Ramadan yang menjelma pada setiap tahun merupakan bulan yang sangat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam dengan berbagai persiapan sama ada dari segi mental mahu pun fizikal mereka. Kedatangan Ramadan adalah membawa satu ibadah khusus buat umat Islam iaitu diwajibkan berpuasa.
Berpuasa ialah dengan menahan diri dari lapar dan dahaga serta mengawal semua pancaindera daripada berbuat perkara yang dilarang di samping mengekang nafsu syahwat.
Berpuasa yang mengikut sunah adalah satu ibadah seperti dalam sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan sunahku ketika umatku rosak maka baginya mendapat pahala seratus orang mati syahid”.
Amalan Sunah Terpenting Pada Bulan Ramadan
- Mengucapkan “Marhaban ya Ramadan”.
- Niat berpuasa sebulan pada malam pertama dan seterusnya berniat pada tiap-tiap malam berikutnya.
- Solat Isyak berjemaah di masjid / surau
- Solat Tarawih 20 rakaat diikuti solat Witir 3 rakaat.
- Tadarus membaca al-Quran dengan bersemak dan berturut-turut juzuk.
- Sebelum tidur malam membaca empat ayat terakhir surah al-Kahfi, supaya dikejutkan bangun jam 4.00 pagi.
- Bangun jam 4.00 pagi untuk Qiamullail ringan (Solat Tahajjud, solat Taubat dan solat Hajat) selama setengah jam.
- Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
- Jam 5.00 – 5.15 pagi makan sahur.
- Jangan tidur sesudah sahur
- Solat Subuh berjemaah di masjid
- Tadarus pendek selepas Subuh
- Apabila matahari tinggi segalah, lakukan solat sunat Isyrak
- Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera dari melakukan dosa.
- Tunaikan solat sunat Dhuha antara jam 8-11 pagi.
- Lakukan solat sunat Kafarah Baul 2 rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah al-Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
- Jam 12.00 tengahari tidur Qailullah selama ½ - 1 jam (ganti berjaga satu jam pada waktu sahur).
- Solat Zuhur berjemaah.
- Tadarus pendek selepas Zuhur.
- Sebelah petang kaum ibu menyediakan juadah berbuka puasa.
- Solat Asar berjemaah di masjid.
- Masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan atau kelalaian. Sebaik-baiknya digunakan utnukmengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab untuk berdoa.
- Berbuka ala kadar dengan minuman yang belum dipanaskan api dan buah kurma atau buah tempatan. Segera solat Maghrib berjemaah di masjid.
- Makan malam bersama keluarga.
- Bersiap sedia untuk pergi ke masjid menunaikan solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah.
Dipetik daripada Ramadan Tiba Lagi, terbitan Yamani Angle
No comments:
Post a Comment