Tuesday, May 14, 2013

Ada Apa Dengan Pisang ?

Rahsia Kelebihan Dan Kebaikan Buah Pisang

Buah Pisangmerupakan buah-buahantropikayang mudah kita temui di Malaysia.Selain itu, harganya pun juga agak murah berbanding dengan buah-buahan lainnya.
Namun, mungkin anda tidak menduga bahawa sesederhanabuah pisangyang biasa diketemu sehari-hari itu ternyata memiliki seribu macam manfaat,
mulai dari perlindungankardiovaskuler,menjaga kesihatan mata,memperbaiki tulang, sehinggalah berupayamencegah kanserbuah pinggang.

Berikut adalah senarai manfaat dan khasiat buah pisang:


Perlindungan Kardiovaskuler

Pisangadalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati.
Rata-rata, pisang yang terdiri daripada 467 mg potasium dan 1 mg sodium, boleh membantu pencegahan tekanan darah tinggi dan atherosclerosis.
Sebuah penyelidikan yang ditulis di Archives of Internal Medicine mendedahkan bahawa makanan dengan serat tinggi, seperti pisang,membantu penyakit hati.
Penyelidikan sepanjang 19 tahun menunjukkan bahawa orang yang makan banyak serat, sekitar 21 gram sehari, mempunyai kadar penyakit jantung koroner 12% lebih sedikit, dan 11% penyakitkardiovaskulerlebih sedikit berbandingkan dengan yang memakan serat sedikit (5 gram sehari).

Menjaga Kesihatan Mata

Ketika kecil, orang tua anda tentunya menyuruh untuk banyak makan karot supaya mata kita sentiasa sihat dan baik.
Namun, sebagai orang dewasa, buah-buahan merupakan sumber lebih penting dalam menjaga kesihatan mata.
Studio yang terdiri daripada 100,000 orang peserta yang diminta mengkonsumsi buah, sayuran, vitamin antioksidan A, C dan E, serta carotenoid untuk menilai pembentukan penyakit mata ARMD, menunjukkan bahawa konsumsi sayuran, vitamin antioksidan dan carotenoid tidak berkaitan dengan penyakit tersebut.
Sementara itu, konsumsi buah-buahan menunjukkan perlindungan terhadap penyakit mata yang kuat ini.

Memperbaiki Tulang

Mengkonsumsipisangsecara rutin akan membantu tubuh andamenyerap kalsiumsecara lebih baik.Pisangmengandungi banyakfruktooligosakarida, yang merupakanprebiotikataubakteriayang baik bagi usus besar anda.
Bakteria ini mengeluarkanenzimsertavitaminyang meningkatkan kemampuan penyerapan nutrisi serta melindungi terhadapmikroorganism jahat.
Kemampuan tubuh untuk menyerapkalsiumjuga menjadi lebih baik, sehingga bagus untuk tulang. Selain itu, risikokanser ususjuga berkurangan.

Menyihatkan Ginjal

Penyelidikan dariInternational Journal of Cancermenunjukkan bahawa konsumsibuahdansayuran, terutamapisang, secara berkala bolehmelindungi tubuh.
Penyelidikan selama 13.4 tahun merangkumi penduduk yang terdiri daripada 61,000 wanita usia 40-76 menunjukkan bahawa wanita yang memakan lebih daripada 75buahdansayuransebulan (atau 2.5 se hari)mengurangkan risiko kanser buah pinggangsebanyak 40%. Di antara buah-buahan lain, pisanglah yang paling melindungi.
BEBERAPA TIPS TAMBAHAN:
  • Makanlahpisangyang buahnya benar-benar matang, kerana semakin matang buahnya, maka levelantioksidannya juga semakin tinggi. (Penyelidikan Universiti Innbruck Austria)
  • Jika anda ingin mempercepat proses matangnya, maka taruh pisang dalam sebuah paper bag atau bungkus dengan akhbar
  • Selain dimakan biasa atau menjadi salad, sandwic atau kerepekpisangdengan mentega kacang dan madu juga merupakan hidangan yang lazat.
  • Selain itu, anda juga boleh menghidangkannya dengan cara dipotong-potong kecil dan dimasukkan ke sarapan oatmeal bersama susu segar anda.


Sumber http://hafizamri.com/ada-apa-dengan-pisang/

No comments:

Post a Comment