Posted by
Empayar Pemuda
at
2:03 PM
Sultan Sulu Jamalul
Kiram III hari ini memohon untuk melakukan gencatan senjata secara
unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tangan pasukan
keselamatan Malaysia di pantai timur Sabah.
Laporan media
Filipina, menyebut, Jamalul berhasrat agar Malaysia mengumumkan gencatan
senjata untuk mengelakkan lebih banyak kematian.
Jamalul bagaimanapun mahu pengikutnya agar terus setia kepadanya.
Sementara itu, jurucakap
kesultanan tersebut Abraham Idjirani mendakwa 10 orang pengikutnya maut
dan empat lagi cedera akibat serangan dalam operasi bersama pasukan
polis dan tentera Malaysia pada hari Selasa dan Rabu.
Seramai 10 orang lagi ditawan pasukan Malaysia, dakwanya dalam laporan itu.
No comments:
Post a Comment