Seorang lelaki sedang memandu sebuah kereta di jalan raya..
Kelajuan kereta yang dipandunya adalah 80km/jam..
Jika pemanduannya tiba-tiba tergangu dek sebuah kereta yang berada dihadapannya yang bergerak dalam kelajuan 40km/jam..
Secara spontan dalam hatinya akan berkata, "ah, ini mesti perempuan yang bawa kereta ni"
Ataupun, jika dia memandu dan di dalam keretanya terdapat beberapa orang kawan.
"ini mesti perempuan yang bawa, kalau tak percaya korang tengok la"
Apabila memotong, mereka akan lihat pada pemandu kereta tersebut samada perempuan atau lelaki.
Dan jika betul, jawapannya adalah "Tengok, kan aku dah kata perempuan yang bawa"
Jika salah, " apa la bawa perlahan, macam perempuan "
Begitulah pandangan lelaki(walaupun bukan semua) terhadap golongan perempuan. Tidak kira dimana, di Malaysia atau di tempat-tempat lain, prasangka rterhadap pemandu perempuan adalah tinggi.
Nampak sahaja perkara yang kurang menyenangkan kaum lelaki di jalan raya, maka perempuan akan terlebih dahulu di salah anggap. Betul atau tidak nombor dua. Anggapan bahawa pemandu yang membawa ketidakselesaan kepada pemandu lain adalah pemandu perempuan berada di tempat pertama.
Sebelum aku nyatakan dahulu pendapat dan pandangan aku berkaitan patutkah perempuan memandu, apa kata kalau baca dahulu senarai kelemahan-kelemahan perempuan dan juga kehebatan-kehebatan lelaki dalam pemanduan. Senarai-senarai yang aku buat ini berdasarkan apa yang aku tahu dari sekeliling aku. Jika ada yang rasa kurang betul dengan senarai kelemahan perempuan dan kehebatan lelaki ini, boleh bagitahu aku ye..:)
Kelemahan-Kelemahan Pemanduan Seorang Perempuan .
- Bawa kereta dengan keadaan yang sangat perlahan - Perlahan tidak salah, tetapi cuba bayangkan pada had laju 80km/jam tetapi bawa 40km/jam.Sehinggakan kenderaan di belakangnya sudah begitu banyak, tetapi masih lagi maintain dengan kelajuan yang sama.
- Kekal di lorong kanan - Bagi jalan yang mempunyai lebih dari satu lorong, adalah biasa lorong kanan untuk memotong. Ada pemandu perempuan yang dengan muka selamba terus berada dilorong kanan walaupun dia sedar banyak kereta telah memotong dia dari kiri.
- Tertekan - Perempuan juga ada mengalami masalah ini. Samada hendak tekan brek, kemudian tertekan minyak ataupun dalam keadaan berhenti apabila hendak buat kerja lain, kaki tertekan pedal minyak. Akibatnya.? Berlakulah kereta masuk longkang, kereta langgar divider dan macam-macam lagi.
- Cepat mengelabah - Ini antara kelemahan perempuan yang 'bahaya'. Apabila dalam keadaan mengelabah sikit, terus tekan brek secara mengejut. So kalau macam ni, biasalah orang belakang akan marah. Kalau sempat brek ok lah, kalau orang belakang tidak sempat brek.?
- Tukar lorong secara tiba-tiba - Tanpa signal, terus tukar lorong. Tidak dapat dipastikan samada dia sudah tengok side mirror atau tidak. Terkejut orang belakang yang sudah dekat.
- Anggar kelajuan - Masalah anggar kelajuan bagi perempuan biasanya berlaku dalam dua keadaan, iaitu samada hendak memotong atau tidak, dan juga kelajuan semasa diselekoh, ada yang terlalu laju, ada yang selekoh tidak tajam pun tetapi tekan brek macam selekoh 90darjah je. (Ini pengalaman masa aku pergi Kedah 2 hari lepas.:)
- Anggar jarak - Perempuan sukar menganggar jarak kenderaan mereka terutamanya pada sebelah kiri. Jika membelok ke kanan, mereka akan berasa was-was samada sebelah kiri kereta lepas atau tidak. dan tidak pelik jika perempuan mengambil masa yang lama untuk memotong sebuah motosikal.
- Jika jalan condong - Ada sesetengah jalan yang mempunyai sudut kecondongan yang agak tinggi. Biasa jika kenderaan yang dibawa oleh perempuan akan berundur ke belakang dahulu sebelum bergerak ke hadapan. so, orang yang berada dibelakang sila pastikan jarak selamat.:)
- Parking - Ini aku rasa antara masalah paling utama bagi perempuan. Parking dari depan mungkin tiada masalah, tetapi cuba tanya berapa ramai perempuan yang pernah parking masuk belakang dahulu.? (Aku sebenarnya respect juga la jika tengok perempuan parking masuk belakang dahulu.:)Hal ini juga berkaitan dengan kesukaran mengganggar jarak.
Kehebatan Pemanduan Seorang Lelaki.
- Mampu membawa kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan - Mungkin juga terlupa kata-kata 'Kelajuan Membunuh'. Dan memandu secara laju juga adalah penyebab utama kemalangan jalan raya. Mangsa.? bukan pemandu itu sahaja, tetapi juga penumpang(jika ada) dan pemandu lain.
- Keupayaan memotong kenderaan lain - Jika anda tengok kenderaan yang memotong secara membabi buta, tengoklah pada pemandunya. Aku yakin 96% kebarangkalian adalah lelaki. Antara kes paling senang meninggal di jalan raya - memotong tetapi tidak lepas. Lebih malang, penumpang dalam kenderaan yang dibawanya meninggal dan juga penumpang dalam kenderaan yang bertembung dengannya juga meninggal.
- Memotong dari sebelah kiri - Kalau ada kes kecemasan tidak la kisah sangat. Tetapi bagi yang selalu tidak sabar, inilah jalan singkatnya. Memotong dari sebelah kiri. Tidak kira la semasa trafik jam atau ketika di atas jalan raya biasa.
- Berlumba di jalan raya - Selalu juga baca akhbar kereta terbabas atau bertembung dengan kenderaan lain kerana berlumba di jalan raya. Kalau orang yang berlumba tu ditimpa masalah, boleh terima. Ini kasihan kepada orang lain yang tidak bersalah. Pelumba.? Mestilah lelaki kan.
- Cilok - Aku rasa korang tiada masalah untuk memahami perkataan cilok ini. Ada juga pemandu lelaki yang memang suka cilok. Apabila dapat cilok, mereka dapat merasai kepuasan dalam pemanduan. Terasa hebat,terasa gah. Apabila berlaku kemalangan baru termenung tepi jalan.
- Mampu mengekori kenderaan hadapan dengan jarak yang sangat dekat. Tidak dinafikan lelaki dapat mengagak dan mengekori kenderaan hadapan dengan rapat sekali. dalam satu meter pun boleh agak lagi. Jika tidak, bagaimana istilah 'cucuk angin' boleh ada dalam kamus pemanduan. Apa masalah jika mengekori terlalu rapat.? Tentu ada pernah nampak kemalangan jalan raya disebabkan kenderaan belakang melanggar kenderaan depan kan. Sebab.? Memandu terlalu dekat.
Itulah senarai kelemahan perempuan dan kehebatan lelaki dalam bab memandu yang mampu aku pikir setakat ini.
Kalau ada sesiapa yang ada idea lain, boleh bagitahu aku.:)
Sekali imbas, nampak sangat kelemahan perempuan, dan nampak juga kehebatan lelaki.
Bolehkah lelaki berbangga dengan kehebatan yang mereka ada.?
Oleh itu, cuba baca balik, dan pikir kesan pemanduan dari dari pemandu lelaki dan juga pemandu perempuan.
Kesan daripada kelemahan perempuan biasanya menyebabkan 'kemalangan kecil'.
Manakala kesan daripada kehebatan lelaki boleh menyebabkan 'kemalangan besar'. Dan biasa jika kemalangan maut berlaku adalah disebabkan sikap pemandu lelaki.
*Lau jumpa pemandu perempuan cam ni dah lama aku cabut kot...haha
Berbalik kepada persoalan di atas.,
Patutkah perempuan memandu.?
Dari pandangan aku , YA, SEMESTINYA..
Kerana aku tidak melihat masalah yang dibawa oleh pemandu perempuan sebagai 'besar', tetapi aku melihat kehebatan yang dibawa oleh pemandu lelaki akan menyebabkan kesan yang lebih besar dan teruk kepada pengguna jalan raya yang lain.
Tetapi seperti biasalah, dunia dikuasai oleh lelaki, apabila perempuan buat salah sikit, terus nampak.
cuba kalau lelaki buat salah, kalau boleh hendak pejam sebelah mata sahaja.
Mana boleh mengaku kalah beb, jatuh la ego seorang lelaki.
Ada apa dengan ego kalau nyawa boleh terancam..:)
Kenapa Perempuan Juga Perlu Memandu.
- Penyebab utama kemalangan jalan raya bukanlah disebabkan 'kelemahan' perempuan, tetapi disebabkan 'kehebatan' lelaki.
- 'Kelemahan' perempuan mungkin akan menyebabkan pengguna lain marah, tetapi 'kehebatan' lelaki mengundang risiko kemalangan yang lebih teruk. Malah juga menggadaikan nyawa orang lain yang tidak bersalah.
- Bagi suami-isteri yang berkerja, isteri juga perlu memandu untuk memudahkan urusan keduanya. Cuba bayangkan jika suami kena ambil isteri dari tempat kerja, kena hantar anak, kena ambil anak, beli barang-barang dapur. Nanti suami juga yang mengeluh, sebab itulah isteri(perempuan) pun patut dibenarkan memandu.
- Bagi perempuan yang pergi kerja berseorangan (bujang), takkan la setiap kali hendak pergi kerja hendak guna teksi atau bas. Kalau asyik tumpang orang lelaki ke tempat kerja kan skandal pula jadinya.:)
- Perempuan juga hendak bersiar-siar bersama kawan-kawan perempuan. So mereka kena la memandu. Kan jika lelaki jadi pemandu dan perempuan hendak pergi shopping, baru tahu bosan menunggu.:)
- Perempuan sekarang mampu untuk beli kereta sendiri, kenapa hendak halang mereka guna apa yang mereka beli.?:)
Jika ada yang memperlekehkan perempuan yang memandu, senang sahaja jawapannya.
Kekurangan perempuan mungkin akan membuat pengguna jalan raya lain marah, tetapi kehebatan lelaki akan meningkatkan risiko kehilangan nyawa di jalan raya.
Kemudian tanya kepada yang bertanya. Anda hendak jadi mangsa kelemahan perempuan atau anda hendak jadi mangsa kehebatan lelaki.?..:)
Senarai Boleh Percaya atau Tidak.?
1. Kebanyakan lelaki yang tidak menyukai perempuan yang memandu adalah lelaki bujang.
2. Ada juga perempuan juga tidak suka perempuan yang memandu, sedangkan dia juga memandu.
3. Perempuan juga ada ketikanya memandu dengan sangat laju, terutamanya apabila jalan lurus.
4. Lelaki dan perempuan boleh menjawab panggilan telefon ketika memandu, tetapi lelaki juga boleh membalas sms ketika memandu, perempuan jarang sangat aku rasa.
Walau bagaimanapun, ada perkara yang tidak dapat disangkal.
Secara keseluruhannya, pemandu lelaki adalah lebih cekap berbanding perempuan.
Lelaki lebih cekap kerana lelaki lebih praktikal. Kerana ini boleh dikatakan 'bidang' lelaki.
Perempuan kurang cekap kerana mereka lebih kepada 'bidang' lain.
Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membenarkan perempuan memandu.
p/s: Terpikir juga aku, kalaulah lelaki tidak dibenarkan memandu, dan di Malaysia ini perempuan sahaja yang memandu.
Aku rasa kehilangan nyawa disebabkan kemalangan jalan raya akan turun mendadak.
cuma yang berlaku adalah kereta akan mengalami calar balar yang teruk..:)
No comments:
Post a Comment