Thursday, July 18, 2013

Masalah Lupa : Kenapa, Punca dan Cara Untuk Mengatasinya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hana :
assalammualaikum ckgu..!
hana nk tnye n nk mntak tlg dr ckgu..hana nie ade satu msalah yg hana x dpt nk slesaikan dr dlu lagi..iaitu msalah untk mengingati sbjek yg hana dah blajar..stiap kali hana bt revision dlm 2-4 hri tu ingt lagi lah tapi bla smpai jew hari pperksaan mse nk jwb tu tros blank!hana tros lpew ape yg hana blajar..hana rsau laa ckgu,law hana x dpt nk atasi msalah ni cm ner hana nk tmpuh PMR thn ni..!!tlg hana ckgu..
Farah :
cgu,cmna nk tnamkn minat utk study sbject sejarah? sya memg tak minat ngn sbject 2..thn ney sya amek spm..wlaupun sya baca,tp sya mudah lupa la..hrp cgu bantu..
Erylia :
Sy ni student fom 3..sy nk tahu tips utk mdh igt ilmu yg cikgu2 kasi..sy harap cikgu leh tolong.kalau boleh,,ada x ayt2 quran yg boleh sy amal??
Emal :
salam….cikgu,saya form5…jadi tahun ni saye akn ambik pekse spm….takut sangat…camne tak nak kasi gemuruh bile time exam tibe????dan ada tak tips nak cepat ingat dlm pelajaran???sebab saya ambik aliran bahasa arab….susah nak hafal bile perkataan tu susah…hehehe…tolong please….wasalam…
Luahan-luahan di atas menunjukkan masalah lupa ini amat serius dan membimbangkan diri pelajar itu sendiri. Jika masalah ini tidak di atasi dengan segera ia boleh menyebabkan prestasi seseorang pelajar itu terjejas.
Oleh itu, melalui kalam ini KAM cuba sedaya upaya untuk memberi beberapa kaedah atau cara bagaimana untuk mengatasi masalah lupa ini agar ianya bermanfaat kepada semua pelajar. Kaedah atau cara ini adalah hasil rujukan beberapa buah buku dan juga laman web lain. Semoga ianya berguna buat anda.
Kenapa Mudah Lupa
  • Mempunyai sikap sambil lewa
  • Tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
  • Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar
  • Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik
Perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa
  • Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Pelajar yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
  • Sering bercakap bohong : Pelajar yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
  • Selalu mungkir janji : Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.
  • Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar itu hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang pelajar itu.
Cara untuk mengatasi masalah lupa
  • Jangan abaikan solat lima waktu
  • Perbanyakkan solat sunat
  • Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal
Manakala terdapat beberapa cara agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan lama dalam aspek pelajaran.
  • Mengulangkaji Pelajaran : Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda.
  • Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota : Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.
  • Gunakan pelbagai jenis carta : Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran.
  • Kaedah bayangan : Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.
  • Mengulang dan mengingat kembali : Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya berulang kali.
  • Kurangkan teks : Jadikan ia gambar dan kata kunci.
  • Selalu rujuk kamus : Bagi pelajar yang mengambil aliran bahasa arab, hendaklah selalu berkawan dengan kamus dan menghafaz sekurang-kurangnya 5 patah perkataan sehari.

No comments:

Post a Comment