Monday, February 21, 2011

Barah Mulut

Ramai yang tahu mengenai barah payu dara, barah pangkal rahim atau barah prostat. Namun, bila ditanya mengenai barah mulut, ramai yang terpinga-pinga?

Pengetahuan mengenai barah mulut yang terhad mungkin disebabkan penyakit itu tidak berada di carta teratas barah pembunuh di Malaysia. Dengan tabiat merokok dan pengambilan alkohol selain kebiasaan tradisi sesetengah kaum - mengunyah sirih - sebagai faktor risiko, barah mulut perlu diberikan perhatian.


Barah mulut bukan masalah kesihatan di Malaysia, ia berlaku di mana-mana. Di Britain jumlah pesakit barah mulut meningkat 4,700 orang setiap tahun dengan sekitar antara 1,600 hingga 1,800 meninggal dunia setiap tahun (atau seorang dalam setiap lima jam).



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Dalam kes barah mulut, penyakit itu bukan saja menjejaskan mulut tetapi lidah, bibir, tekak, kelenjar air liur, sinus dan lantai mulut. Namun, pada peringkat awal serangan, ia tidak mendatangkan sakit atau rasa tidak selesa.

Justeru, ramai pesakit tidak menyedari masalah yang mereka hadapi dan berjumpa doktor hanya selepas barah berada pada tahap ketiga atau keempat.

Di seluruh dunia, sebanyak 405,318 kes barah mulut dilaporkan dengan 2/3 datang dari negara membangun. Negara paling ramai penghidap barah mulut ialah India dan Sri Lanka.

Kes barah mulut juga semakin meningkat di Eropah, Taiwan, Jepun dan Australia. Di Eropah setiap tahun 100,800 orang didiagnos dengan 40,000 meninggal dunia.

Di Amerika pula, 30,000 orang didiagnos kerana barah mulut setiap tahun. Walaupun ada kecanggihan teknologi dalam kemoterapi dan teknik pembedahan, selalunya merawat barah mulut adalah cabaran kepada petugas perubatan disebabkan pesakit hanya mendapatkan rawatan apabila serangan barah sudah kritikal.

Statistik Malaysia

Kes barah mulut di Malaysia juga tidak jauh bezanya dengan senario di tempat lain. Daftar Majlis Barah Kebangsaan (NCR) melaporkan barah mulut berada di tangga keenam dan ketiga barah paling biasa ditemui di kalangan lelaki dan wanita keturunan India. Malah, barah mulut di kalangan lelaki dan wanita India merangkumi 5.2% dan 7.7% daripada semua jenis barah.

Kajian di hospital seluruh Malaysia antara 1994 hingga 1998 mendapati selepas kaum India, barah mulut kerap menyerang penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak diikuti orang Melayu dan Cina.

Seperti juga kes di Amerika, di Malaysia dan Britain, cabaran yang paling sukar dalam pencegahan dan rawatan barah mulut adalah kebanyakan penduduk tidak tahu mengenai barah mulut. Ini dibuktikan dengan kajian Yayasan Kesihatan Pergigian Kebangsaan British 2007 mendapati separuh daripada populasi di Britain tidak pernah mendengar mengenai barah mulut.

Justeru, mereka akan datang ke hospital apabila barah berada pada tahap yang serius dan sukar diubati. Di Malaysia pula kebanyakan pesakit lebih gemar mendapatkan rawatan alternatif berbanding moden. Ia sekali gus menyukarkan rawatan selain pengetahuan mengenai barah mulut di kalangan sesetengah pengamal perubatan biasa yang terhad.

Pada peringkat awal barah mulut mungkin hanya tompok-tompok putih, merah atau ulser di dalam mulut. Justeru, tidak ramai pesakit menyedarinya sebagai permulaan barah mulut.

Simptom Barah Mulut

* Ulser dalam mulut yang tidak sakit dan tidak juga sembuh selepas tiga minggu

* Pembentukan segumpal tisu di mana-mana bahagian mulut

* Tompok putih atau merah di mana-mana bahagian mulut

* Susah untuk menelan, mengunyah, bercakap, menggerakkan rahang atau lidah

* Rasa kebas pada lidah dan kawasan sekitar mulut

* Sakit kerongkong berpanjangan untuk lebih enam minggu terutama perokok yang melebihi usia 50 tahun

* Bengkak pada rahang

* Bengkak pada leher lebih tiga minggu

* Sakit telinga yang kronik

* Berat badan menurun

Faktor Risiko Barah Mulut

+ Merokok

+ Minum alkohol berlebihan

+ Pernah mengalami masalah saluran pernafasan atas sebelum ini

+ Usia yang meningkat

+ Amalan mengunyah sireh

+ Kurang mengambil sayur atau buah-buahan dalam diet



Lagi info tentang BARAH MULUT :

No comments:

Post a Comment