Showing posts with label PETUA PIAN MAGIC. Show all posts
Showing posts with label PETUA PIAN MAGIC. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

Masalah Lupa : Kenapa, Punca dan Cara Untuk Mengatasinya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hana :
assalammualaikum ckgu..!
hana nk tnye n nk mntak tlg dr ckgu..hana nie ade satu msalah yg hana x dpt nk slesaikan dr dlu lagi..iaitu msalah untk mengingati sbjek yg hana dah blajar..stiap kali hana bt revision dlm 2-4 hri tu ingt lagi lah tapi bla smpai jew hari pperksaan mse nk jwb tu tros blank!hana tros lpew ape yg hana blajar..hana rsau laa ckgu,law hana x dpt nk atasi msalah ni cm ner hana nk tmpuh PMR thn ni..!!tlg hana ckgu..
Farah :
cgu,cmna nk tnamkn minat utk study sbject sejarah? sya memg tak minat ngn sbject 2..thn ney sya amek spm..wlaupun sya baca,tp sya mudah lupa la..hrp cgu bantu..
Erylia :
Sy ni student fom 3..sy nk tahu tips utk mdh igt ilmu yg cikgu2 kasi..sy harap cikgu leh tolong.kalau boleh,,ada x ayt2 quran yg boleh sy amal??
Emal :
salam….cikgu,saya form5…jadi tahun ni saye akn ambik pekse spm….takut sangat…camne tak nak kasi gemuruh bile time exam tibe????dan ada tak tips nak cepat ingat dlm pelajaran???sebab saya ambik aliran bahasa arab….susah nak hafal bile perkataan tu susah…hehehe…tolong please….wasalam…
Luahan-luahan di atas menunjukkan masalah lupa ini amat serius dan membimbangkan diri pelajar itu sendiri. Jika masalah ini tidak di atasi dengan segera ia boleh menyebabkan prestasi seseorang pelajar itu terjejas.
Oleh itu, melalui kalam ini KAM cuba sedaya upaya untuk memberi beberapa kaedah atau cara bagaimana untuk mengatasi masalah lupa ini agar ianya bermanfaat kepada semua pelajar. Kaedah atau cara ini adalah hasil rujukan beberapa buah buku dan juga laman web lain. Semoga ianya berguna buat anda.
Kenapa Mudah Lupa
  • Mempunyai sikap sambil lewa
  • Tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
  • Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar
  • Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik
Perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa
  • Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Pelajar yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
  • Sering bercakap bohong : Pelajar yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
  • Selalu mungkir janji : Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.
  • Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar itu hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang pelajar itu.
Cara untuk mengatasi masalah lupa
  • Jangan abaikan solat lima waktu
  • Perbanyakkan solat sunat
  • Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal
Manakala terdapat beberapa cara agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan lama dalam aspek pelajaran.
  • Mengulangkaji Pelajaran : Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda.
  • Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota : Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.
  • Gunakan pelbagai jenis carta : Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran.
  • Kaedah bayangan : Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.
  • Mengulang dan mengingat kembali : Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya berulang kali.
  • Kurangkan teks : Jadikan ia gambar dan kata kunci.
  • Selalu rujuk kamus : Bagi pelajar yang mengambil aliran bahasa arab, hendaklah selalu berkawan dengan kamus dan menghafaz sekurang-kurangnya 5 patah perkataan sehari.

Read more...

HARAM SYURGA BAGI LELAKI DAYUS



Di malam yang sunyi tenang ini lagi damai tanpa bunyi riuh kesibukan bandar aku nyatakan hasratku malam ini sememangnya salah satu malam yang sangat tenang bagiku untuk mengabdikan diri kepadaNya lalu memohon doa petunjuk kepadaNya ALLAH S.W.T supaya aku lebih bersabar dengan dugaan yang kuhadapi sekarang ini akan tetapi apakan dayaku dugaan ini diluar dari kemampuanku atau mungkin aku terlepas pandang sesungguhnya ALLAH S.W.T tidak akan menguji hambanya diluar kemampuannya, kelemahanku kerana itu .






Kata-katamu bagaikan ribut taufan yang menggegarkan tiang2x masjid yang hendak kudirikan dengan niat ingin kecapi kebahagiaan dunia akhirat bersama mu kelak , tapi kenapa kebenaran kau nafikan dengan mengatakan aku sudah mulai kurang ajar,memandai2x berkata kebenaran dan mengongkong anak perempuanmu dengan hanya menyuruhnya menutup aurat walaupun dengan kerelaan hatinya sendiri menurut tanpa terpaksa atau kupaksa sedikitpun akan hal ini tidak terfikirkah olehmu bahawa semua ini demi kesenangan dan kebahagiaanmu jua supaya bebananmu sedikit sebanyak dapat dikurangkan sekaligus menarik dirimu agar tidak tergolong dalam kategori Lelaki Dayus yang langsung tidak menghiraukan hukum ALLAH S.W.T iaitu tidak menjaga aurat isteri dan anak perempuanmu, tahukah olehmu bahawa Lelaki Dayus itu salah satu kategori yang ALLAH S.W.T haramkan syurga baginya selain menderhaka kepada ibubapa dan syirik menduakan ALLAH S.W.T , nauzubillahminzalik .






Kau itu lelaki yang bergelar Suami dan Bapa punyai bapa seorang Haji dan Imam sepatutnya lebih faham akan hal seumpama ini lebih2x lagi pasal hukum dan tanggungjawap sebagai seorang Bapa terhadap Isteri dan anak2x . Sayu akan hati ini jika benar akan utusan yang bakal ingin kau sampaikan suatu hari kelak dengan berkata jika kau tahu beginilah caraku juga keadaanku takkan kau terima aku dan takkan ingin menjadi wali kepada anak perempuanmu itu namun ketahuilah olehmu air yang dicincang takkan putus begitu sahaja melainkan suami takut isteri ?, semoga kau sedar dan terus berusaha supaya memahami serta mendalami hakikat berumahtangga apa yang wajib dilaksanakan bukan untuk memuaskan nafsu buas lagi rakus semata-mata ,mentang2lah matamu itu besar dariku bolehlah takutkan aku tapi jangan pula terlepas pandang badanku ini lebih besar dan tinggi berbandingmu jangankan badanku cukup lah hanya kakiku saja yang panjang ini yang akan lari pecut lebih laju bila dikejar olehmu bila kau meradang mahu menempeleng aku , hehehe gurauan semata-mata !

ALLAH S.W.T telah menetapkan hukum hakam dan panduan hidup didalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah S.A.W untuk kita jadikan pedoman dan panduan dalam hidup kita didunia ini untuk menuju kejayaan didunia akhirat kelak, memadailah bagiku untuk menegurmu secara halus dan lembut sebagai tanda hormatku padamu dan kasih sayangku , semoga diakhirat kelak kau tidak akan menuntutku dengan menyatakan kenapa didunia aku tidak sampaikan kebenaran ,sebenarnya aku tidak akan berputus asa selagi hayat dikandung badan,selagi masih mampu kuberdiri dan bergerak dan selagi ALLAH S.W.T belum mencabut nyawaku selagi itulah aku tidak akan berhenti untuk terus berdakwah dan didakwah untuk menerima ilmu yang ada pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Semoga kau sedar akan kebenaran ini,sesungguhnya syurga seorang isteri itu terletak pada suaminya dan syurga seorang suami pula tetap dibawah telapak kaki ibunya meskipun dia sudah berkahwin mahupun belum,bukan dibawah telapak kaki isteri atau ketiaknya !.

Read more...

(Senarai) 100 Mutiara Kata Pembakar Semangat Motivasi Hidup

Bagi yang tercari mutiara kata sebagai pembakar semangat dan motivasi hidup anda bolehlah menghayati senarai 100 mutiara kata dibawah.
senarai mutiara kata pembakar semangat motivasi hidup
Semoga bermanfaat!

1. Don’t put until tomorrow what you can do today – Jangan menunda pekerjaan sampai esok kalau boleh disiapkan di hari ini. 
2. Jangan bermimpi jadi kucing kalau tidak pernah jadi tikus – Jangan pernah memaksakan diri jadi pemimpin kalau belum pernah merasakan perjuangan menjadi pengikut/staf/anak buah. Kata mutiara ini sama dengan “a good leader comes from a good follower” (Pemimpin yang bijak lahir dari pengikut yang setia)
3. Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ – Kemarin adalah sejarah, esok adalah sebuah misteri dan hari ini adalah sebuah hadiah (Inspiring word yang dikutip dari master Oogway – film Kung fu Panda)
4. Janganlah anda menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai, tetapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang.
5. Anda tidak selalu dapat mengubah orang lain, tetapi anda dapat mengubah bagaimana anda menanggapi mereka.
6. Gunakan waktu anda semaksima mungkin, maka dihari tua anda tidak akan mengatakan, “Seandainya saya masih muda.”
7. Kita tidak harus mengorbankan harga diri agar disukai orang lain.
8. Kehidupan adalah berkat, kerananya nikmatilah. Jangan menyesal masa lalu dan takut akan masa depan.
9. Peduli pada orang lain bermula dengan peduli pada diri sendiri.
10. Setiap masalah ada jalan keluarnya, setiap konflik ada solusinya, setiap krisis mengandung peluang (Presiden SBY)
11. If you work for money, you give the power to your employer. If money work for you, you keep and control the power – Jika anda bekerja untuk wang, maka anda telah memberikan kuasa kepada pekerja / kakitangan anda. Tapi jika wang bekerja untuk anda, maka anda lah yang memegang dan mengawal kuasa (Robert T.Kiyosaki)
12. Penyakit bangsa kita yang paling parah adalah mentaliti ‘kalau boleh ditegah kenapa dipermudah(Presiden SBY)
13. Jangan pernah gadaikan diri untuk jabatan (Menlu Hassan Wirajuda)
14. Don’t judge the book by its cover – Jangan menilai buku hanya dari kulitnya saja (Dipopularkan oleh Tukul Arwana)
15. Luck is a matter of preparation meeting opportunity – Keberuntungan adalah sesuatu dimana persiapan bertemu dengan kesempatan (Oprah Winfrey)
16. Humor tidak hanya berguna bagi orang yang menggunakannya tetapi juga untuk menyenangkan orang lain.
17.”Berkata benar sangat menyulitkan bahkan berisiko ditolak. Tetapi itulah satu-satunya pilihan jika kita ingin menjalinkan sebuah hubungan yang baik.”
18. Self? trust is the first secret of success – Percaya diri adalah rahsia pertama sebuah kejayaan (Ralph Waldo Emerson)
19. Persahabatan itu seperti tangan dengan Mata. Saat tangan terluka, Mata menangis. Saat Mata menangis, tangan menghapusnya..
20. Hadapilah nikmat dengan syukur, dan terimalah musibah dengan sabar.
21. Ukurlah kemampuan diri, kerana makan berlebih akan muntah, dan memikul melebihi kekuatan akan patah
22. To handle yourself, use your head; to handle others, use your heart – Untuk mengatasi diri anda gunakan kepala anda, untuk mengatasi orang lain gunakan hati anda (Donald Laird)
23. Everybody thinks of changing humanity and nobody thinks of changing himself – Semua orang memikirkan untuk merubah dunia dan tidak ada yang memikirkan merubah dirinya sendiri (Leo Tolstoy)
24. Anak lebih memerlukan bimbingan dan simpati dari pada instruksi.
25. Sering kali manusia hanya menghitung kesulitannya – bukan kebahagiaannya.
26. Diam lebih baik daripada berdebat dengan orang?orang bodoh. ? Abu ‘Ali bin Miskawa’ih ?
27. Smile is the shortest distance between two people. Senyum adalah jarak yang terdekat antara dua manusia .
28. You have to endure caterpillars if you want to see butterflies. – Anda harus tahan terhadap ulat jika ingin dapat melihat kupu?kupu. (Antoine De Saint)
29. Mistakes are the portals of discovery – Kesalahan adalah portal menuju suatu penemuan (James Joyce)
30. Leadership is doing what is right when no one is watching – Kepemimpinan adalah mengerjakan sesuatu yang benar ketika tidak ada orang yang melihat (George Van Valkenburg)
31. Only the man who is in the truth is a free man. Hanya orang yang berada dalam kebenaranlah orang yang bebas.
32. Tiada mungkin kemuliaan diraih dengan kesombongan. Kemuliaan diraih kerana dengan ketundukkan & kerendahan hati.
33. Kuasai rasa takut dan rebut peluang yang ada.
34. Anda berhenti memimpin ketika anda berhenti belajar.
35. Jadikan persaingan menjadi bagian nikmat dari Allah ygbisa membuat diri
kita semakin lebih baik & membuat kita mampu berbuat yg terbaik.
36. He who never made a mistake, never made a discovery – Siapa yang tidak pernah berbuat salah, tidak pernah mendapat penemuan/pembelajaran (Samuel Smiles)
37. Setiap pengalaman pahit akan menghasilkan ketabahan yang akan menutupi kelemahan kita.
38. Harta itu makin lama didiamkan makin bertambah usang sedangkan ilmu itu tidak dapat lapuk dan usang.
39. Tiada manfaat hidup dengan sibuk membicarakan orang lain yang menjadikan tidak sempat berbicara dengan jiwa kita sendiri.
40. The danger of small mistakes is that those mistakes are not always small. – Bahayanya kesalahan?kesalahan kecil adalah bahawa kesalahan?kesalahan itu tidak selalu kecil. Kesalahan kecil boleh mengakibatkan kesalahan yang lebih besar. Bersamaan dengan kesalahan itu, persoalannya boleh menjadi besar pula. Maka kesalahan kecil pun harus segera dibetulkan.
41. The future depends on what we do in the present – Masa depan tergantung pada apa yang kita lakukan saat ini (Mahatma Gandhi)
42. Tantangan kepemimpinan adalah menjadi baik hati bukan lemah, rendah hati bukan pemalu.
43. To be silent is the biggest art in a conversation. Sikap diam adalah seni yang terhebat dalam suatu pembicaraan.
44. Orang yang luar biasa itu sederhana dalam perkataan, tetapi hebat dalam tindakan dan perbuatan.
45. Dig a well before you become thirsty. – Galilah telaga sebelum Anda merasa haus.
46. Kita dilahirkan untuk bekerjasama, seperti kerjasama antara kaki, tangan, alis, dan rahang bagian atas serta bawah.
47. To control your cow, give it a bigger pasture -Untuk mengawal lembu anda, letakkan pada ladang rumput yang luas (Suzuki Roshi)
48.Jika engkau mencintai dirimu, janganlah engkau memberikannya masa untuk melakukan keburukan.
( Aristoteles )
49. Ideas are only seeds, to pick the crops needs perspiration. – idea hanyalah benih, untuk menuai hasilnya memerlukan usaha.
50.Musuh yang sangat berbahaya di dunia ini adalah perasaan penakut dan bimbang. Teman yang paling setia hanyalah keberanian dan keyakinan yang teguh.
51. Bertindak dengan nafsu sama dengan berlayar ke lautan di waktu badai dan taufan sedang menganas.
52.Entah kita gagal atau berjaya tidak menjadi masalah; yang penting adalah cara kita menghadapinya.
53. Those who are able to control their rage can conquer their most serious enemy. – Siapa yang dapat menahan marahnya mampu mengalahkan musuhnya yang paling berbahaya.
54. Banyak orang yg melihat epal jatuh tapi hanya Newton yang tanya mengapa?
55. Orang yang mengetahui dirinya telah berdusta, dia tidak akan percaya
kepada orang yang jujur. ( Alexander dari Aphrodisias )
56. Kemampuan kita untuk berhasil didasarkan pada kesediaan kita untuk mengalami kegagalan.
57. Tantangan kita yg pertama sebenarnya bukan kegagalan, melainkan pikiran takut gagal.
58. You recognize birds from their singing, You do people from their talks – Anda mengenal burung dari kicauannya, manusia dari kata-katanya.
59. Terlalu takut berbuat salah dapat menyebabkan Anda berhenti berusaha.
60. Benar, bahawa dalam hidup ini kita pasti memerlukan orang lain. Itu pasti! Tetapi menikmati hidup dengan membebani orang lain adalah hidup yang tidak mulia.
61.Watak emas tidak perlu dilapisi dengan emas.
62. Percaya bahawa kita mempunyai peluang untuk meraih kejayaan akan menajamkan visi mental kita.
63. Menuliskan tujuan akan sangat membantu dalam menjaga alasan melakukan sesuatu.
64. Kunci pengurusan masa yang efektif: mengeset keutamaan dan tumpuan pada satu pekerjaan pada satu masa.
65. Jangan menyuruh orang lain sebelum menyuruh diri sendiri, jangan melarang orang lain sebelum melarang diri sendiri.
66. Kalau hati tertutup, maka dunia ini menakutkan. Melihat wang takut tidak mendapat bahagiannya. Ketika sudah dapat, justeru takut hilang.
67. Pemimpin yang amanah akan bertanggung jawab terhadap perkara sekecil apapun. Setiap berkata benar? benar tak ada keraguan, tak meremehkan waktu walau sedetikpun.
68. Orang yang bersyukur selalu berjuang untuk menjadi suri tauladan
69.Orang yang bercita-cita tinggi adalah orang yang menganggap teguran keras baginya lebih lembut daripada sanjungan merdu seorang penjilat yang berlebih-lebihan.( Thales )
70. Semakin banyak seorang pemimpin mendedahkan rahsia dan kekurangan orang lain, semakin jatuh pula kredibiliti pemimpin tersebut.
71. Orang yang sanggup memelihara lisannya akan lebih kuat wibawanya dari pada orang yang gemar membelanjakan? Hamburkan kata? Kata, tetapi kosong makna.
72. Sebuah persahabatan tak dapat diperjual? harganya hanya boleh didapati dengan kesetiaan.
73. Bocor kecil bisa menenggelamkan kapal besar.
74. Manusia yang selalu mencari kekurangan? kekurangan orang lain adalah manusia yang lebih banyak kekurangannya daripada kelebihannya
75. Jangan lihat siapa yang menyampaikan, tapi lihat apa yang disampaikannya. (? Abu Al?Hasan ‘Ali bin Abi Talib ra )
76. Berusahalah sentiasa agar kata? Kata yg kita ucapkan benar? Benar bersih dari penambahan? Penambahan dan kejuruteraan yg tiada ertinya.
77.Seorang kawan yang mendampingi kita pada saat kesulitan lebih baik dari pada seribu kawan yg mendampingi kita pada saat kebahagiaan.
78. Ambillah bahan bakarnya, maka apinya akan padam sendiri.
79.Putus asa adalah kesalahan fatal manusia kerana di dalam kesusahan ada hikmah yang sangat besar.
80. Jangan kita bercakap tanpa akal dan jangan bekerja tanpa perancangan kerana hasilnya akan kecil dan lebih jauhnya sangkaan.
81. Pastikanlah bahwa kepala Anda tidak lebih tinggi dari topi Anda. – Vergill
82. Ada dua hal yang harus Anda lupakan: Kebaikan yang Anda lakukan kepada orang lain dan kesalahan orang lain kepada Anda. ?
83. Orang yang takut mati tidak akan luput dari kematian dan ketehuilah orang yang mencintai dunia juga tidak akan hidup kekal.
84. Orang yang rela mengorbankan kemerdekaannya bererti ia mengorbankan sifatnya sebagai manusia.
85. Berjaya seringkali datang pada mereka yang berani bertindak, dan jarang menghampiri penakut yang tidak berani mengambil kesan. ( Jawaharlal Nehru )
86. Wahai nafsu mengapa kamu bergembira dengan bertambahnya harta, sedangkan umur mu setiap hari semakin berkurang.
87. Bila masa ini kita belum berjaya dan berjaya boleh jadi kerana kita belum bekerja keras, berfikir cerdas dan beramal dengan benar.
88. Semua yang bermula dengan rasa marah, akan berakhir dengan rasa malu. ( Benjamin Franklin )
89.Apabila menunda amal soleh bererti kita sedang menunda kejayaan dan kebahagian.
90. Orang yang paling muflis dalam hidupnya adalah orang yang kehilangan semangat dalam hidupnya.
91. Apabila kita memperoleh pangkal kenikmatan janganlah kita menghilangkan hujungnya kerana hal itu merupakan tanda tidak bersyukur.
92.  Pendengki itu tidak akan pernah merasa tenang, dia adalah orang yang zalim yg memakai baju orang yg dizalimi, dan musuh yang mengenakan baju teman.
93. Kenali kekurangan diri sendiri agar tidak sombong dan ketahui kelebihan diri sendiri agar tidak rendah diri.
94. Don’t wait for your ship to come in, swim out to it – Jangan pernah menunggu perahu menghampiri anda, berenang lah ke perahu itu.
95. Seseorang mulia bukan kerana apa yang dimilikinya tapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat bagi orang lain.
96. Orang nescaya akan didengar & dihormati jika mempunyai kesedaran terhadap sesama, kerananya bangun kepekaan akan keadaan orang lain walaupun hal? Hal yang kecil.
97. Tidak memberi manfaat apa-apa dari yang kita sampaikan jika tidak kita lakukan, kerana orang mahu mendengar jika melihat realiti ada pada kita.
98.Lihatlah orang? orang yang berjaya mencapai puncak kejayaan pasti mereka bukan orang yang malas dan tidak disiplin.
99.Keberanian untuk mengatakan yang benar sekalipun itu pahit menunjukkan kedalaman ilmu dan kekuatan iman.
100. Tidak ada pelaut ulung yang dilahirkan dari lautan yang tenang, tapi ia akan dilahirkan dari lautan yang penuh terpaan badai, gelombang dan taufan ( D Farhan Aulawi ). Sumber: By Google

Fit: Hidup ni sekali je. Jangan sia-siakan dengan perkara negatif atau perasan marah & hasad dengki. Chill!

Read more...

Saturday, July 13, 2013

Patutkah Perempuan Memandu Kereta?



Seorang lelaki sedang memandu sebuah kereta di jalan raya..
Kelajuan kereta yang dipandunya adalah 80km/jam..
Jika pemanduannya tiba-tiba tergangu dek sebuah kereta yang berada dihadapannya yang bergerak dalam kelajuan 40km/jam..
Secara spontan dalam hatinya akan berkata, "ah, ini mesti perempuan yang bawa kereta ni"

Ataupun, jika dia memandu dan di dalam keretanya terdapat beberapa orang kawan.
"ini mesti perempuan yang bawa, kalau tak percaya korang tengok la"
Apabila memotong, mereka akan lihat pada pemandu kereta tersebut samada perempuan atau lelaki.
Dan jika betul, jawapannya adalah "Tengok, kan aku dah kata perempuan yang bawa"
Jika salah, " apa la bawa perlahan, macam perempuan "


Begitulah pandangan lelaki(walaupun bukan semua) terhadap golongan perempuan. Tidak kira dimana, di Malaysia atau di tempat-tempat lain, prasangka rterhadap pemandu perempuan adalah tinggi.
Nampak sahaja perkara yang kurang menyenangkan kaum lelaki di jalan raya, maka perempuan akan terlebih dahulu di salah anggap. Betul atau tidak nombor dua. Anggapan bahawa pemandu yang membawa ketidakselesaan kepada pemandu lain adalah pemandu perempuan berada di tempat pertama.

Sebelum aku nyatakan dahulu pendapat dan pandangan aku berkaitan patutkah perempuan memandu, apa kata kalau baca dahulu senarai kelemahan-kelemahan perempuan dan juga kehebatan-kehebatan lelaki dalam pemanduan. Senarai-senarai yang aku buat ini berdasarkan apa yang aku tahu dari sekeliling aku. Jika ada yang rasa kurang betul dengan senarai kelemahan perempuan dan kehebatan lelaki ini, boleh bagitahu aku ye..:)

Kelemahan-Kelemahan Pemanduan Seorang Perempuan .
  • Bawa kereta dengan keadaan yang sangat perlahan - Perlahan tidak salah, tetapi cuba bayangkan pada had laju 80km/jam tetapi bawa 40km/jam.Sehinggakan kenderaan di belakangnya sudah begitu banyak, tetapi masih lagi maintain dengan kelajuan yang sama.
  • Kekal di lorong kanan - Bagi jalan yang mempunyai lebih dari satu lorong, adalah biasa lorong kanan untuk memotong. Ada pemandu perempuan yang dengan muka selamba terus berada dilorong kanan walaupun dia sedar banyak kereta telah memotong dia dari kiri.
  • Tertekan - Perempuan juga ada mengalami masalah ini. Samada hendak tekan brek, kemudian tertekan minyak ataupun dalam keadaan berhenti apabila hendak buat kerja lain, kaki tertekan pedal minyak. Akibatnya.? Berlakulah kereta masuk longkang, kereta langgar divider dan macam-macam lagi.
  • Cepat mengelabah - Ini antara kelemahan perempuan yang 'bahaya'. Apabila dalam keadaan mengelabah sikit, terus tekan brek secara mengejut. So kalau macam ni, biasalah orang belakang akan marah. Kalau sempat brek ok lah, kalau orang belakang tidak sempat brek.?
  • Tukar lorong secara tiba-tiba - Tanpa signal, terus tukar lorong. Tidak dapat dipastikan samada dia sudah tengok side mirror atau tidak. Terkejut orang belakang yang sudah dekat.
  • Anggar kelajuan - Masalah anggar kelajuan bagi perempuan biasanya berlaku dalam dua keadaan, iaitu samada hendak memotong atau tidak, dan juga kelajuan semasa diselekoh, ada yang terlalu laju, ada yang selekoh tidak tajam pun tetapi tekan brek macam selekoh 90darjah je. (Ini pengalaman masa aku pergi Kedah 2 hari lepas.:)
  • Anggar jarak - Perempuan sukar menganggar jarak kenderaan mereka terutamanya pada sebelah kiri. Jika membelok ke kanan, mereka akan berasa was-was samada sebelah kiri kereta lepas atau tidak. dan tidak pelik jika perempuan mengambil masa yang lama untuk memotong sebuah motosikal.
  • Jika jalan condong - Ada sesetengah jalan yang mempunyai sudut kecondongan yang agak tinggi. Biasa jika kenderaan yang dibawa oleh perempuan akan berundur ke belakang dahulu sebelum bergerak ke hadapan. so, orang yang berada dibelakang sila pastikan jarak selamat.:)
  • Parking - Ini aku rasa antara masalah paling utama bagi perempuan. Parking dari depan mungkin tiada masalah, tetapi cuba tanya berapa ramai perempuan yang pernah parking masuk belakang dahulu.? (Aku sebenarnya respect juga la jika tengok perempuan parking masuk belakang dahulu.:)Hal ini juga berkaitan dengan kesukaran mengganggar jarak.

Kehebatan Pemanduan Seorang Lelaki.
  • Mampu membawa kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan - Mungkin juga terlupa kata-kata 'Kelajuan Membunuh'. Dan memandu secara laju juga adalah penyebab utama kemalangan jalan raya. Mangsa.? bukan pemandu itu sahaja, tetapi juga penumpang(jika ada) dan pemandu lain.
  • Keupayaan memotong kenderaan lain - Jika anda tengok kenderaan yang memotong secara membabi buta, tengoklah pada pemandunya. Aku yakin 96% kebarangkalian adalah lelaki. Antara kes paling senang meninggal di jalan raya - memotong tetapi tidak lepas. Lebih malang, penumpang dalam kenderaan yang dibawanya meninggal dan juga penumpang dalam kenderaan yang bertembung dengannya juga meninggal.
  • Memotong dari sebelah kiri - Kalau ada kes kecemasan tidak la kisah sangat. Tetapi bagi yang selalu tidak sabar, inilah jalan singkatnya. Memotong dari sebelah kiri. Tidak kira la semasa trafik jam atau ketika di atas jalan raya biasa.
  • Berlumba di jalan raya - Selalu juga baca akhbar kereta terbabas atau bertembung dengan kenderaan lain kerana berlumba di jalan raya. Kalau orang yang berlumba tu ditimpa masalah, boleh terima. Ini kasihan kepada orang lain yang tidak bersalah. Pelumba.? Mestilah lelaki kan.
  • Cilok - Aku rasa korang tiada masalah untuk memahami perkataan cilok ini. Ada juga pemandu lelaki yang memang suka cilok. Apabila dapat cilok, mereka dapat merasai kepuasan dalam pemanduan. Terasa hebat,terasa gah. Apabila berlaku kemalangan baru termenung tepi jalan.
  • Mampu mengekori kenderaan hadapan dengan jarak yang sangat dekat. Tidak dinafikan lelaki dapat mengagak dan mengekori kenderaan hadapan dengan rapat sekali. dalam satu meter pun boleh agak lagi. Jika tidak, bagaimana istilah 'cucuk angin' boleh ada dalam kamus pemanduan. Apa masalah jika mengekori terlalu rapat.? Tentu ada pernah nampak kemalangan jalan raya disebabkan kenderaan belakang melanggar kenderaan depan kan. Sebab.? Memandu terlalu dekat.
Itulah senarai kelemahan perempuan dan kehebatan lelaki dalam bab memandu yang mampu aku pikir setakat ini.
Kalau ada sesiapa yang ada idea lain, boleh bagitahu aku.:)
Sekali imbas, nampak sangat kelemahan perempuan, dan nampak juga kehebatan lelaki.
Bolehkah lelaki berbangga dengan kehebatan yang mereka ada.?
Oleh itu, cuba baca balik, dan pikir kesan pemanduan dari dari pemandu lelaki dan juga pemandu perempuan.
Kesan daripada kelemahan perempuan biasanya menyebabkan 'kemalangan kecil'.
Manakala kesan daripada kehebatan lelaki boleh menyebabkan 'kemalangan besar'. Dan biasa jika kemalangan maut berlaku adalah disebabkan sikap pemandu lelaki.

*Lau jumpa pemandu perempuan cam ni dah lama aku cabut kot...haha

Berbalik kepada persoalan di atas.,
Patutkah perempuan memandu.?
Dari pandangan aku , YA, SEMESTINYA.. 
Kerana aku tidak melihat masalah yang dibawa oleh pemandu perempuan sebagai 'besar', tetapi aku melihat kehebatan yang dibawa oleh pemandu lelaki akan menyebabkan kesan yang lebih besar dan teruk kepada pengguna jalan raya yang lain.

Tetapi seperti biasalah, dunia dikuasai oleh lelaki, apabila perempuan buat salah sikit, terus nampak.
cuba kalau lelaki buat salah, kalau boleh hendak pejam sebelah mata sahaja.
Mana boleh mengaku kalah beb, jatuh la ego seorang lelaki.
Ada apa dengan ego kalau nyawa boleh terancam..:)

Kenapa Perempuan Juga Perlu Memandu.
  • Penyebab utama kemalangan jalan raya bukanlah disebabkan 'kelemahan' perempuan, tetapi disebabkan 'kehebatan' lelaki.
  • 'Kelemahan' perempuan mungkin akan menyebabkan pengguna lain marah, tetapi 'kehebatan' lelaki mengundang risiko kemalangan yang lebih teruk. Malah juga menggadaikan nyawa orang lain yang tidak bersalah.
  • Bagi suami-isteri yang berkerja, isteri juga perlu memandu untuk memudahkan urusan keduanya. Cuba bayangkan jika suami kena ambil isteri dari tempat kerja, kena hantar anak, kena ambil anak, beli barang-barang dapur. Nanti suami juga yang mengeluh, sebab itulah isteri(perempuan) pun patut dibenarkan memandu.
  • Bagi perempuan yang pergi kerja berseorangan (bujang), takkan la setiap kali hendak pergi kerja hendak guna teksi atau bas. Kalau asyik tumpang orang lelaki ke tempat kerja kan skandal pula jadinya.:)
  • Perempuan juga hendak bersiar-siar bersama kawan-kawan perempuan. So mereka kena la memandu. Kan jika lelaki jadi pemandu dan perempuan hendak pergi shopping, baru tahu bosan menunggu.:)
  • Perempuan sekarang mampu untuk beli kereta sendiri, kenapa hendak halang mereka guna apa yang mereka beli.?:)
Jika ada yang memperlekehkan perempuan yang memandu, senang sahaja jawapannya.
Kekurangan perempuan mungkin akan membuat pengguna jalan raya lain marah, tetapi kehebatan lelaki akan meningkatkan risiko kehilangan nyawa di jalan raya.
Kemudian tanya kepada yang bertanya. Anda hendak jadi mangsa kelemahan perempuan atau anda hendak jadi mangsa kehebatan lelaki.?..:)

Senarai Boleh Percaya atau Tidak.?
1. Kebanyakan lelaki yang tidak menyukai perempuan yang memandu adalah lelaki bujang.
2. Ada juga perempuan juga tidak suka perempuan yang memandu, sedangkan dia juga memandu.
3. Perempuan juga ada ketikanya memandu dengan sangat laju, terutamanya apabila jalan lurus.
4. Lelaki dan perempuan boleh menjawab panggilan telefon ketika memandu, tetapi lelaki juga boleh membalas sms ketika memandu, perempuan jarang sangat aku rasa.

Walau bagaimanapun, ada perkara yang tidak dapat disangkal.
Secara keseluruhannya, pemandu lelaki adalah lebih cekap berbanding perempuan.
Lelaki lebih cekap kerana lelaki lebih praktikal. Kerana ini boleh dikatakan 'bidang' lelaki.
Perempuan kurang cekap kerana mereka lebih kepada 'bidang' lain.
Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membenarkan perempuan memandu.

p/s: Terpikir juga aku, kalaulah lelaki tidak dibenarkan memandu, dan di Malaysia ini perempuan sahaja yang memandu.
Aku rasa kehilangan nyawa disebabkan kemalangan jalan raya akan turun mendadak.
cuma yang berlaku adalah kereta akan mengalami calar balar yang teruk..:)




Read more...