Friday, March 8, 2013

Cara Mengira Bil Eletrik Anda




Adakah anda tahu bagaimana cara untuk mengira berapakah anggaran bil eletrik yang perlu anda bayar pada setiap bulan? Mari kita sama-sama pelajarinya di sini. Sebagai permulaan, kita perlu mengenali apakah yang dimaksudkan dengan Tenaga (Energy, W) dan Kuasa (Power, P).
 
Tenaga = kebolehan melakukan kerja, dikira dalam unit Joule.
Kuasa = kadaran tenaga yang digunakan, dalam satu jangkamasa, dikira dalam unit Watt.
 
Rumus : P = W / t 
 
Dalam mengira bil elektrik, kita menggunakan nilai kilo-watt-hour (kWh), atau dalam bahasa Melayu disebut kilo-watt-jam (kWj). Dalam erti kata lain, kita menghitung berapa kilowatt yang digunakan dalam masa satu jam.
 
Rumus : W = P t 
 
Contoh : W = P t = (100 W) x (10 hour) = 1000 Wh @ 1000 Wj = 1 kWh @ 1 kWj
 
 
Contoh pengiraan penggunaan alatan harian dalam satu hari seperti berikut : 
 
Penggunaan : 
 
6 Lampu kalimantang 38W digunakan selama 5 jam
1 Telivision 100W digunakan selama 4 jam
2 Kipas angin 60W digunakan selama 4 jam
1 Peti sejuk 700W digunakan 24 jam
1 Iron (penggosok baju) 1000W digunakan 30 minit (0.5 jam)
1 Cerek elektrik 1000W digunakan 15 minit (0.25 jam) 
 
Pengiraan kWh 
 
Lampu    : 6 x 38 W x 5 h = 1140 Wh = 1.140 kWh
TV         : 1 x 100 x 4 = 400 Wh = 0.4 kWh
Kipas     : 2 x 60 x 4 = 480 Wh = 0.48 kWh
P.Sejuk  : 1 x 700 x 24 = 16800 Wh = 16.8 kWh
Iron       : 1 x 1000 x 0.5 = 500 Wh = 0.5 kWh
Cerek    : 1 x 1000 x 0.25 = 250 Wh = 0.25 kWh 
 
Jumlah penggunaan kWh dalam sehari adalah :
 
1.140 + 0.4 + 0.48 + 16.8 + 0.5 + 0.25 = 19.57 kWh 
 
Katakan penggunaan yang sama dilakukan selama sebulan (30 hari) maka penggunaan adalah :
 
19.57 kWh x 30 hari = 587.1 kWh 
 
Kadar bil elektrik yang perlu dibayar (ikut kadar TNB) (klik untuk jadual kadar tarif) 
 
1. 200 kWh pertama (1 - 200 kWh) = (200*21.8)/100 =  RM 43.60
2. 100 kWh seterusnya (201 - 300kWh) = (100*33.4)/100 = RM 33.40
3. 100 kWh seterusnya (301 - 400kWh) = (100*40.0)/100 = RM40.00
4. 100 kWh seterusnya (401 - 500kWh) = (100*40.2)/100 = RM 40.20
5. 100 kWh seterusnya (501 - 600kWh) = (87.10*41.6)/100 = RM 36.23 

Jumlah keseluruhan = RM 193.43

Maka, jumlah bil yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 193.43.
 
Untuk kaedah pengiraan secara atas talian, anda boleh merujuk kepada laman web TNB di sini.