Monday, February 21, 2011

Cara Merawat Buasir

Canggih : Sebahagian daripada peralatan yang digunakan
untuk merawat buasir.

Anda biasa membuang air besar dan ada daging membengkak yang akan keluar bersama najis? Walaupun ia sedikit aneh tetapi daging bengkak itu tidak sakit dan akan termasuk semula ke dalam dubur.

Adakah anda tahu benda itu dinamakan buasir? Buasir terjadi di dalam dubur. Ia tidak normal dan memang pesakitnya tidak akan merasa sakit bila membuang air besar. Buasir adalah masalah kesihatan yang biasa dan dikatakan setiap seorang dari tiga orang pernah mengalami pendarahan akibat buasir dalam hidupnya.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Apa penyebab buasir? Di dalam dubur manusia, ada struktur yang dikenali sebagai 'vaskular endocushions' yang menyebabkan otot-otot dubur kenyal. Biasanya, struktur ini kecil dan tidak ketara. Walau bagaimanapun, apabila seseorang itu mengalami sembelit ataupun meneran ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Selepas beberapa lama, ia akan hilang lalu terkeluar dari dubur. Kadangkala ia akan beriringan dengan darah. Pakar perubatan berpendapat, buasir adalah implikasi kepada postur manusia yang berdiri.

Tahap Buasir

1. Buasir tahap satu; pesakit biasanya mengalami pendarahan.

2. Buasir tahap dua; buasir sudah terjulur keluar tetapi masuk dengan sendiri selepas membuang air besar.

3. Buasir tahap tiga; buasir sudah terjulur keluar dan tidak masuk kembali selepas membuang air besar melainkan ditekan ke dalam dubur.

4. Buasir tahap empat; ia kekal di luar dubur. Buasir tahap ini boleh mengalami pendarahan dalam, luka dan bernanah. Ia boleh mengakibatkan sakit yang serius.

Buasir boleh diubati tetapi ia harus dipastikan terlebih dulu kerana pendarahan yang terjadi ketika membuang air besar boleh juga dikaitkan dengan kanser anorektal. Buasir tahap satu biasanya akan diberikan ubat vasotopik dan dinasihatkan mengubah pengambilan diet. Biasanya diet tinggi serat seperti buah-buahan, sayuran dan bijiran dicadangkan.

Buasir tahap dua akan dirawat cara yang sama dengan tahap satu tetapi kerana sudah ada jisim yang terunjur keluar dari anus, langkah tambahan dibuat dengan 'rubber ligation', suntikan fenol dan 'photocoagulation' dipertimbangkan.

Buasir tahap tiga dan empat, memerlukan rawatan pembedahan. Kaedah yang biasa digunakan adalah 'haemorrhoidetomy' sama ada cara terbuka atau tertutup. Tetapi pesakit berhadapan dengan kesan selepas pembedahan yang sangat menyakitkan dan proses penyembuhan lambat dan mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk pulih sepenuhnya.

Tetapi ada berita baik untuk pesakit buasir. Inovasi terbaru dalam rawatan buasir dikenali sebagai 'procedure for prolapse and haemorrhoid' (PPH) dijangka memberi kesan yang lebih baik. Teknik ini mengikat dan memotong buasir menggunakan alat seperti stapler yang berbentuk bulat. Melalui kaedah ini, pesakit mengalami sakit yang sedikit atau tiada sakit langsung serta tidak meninggalkan luka yang perlu dirawat. Malah pesakit boleh kembali bertugas seperti biasa seminggu selepas itu.

FAKTA:
- Darah ketika membuang air besar
- Biasanya darah itu berwarna merah cerah yang keluar sebelum atau selepas meneran.
- Darah mungkin menitis, menyembur atau tercalit pada tisu tandas yang digunakan
- Ada buasir terjadi tanpa darah
- Jenis ini terbentuk dalam alur dubur dan keluar semasa membuang air.
- Ia tidak sakit tetapi gatal-gatal.

Punca buasir
- Sembelit.
- Cirit-birit yang kronik.
- Kekurangan serat dalam pengambilan makanan.
- Hamil dan melahirkan anak.



Lagi info tentang BUASIR :

No comments:

Post a Comment