Kebanyakkan dari masyarakat kita pasti
akan melihat
dan membandingkan tahap pencapaian anak-anak mahupun pencapaian diri
sendiri berbanding orang lain dalam pelbagai bidang seperti pendidikan
dan pekerjaan. Contohnya jika anak-anak tidak mencapai tahap "cemerlang"
seperti yang dikehendaki ibu bapa, maka anak itu selalunya akan lebih
disalahkan. Banyak faktor yang boleh diteliti bagi menilai tahap
perbezaan pencapaian itu dan salah satunya ialah perbezaan atau
kecenderungan individu pada otak sebelah kiri dan kanan.
Penyelidik-penyelidik
otak manusia mendapati bahawa kedua-dua hemisfera otak manusia (kiri dan kanan)
berbeza dalam memproses sesuatu. Perbezaan utama
antara otak kiri dan kanan dalam pembentukan aktiviti adalah
seperti rajah di bawah :
Otak kiri
|
Otak kanan
|
Rasional
Lisan
Lurus (linear)
Pasif / menerima
Terancang & berstruktur
Bukan gerakan
Pengiraan
Penulisan
Melihat bahagian-bahagian
Teori
Mengawal perasaan
Bunyi bahasa
|
Intuitif
Penglihatan / ruangan
Sintesis
Bulatan
Interaktif
Bersesuaian dan spontan
Gerakan / tarian
Pola, model, bentuk
Lukisan
Melihat perhubungan dan keseluruhan
Amalan
Bebas dengan perasaan
Bunyi semulajadi
Muzik
|
Manakala aktviti-aktiviti yang dipercayai diproses di kedua-dua otak adalah
seperti berikut :
Otak kiri
¨
Mengira
¨
Memberi bukti
¨
Mengingat semula fakta atau konsep
¨
Membaca serta
membuat analisis
¨
Melapor
¨
Segala bentuk
analisis
¨
Menyurih
¨
Melukis carta
¨
Melukis graf
¨
Memberi contoh
¨
Menyalin nota
¨
Menilai secara
objektif
¨
Melihat
bahagian-bahagian
¨
Memberi
sifat-sifat perbezaan
¨
Menyelesaikan masalah dengan pemikiran logik
¨
Mendengar bunyi
bahasa
¨
Menyenarai dan
menkategorikan
¨
Rasional
Otak kanan
¨
Mencipta, mereka
bentuk, main peranan, simulasi
¨
Drama kreatif,
lakonan
¨
Penulisan
kreatif
¨
Gerakan, tarian
¨
Membaca serta
membuat sintesis
¨
Segala bentuk
sintesis
¨
Geometri
¨
Demonstrasi
¨
Membuat ujikaji
¨
Bentuk (shapes)
¨
Membuat pola
atau corak
¨
Memeta fikiran
(mind mapping)
¨
Sumbangsaran
atau percambahan fikiran
¨
Menggambarkan
¨
Semua bentuk
sajak
¨
Semua bentuk
seni
¨
Mendengar,
melihat, menggerak
¨
Analogi
¨
Semua aktiviti
intuitif
¨
Ukiran
¨
Lakaran
¨
Memberi
sifat-sifat persamaan
¨
Melihat
perhubungan dan keseluruhan
¨
Menilai secara
subjektif
¨
Melukis
¨
Fotografi
¨
Mendengar bunyi
semulajadi
¨
Main muzik,
mencipta lagu
Oleh
yang demikian, ibu bapa dan keluarga harus melihat kecemerlangan
anak-anak atau ahli keluarga dari sudut perspektif yang lebih terbuka
sebelum "menjatuhkan hukum" pada individu yang dimaksudkan. Ibu bapa
harus bijak dan segera menilai kecenderungan anak-anak mereka sama ada
anak itu lebih kepada penggunaan otak kiri, otak kanan ataupun seimbang
kedua-dua bahagian otak. Dengan itu ibu bapa dapat merancangan
"perjalanan" pembelajaran dan kerjaya anak mengikut keserasian diri anak
masing-masing.
Begitu
juga dengan individu yang ingin mencapai kecemerlangan dalam hidup.
Mereka perlu melakukan kerja atau aktiviti yang bersesuaian dengan
keserasian diri serta kecenderungan otak mereka. Jika ini dapat
dilakukan, maka tiada insan yang akan tercicir dalam pembelajaran,
kerjaya dan arus kemodenan.
No comments:
Post a Comment