Thursday, August 7, 2014

Bahaya Memendam Emosi


Memendam emosi atau perasaan tidak hanya memberi kesan kepada gangguan psikologi (emosi) tetapi juga dapat memberi kesan langsung kepada gangguan kesihatan tubuh (fizikal). Ada beberapa penyakit yang terjadi jika kita sering memendam emosi.

Emosi dan perasaan trauma yang tidak ditangani dengan baik, lama-kelamaan berpotensi menimbulkan penyakit. Ini kerana orang yang emosinya 'kacau' automatik sistem imun tubuhnya turun, nafas tinggi rendah (tidak stabil), suhu tubuh naik, depresi atau nampak lebih tua, juga emosi negatifnya lama-lama memberi kesan kepada bahagian-bahagian tubuh lain.

Berikut beberapa penyakit yang berhubungan dengan emosi, iaitu:

1. Alergi, kerana penyangkalan akan kekuatan dan kemampuan diri.
2. Radang sendi, kerana perasaan tidak dicintai, ditolak dan perasaan dikorbankan.
3. Demam, kerana perasaan marah yang tidak mampu diekpresikan.
4. Buah pinggang, kerana kekecewaan, perasaan gagal, rasa malu yang ditekan.
5. Ulcer, kerana takut, cemas, perasaan tidak puas pada diri sendiri.
6. Penyakit paru-paru, kerana putus asa, kelelahan emosional, luka batin.
7. Sakit belakang, kerana ketakutan akan wang, merasa dibebani.
8. Sakit pinggang, kerana rasa tidak dicintai, perlu kasih sayang.
9. Jantung, kerana rasa kesepian, merasa tidak berharga, takut gagal dan marah.
10. Kanser, kerana kebencian terpendam atau makan hati yang bertahun.
11. Diabetes, kerana keras kepala, tidak mahu disalahkan.
12. Glaukoma, kerana tekanan dari masa lalu dan tidak mampu memaafkan.
13. Jerawat, kerana tidak menerima diri sendiri, tidak suka pada diri sendiri.
14. Kejang, kerana ingin dicintai dan disayangi, bperlu dipeluk dan kebersamaan.
15. Obesiti, kerana takut, ingin dilindungi, kemarahan terpendam, tidak mahu memaafkan.
16. Rabun jauh, kerana takut akan masa depan.
17. Rabun dekat, kerana tidak mampu memaafkan masa lalu.
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment