Monday, February 21, 2011

Remaja Diberi Pelali Cegah Kanser Serviks


KUALA LUMPUR, 26 Sept : Mulai tahun depan, remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberikan pelalian 'human papillomavirus' (HPV) bagi melindungi mereka daripada penyakit kanser serviks.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkannya hari ini berkata program itu akan menelan belanja RM150 juta setahun meliputi 300,000 remaja perempuan yang akan divaksin setiap tahun.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Program itu berkemungkinan dijalankan di sekolah-sekolah menengah dan bukannya di hospital atau klinik kerajaan bagi memudahkan pelajar mendapatkan vaksin tersebut yang diambil sekali seumur hidup sebanyak 3 dos dalam tempoh 6 bulan, katanya.

"Perkara ini kita belum muktamadkan butirannya tetapi besar kemungkinan kita buat di sekolah-sekolah sebab sekolah-sekolah tempat terbaik untuk beri vaksin," katanya kepada pemberita.

Liow berkata melalui program itu, kementerian yakin penyakit kanser serviks di negara ini dapat diatasi dengan jayanya pada masa depan.

"Vaksin HPV dilaporkan 98% berkesan dalam memberi perlindungan terhadap HPV jenis 16 dan 18... ada banyak jenis HPV. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, vaksin ini akan mengurangkan kekerapan berlaku kanser serviks sekurang-kurangnya 70%," katanya.

Liow berkata vaksin itu sudah berada di pasaran negara ini dan boleh diperoleh di sektor swasta pada harga sekitar RM1200 bagi 3 dos yang diberikan.

"Bagaimanapun, kita akan terus berunding dengan penyedia vaksin bagi mengurangkan harganya kepada RM500 seorang supaya orang ramai akan mendapat vaksin yang lebih murah," katanya.

Di Malaysia, kanser serviks merupakan kanser kedua kerap berlaku di kalangan wanita selepas kanser payudara dan hampir 2000 kes baru didiagnos di negara ini setiap tahun.

"Wanita Cina di negara ini mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita kaum lain iaitu 23.2% berbanding India (16.4%) dan Melayu (8.7%).

"Jadi saya ingin menyeru para penyelidik kita untuk mengkaji fenomena yang aneh ini dan mencari sebabnya," katanya.

Liow juga menggalakkan semua wanita agar melakukan pemeriksaan 'pap smear' secara berkala dan melakukan rawatan dengan awal jika dikesan menghadapi kanser tersebut.

"Menurut pakar perubatan, jika kanser ini dikesan dan dirawat dengan awal, kadar sembuhnya adalah lebih tinggi iaitu lebih daripada 90% pesakit masih hidup selepas 5 tahun, manakala jika pesakit datang lewat untuk rawatan, kurang daripada 15% masih hidup selepas 5 tahun," katanya. (BERNAMA)


Lagi info tentang KANSER SERVIKS di sini.

No comments:

Post a Comment