Thursday, January 5, 2012

Legging / Seluar ketat boleh membuat anda bertambah gemuk


'Legging' atau seluar ketat tidak hanya ramai digemari dan dikenakan oleh wanita tetapi juga lelaki. Kononnya agar nampak lebih kurus dan bentuk badan slim.

Tapi hati-hati, hobi memakai 'legging' (seluar ketat) boleh membuat anda lebih gemuk. Hajat untuk  nampak kurus dan slim, tetapi bertambah gemuk.

Para pakar telah memberi amaran bahawa legging boleh membuat otot-otot peha dan kaki menjadi 'malas', juga menyebabkan perut kaki goyah dan lembik. Semua hal ini dapat membuat anda menambah berat badan.

"Orang-orang yang memakai legging boleh merasa baik dan nampak hebat dan saya kecanduan memakainya seperti ramai orang lain. Tapi ternyata membawa hal negatif." Kata ahli fisioterapi Sammy Margo.

Menurut Margo, 'legging' menahan dan memberikan sokongan kepada quadricep (otot paha), pantat dan otot teras di perut, dan melakukan pekerjaan yang seharusnya otot yang lakukan.

"Akibatnya, otot (yang seharusnya untuk bekerja) dibenarkan untuk berehat dan tidak berfungsi. Bentuk tubuh ramping tidak kelihatan kerana otot tidak berfungsi dengan betul, "jelas Margo.


[Dailymail]


Maka kaedah yang Islam ajar sudah cukup baik, pakailah pakaian menutup aurat dengan baik dan jangan pakai ketat-ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, kerana selain dari ianya tidak bagus untuk kesihatan, ia juga dapat menggoda dan merangsang nafsu jantina yang berlawanan.

Nabi Muhammad S.a.w bersabda , صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya, “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat; Suatu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggang-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (Hadith Riwayat Muslim no. 2128)

Imam An Nawawi dalam Syarah Muslim ketika menjelaskan hadits di atas mengatakan bahawa ada beberapa makna kaasiyaatun ‘aariyaatun (كَاسِيَاتٌ  عَارِيَاتٌ).  Mereka berpakaian dengan nikmat Allah, tetapi telanjang dari rasa syukur. Ada juga yang berpendapat, berpakaian dengan pakaian zahir tetapi telanjang dari kebaikan dan tidak mahu mengutamakan akhiratnya serta enggan melakukan ketaatan kepada Allah. 

Ada juga yang mengatakan maknanya adalah menutup sebahagian anggota badannya tetapi membuka sebahagian yang lain. Sengaja sebahagian itu dinampakkan untuk hiasan, memperlihatkan kecantikan dan seumpamanya. Dan ada lagi yang berpendapat, maknanya adalah memakai pakaian yang nipis sehingga memperlihatkan warna kulit badannya.  Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang. (Lihat Syarah Muslim, 9/240)

Juga menurut Syaikh Ibn Utsaimin dalam Majmu' Durus Fatawa al-Haram al-Makki, iaitu wanita yang memakai pakaian yang ketat sehingga menempel pada kulit dan memperlihatkan lekuk tubuh pemakainya, sehingga seakan-akan tidak berpakaian.  

Ancaman di dalam hadith di atas bukannya ancaman sembarangan, tetapi sehingga BAU SYURGA pun tidak boleh dicium, na'uzubillah .......

No comments:

Post a Comment