Sistem Melabur Dosa di Facebook,Blog,Youtube dll
يا معشر من قد أسلم بلسانه ولم يفض الإيمان إلى قلبه لا تؤذوا المسلمين ولا تعيروهم ولا تتبعوا عوراتهم فإنه من تتبع عورة أخيه المسلم تتبع الله عورته ومن تتبع الله عورته يفضحه ولو في جوف رحلة
“Wahai orang yang Islam dengan lidahnya sedangkan Iman belum sampai ke hatinya! Jangan kamu menyakiti orang-orang Islam, jangan kamu memalukan mereka, dan jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban saudara seIslamnya, Allah akan mencari-cari (membuka) keaibannya. Sesiapa yang Allah membuka mencari-cari (membuka) keaibannya, Dia akan mendedahkannya walaupun orang itu berada di dalam rumahnya”. (Hadis riwayat Tirmizi no 2032).
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Juzuk : 18 | Surah : AN-NUR | No. Surah : 24 | Ayat : 31 |
-_-Sistem Alam Maya 24 jam!Remaja sekarang semakin menjadi-jadi,apa nak jadi?apa kejadah semua ni?sejadah sekarang pun mahal..tetapi bukanlah pasal sejadah.Pasal dosa yang seseorang itu buat tapi tak sedar secara langsung.Tak kira tua atau muda,cun atau hensem,cute ke tak...Tak kiralah kaum Adam atau Hawa.,Mejoritinya kaum Hawa.kadang-kadang nak Log In Facebook pun rasa sedih,sebab ada segelintir kaum Hawa yang buat dosa yang nyata lagi jelas di fb.Bila ditegur cara elok,dikatakan buzybody plak dah?Yang dasyatnya ada yang remove dan block terus -_- ..hello girl??come on?y u all think negative?kita orang tegur sebab benda tu perkara mungkar kesalahan terhadap Allah.adakah kami marah?kami tegur sebab sayang la,kalau tak tegur.Dosa kamu semakin bertambah la,Sekurangya bila dh "delete" kesalahan tu di dalam maya,kuranglah dosanya.
antara sistem melabur dosa di Alam Maya:
Facebook: mendedahkan aurat
menipu
fitnah orang lain
share berita palsu
menggunakan ayat penipu contoh:click link di www.@#$%^&*.com utk lihat Justin Bieber Dibunuh oleh Peminat Fanatik,Gila,Tak betul dan pelbagai lg ayat lain.
menyertai contest gambar paling byk "like menang" di facebook,sanggup mendedah aurat tunjuk seksi semata-mata nak menang contest tu cuma RM 100?wtf semua ni?lain la kalau syarat menyertai tu "menutup aurat" dll la...sapa la penganjur pertandingan tu?
Blog:sama mcm facebook jg..kalau nak menegak kebenaran pastikan ada bukti yang kukuh. gosip artis paling murahan,low class.jangan nak bg stats naik tinggi sanggup letak gambar seksi utk menarik perhatian pengunjung.contoh: "download wallpaper Maria Ozawa Terbogel". janganlah letak perkara yang menaikkan nafsu orang..k
Youtube:jangan la upload video yang menaikkan nafsu!,ingatlah mencegah lebih baik!jangan buat video penipu juga. contoh :Justin Bieber Dirogol oleh Peminat Perempuan Fanatik bila click,cuma gambar saja?
ATAUPUN LEBIH MUDAH UNTUK FAHAM: KALAU ISLAM BUAT CARA ISLAM,apa yang dilarang dalam Islam Jangan Buat!kalau mau buat juga,tanggung la dosa 24 jam!sambil tidur dosa berjalan ibarat menyelam sambil minum racun. membinasakan diri kamu sahaja!Bertaubatlah sebaiknya!
dunia akhir zaman
Dalam masa 60 saat / 1 minit, inilah perkara-perkara yang berlaku di internet;
- Search engine Google menyajikan lebih bahawa 694,445 pertanyaan
- 6,600 + gambar dimuat-naik ke Flickr
- 600 video telah dimuat naik ke video YouTube, berjumlah 25 jam + kandungan
- 695,000 update status, 79,364 posts dinding dan 510,040 komen diterbitkan pada laman Social Networking, Facebook
- 70 domain baru berdaftar
- 168,000,000 + emel dihantar
- 320 akaun baru dan 98,000 tweets dijana pada laman Social Networking, Twitter
- Aplikasi iPhone dimuat turun lebih dari 13, 000 kali
- 20,000 post baru diterbitkan pada platform Micro-blogging, Tumbler
- FireFox pelayar web popular dimuat turun lebih daripada 1,700 kali
- Platform blog popular iaitu Wordpress dimuat turun lebih daripada 50 kali
- Plugins WordPress dimuat turun lebih daripada 125 kali
- 100 akaun dicipta pada laman rangkaian profesional LinkedIn
- 40 soalan baru ditanya di YahooAnswers.com
- 100 + soalan ditanya di Answers.com
- 1 artikel baru diterbitkan di Associated Content, sumber terbesar di dunia bagi kandungan yang dihasilkan oleh komuniti
- 1 takrif baru ditambah di UrbanDictionary.com
- 1,200 + iklan baru dicipta di Craigslist
- 370,000 + minit panggilan suara yang dilakukan oleh pengguna Skype
- 13,000 + jam aliran muzik dilakukan oleh penyedia radio internet peribadi, Pandora
- 1600 + bacaan di Scribd, syarikat penerbitan bacaan sosial terbesar
[go-gulf.com]
sorry post serabut -_-''
tulun la jgn share perkara yang tak pasti,pernah terjadi di fb byk kali...kadang-kadang berbentuk fitnah atau perkara tu tak betul,apatah lg kalau fan page pengaruh kuat,bila update,ramai akan share..kalau ter-SHARE perkara palsu di fb..ibarat ...mcm mn mau kata??mcm 1 orgisasi la,...contoh ketuanya A , ..BCD share...dalam BCD ada lg anak-anak dia..(freind dia dlm fb) kemudian kpd anak-anak tu,depa pulak share..lama-kelamaan akan bercanggah..IBARAT tanam sebiji anggur,dlm anggur tu kan ada biji nya?dlm biji tu boleh buat tanam lg dan berbuah byk ada ranting,..bla..bla...sekian-sekian....
dah jadi seperti 1 konspirasi??...pengaruh kuat di fan page mmg bahaya.sapa-sapa kena berhati-hati sekiranya nk update sesuatu perkara tersebut...kadang-kadang benda yang tak pasti tu sebenarnya betul atau tidak betul,,.kalau tak betul ,mcm mana?sama la macam sebarkan berita palsu.
dah jadi seperti 1 konspirasi??...pengaruh kuat di fan page mmg bahaya.sapa-sapa kena berhati-hati sekiranya nk update sesuatu perkara tersebut...kadang-kadang benda yang tak pasti tu sebenarnya betul atau tidak betul,,.kalau tak betul ,mcm mana?sama la macam sebarkan berita palsu.
fb pun boleh terjadinya,pergaduhan,dari kawan jadi lawan.kadang jadi tempat perdebatan,
Sabda Rasulullah saw.
"Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun dia bergurau dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya"
[HR Abu Dawud]
Sabda Rasulullah saw.
"Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun dia bergurau dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya"
[HR Abu Dawud]
tengok blogger melayu sekarang
No comments:
Post a Comment