Ramai yang
mendesak Kerajaan Malaysia agar mengerahkan tentera ke sana dan kini di
merata-rata menggunakan medium alternative kononnya kematian komando
polis yang terbunuh dari serangan penceroboh Lahat Datu, Sabah.
Ada dari suara
pimpinan pembangkang duk perangat rakyat supaya Kerajaan Malaysia
termelompat sehingga menyebabkan impak besar kepada situasi keamaan
negara.
MENGAPAKAH POLIS, TIDAK TENTERA YANG MENGHALAU PENGANAS LAHAD DATU SABAH?
1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah
menahan bukan menawan – Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di
antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar
sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di
lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang
kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan
ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak
tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam
kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka.
Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu. Itu sebab
kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi
kes lain. Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA
EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan Dengar cerita darurat
telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana.
Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan
pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil) Ianya seperti darurat
waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi
polis tempatan) Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia
darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu.
Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya
bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawasan pencerobohannya sahaja.
Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut
langkah satu persatu!! - Sumber
Agaknya ada orang tengah nak cuba kekuatan tentera kita ea?Siapa?Apa tujuannya?
No comments:
Post a Comment