Friday, March 8, 2013

PRU13 : Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia




Adakah anda telah mendaftar sebagai pengundi?  Bagi yang telah mendaftar, anda bolehlah membuat semakan melalui laman web, SMS dan juga talian telefon. Jangan lupa untuk membaca entri ini - Adakah Anda Layak Menjadi Pengundi Dalam Pilihan Raya?

Semakan melalui laman web

1. Click link Semakan Daftar Pemilih :
- versi Bahasa Melayu


2. Masukkan No. K/P (tanpa tanda - ) dan clik SEMAK



Anda juga boleh membuat semakan lebih dari seorang. Contohnya semakan untuk diri sendiri, suami/isteri dan anak-anak. Sila click "Semakan Isi Rumah

Semakan melalui SMS



Taip SPRSEMAKNo. K/P dan hantar ke 15888

Semakan melalui talian telefon

Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Bagi anda yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :


(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686


(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri


(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara


(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
Tiada aktiviti ketika ini


(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission


(f) Senarai Penolong Pendaftar

Pihak SPR juga telah melancarkan laman web khas PRU13 pada 30 Januari 2013 yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13. Baca berita lanjut di sini.
Sila click link berikut untuk ke laman web PRU13 :
* Entri ini pernah saya terbitkan pada tahun 2011. Memandangkan PRU13 dijangka akan diadakan pada tahun ini, jadi saya re-post entri yang sama. Moga kita sama-sama dapat manfaatnya.

No comments:

Post a Comment