Friday, March 8, 2013

TERKINI: ‘Jeneral’ Tentera Sulu Terbunuh, Penceroboh Mati Meningkat 52 Orang

TERKINI: 'Jeneral' Tentera Sulu Terbunuh, Jumlah Penceroboh Mati Meningkat 52 Orang

TERKINI: ‘Jeneral’ Tentera Sulu Terbunuh, Penceroboh Mati Meningkat 52 Orang


LAHAD DATU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang dibunuh dalam Op Daulat ialah seramai 52 orang.
Jumlah itu termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.
Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah.
. (Berita Lanjut Akan Menyusul)
* gambar di atas antara penceroboh Sulu yang berjaya ditembak mati

Read more...

‘Jeneral’ Tentera Sulu Terbunuh, Penceroboh Mati Meningkat 52 Orang

TERKINI: 'Jeneral' Tentera Sulu Terbunuh, Jumlah Penceroboh Mati Meningkat 52 Orang

TERKINI: ‘Jeneral’ Tentera Sulu Terbunuh, Penceroboh Mati Meningkat 52 Orang

    March 7, 2013


5366
 
17
 
0
 

LAHAD DATU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang dibunuh dalam Op Daulat ialah seramai 52 orang.
Jumlah itu termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.
Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah.
. (Berita Lanjut Akan Menyusul)
* gambar di atas antara penceroboh Sulu yang berjaya ditembak mati

Read more...

Suluk Sabah Kutuk Penceroboh

Suluk Sabah Kutuk Penceroboh

Suluk Sabah Kutuk Penceroboh




LAHAD DATU  - Etnik Suluk di Sabah mengutuk tindakan kumpulan militan yang menceroboh negara dan berkubu di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira 130 kilometer dari sini sejak 12 Februari lepas.
Mereka membantah pencerobohan itu sambil melafazkan ikrar taat setia kepada kerajaan persekutuan dan negeri.
Mereka juga berikrar tidak akan membantu penceroboh militan itu yang datang dari selatan Filipina.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada sidang akhbar selepas meninjau dan mendengar taklimat Op Daulat, berkata ikrar itu terkandung dalam memorandum yang diserah kepadanya oleh pemimpin Masyarakat Etnik Suluk Sabah, pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) Suluk Sabah dan pemimpin akar umbi Suluk Sabah di Tawau, hari ini.
Dalam memorandum yang diserah wakil kumpulan pemimpin itu, Datuk Abdul Rahman Ismail, mereka juga melafazkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sabah serta menjunjung tinggi perlembagaan Malaysia dan perlembagaan Sabah.
Kumpulan itu juga melafazkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.
Etnik Suluk Sabah itu juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan pimpinan perdana menteri kerana menjaga kebajikan mereka selama ini sehingga taraf hidup mereka semakin meningkat.
Etnik Suluk Sabah itu juga menjelaskan kepada Perdana Menteri bahawa mereka turut terkilan, terkejut dan sedih dengan kejadian pencerobohan militan bersenjata itu.
Mereka menentang sekeras-kerasnya dakwaan dan tuntutan pihak-pihak tertentu bahawa negeri Sabah ini adalah sebahagian negara jiran dan menyokong tindakan kerajaan Malaysia membanteras kumpulan itu.
Mereka turut merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban akibat perbuatan penceroboh itu.
Mereka menegaskan keturunan mereka di Sabah dan negara jiran adalah bukan golongan ganas, kecuali golongan kecil yang telah terpesong daripada ajaran Islam.
Mereka turut melahirkan rasa terkilan terhadap kenyataan biadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan pemimpin pembangkang yang mendakwa kejadian pencerobohan itu sebagai sandiwara UMNO.
Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti dalang sama ada di dalam mahupun di luar negara yang mencetus, merancang, menaja dan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kejadian pencerobohan itu.
Justeru mereka meminta pihak terlibat dibawa ke muka pengadilan.
Mereka juga mahukan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap Tian Chua dan pemimpin pembangkang lain yang mempersenda pengorbanan wira-wira tanah air yang mempertahankan kedaulatan negara.
Mereka juga merayu kerajaan dan rakyat menghindarkan sebarang persepsi negatif terhadap etnik Suluk warganegara Malaysia yang cintakan keamanan. – BERNAMA

Read more...

Tiada Tanda Penceroboh Letak Senjata

ketua polis negara

Tiada Tanda Penceroboh Letak Senjata





LAHAD DATU — Belum ada tanda-tanda penceroboh militan Sulu yang berkubu di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu mahu menyerah diri dan meletak senjata mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata gerakan memburu penceroboh diteruskan dan tiada pertempuran berlaku sejak 11 pagi semalam, apabila sejumlah 31 pengganas ditembak mati.
“Selepas insiden pertempuran semalam sehingga 31 penceroboh ditembak mati, tiada tanda mereka mahu letak senjata api,” katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dari sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas ‘Op Daulat’ di Felda Sahabat semalam berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.
kiram gantung
Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter digunakan untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet-jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan.
Ismail berkata pihak keselamatan belum mengenal pasti identiti mayat seorang ketua penceroboh, dipercayai berpangkat jeneral, yang ditembak mati dalam pertempuran semalam.
Ditanya sama ada kemungkinan ketua itu ialah orang yang menggelar dirinya Raja Muda Sulu, Azimuddin Kiram, Ismail berkata: “Kami masih mengenal pasti (identiti) berdasarkan pakaian dia, tetapi beliau ialah ketua operasi pihak penceroboh.”
Ismail juga menunjukkan kepada media gambar-gambar senjata yang ditemui daripada penceroboh yang ditembak mati.
Zulkifeli pula berkata walaupun tiada pertempuran berlaku sejak semalam, ini tidak bermakna pihak musuh tidak lagi berada di kawasan itu.
“Operasi akan diteruskan,” katanya. — BERNAMA

Read more...


Saki-baki kumpulan pengganas Sultan Sulu diyakini berada dalam keadaan lemah ekoran Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah terbunuh bersama 31 anggotanya dalam pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini.

Sehingga semalam, jumlah musuh yang terbunuh sejak pertempuran bermula pada 1 Mac lalu seramai 52 orang. Bagi pihak pasukan keselamatan pula seramai lapan pejuang negara gugur.

Bagaimanapun, dalam pertempuran terbaharu kelmarin dan semalam, tiada kematian atau kecederaan dialami pihak pasukan keselamatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, 31 daripada pengganas termasuk seorang ketua puak musuh yang berpangkat Jeneral maut dalam pertempuran yang berlaku di Kampung Tanjung Batu petang kelmarin.

Seorang lagi pengganas berjaya ditembak mati pasukan keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada pukul 11 pagi semalam.

"Sejak petang semalam (kelmarin) hingga pukul 11 pagi ini (semalam) pasukan keselamatan terlibat dalam beberapa pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan sekitar Kampung Tanduo," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan status seorang Jeneral yang terbunuh ialah Azzumuddie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.

"Setakat ini kita belum dapat mengesahkan identiti Jeneral yang terbunuh berikutan keadaan yang berisiko dan membahayakan anggota keselamatan bagi mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang terbunuh," kata beliau. – Kosmo

p/s: Patutlah Jamalul Kiram III tawarkan gencatan senjata, rupanya Jeneral nya dah mati kena tembak. 


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

Read more...

Cara Mengira Bil Eletrik Anda




Adakah anda tahu bagaimana cara untuk mengira berapakah anggaran bil eletrik yang perlu anda bayar pada setiap bulan? Mari kita sama-sama pelajarinya di sini. Sebagai permulaan, kita perlu mengenali apakah yang dimaksudkan dengan Tenaga (Energy, W) dan Kuasa (Power, P).
 
Tenaga = kebolehan melakukan kerja, dikira dalam unit Joule.
Kuasa = kadaran tenaga yang digunakan, dalam satu jangkamasa, dikira dalam unit Watt.
 
Rumus : P = W / t 
 
Dalam mengira bil elektrik, kita menggunakan nilai kilo-watt-hour (kWh), atau dalam bahasa Melayu disebut kilo-watt-jam (kWj). Dalam erti kata lain, kita menghitung berapa kilowatt yang digunakan dalam masa satu jam.
 
Rumus : W = P t 
 
Contoh : W = P t = (100 W) x (10 hour) = 1000 Wh @ 1000 Wj = 1 kWh @ 1 kWj
 
 
Contoh pengiraan penggunaan alatan harian dalam satu hari seperti berikut : 
 
Penggunaan : 
 
6 Lampu kalimantang 38W digunakan selama 5 jam
1 Telivision 100W digunakan selama 4 jam
2 Kipas angin 60W digunakan selama 4 jam
1 Peti sejuk 700W digunakan 24 jam
1 Iron (penggosok baju) 1000W digunakan 30 minit (0.5 jam)
1 Cerek elektrik 1000W digunakan 15 minit (0.25 jam) 
 
Pengiraan kWh 
 
Lampu    : 6 x 38 W x 5 h = 1140 Wh = 1.140 kWh
TV         : 1 x 100 x 4 = 400 Wh = 0.4 kWh
Kipas     : 2 x 60 x 4 = 480 Wh = 0.48 kWh
P.Sejuk  : 1 x 700 x 24 = 16800 Wh = 16.8 kWh
Iron       : 1 x 1000 x 0.5 = 500 Wh = 0.5 kWh
Cerek    : 1 x 1000 x 0.25 = 250 Wh = 0.25 kWh 
 
Jumlah penggunaan kWh dalam sehari adalah :
 
1.140 + 0.4 + 0.48 + 16.8 + 0.5 + 0.25 = 19.57 kWh 
 
Katakan penggunaan yang sama dilakukan selama sebulan (30 hari) maka penggunaan adalah :
 
19.57 kWh x 30 hari = 587.1 kWh 
 
Kadar bil elektrik yang perlu dibayar (ikut kadar TNB) (klik untuk jadual kadar tarif) 
 
1. 200 kWh pertama (1 - 200 kWh) = (200*21.8)/100 =  RM 43.60
2. 100 kWh seterusnya (201 - 300kWh) = (100*33.4)/100 = RM 33.40
3. 100 kWh seterusnya (301 - 400kWh) = (100*40.0)/100 = RM40.00
4. 100 kWh seterusnya (401 - 500kWh) = (100*40.2)/100 = RM 40.20
5. 100 kWh seterusnya (501 - 600kWh) = (87.10*41.6)/100 = RM 36.23 

Jumlah keseluruhan = RM 193.43

Maka, jumlah bil yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 193.43.
 
Untuk kaedah pengiraan secara atas talian, anda boleh merujuk kepada laman web TNB di sini.


Read more...

PRU13 : Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia




Adakah anda telah mendaftar sebagai pengundi?  Bagi yang telah mendaftar, anda bolehlah membuat semakan melalui laman web, SMS dan juga talian telefon. Jangan lupa untuk membaca entri ini - Adakah Anda Layak Menjadi Pengundi Dalam Pilihan Raya?

Semakan melalui laman web

1. Click link Semakan Daftar Pemilih :
- versi Bahasa Melayu


2. Masukkan No. K/P (tanpa tanda - ) dan clik SEMAK



Anda juga boleh membuat semakan lebih dari seorang. Contohnya semakan untuk diri sendiri, suami/isteri dan anak-anak. Sila click "Semakan Isi Rumah

Semakan melalui SMS



Taip SPRSEMAKNo. K/P dan hantar ke 15888

Semakan melalui talian telefon

Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Bagi anda yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :


(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686


(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri


(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara


(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
Tiada aktiviti ketika ini


(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission


(f) Senarai Penolong Pendaftar

Pihak SPR juga telah melancarkan laman web khas PRU13 pada 30 Januari 2013 yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13. Baca berita lanjut di sini.
Sila click link berikut untuk ke laman web PRU13 :
* Entri ini pernah saya terbitkan pada tahun 2011. Memandangkan PRU13 dijangka akan diadakan pada tahun ini, jadi saya re-post entri yang sama. Moga kita sama-sama dapat manfaatnya.


Read more...

Thursday, March 7, 2013

TERKINI : SULTAN SULU MOHON GENCATAN SENJATA...



Sultan Sulu Jamalul Kiram III hari ini memohon untuk melakukan gencatan senjata secara unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tangan pasukan keselamatan Malaysia di pantai timur Sabah.
Laporan media Filipina, menyebut, Jamalul berhasrat agar Malaysia mengumumkan gencatan senjata untuk mengelakkan lebih banyak kematian.
Jamalul bagaimanapun mahu pengikutnya agar terus setia kepadanya.

Sementara itu, jurucakap kesultanan tersebut Abraham Idjirani mendakwa 10 orang pengikutnya maut dan empat lagi cedera akibat serangan dalam operasi bersama pasukan polis dan tentera Malaysia pada hari Selasa dan Rabu.
Seramai 10 orang lagi ditawan pasukan Malaysia, dakwanya dalam laporan itu.


Read more...

BREAKING NEWS : ANGKA KEMATIAN TERKINI PENGGANAS SULU DIDEDAHKAN





Sebanyak 52 pengganas Sulu disahkan mati setakat ini, termasuk 32 orang dengan seorang berpangkat jeneral berjaya ditembak hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Menurut beliau, jumlah itu tidak termasuk musuh yang dilaporkan cedera manakala ada sebahagiannya telah dikebumikan.
“32 orang penceroboh telah ditembak mati di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu dalam operasi daripada jam 3 petang semalam sehingga ke hari ini. Keseluruhan musuh yang mati sejak pencerobohan Lahad Datu ini ialah seramai 52 orang,” jelas Ismail pada sidang media Ops Daulat, Khamis.
Pada masa sama beliau dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pewujudan Kawasan Keselamat Khas merangkumi pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negeri Sabah.
Kawasan khas tersebut akan berkuatkuasa serta merta dengan tambahan 5 batalion pasukan keselamatan yang ditempatkan secara tetap di Lahad Datu.
Pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) iaitu kawasan keselamatan khas di kawasan Rajang, Sarawak yang meliputi Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit.
Inisiatif ketika itu berjaya mengekang dan menghapuskan ancaman komunis di negeri itu.
Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga turut dilaporkan oleh media Filipina ABS-CBNnews.com

Read more...

Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia

 

Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia
By: Edd K. Usman
Published: February 22, 2013
MANILA, Philippines --- Moro National Liberation Front (MNLF) founding Chairman Nur Misuari yesterday appealed to Malaysia to settle the Sabah standoff peacefully and warned that his group will come to the aid of Sultan Jamalul Kiram III’s followers if blood spills.
“I hope they will not harm them. They (Kiram’s followers) are our brothers. If one drop of their blood is spilled, we might be forced to come to their aid,” Misuari said.
“Please don’t touch them, give them a friendly and brotherly treatment,” Misuari appealed.
Misuari was in Zamboanga City yesterday for the MNLF leadership meeting, which he said was attended by some 2,000 leaders from across Mindanao to discuss various issues facing the Bangsamoro people.
When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.
Misuari appealed to the prime minister to exercise prudence in dealing with the people of the sultan.
“This should be handled by cooler heads,” he said, adding it would also be good to await the coming election in April in Malaysia to see who will be the new prime minister.
Misuari also said the group of Rajah Muda could have gone to Sabah to show their impatient over their claim.
Meanwhile, an ally of Kiram appealed to the Malaysian government yesterday to extend a brotherly Islamic tolerance to the Moro group still holed up in Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
Abraham Julpa Idjirani, secretary general of the sultanate and spokesperson of Kiram III, spoke with the Manila Bulletin Thursday.
On the news report about a Friday (today) deadline said to have been issued by Malaysia for the group to leave Sabah, he did not respond specifically about it.
Rather, he reiterated that the rajah muda and his followers will not pull out from their journey home to Sabah.
“I just spoke five minutes ago to the aide-de-camp of the crown prince and also with his son. They told me they are doing fine,” said Idjirani at about 2:05 p.m. Thursday.
As he acknowledged the tolerance shown by the government of Malaysia to the Moro group who sailed to Lahad Datu on February 11, in exercise of their proprietary rights over the oil-rich island.
“We want to thank Malaysia for being tolerant to the sultan’s people,” he said.
On the other hand, he appealed to Malaysia for more tolerance to the brother Muslims.
“We appeal to Malaysia to be more patient and prolong their Islamic tolerance to their fellow Muslims,” said Idjirani.
He said in Islam, forcing people to go hungry is un-Islamic, referring to the Malaysia security forces’ blockade of food supply for the rajah muda and his group.

Read more...

Wednesday, March 6, 2013

HOT!!! #lahatDatu SULTAN KIRAM 'PANAS' DIGELAR PENGGANAS.



Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan semalam.

Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka.

“Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas,” kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM.

Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah.

Sebelum ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del Rosario bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas.

Sementara itu, Jamalul Kiram sekali menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri.

Katanya, mereka selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau berkata, adiknya dan para pengikutnya tidak akan kembali ke Filipina.

Jamalul Kiram menyatakan, beliau tidak akan mengarahkan para pengikutnya itu kembali ke tanah air.

Para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu. - Agensi



Read more...

#OpsDaulat: Menjawab Penipuan Suara Keadilan



Individu yang berdiri di sebelah DS Najib adalah Esmail Kiram II, bukan Jamalul Kiram III yang merancang pencerobohan Pengganas Sulu (bersama Pengerusi MNLF Nur Misuari) ke atas Sabah.

http://www.keadilandaily.com/isu-lahad-datu-najib-didesak-dedah-perjanjian-dengan-sultan-sulu/

Walaupun Esmail Kiram II merupakan adik bongsu kepada Jamalul Kiram III, berlaku krisis perebutan kuasa di antara mereka dalam penentuan Sultan Sulu yang sah.

Selepas kematian Sultan Punjungan Kiram pada tahun 1983, anak sulungnya iaitu Jamalul Kiram III telah ditabalkan oleh para penyokongnya sebagai Sultan Sulu. Walaubagaimanapun, kerana dia tinggal di Manila dan enggan berdiam di Jolo, bertentangan dengan adat Sulu, maka adiknya, Esmail Kiram II kemudian telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 2001.

Tiada sebarang kenyataan rasmi dari Esmail Kiram II menyatakan sokongan terhadap tindakan abangnya Jamalul Kiram III menyerang Sabah.

Nur Misuari & Jamalul Kiram III

Berkaitan tajuk 'NAJIB JANJI TANAH UNTUK TENTERA SULU' itu bukan kenyataan oleh media Filipina (mb.com.ph). Media Filipina cuma memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Nur Misuari.

When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.
http://www.mb.com.ph/article.php?aid=1201&sid=1&subid=1#.UTgTexz6UUg

Melalui tajuk dari portal mb.com.ph 'DON'T HARM SULTAN'S MEN, NUR WARNS MALAYSIA' kita boleh melihat perkaitan rapat antara Nur Misuari dan Jamalul Kiram III dalam konflik pencerobohan di Sabah.

Jika benar DS Najib menjanjikan tanah dan orang2 Sulu datang untuk menuntut janji kepada mereka, tiada sebab mereka perlu datang dengan pelbagai senjatapi.

Anwar Ibrahim & Nur Misuari
Media Filipina memetik kenyataan dari Nur Misuari yang boleh dipertikaikan kebenarannya, berbeza dengan petikan media Filipina daripada perisikan tentera mereka yang dipetik oleh agensi berita antarabangsa Reuters mengenai tawaran oleh pihak PEMBANGKANG di Malaysia:

Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.
http://www.reuters.com/article/2013/02/14/us-malaysia-philippines-idUSBRE91D0BY20130214

Siapa sebenarnya yang menjanjikan mereka tanah??? -RR/1peluru.com

Read more...

Lahat Datu : Kenapa Tentera Malaysia Diam?!

Ramai yang mendesak Kerajaan Malaysia agar mengerahkan tentera ke sana dan kini di merata-rata menggunakan medium alternative kononnya kematian komando polis yang terbunuh dari serangan penceroboh Lahat Datu, Sabah.

Ada dari suara pimpinan pembangkang duk perangat rakyat supaya Kerajaan Malaysia termelompat sehingga menyebabkan impak besar kepada situasi keamaan negara.

MENGAPAKAH POLIS, TIDAK TENTERA YANG MENGHALAU PENGANAS LAHAD DATU SABAH?
1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan – Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka.
Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu. Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana.
Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil) Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan) Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu.
Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawasan pencerobohannya­ sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu!! - Sumber
Agaknya ada orang tengah nak cuba kekuatan tentera kita ea?Siapa?Apa tujuannya?

Read more...

Fakta Yang Mungkin Anda Tak Tahu!!

DAN MUNGKIN TIDAK PERNAH TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA..
1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong..
2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis..
3. ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme..Percaya atau tidak?
4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL..Percaya atau tidak?
5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia..percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama..
6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara..
7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?
8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ?? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?
9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api.!! ini amat memalukan mereka..percaya atau tidak?
10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit dari negara2 rantau ini.. Percaya atau tidak?
11. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO..
12. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika..hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati..
13. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu..
14. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf..
15. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet singapore sering menceroboh ruang udara johor.. mereka melakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg terlibat telah dipecat kerana insiden itu..- sumber

Read more...

Gambar Orang Sulu yang menyamar Orang Awam di Tangkap!!

Inilah dia diantara makhluk makhluk yang terlibat menceroboh tanahair kita sehinggakan menyaksikan 8 orang anggota keselamatan negara ini terkorban...!

Read more...

PENGGANAS SULU AMALKAN ILMU HITAM



Seorang pengganas Sulu yang dibunuh oleh penduduk setempat di Semporna baru-baru ini tidak hanya mendedahkan wujudnya penyertaan militan dari Selatan Filipina dalam kes pencerobohan Sabah malah tangkal yang dipakai lelaki yang mati itu menunjukkan amalan ilmu hitam dijadikan sandaran untuk menambah keyakinan di medan tempur.


Dalam kejadian di Kampung Sri Jaya, Simunul itu selepas serangan hendap oleh pengganas Sulu yang mengorbankan 6 nyawa anggota keselamatan negara, penduduk setempat yang kebanyakannya keturunan Sulu telah mengambil tindakan drastik membelasah dan membunuh seorang pengikut MNLF bersenjatakan M16 yang mengaku telah membunuh 6 polis tersebut.


MNLF yang diketuai Nur Misuari merupakan penyokong kuat Jamalul Kiram III yang didakwa sebagai Sultan Sulu yang sah serta merupakan rakan baik kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, sebelum ini pernah menafikan penglibatannya dalam kemelut di Sabah. Penafian itu bagaimana pun ternyata bohong kerana kejadian di Semporna mendedahkan sebaliknya.


Pengikut MNLF yang mati itu mungkin menyangka tangkal kebal yang dipakainya berupaya menjauhkan dirinya dari Malaikat Sakaratul Maut, tapi hakikatnya, besar atau kecil tangkal kebal atau sehebat mana ilmu hitam yang dimilikinya, bila sampai ajal akan mati juga.


Sebahagian orang Sulu terutama dari Selatan Filipina memang sudah menjadi tradisi mereka untuk memakai tangkal kebal sama ada yang dipakaikan di leher, lengan, tangan atau pun di pinggang, malah ramai yang mengamalkan amalan ilmu hitam kononnya sebagai pendinding semasa berada berperang.


Demikian halnya dengan pengikut Jamalul Kiram III dan pengikut MNLF turut tak terkecuali dari amalan khurafat dan syirik itu. Biasanya sehari sebelum pertempuran, mereka akan mandi beramai-ramai sambil membaca ayat Al-Quran yang di campur aduk dengan jampi serapah untuk menyeru pendamping.


Mungkin kerana pengaruh ilmu hitam sebegitu ditambah lagi dengan rasukan syaitan menyebabkan peri kemanusiaan mereka hilang sama sekali sehingga tergamak memenggal kepala lawannya tanpa sedikit pun belas ehsan semasa pertempuran pengganas Sulu itu dengan anggota polis.


Manakala mayat-mayat anggota keselamatan yang lain pula sengaja diletakkan bom (booby trap), modus operandinya memang sama seperti yang sering dilakukan oleh pengganas komunis sewaktu zaman darurat dulu.


Jelas sekali apa yang dilakukan oleh pengganas Sulu ini sama sekali bercanggah dengan tuntutan Islam yang mengehendaki umatnya tidak berlaku kejam terhadap musuh apatah lagi menjadikan mayat musuh sebagai perangkap bom. Kejam dan ganas.


Selain itu, kaitan sejarah lama keturunan Kiram itu sendiri yang sudah terbiasa melakukan pembunuhan ganas secara besar-besaran ke atas rakyatnya sendiri sekitar tahun 1906 dan 1911 di Bud Dahu dan 1913 di Bud Bagsak, Jolo, Sulu sewaktu pemerintahan Sultan Kiram II dulu, juga boleh diambil kira sebagai punca pengikut Jamalul Kiram III menjadi ganas dan kejam.


Walau apa pun alasannya, yang pastinya kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan kini sedang digempur oleh pasukan keselamatan negara, perlu menerima akibatnya di atas kekejaman dan keganasan yang telah mereka lakukan.


Kita telah memberi peluang untuk mereka berundur secara baik sesuai dengan tuntutan Islam yang mendahulukan perundingan demi mencegah pertumpahan darah apatah lagi sesama Islam, kini dasar berlembut yang kita tonjolkan telah dibalas dengan kekerasan, maka wajiblah atas kita untuk bangkit menegakkan hak dan kebenaran. mynewshub


Read more...

Sultan Kiram membunuh 4000 rakyatnya sendiri dan orang Sulu tidak suka dia


ULASAN dari pihak Sulu yang lain:
Rajah A2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Laporan di bawah ini begitu jelas keluarga Kiram sedang bermain di hadapan. Sedangkan siapa di belakangnya itu masih menjadi tandatanya. Kalau pun sudah ramai yang meneka bahawa ia digerak oleh KUASA BESAR DUNIA itu namun masih berteka teki untuk tujuan apa. Adakah sindrom ARAB SPRING itu bakal dihidapi oleh Malaysia Timur ini sebelum ia menular keseluruh negara masih tidak dapat dipastikan.

Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 diatas.

Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu. 

Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.


Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya. 

Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independen)?

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!! 

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.


Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram. 

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt. -SumbeR

PERHATIAN: Kita harus wajib memerangi orang Sulu yang jahat sahaja....mari kita kenalpasti dan halau keluar talibarut2 yang berada dalam Sabah yang menyusahkan kita semua...

Read more...

Sunday, March 3, 2013

Kecenderungan otak kiri dan kanan : pengaruhi kecemerlangan diri

Kebanyakkan dari masyarakat kita pasti akan melihat dan membandingkan tahap pencapaian anak-anak mahupun pencapaian diri sendiri berbanding orang lain dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan pekerjaan. Contohnya jika anak-anak tidak mencapai tahap "cemerlang" seperti yang dikehendaki ibu bapa, maka anak itu selalunya akan lebih disalahkan. Banyak faktor yang boleh diteliti bagi menilai tahap perbezaan pencapaian itu dan salah satunya ialah perbezaan atau kecenderungan individu pada otak sebelah kiri dan kanan.

Penyelidik-penyelidik otak manusia mendapati bahawa kedua-dua hemisfera otak manusia (kiri dan kanan) berbeza dalam memproses sesuatu. Perbezaan utama antara otak kiri dan kanan dalam pembentukan aktiviti adalah seperti rajah di bawah :

Otak kiri

Otak kanan
Rasional
Lisan
Lurus (linear)
Pasif / menerima
Terancang & berstruktur
Bukan gerakan
Pengiraan
Penulisan
Melihat bahagian-bahagian
Teori
Mengawal perasaan
Bunyi bahasa
Intuitif
Penglihatan / ruangan
Sintesis
Bulatan
Interaktif
Bersesuaian dan spontan
Gerakan / tarian
Pola, model, bentuk
Lukisan
Melihat perhubungan dan keseluruhan
Amalan
Bebas dengan perasaan
Bunyi semulajadi
Muzik
 Manakala aktviti-aktiviti yang dipercayai diproses di kedua-dua otak adalah seperti berikut : 

Otak kiri

¨       Mengira
¨       Memberi bukti
¨       Mengingat semula fakta atau konsep
¨       Membaca serta membuat analisis
¨       Melapor
¨       Segala bentuk analisis
¨       Menyurih
¨       Melukis carta
¨       Melukis graf
¨       Memberi contoh
¨       Menyalin nota
¨       Menilai secara objektif
 ¨       Melihat bahagian-bahagian 
¨       Memberi sifat-sifat perbezaan 
¨       Menyelesaikan masalah dengan pemikiran logik 
¨       Mendengar bunyi bahasa
¨       Menyenarai dan menkategorikan
¨       Rasional


Otak kanan
¨       Mencipta, mereka bentuk, main peranan, simulasi
¨       Drama kreatif, lakonan
¨       Penulisan kreatif
¨       Gerakan, tarian
¨       Membaca serta membuat sintesis
¨       Segala bentuk sintesis
¨       Geometri
¨       Demonstrasi
¨       Membuat ujikaji
¨       Bentuk (shapes)
¨       Membuat pola atau corak
¨       Memeta fikiran (mind mapping)
¨       Sumbangsaran atau percambahan fikiran
¨       Menggambarkan
¨       Semua bentuk sajak
¨       Semua bentuk seni
¨       Mendengar, melihat, menggerak
¨       Analogi
¨       Semua aktiviti intuitif
¨       Ukiran
¨       Lakaran
¨       Memberi sifat-sifat persamaan
¨       Melihat perhubungan dan keseluruhan
¨       Menilai secara subjektif
¨       Melukis
¨       Fotografi
¨       Mendengar bunyi semulajadi
¨       Main muzik, mencipta lagu
Oleh yang demikian, ibu bapa dan keluarga harus melihat kecemerlangan anak-anak atau ahli keluarga dari sudut perspektif yang lebih terbuka sebelum "menjatuhkan hukum" pada individu yang dimaksudkan.  Ibu bapa harus bijak dan segera menilai kecenderungan anak-anak mereka sama ada anak itu lebih kepada penggunaan otak kiri, otak kanan ataupun seimbang kedua-dua bahagian otak.  Dengan itu ibu bapa dapat merancangan "perjalanan" pembelajaran dan kerjaya anak mengikut keserasian diri anak masing-masing.
Begitu juga dengan individu yang ingin mencapai kecemerlangan dalam hidup.  Mereka perlu melakukan kerja atau aktiviti yang bersesuaian dengan keserasian diri serta kecenderungan otak mereka.  Jika ini dapat dilakukan, maka tiada insan yang akan tercicir dalam pembelajaran, kerjaya dan arus kemodenan.

Read more...