Thursday, July 18, 2013

JIKA BENAR BICARA MU



Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka. 

Di mana-mana selalu nampak ayat ini. Betulkah begitu? Apa maksudnya? Kenapa pula? Kenapa pula orang lain yang buat dosa, orang lain pula yang perlu tanggung? Kita perlu kritikal membaca.

Di akhirat, 1 lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. Ibunya
2. Isterinya
3. Anak Perempuannya
4. Saudara Perempuannya

Manakala 1 wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki :

1. Suaminya
2. Ayahnya
3. Anak lelakinya
4. Saudara lelakinya

Perlu faham.

Dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak perempuan ditanggung sendiri. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidikisteri dan anak ke jalan yang benar iaitu Islam seperti ayat 164, surah Al-An’am.

“Katakanlah: “(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; 

dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.”

Dahsyatnya seorang wanita ciptaan Allah SWT yang Maha Hebat. Tangan yang menghayun buaian mampu menjadi tiket kepada lelaki sama ada ke neraka atau syurga.

TIKET KE SYURGA 

Wanita solehah tidak keluar rumah melainkan keizinan suami dan urusan mustahak. Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya sebagai langkah berhati-hati. Para sahabiyah RA tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan-jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah.

Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas. Dengan berjihad dan syahid di jalan Allah.

TIKET KE NERAKA

Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka kepada pandangan umum. Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj (berhias diri) kecuali untuk suaminya sendiri.

Firman Allah SWT : “Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah”.(surah al-Ahzab : 33) 

Ya. Memang benar. Islam itu mudah, tetapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam.

Kalau kita sayang ayah atau suami. Berubahlah. Berhijrahlah ke arah lebih baik.

Wahai para suami, peringatkan isterimu. Sekiranya diri mereka terlupa untuk berhijrah ke arah jalan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment