 1: Kekurangan darah
1: Kekurangan darah
Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang
 ‘heavy’ setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa 
miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan 
darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah 
yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang 
lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan 
tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah 
termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. 
Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan 
rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa 
ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan 
daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.
2 : Kekurangan Hormon Tiroid
Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit 
murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan 
hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem
 badan untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung 
tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan 
masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.
Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)
Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing 
dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu 
gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas 
seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak 
mengalami gejala langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh 
amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan 
risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing 
semasa seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan 
rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda 
mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor 
tentang pencegahannya.
4: Terlebih caffeine
Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi 
bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. 
Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu 
banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak 
mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau 
apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.
5: Alahan makanan.
Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang
 alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan 
mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki 
yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang 
anda syakki itu dari suapan harian anda.
6: Sleep Apnea
Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia 
penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari 
yang anda tidak cukup tidur?
‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja 
berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara 
tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih
 kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat 
dengan tidur yang berdekur.
Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan 
menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti 
merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan 
laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea 
boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.
7: Lemah Jantung
Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang 
selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa 
dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi
 sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda 
dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor 
untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari 
serangan jantung yang lebih serius.
SUMBER