Tuesday, May 14, 2013

Keburukan Menangguhkan Tugasan

8134221273_9a523ae342
Sikap suka menangguhkan kerja memang boleh wujud dalam diri manusia. Terpulang pada individu bagaimana hendak mengawal sikap tersebut dan mengubah perlakuan demikian dengan menjadi lebih berdisplin. Berikut merupakan antara kesan suka menangguhkan kerja.
  • Beban kerja akan bertambah banyak. Oleh itu, anda sukar mencari masa untuk menyelesaikan tugasan dengan cepat dan cekap.
  • menyebabkan stress dalam diri anda. Hal ini kerana, kerja yang banyak akan menyebabkan anda tertekan dan tidak tahu hendak menyelesaikan mana satu dahulu.
  • menunjukkan personaliti diri yang kurang baik. Ia bermaksud sikap suka menangguhkan kerja akan menunjukkan anda seorang yang tidak cekap ketika melakukan tugasan.
  • Di pandang remeh oleh segelintir orang. Ada sesetengah orang tidak suka suka terhadap individu yang suka menangguhkan kerja. Bayangkan jika orang tersebut adalah majikan anda, apa bakal berlaku?
  • Hasil kerja kurang berkualiti. Biasanya, kerja yang disiapkan “Last Minutes” atau keadaan yang tergesa-tergesa tidak akan memberikan hasil yang baik seperti yang diharapkan.
  • Tugasan mungkin tidak dapat disiapkan. Hal ini bermaksud, kemungkinan kerja tersebut tidak dapat disiapkan pada waktu yang tepat.
  • Kerjasama sukar diwujudkan. jika seseorang suka menangguhkan kerja, orang lain sukar untuk mewujudkan kerjasama dengan individu tersebut. Hal ini kerana, kerjasama memerlukan individu yang berdisplin ketika membuat tugasan.
Oleh yang demikian, kita harus cuba menyelesaikan tugasan kita dan elakkan daripada sikap bertangguh. Mungkin kadang-kala kita sibuk sehingga menyebabkan banyak perkara tidak dapat diselesaikan. Dalam hal ini, kita harus tahu mencari masa untuk menyiapkan tugasan kita.


Sumber http://hafizamri.com/keburukan-menangguhkan-tugasan/