Memalukan  umat Islam melibatkan diri dengan aktiviti 'Shuffle'. Sepatutnya anak  bangsa melayu Islam kita adalah merupakan bakal pemimpin negara kita  pada masa akan datang, tetapi hakikatnya mereka leka dan berseronok  dengan tarian yang dibawa oleh barat untuk memesongkan dan melekakan  umat Islam. Kononnya sesiapa yang pandai dan berkebolehan menari shuffle  ini hebat, menyihatkan badan, menutup aurat dan ramai awek sukakan  kehebatannya. Tetapi mereka lupa akan kemurkaan Allah dengan segala  perbuatan mereka yang menunjuk-nunjuk dan leka kepada suruhan Allah.
Siapa  yang menjadi celaka membawa budaya tarian ini ke negara ini, kerana  darinya ramai pemuda kita yang makin teruk dan makin lupakan kepada  Allah, jika kita lihat dalam video mereka tidak ada langsung  aktiviti-aktiviti yang membawa kepada manfaat, tetapi aktiviti yang  membawa kepada maksiat dan hanya ada gelak ketawa, lagu yang  memesongkan, sorakkan dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Di  mana peranan ibu bapa mendidik anak-anak mereka, sehingga sanggup  membiarkan mereka jadi begini. Ibu bapa hanya sibuk mencari duit  semata-mata, tetapi tidak pandai mendidik anak sehingga menyebabkan  berlaku berbagai-bagai masalah sosial. Saya malu dengan apa yang  dilakukan oleh budak-budak muda kita yang membuang masa di pentas-pentas  dan di jalanan-jalanan menghabiskan masa begitu sahaja. Sepatutnya  mereka ini perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan masa depan  mereka.
Tarian  atau aktiviti shuffle ini memang haram, kerana lebih banyak keburukan  dari kebaikan. Siapa yang bawa tunggulah nanti dalam kubur dan akhirah,  Allah akan azab pengasas tarian syaitan ini dengan azab yang amat pedih  dan dahsyat.
Sesiapa yang ada komen dan tak setuju dengan pendapat saya ini bolehlah tinggalkan komen anda di sini.
sumber maklumat saya terima dari http://www.ustaznoramin.com/  
 
 
No comments:
Post a Comment