai orang lain. Tapi ternyata membawa hal negatif." Kata ahli fisioterapi Sammy Margo.

Menurut Margo, 'legging' menahan dan memberikan sokongan kepada quadricep (otot paha), pantat dan otot teras di perut, dan melakukan pekerjaan yang seharusnya otot yang lakukan.

"Akibatnya, otot (yang seharusnya untuk bekerja) dibenarkan untuk berehat dan tidak berfungsi. Bentuk tubuh ramping tidak kelihatan kerana otot tidak berfungsi dengan betul, "jelas Margo.


[Dailymail]


Maka kaedah yang Islam ajar sudah cukup baik, pakailah pakaian menutup aurat dengan baik dan jangan pakai ketat-ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, kerana selain dari ianya tidak bagus untuk kesihatan, ia juga dapat menggoda dan merangsang nafsu jantina yang berlawanan.

Nabi Muhammad S.a.w bersabda , صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya, “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat; Suatu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggang-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (Hadith Riwayat Muslim no. 2128)

Imam An Nawawi dalam Syarah Muslim ketika menjelaskan hadits di atas mengatakan bahawa ada beberapa makna kaasiyaatun ‘aariyaatun (كَاسِيَاتٌ  عَارِيَاتٌ).  Mereka berpakaian dengan nikmat Allah, tetapi telanjang dari rasa syukur. Ada juga yang berpendapat, berpakaian dengan pakaian zahir tetapi telanjang dari kebaikan dan tidak mahu mengutamakan akhiratnya serta enggan melakukan ketaatan kepada Allah. 

Ada juga yang mengatakan maknanya adalah menutup sebahagian anggota badannya tetapi membuka sebahagian yang lain. Sengaja sebahagian itu dinampakkan untuk hiasan, memperlihatkan kecantikan dan seumpamanya. Dan ada lagi yang berpendapat, maknanya adalah memakai pakaian yang nipis sehingga memperlihatkan warna kulit badannya.  Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang. (Lihat Syarah Muslim, 9/240)

Juga menurut Syaikh Ibn Utsaimin dalam Majmu' Durus Fatawa al-Haram al-Makki, iaitu wanita yang memakai pakaian yang ketat sehingga menempel pada kulit dan memperlihatkan lekuk tubuh pemakainya, sehingga seakan-akan tidak berpakaian.  

Ancaman di dalam hadith di atas bukannya ancaman sembarangan, tetapi sehingga BAU SYURGA pun tidak boleh dicium, na'uzubillah .......

Read more...