Monday, February 21, 2011

Ujian Pap Smear Elak Kanser Pangkal Rahim (Serviks)

Ujian Pap Smear Elak Kanser Pangkal Rahim (Serviks)



Siapa yang patut melakukan pap smear?

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim (serviks). Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman.


Pada permukaan pangkal rahim terdapat 'transformation zone yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Dalam masa 2 atau 3 hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi?

Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

Berapa kali ujian diperlukan?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubungan seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks, terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Adakah ujian pap smear tepat?

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Apa yang saya perlu lakukan sebelum ujian?

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

* Digalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.

* Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.

3 comments:

  1. Keep this going please, great job!

    Feel free to visit my homepage; Newport Beach catering

    ReplyDelete
  2. No way to alphabetize after you configuration the preliminary tags, yet
    it is extremely quick to use Ctrl+F (locate feature) to rapidly locate a label to edit or
    delete from your listing. Good luck!

    My blog xerox phaser 8560 printer

    ReplyDelete
  3. though that deserved more closer attention and I'll deal with them in different article: 3D printing, and mobile app.

    my web site :: Xerox phaser 8560 printer :: instantfrontline.com ::

    ReplyDelete